CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: silent_kid

::Novel Muzikal Kaulah Segalanya:: ~episod 15 last part~ TAMMAT

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-9-2008 03:25 PM | Show all posts
selamat membaca....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2008 03:31 PM | Show all posts
sambung la agi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2008 03:31 PM | Show all posts

Balas #82 nuruliman26\ catat

hihihhi
insyaAllah...
tunggu.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2008 04:14 PM | Show all posts
nak lagi plzzzzzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2008 04:50 PM | Show all posts
sementara korang tggu asy upload smbgn mlm neh....

lyn dulu sajak.....

hening di aidilfitri



di pagi yang hening
terdengar suara takbir
mendayu-dayu sarat dengan keinsafan
sarat dengan kerinduan

ku kuak jendela....
ku rasa angin pagi....
dinginnya....sedingin hati ini
ku layarkan pandanganku ku langit....
hari ini 1 SYAWAL

di pagi yang hening
ku rasa seperti pagi yang lain
tiada apa yang lain
udaranya masih sama

ku lihat di jendela..
ku terkenang seseorang...
ku tercari -cari wajahnya
dipelusuk rumah...
namun tiada ku jumpa...

derap langkah kakiku
melihat keluargaku
baru ku sedar
insan yang ku sayangi
tiada di sisi ku

pagi itu semuabergaya baju baru
namun hatiku masih sayu

pagi itu kelibat ayahku....
ku salaminya....ku kucup tangannya
ampun maaf ku pinta
segala khilafku

mataku merenung ke pusara...
air mataku berhamburan
bagai tangisan tiada hujungnya
ku renung lagi

ku pejam mata
ku lihat pusara bonda
bonda yang amat ku cintai
ku lihat senyuman tulusnya
air mataku berderai lagi

hijab dunia tidak akan terbuka
pabila roh berpisah jasad
tiada mungkin bercantum kembali
tinggallah bonda di makam abadi

ku hadiahkannya Al-Fatihah
ku kalungkannya doa
ku siraminya air mawar...
mewangi seharum kasturi
walau hanya kemboja putih yang ada

bonda...
aidilfitri sekali lagi tanpa bonda
sekali lagi tanpa mengucup tangan bonda
memohon keampunan khilaf anakanda

bersemadilan bonda di sana
anakanda disini hanya mampu melihat bonda
hanya dalam mimpi
kerna itu sudah membahagiakan anakanda

bonda....jika dapat anakanda putar kembali masa
ingin anakanda kucupimu....pelukmu....ucapkan kata sayang
ucapkan kata maaf....
tapi itu cuma alam fantasi saja...kerna hakikatnya
ia takkan jadi realiti

bonda...
ingin anakanda selitkan rasa cinta...rindu pada bonda
ingin anakanda laungkan kalimah maaf pada bonda
ingin anakanda sujud di kaki bonda atas khilaf anakanda

bonda....
semoga kita berjumpa di padang masyar
semoga kita berkumpul semula
tika itu ingin anakanda peluk bonda...
dan tak ingin lepaskan

bonda...
anakanda akur janji Illahi
anakanda redha pada hakiki
anakanda pasrah apa yang terjadi

tinggallah bonda di alam barzakh sana
sementelah anakanda doakan kesejahteraan bonda
tinggalah bonda di sana..nescaya akan anakanda susuli bonda...
kerna anakanda rindu pada bonda
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 12:31 AM | Show all posts
smbungan kaulah segalanya
episod 6 part 3


       "mula-mula abang nak ucapkan terima kasih kerana selamatkan adik abang."ucap Khairul ikhlas dari hatinya. "tak apa bang, memang kebetulan saya terjumpa dengan dia masa tu. Jadi saya harus selamatkan dia." balas Shawal dengan rasa rendah diri. Khairul menepuk bahu lelaki yang telah selamatkan nyawa adiknya itu. Dia merasa bangga kerana masih ada lagi lelaki yang tidak mengambil kesempatan terhadap gadis. "Shawal suka adik saya ke? " tanya Khairul. Dia sengaja ingin menduga hati anak muda itu. Shawal tidak tahu sama ada mahu menjawab. Bimbang menerima jawapan negatif dari abangnya. Dia jadi gelisah. Tangannya bermain dengan jamnya. Khairul melihat reaksi anak muda yang tinggi lampai itu. "abang harap, kalau benar Shawal suka dan sayangkan dia. Jangan kecewakan dia. Dia sebenarnya tu banyak masalah namun dia tak pernah beritahu orang lain. Dulu dia tu pernah tertekan dan murung masa arwah mamanya meninggal. Jadi abang harap Shawal tak lukakan hatinya. " jelas abang Asyrani. Dia tidak mahu adiknya dikecewakan suatu hari nanti. Shawal tersenyum. Kini dia memahami mengapa Asyrani tidak pernah berkawan rapat dengan lelaki dan agak tidak selesa semasa mereka bertemu buat pertama kali. "saya takkan sia-siakan dia abang."jawab Shawal yakin. "baguslah tu, Cuma satu je abang nak pesan, abang tak nak kalau kamu berdua bercinta sampai mengakibatkan pelajarannya merosot."nasihat Khairul. "baik bang. Saya mintak diri dulu bang ya." ucap Shawal. Khairul mengangguk kepalanya. Mereka bersalaman. Shawal menuju ke kereta dengan perasaan gembira. Akhirnya, dia mendapat lampu hijau dari abang Asyrani.








