CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cikguranggi

Menangi 100 Toyota Camry dalam 100 hari

[Copy link]
Post time 4-6-2008 12:37 PM | Show all posts
ni memang judi..
NYATA!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2008 02:21 PM | Show all posts

Reply #79 yazmeen's post

tak dicakap plak berapa riban dia habis tuk menang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:27 PM | Show all posts

Reply #82 sixfullbar's post

berbaloi ngan camry yg dia menang tu la kot...
ko ade try ke..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 02:41 PM | Show all posts

Reply #83 d34n's post

takde, hahaha buang duit woo rm 5, menang pun blum tentu lagi

taknak kayakan celcom, cukup dah dengan wang aku labur setiap bulan utk call sms tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 03:33 PM | Show all posts
Menang pun hasil JUDI. Tak berkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 05:50 PM | Show all posts
agak2 bawak keta judi nih mau terjunam dalam gaung tak...???? sbb keta haram......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2008 08:20 PM | Show all posts
1 SMS RM5, minyak takat naik RM0.72 tu murah gilaa arr....... rakyat mesia kan kaya........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2008 11:25 PM | Show all posts

Reply #87 Acong's post

butut......butut............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2008 03:07 AM | Show all posts
hahaha sundri mau ingat lor
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 04:46 AM | Show all posts
Originally posted by Hetfield at 3-6-2008 08:45 PM
main nombor baru la judi..mende ni bukan judi,pakai sms jer

dungu betul


jom tgk ape kata mufti:

Peraduan 100 Hari 100 Kereta haram - Mufti

KANGAR 4 Jun - Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran syarikat telekomunikasi, Celcom Mobile Sdn. Bhd., kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurutnya, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan sebagaimana judi nombor ekor.

"Dalam peraduan ini, kita perlu bayar atau dicaj RM5 untuk meneka atau menjawab satu soalan. Itu adalah pertaruhan dan pertaruhan adalah satu perjudian.

"Maka peraduan ini berunsur perjudian. Nasihat saya kepada umat Islam di negara ini, peraduan ini adalah haram di sisi agama dan jangan sertai peraduan ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Asri, kerajaan juga harus meneliti dan memberi perhatian terhadap peraduan itu dan jika boleh menarik balik atau membatalkannya.

"Saya melihat peraduan ini lebih menguntungkan penganjur dan menyebabkan orang yang menyertainya pula kehilangan wang akibat pertaruhan seperti itu.

"Bayangkan kalau seorang menjawab sehingga 50 soalan kerana belum dapat meneka atau menjawab dengan tepat, berapa banyak wang mereka akan hilang," katanya.

Peraduan 100 Hari 100 Kereta anjuran Celcom Mobile Sdn. Bhd., itu bermula 2 Jun lalu dan berakhir 9 September ini.

Ia menawarkan sebuah kereta setiap hari kepada pemenang yang mengumpul mata tertinggi setelah menjawab soalan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Peraduan berbentuk promosi itu berlangsung selama 100 hari dan dibuka kepada pelanggan Celcom.


so....terpulangla

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 07:57 AM | Show all posts
Bende sama macam toto dan magnum 4d....cuma kaedah jer lain...jd fikir2kanlah....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 06:43 AM | Show all posts
CEO Celcom kata:

Peraduan tiada unsur judi - Celcom

Oleh Amran Ahmad

KUALA LUMPUR 5 Jun - Celcom (M) Bhd., (Celcom) mempertahankan tindakannya menganjurkan peraduan 100 Hari 100 Kereta kerana ia tidak mempunyai unsur perjudian seperti yang didakwa oleh beberapa pihak sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya telah membuat kajian yang menyeluruh termasuk merujuk fatwa mengenai produk telekomunikasi sebelum memutuskan untuk menganjurkan promosi yang bukan berasaskan nasib itu.

"Jika wujud unsur-unsur perjudian atau apa juga yang haram dalam promosi Celcom, saya akan menjadi orang pertama yang akan menentang penganjuran promosi seperti itu," katanya di sini hari ini.

Semalam, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menasihatkan umat Islam tidak menyertai peraduan itu kerana ia mengandungi unsur perjudian.

Menurut beliau, peraduan itu disifatkan sebagai perjudian kerana bayaran perlu dibuat untuk menjawab setiap soalan seperti juga judi nombor ekor.

Selain Dr. Mohd. Asri, penulis blog tempatan juga turut mempertikaikan penganjuran promosi oleh Celcom itu yang dikatakan haram atas sebab yang sama.

Bagaimanapun Shazalli berkata, Celcom akan akur dengan arahan termasuk membatalkan promosi itu jika pihak berkuasa yang berkaitan memutuskan penganjuran promosi tersebut sebagai haram.

Katanya, kekeliruan mengenai konsep dan kaedah penyertaan promosi yang bukan berasaskan nasib sebaliknya kepintaran peserta promosi itu berlaku kerana wujudnya penilaian yang bukan berasaskan pengalaman dan hanya bacaan ala kadar.

