|
Reply #79 True-X's post
mengata dan membuka aib itu satu fitnah juga .....
waema utk fun sekalipun.....(dan maza berseru pada yg beriman)...... jgn lupa akidah, jgn lupa akan Allah, jgn lupa kejadian ciptaan Allah SWT....
Jgn sampai kita memandang hina sesetengah daripda kita...jgn sampai kita memburuk sesama muslim...jgn sampai kita 'meludah' ke muka saudara kita.....sbb kita juga tidak suka org berbuat demikian....kita juga tidak suka org memperlakukan lelaki2 kita; bapa kita, saudara lelaki kita, abang kita, adik kita, ipar duai kita... ia menghina dan mencemarkan...
Masalah yg diutarakan itu, kat mana2 pun terdapat....tak semestinya lelaki dari Kelantan sahaja mesti di highlight kan....segala2nya berpunca dripd masalah attitude...sikap...tidak terkurang kpd jumudnya sesebuah tempat atau negeri itu....
Kalaulau kita ini berasal dari Kelantan dan anak kita juga adalah lelaki kelantan, apa perasaan kita?! Bukankah dengan cara ini sudah membangkit semangat kenegerian secara automatik....walhal ini juga kita tidak mahu berlaku...
Jgn sampai kelak ada antara kita mengucap syukur kerana tidak berkahwin dgn lelaki kelantan.. atau ada pula rasa sangat2 rugi, sangat malang berkahwin dgn org2 Kelantan...Akhirnya membawa kerosakkan ke atas rumah tangga org lain...
Bahagia sesorg itu bukan letakknya dari datangnya dari negeri mana....tetapi iman yg dibawa...kesediaan dia berkorban dan berbakti...
Sebagai para2 ibu yg cintakan kedamaian, yg cintakan pd cinta....maza yakin perkara porak peranda ini jugalah yg kita mahu hindarkan....
masalah skeptical org2 tua; mak ayah kita, saudara kita, wanita2 lain,...perlulah diperbetulkan. sbbnya kita sudah pun belajar ilmu Kalam, Ilmu tauhid, Ilmu syariat... bukankah wanita2 kita ramai mahu menjadi org2 yg baik lagi solehah..... marilah kita sama2 ke arah sana....jom..menjadi org2 yg baik lagi mulia di sisi Allah SWT..
Janganlah sampai kita tertipu dek agenda jahat memisahkan kita sesama Muslim....
"Kami jadikan kamu lelaki dan perempuan, bersuku2, berpuak2, agar kamu dapat berkenalan satu sama lain (di atas jalan Allah)" - Ayat Quran itu jelas menunjukan memang ada perbezaan antara kita...tetapi supaya kita berkenalan yg mengarah kepada kesyukuran kepada Allah SWT...
Tetapi bukannya utk kita mencemuhnya..bahkan Allah SWT itu mencemuh org2 yg memburuk2 kan saudara seagamanya....bahkan dengan makhluk lainnya.....kerna kejadian yg Allah ciptaakan bukanlah sesuatu yg sia2...
Lantaran itu, jgnlah membuat kerja yg kurang baik dgn melaksanakan 'propaganda' lelaki kelantan itew atau ini'..... walaupn for fun....ditakuti menjadi lazim dan bertukar menjadi iktiqad dan seterusnya merosakkan sebuah ikatan silaturahim, saling mencurigai...
Maza harap segala bukti dan hujah ini dapat keredhaan Allah SWT, dan hendaknya terjauhlah kita daripda menjadi org2 yg bercerai berai dan dimusnahkan oleh-Nya. Malah tuan2 dan puan2 sekalian pula dapat menunjukan maza jalan yg lurus yg ditunjuki melalui hidayah Allah SWT.
"Wahai org2 beriman, sesungguhnya kamu itu bersaudara. maka janganlah kamu menganiaya sesama saudara kamu" maksud ayat Al Quran...
p/s: sebgai peringatan aje.....mudah2an terselamat kita semua.....
[ Last edited by maza at 11-3-2008 07:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
pahitnya kebenaran rupanya, sampai berjela-jela |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju satu je la.
"grow up". bebudak je tak reti berfikiran matang untuk bercermin diri dan betulkan apa yang salah. bebudak je, bila kelemahan diri dinyatakan untuk kebaikan diri, mula melalut perkara off-topik tembak sana-sini tapi masih tak selesaikan masalah diri. rasa pahit kot bila telan kebenaran.
so, grow up. |
|
|
|
|
|
|
|
membawa mulut tu; fitrah perempuan atau fitrah manusia? get it right man..
i think it's not a problem for sharing experience and learning to understand each other. every single thing, if we do take it from a positive perspective, then it will be.
plus point is, people is sharing positively and negatively about the topic. face it manly not cowardly. dont be a chicken, be a man.
peace :victory:
i've my own perspective, but i prefer to keep my opinion, thoughts and opinion to myself. but somehow, i do burst the thought somewhere |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #88 sH0paHolliC's post
Tak paham....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #85 True-X's post
Personally atau tidak.......itu tanggapan anda....
Tanggapan maza hanyalah pada Akidah....
Sebab itulah maza menyeru; "Wahai org2 Beriman"...
hidup kalau tak berlandaskan Al-Quran, Al Hadis, Al Sunnah.....nak pakai apa lagi ....panduan apa lagi...kalau tak nak..tak yah jadi manusia yg beriman.....jgn mengaku sbgi muslim...
Mengikut yg terhidang di sini sudah pun boleh menjadi persepsi yg boleh menjadi begitu negatif terhadap manusia di sana, sebenarnya boleh shj membawa sesuatu persepsi yg buruk kepada kaum lelaki Kelantan, masyarakat di sana, termasuklah mak ayah mereka.....