        Shawal tiba di rumah rakannya Fahrin hampir pukul 4 petang. Dia berasa gembira pada tika itu. Dia melabuhkan punggungnya ke kerusi di ruang tamu. Fahrin dan Ebi yang sedang khusuk melihat televisyen itu tersengih-sengih. Shawal membaling bantal ke arah mereka berdua. "Wal, lawa lah awek kau tu. Macam mana kau boleh kenal dia?"tanya Fahrin. Dilihat gadis yang bersama Shawal. Memakai tudung dan berkelakuan sopan. "aku potong line dia masa nak bayar barang. Mula-mula dia marah pastu bila aku kata, aku kena rushing baru dia cool. Pastu jumpa lagi masa dia kena kejar dengan penjahat, dia pengsan kat aku and aku bawa balik rumah. Lepas tu aku dengan dia agak baik." terang Shawal. Kawannya melopong. " kau bawa balik rumah? Kau buat apa? Kenapa tak hantar balik rumah dia? " tanya Fahrin bertubi-tubi. "adoi Fahrin apalah kau ni. Takkanlah aku nak buat perkara terkutuk tu. Rumah aku kan ada family aku. Mak aku yang jaga dia"jelas Shawal. "oh, kiranya time tu bibit percintaan korang bermula." usik Ebi. " memandai je kau ni Ebi. Dia sendiri tak tahu perasaan aku." jelas Shawal. Dia berdehem beberapa kali. Dia berfikir adakah masih ada ruang kosong di hati gadis yang telah mencuri hatinya. Dia benar tidak dapat menduga hati Asyrani.








           "Abah, tadi abang terjumpa lelaki yang selamatkan adik. Kebetulan dia terjumpa adik masa makan dengan Anis, dia yang hantar adik balik tadi."terang Khairul. "yakah? Kenapa tak bawak jumpa dengan abah. Abah nak berterima kasih kat dia." kata ayahnya. "ya tak iya. Tak apa lah, nanti malam esok abang mintak adik jemput dia makan malam,ok?" tanya Khairul. "bagus jugak macam tu." balas ayahnya sambil meneruskan pembacaannya. "dik, abah nak jumpa Shawal esok. Nanti cakap kat dia ye."ujar kakaknya, Nana. "ha!, kenapa pulak? " tanya Asyrani. " la tanya aku pulak, kan mamat tu selamatkan kau mesti abah nak jumpa dia." jawab kakaknya. "dahlah kalau nak tahu lebih, tanya abang, aku penat la.lagipun aku nak rehat pagi ni nak naik jet ski."balas kakaknya. "naik jet ski? nak ikut?."kata Asyrani namun kakaknya telah pun tidur. Malam itu mereka hanya makan di hotel sahaja kerana terlalu penat. Sebelum tidur, Asyrani menghantar pesanan ringkas kepada Shawal.











           Malam itu, Ebi memasak untuk rakan-rakannya. "Ebi, rajinnya kau masak. Ada apa-apa ke?"usik Shawal. "ala, bukan selalu aku nak masak Shawal. Ni angin memasak aku dah datang, aku masaklah." kata Ebi sambil meletakkan lauk pauk ke meja. Shawal turut menghulurkan tangannya. "eh, korang memasak ke? Ni nak masuk program cari mertua ke? " tanya Fahrin. Mereka ketawa. "wow, ada lauk best ni. Kau ni pandai masaklah
Ebi. Senang nak kahwin nanti."usik Fahrin. Fahrin dan Shawal ketawa berdekah-dekah. Mereka menikmati makan malam mereka dengan penuh nikmat. Selepas makan, mereka duduk di ruang tamu untuk menonton televisyen. Shawal mengambil gitar Fahrin dan menyanyi.