Justeru, Celcom ingin mempelawa mana-mana pihak untuk melihat sendiri kaedah dan cara promosi itu dikendalikan bagi mendapatkan kefahaman sebenar mengenainya yang secara jelas tidak mengandungi unsur perjudian, tambah beliau lagi.

"Celcom memandang serius perkara ini kerana kita tidak mahu 1.5 juta pelanggan Celcom yang kebanyakannya terdiri daripada masyarakat Islam di negara ini berasa sangsi dengan promosi yang dijalankan sebelum atau selepas ini," ujarnya.

Sementara itu, beberapa ulama berpendapat peraduan tersebut tidak wajar diteruskan kerana terdapat unsur judi dan menguji nasib yang jelas ditegah oleh syarak.

Mufti Johor, Datuk Noh Gadut berkata, peraduan itu juga mempunyai unsur memberi harapan yang tinggi kepada peserta dan boleh mewujudkan rasa tidak puas hati kepada mereka yang menyertainya.

"Peraduan seperti ini amat berbahaya dan dilarang oleh syarak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noh berkata, bagi mengelakkan wujudnya unsur perjudian itu, pihak penganjur peraduan wajar menimbang semula sensitiviti agama dalam peraduan itu.

Beliau berharap penganjur mendapatkan nasihat daripada tokoh agama untuk memastikan tidak wujud unsur yang bertentangan dengan syarak dalam peraduan itu.

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir pula berkata, kaedah mengenakan caj kepada peserta bagi setiap penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa memberi sebarang pulangan tidak dibolehkan.

Jelas beliau, ia tidak munasabah kerana walaupun penganjur menafikan tiada sebarang keuntungan tetapi peraduan itu tetap mempunyai unsur perjudian.


betul ke dah rujuk fatwa???


Peraduan SMS Haram - Majlis Fatwa Putuskan Kuiz Ada Unsur Eksploitasi Dan Perjudian
       
PUTRAJAYA 27 Julai - Majlis Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan bahawa peraduan kuiz melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) adalah haram kerana mengandungi unsur perjudian.

Pengerusinya, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata, keputusan itu berdasarkan beberapa hujah dan latar belakang peraduan tersebut yang bersifat samar-samar, mengandungi unsur eksploitasi dan penipuan.

Selain itu, katanya, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan. Menurut beliau, jika disebut judi, ia bergantung kepada nasib dan wang pertaruhan yang tidak menentu serta mengeksploitasi duit orang ramai sedangkan yang mendapat keuntungan adalah pihak tertentu dalam bilangan yang terhad.

Dalam konteks kuiz melalui SMS, katanya, orang ramai terpaksa mengeluarkan wang untuk menyertai sesuatu kuiz melalui penghantaran SMS dengan harapan akan menang sedangkan yang mendapat keuntungan  daripada kemenangan adalah sebilangan kecil peserta sahaja.

``Dalam kuiz sedemikian banyak peserta dapat menjawab dengan baik, tetapi mereka kena bersaing dengan orang lain untuk menang. ``Umpamanya mata minimum adalah 200 dan dia kena belanja RM20 untuk SMS, kalau nak lebih daripada itu, dia kena keluar duit yang banyak untuk kirim SMS hingga beribu-ribu ringgit.

``Tetapi akhirnya dia tidak mendapat apa-apa pulangan dan perkara ini tidak diharuskan oleh agama kita,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan khusus untuk membincangkan mengenai berleluasanya penganjuran kuiz melalui SMS di negara ini sejak akhir-akhir ini termasuk promosi di media massa sehingga ada peserta tidak menyedari mereka kerugian beribu-ribu ringgit.

Beberapa stesen televisyen swasta turut menganjurkan pelbagai Kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah antaranya Maxmillion, Malaysia Idol SMS Challenge dan SMS Game. Menurut Ismail, fatwa mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS ini  bukan bermakna agama Islam menolak kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (ICT).

Sebaliknya, kata beliau, banyak kemudahan tersebut seperti e-mel dan Internet digunakan untuk kerja-kerja pendakwahan. Bagaimanapun, katanya, dalam hal ini majlis tersebut tidak boleh membiarkan kemajuan teknologi digunakan bercanggah dengan hukum agama, oleh itu fatwa tersebut perlu dikeluarkan memandangkan ia merupakan satu perkara baru yang orang ramai masih tidak memahami hukumnya dari segi agama.

Malah, kata beliau, fatwa tersebut adalah selaras dengan garis  panduan mengenai penganjuran peraduan bertujuan promosi komersiol yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada 20 April lalu bagi menentukan sama ada ia mengandungi unsur perjudian atau tidak.

Menurutnya, Kementerian Kewangan telah mentakrifkan penganjuran atau penyertaan dalam acara cabutan bertuah atau permainan yang bergantung kepada nasib adalah termasuk di bawah gaming atau lottery mengikut Seksyen 2 Akta Rumah perjudian Terbuka 1953 dan tidak mengeluarkan permit bagi tujuan penganjurannya.