Cubalah anda fikirkan kembali apakah jawapan yg patut utk persoalanan ini; kembali kepada kebanyakkan postingi- sudah pasti jawapannya adalah kebanyakannya negatif - yg menghina... kalau tak caya pergi lah check satu persatu melalui page di atas...
Kalau mereka itu sekadar bercakap, hanya lelaki kelantan suka berpuak2 shj tak apa....ada hat tu siap kutuk lagi..... apa nie?! hat tu lah yg kita kena cegah... ada sesetengah tu siap buat promote jgn kawan atau kawen dgn lelaki kelantan.....apa nie?!
kutuk tu bukankah bermakna menghina...
bab menghina sesama manusia inilah perlu dihentikan.....
Sebagai org yg baik, wanita solehah, yg sentiasa berhajatkan kebaikan......anda bolehlah menilai sendiri.....sama ada terus hanyut.....atau kembali... |
|
|
|
|
|
|
|
pahit sungguh bila telan kebenaran ye, sampai terpaksa luah kat sini balik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 cinta_ungu's post
Perkara yg maza utarakan itu adalah imbalan kepada persepsi yg terlalu negatif buat lelaki2 tersebut...
Dan hujah anda bagus.. tak dek apa2 masalah....
Kalaulah pasal dia tidak tarbiayah anda jam itu...adakah anda ketika itu benar2 bersedia utk ditarbiyahkan....hehehehe
Sekali lagi, masalah itu adalah masalah attitude.. yg setiap insan kena perbetulkan.....
Jgnlah kita konkongkan pemikiran kita dengan persoalan 'lelaki kelantan' shj.. kelaknya secara tak sengaja atau tidak kita sudah menghina org2 yg baik di kelantan itu....termasuklah para2 bapak, ibu2 di sana...
Tak elok... just tak elok... |
|
|
|
|
|
|
|
takde yg benar melainkan yg benar belaka.....
it's not about kenegerian utk buktikan lelaki tu bagus atau sebaliknya.. it's about the man himself. regardless u're kelantanese, johorian, sabahan, perakian or mana2 negeri pon. but a man will always be a man; kalo idak nyah le pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 Gemukkkkkkk's post
Sekarang inilah saya perbetulkan mana yg dikatakan salah itu...... Tuan Gemukkkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku nak tanya korang, berapa ramai antara korang yang walaupun kawan kelantan korang ada kelemahan camtu, tetap masih berkawan dan kamceng dengan diorang? maksud aku, korang biarkan faktor-faktor ni beri kesan pada persahabatan korang tak?
korang dah baca post aku kat page 3 jadi korang patutnya dah tau jawapan aku. adat berkawan, kelebihan/kekurangan diterima semuanya. kalau setakat berbincang pasal kekurangan supaya boleh diperbaiki, apa salahnya, kan.
apa maza kata tu betul jugak dari segi ada postings yang dah melebihi batasan perbincangan. tapi tak perlu la so worked up emosional tak tentu hala. kalau ianya tidak tepati ciri anda, takpe la. lain la kalau ianya tepat gambarkan kebenaran diri anda. memanglah pahit, kalau camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 sH0paHolliC's post
Penang lak...??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #92 cinta_ungu's post
Baiklah.....
Sebagaimana teman kita katakan sH0paHolliC post #94...
manusia itu batasanya terletak pada attiude nya....sikap buruk atau baik lelaki tidak lah bergantung kepada tempat semata2.....Bukan kerana duduk di kelantan maka dia terus masuk neraka....atau duduk di Mekah terus masuk syurga.....atau duduk duduk di Las Vegas jadi hantu diawangan........
banyak lagi kita perlu titik beratkan.....
Sbgi contoh ramai rakan2 saya dari Kelantan (lelaki) daripda mahad....mereka ini ahli tafsir.. Semasa ' melawat' di Universiti Al Azhar, di Syria dulu pun ramai juga warga2 Kelantan memenuhinya....
Begitu juga diarus perdana, ramai lelaki kelantan yg berkecimpung dalam Syarikat2 Korporat. menjadi Profesor di Universiti2 dalam dan luar negara cth Prof Agus..
Bukankah bagus mereka ini?!
Dan tidak dinafikan ada juga mereka yg berpenyakit...dan tapi tidak lah sampai boleh menghina atau membuat satu rumusan bahawa 'kita perlu lari dari lelaki kelantan' sbgimana ada sesetengah tempat 'kita perlu lari daripada bermenantukan org2 Negeri 9'.... Bukankah penyakit itu penyakit org tua dulu2 yg hanya mempunyai skop pendedahan yg kecil yg barangkali seorg dua buat perangai habis semua diburukkan.....
Zaman skrg zaman berinformasi...maka bukakanlah minda....jgnlah jumudkan fikiran dgn leparkan sesuatu yg tidak patut.....zaman kita tidak sama dgn zaman mak ayah kita yg skopnya amat terbatas..
Katanya kita sudah jadi org yg pandai dan berfikiran terbuka....maka nilaikanlah dgn hati yg baik.... |
|
|
|
|
|
|
|
grown up tahu bezakan mana yg betul mana yg buruk...
takkan nak beremosi bagai dgn posting yg childish. org yg dikuasai emosi je yg akan take it personally and emotionally dgn posting2 childish mcm tu
lagipon, tade manusia yg perfect. org negeri mana pon, perempuan ke lelaki ke.. mana ada yg maksum. kalau berkawan ngan foreigner sekalipon sama gerk.
nak bercakap pasal keburukan org.. sampai bila pon tak habes. kita sendiri pon tak sempurna jugerk.. ada gerk cacat cela, antara visible ngan tidak je.
peringatan saudara maza mmg bagus, tp ianya berbau emosi.
jom solat! |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|