Beribu bintang dilangit
Kini menghilang
Meraba aku dalam kelam
Rembulan mengambang
Kini makin suram
Pudar ilhamku tanpa arah

Sedetik wajahmu muncul
Dalam diam
Ada kerdipan ada sinar
Itukah bintang atau rembulan
Terima kasih kuucapkan


Izinkan kumencuri bayangan wajahmu
Izinkan ku mencuri khayalan denganmu
Maafkanlah oh...
Andai lagu ini
Mengganggu ruangan hidupmu
Kau senyumlah oh...
Sekadar memori
Kita di arena ini
Kau ilhamku
Kau ilhamku...







Shawal menyanyi lagu itu dengan penuh feel. Ebi dan Fahrin ketawa melihat Shawal. "Fahrin, macam ni agaknya kalau orang angau."kata Ebi. Mereka ketawa lagi. Shawal pun turut sama ketawa. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej. "ha! tu mesti dari dia."kata Fahrin. Shawal menekan button hpnya. "memang dari dia."bisik hatinya. Fahrin dan Ebi hanya senyum melihat telatah Shawal.



[ Last edited by  silent_kid at 25-9-2008 12:33 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-9-2008 12:38 AM | Show all posts
mskkan sket lg...blom tito neh...




Assalamualaikum Shawal,
Asy apa khabar?
Tengah buat apa?

Shawal segera membalasnya.

Waalaikumsalam Asy
Shawal ok aje,
Ni tengah main gitar dengan kawan2 ni.

"sampikan salam aku kat dia tau."kata Ebi. "ye la"jawab Shawal. Beberapa minit kemudian, Asyrani membalas mesejnya.

oh, main gitar匸/i]
Asy nak tanya malam esok Shawal ada masa tak?

Shawal pula membalas.

Malam esok
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 07:04 AM | Show all posts
nak lagi plzzzzzzzzzzzzz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2008 09:31 AM | Show all posts
best2
nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 10:33 AM | Show all posts
hehe ape yg akan berlaku?
kalau tgk famili asy mcm ok jer..mcm xde halangan...
tp xtau laa sok ape yg jadik ek..
harap2 ok laaa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 10:47 AM | Show all posts
best..nak lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 04:02 PM | Show all posts
lagi n3...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 06:10 PM | Show all posts
kaulah segalanya
episod 7


       Tepat jam 8 malam, Shawal melangkah kaki ke lobi The Legend Water Chalet. Dia kelihatan segak dengan memakai kemeja putih berjalur hijau menegak dan jeans. Semerbak bau minyak wangi Ralph Lauren yang disemburnya. Rambutnya disisir rapi. Dia ingin memastikan kelihatan kemas. Dia mash lagi tidak melihat kelibat Asyrani. Lantas diambil telefon bimbitnya untuk menelefon gadis itu. "hello Asy, Asy kat mana Shawal dah sampai ni."kata Shawal. "ya kah, Shawal tunggu kat lobi dulu yerk. Nanti Asy datang."balas Asyrani. Shawal melilau mencari kerusi sofa kosong. Di suatu sudut yang agak sunyi. Shawal duduk di situ sambil memerhatikan hotel mewah itu. Hiasan daripada ukiran kayu menkaguminya. Dia tersentak apabila Asyrani menegurnya. "hai Shawal."sapa Asyrani. "hai, macam mana Shawal hari ini, handsome tak Shawal? " kata Shawal sambil membuat satu pose di hadapan Asyrani. "eii, Shawal ni perasan la. " balas Asyrani sambil menjeling manja. Kehadiran Shawal di hadapannya memang membuat dia tidak tentu arah. Wangian yang dipakai Shawal membuat nafas Asyrani menjadi kencang. Senyuman Shawal hampir mengugurkan jantungnya. Asyrani hanya menundukkan kepalanya. "dah la tuh, jom pergi ke restaurant. Mereka dah tunggu dah. "ujar Asyrani. Shawal berasa gugup apabila berhadapan dengan mereka.





       "Assalamualaikum pak cik,mak cik. Apa khabar ?"sapa Shawal sambil bersalaman dengan semua ahli keluarga Asyrani. "baik." Shawal kemudian duduk di sebelah Khairul. Masing-masing menguntum senyuman. " baru sampai Shawal? " tanya Encik Yassin sekadar berbasa-basi. "a'ah baru lagi pak cik." jawab Shawal. Shawal melihat keluarga Asyrani. Agak sederhana, seorang abang, seorang kakak dan Asyrani anak yang bongsu. "bila Shawal datang sini?" tanya ayah Asyrani. "dah dekat 2 hari pak cik. " Shawal memaniskan senyumannya. Dia tidak mahu menimbulkan persepsi buruk kepada orang tua Asyrani. "Shawal kerja kat mana? " tanya ibu Asyrani pula. " Shawal kerja sebagai office boy kat Ambank." jawabnya jujur. Baginya tidak apa yang perlu diselindungkan. Dia bangga dan gembira dengan pekerjaannya kini. Sedang mereka berborak, makanan pun tiba. Semuanya ala Thai Seafood. Ayahnya menjemput makan. Masakan di sana cukup sedap cuma bagi Shawal terlalu pedas. Dia kurang makan masakan pedas. Asyrani memang gemar memakan makanan pedas. Banyak perkara yang diborakkan. Semua ahli keluarga Asyrani sangat baik dan mesra. Selepas makan, ayah Asyrani mengajak mereka semua ke pondok berdekatan dengan chalet mereka. Encik Yassin mengajak Shawal ke suatu sudut. Dia memulakan perbualan.