Ismail memberitahu, menurut garis panduan itu, sesuatu peraduan adalah merupakan perjudian atau loteri berdasarkan tiga fakta. Katanya, fakta tersebut ialah pembahagian hadiah; permainan atau perjalanannya secara cabutan atau nasib; dan wujudnya sumbangan secara langsung atau tidak langsung oleh peserta.

``Kalau perjudian dan loteri diharamkan oleh undang-undang sivil, maka ia perlulah diikuti oleh semua pihak termasuk syarikat yang menganjurkannya. Beliau memberitahu, jika fatwa serta garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan diikuti, ia dapat dijadikan panduan yang  amat baik dalam mengendalikan teknologi baru tersebut.

``Oleh itu orang Islam eloklah patuhi fatwa ini kerana kita sudah timbang dari semua sudut malah jika mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pihak syarikat yang menganjurkan peraduan yang bercirikan perjudian harus mengambil tindakan sendiri menghentikannya,'' ujarnya.

Ismail memberitahu, sebelum fatwa tersebut boleh dijadikan sebagai undang-undang, ia perlu diwartakan di peringkat negeri oleh Majlis  Agama Islam Negeri-Negeri memandangkan kuasa dari segi agama terletak di tangan raja-raja.

Beliau seterusnya meminta setiap negeri segera mewartakan fatwa mengenai SMS tersebut memandangkan semua mufti telah bersetuju dengan keputusan untuk mengharamkan peraduan kuiz melalui SMS itu.

``Semua mufti kena bawa perkara ini ke dalam Majlis Fatwa Negeri untuk diwartakan. Apabila diwartakan di negeri mereka, barulah ia menjadi undang-undang dan penguatkuasaannya pula adalah di bawah Majlis Agama Islam Negeri,'' ujarnya.

Beliau memberitahu, jika terdapat pihak yang melanggar fatwa tersebut selepas ia diwartakan, Jabatan Agama Islam Negeri akan menyiasat dan membuat dakwaan di Mahkamah Syariah yang akan menentukan hukuman mengikut peruntukkan sedia ada.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 08:11 AM | Show all posts
Dpt Camry pun tak guna. Rega minyak dah melambung. Camry sedut minyak. Nak jual pun payah sebab org tak hingin. Potong kecik-kecik jual kat besi buruk boleh laaaa!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:19 AM | Show all posts
degil plak dato shazaly ni.....

cam dia plak jd mufti ckp bende ni xde unsur judi....:@
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2008 11:53 AM | Show all posts


pakai keta haram le korang anak beranak..........kalau jual pun duit tuh duit haram gak..........
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 11:56 AM | Show all posts

Reply #95 cikguranggi's post

sian plak kat diorang ni....dah terjebak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2008 04:45 PM | Show all posts
gile.. dah berabih rm2.5K pun tak menang lagi.. takleh bayangkan.. berapa org yg menang camry tu abih.. hehe

Peraduan Celcom dipersoal - Surat 2
SAYA adalah pelanggan telefon mudah alih pasca bayar Celcom sejak tahun 2000. Baru-baru ini, saya terkejut apabila panggilan keluar saya disekat. Apabila menghubungi pihak Celcom untuk penjelasan saya menjadi lebih terkejut apabila diberitahu panggilan saya disekat kerana bil sudah mencecah RM2,500. Untuk pengetahuan, had kredit untuk telefon saya hanya RM500 sahaja. Maksudnya panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) keluar akan disekat secara automatik apabila mencecah RM500.

Saya sekeluarga merasa keliru apabila menyertai peraduan 100 hari seratus 100 kereta oleh Celcom. Satu-satunya peraduan yang dianjurkan oleh syarikat komunikasi yang dirasakan sangat mahal iaitu RM5 untuk satu SMS.

Menurut seorang pegawai Celcom yang dihubungi, pihaknya sengaja tidak menyekat panggilan atau SMS yang dibuat untuk memberi peluang kepada pelanggan menang.

Namun apa yang berlaku bil telefon saya telah melambung naik tanpa amaran bahawa ia telah melebihi had kredit dan tidak disekat. Ini bererti had kredit yang dinyatakan Celcom di dalam bil yang saya terima tiap-tiap bulan boleh dipertikaikan.

Saya berharap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta kementerian berkenaan mengambil tindakan memberhentikan peraduan 100 hari 100 kereta oleh Celcom kerana ia menganiaya pengguna dan dikhuatiri menjerumuskan pelanggan kepada perjudian selain memansuhkan bil-bil pelanggan melebihi had kredit akibat menyertai peraduan tersebut.

PENGGUNA SETIA, Melaka

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 05:43 PM | Show all posts

Reply #97 tuahayam's post

musti nyesal...

"kalau guna duit ni wat isi minyak kan OK:

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 06:14 PM | Show all posts

Reply #97 tuahayam's post

kah kah.. tu la, sape suh berjudi... kan dah melayang RM 2.5 k. hahahahahha!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 06:39 PM | Show all posts
akhir zaman... gini laaa.. banyak betoi so called gray areaa.... huhuhuhuu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.066209 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list