      "sebenanarnya pak cik dan sekeluarga nak ucapkan ribuan terima kasih banyak kepada Shawal kerana selamatkan Asyrani. Pak cik tak tahu macam mana nak balas jasa kamu." kata Encik Yassin. "perkara kecik tu pak cik, masa tu dia terlanggar saya lalu pengsan. Mula-mula saya tak perasan campur panik lagi lepas saya tengok muka dia baru saya perasan tu Asy."jawab Shawal panjang lebar. "oh, jadi sebelum ni Shawal dah kenal Asyrani? " soal ayahnya Asyrani. "ya pak cik, kami kenal semasa saya nak beli hadiah untuk adik saya."jawab Shawal lagi. "hmmm nasib baik Shawal memang dah kenal dia, kalau orang asing pak cik tak tahu apa yang akan terjadi."ujar ayah Asyrani lagi. "tak apa pak cik, kalau orang tu bukan Asyrani pun saya tetap akan tolong."jawab Shawal jujur. Memang ketika itu, dia ikhlas membantu gadis itu. "pak cik hargai kejujuran kamu, Shawal."ujarnya lagi. Encik Yassin kagum dengan kejujuran anak muda itu.






          "Nana, agaknya abah cakap apa kat Shawal tu?"tanya Asyrani pada kakaknya. "manalah aku tahu. Handsome gak mamat tu yerk macam pelakon Korea. Korang ni ada apa-apa ke?" kata Nana. Dia mengenyitkan mata kepada adiknya yang duduk di sisinya. "mana ada apa-apa, just kawan la." jawab Asyrani. "ya ke, sanggup datang sini jumpa kau tu tak ada apa-apa ke?"usik kakaknya lagi. "taklah, dia datang nak jumpa kawan dia."jawab Asyrani. Setelah selesai berborak, ayah dan umi Asyrani meminta diri untuk masuk bilik. Tinggal 3 beradik itu bersama Shawal. Shawal senang berbual dengan Khairul. Orangnya cukup sporting. Pada awalnya dia kelihatan tegas namun sebenarnya dia mesra orangnya. Kakak Asyrani pula agak pendiam. Dia muda setahun dari Shawal. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Shawal meminta diri untuk pulang. Khairul meminta adiknya menemani Shawal ke kereta. Sampai di kereta, "Asy, terima kasih sangat sebab ajak Shawal makan. Jasamu dikenang."kata Shawal. Asyrani ketawa. Shawal memandangnya. Asyrani terus berhenti dan menunduk. Pipinya merona merah. "Asy ingat lagi tak pasal kad tempoh hari?"tanya Shawal. "alamak apa aku nak cakap ni."desis hati Asyrani. "Shawal tak mintak awak bagi jawapan sekarang dan Shawal tak pernah paksa Asy terima Shawal. Cuma Shawal nak Asy bagi Shawal peluang untuk berada di hati Asy."ujar Shawal ikhlas. Asyrani hanya menundukkan kepalanya. Jari-jemarinya bermain dengan telefon bimbitnya. Dia tidak tahu untuk menyusun kata yang seterusnya. Belum sempat Asyrani berkata-kata, Shawal bersuara "tak apalah Asy, Shawal balik dulu. Jaga diri baik-baik ya." Shawal melambaikan tangannya disambut dengan senyuman manis Asyrani.







     "Shawal da balik dik?"tanya Nana. "mmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 06:16 PM | Show all posts
selamat membaca....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2008 06:21 PM | Show all posts
ye..da bace..hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2008 08:55 PM | Show all posts

Balas #95 nor_hh\ catat

maceh....bc....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-9-2008 12:31 AM | Show all posts
selamat malam....
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 12:53 AM | Show all posts
nak topup n3 ker?
hehe mmg dialu2kan..
tgh bosan ni..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-9-2008 12:57 AM | Show all posts

Balas #98 nor_hh\ catat

sok bru msk kot....
mlm neh ngah wt assignment sket....
feninzz...
sok asy msk....sblm asy blk kmpg!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2008 09:14 AM | Show all posts
pagi..rin nak lagi boleh ke..atau dah balik kg nie
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.312281 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list