CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mac_taylor

Malaikat Jatuh Cinta...

[Copy link]
 Author| Post time 9-10-2008 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by sirri_khafi at 9-10-2008 02:16 PM
mac, sebuk kan lah diri mu dgn menguruskan hal2 keimanan & keyaqinan kpd ALLAH SWT ...

itu lebih bermanfaat dari mengkaji cerita2 mitos yg belum dapat di pastikan kebenarannya ..

lagipun  ...



Maceh atas reminder.  
Tapi mana encik sirri tau, aku x utamakan yg fardhu/wajib?
Harap encik sirri tidak terperangkap dlm sangkaan, hanya dgn melihat seseorg itu berposting di Forum..
Kehidupan di luar Forum & di Forum, x sama kan?
Mcm aku ckp, hidup ni penuh dgn misteri...
Aku xleh jadik Khalifah Umar, aku xleh jadik Adawiyah, aku xleh jadik Hallaj, aku xleh jadik Al Jailani...
Aku hanya leh jadik diri aku sendiri... itulah acuan Allah utk aku.. aku ada skrip aku, sama cam org lain ada skrip masing2 utk diikut..
As long as kita x abaikan yg fardhu/wajib, pd aku, x salah mencari kebenaran mengikut cara masing2, asalkan berlandaskan yg benar.
Sprt aku kata kat encik Awg, aku xnak jadik semut yg hanya menghuni sebuah kotak utk seumur hidupnya..
Sesungguhnya hidup ini penuh dgn misteri, dan setiap misteri itu, klu diteliti, akan membawa kita lbh dekat kpd Pencipta..
Cuma terpulang kpd kita, bagaimana kita memandang sesuatu misteri itu...
Yg berbeza, hanyalah perspektif...   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2008 11:16 PM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 8-10-2008 01:21 PM


Err... aku ni seorg manusia yg curious tentang bnyk perkara...  
Sama mcm org lain yg curious psl katne sebenarnya Atlantis, Bermuda Triangle, pyramid, etc..
Aku plak curious psl perkara ...


sangat sama dengan aku (bab curious tu) tapi aku da penat curious2 ni.huhu...kl boleh nak tengok dengan mata kepala sendiri. (bukti)

ermm...

jawapan yang baik (post# 84)  
dalam mencari ilmu dan memuaskan keinginan intellektual, perkara2 yang jauh lebih utama janganlkah ditinggalkan. baru jadi muslim super. kan2?

lagipun, bumi ini adalah seperti sebuah buku yang terbuka. sangat banyak rahsia2 yang belum di ketahui.   
ya, dunia ini memang "magic" ...hahaha
...
(off topic)
bercakap fasal muslim super, ada sebuah buku bertajuk "minda muslim super" ..tak ingat siapa penulisnya. kl sesiapa tahu, leh aa share2 sikit kat sini. membe aku cakap, buku tu memang best.

[ Last edited by  thessailly at 9-10-2008 11:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 11:27 PM | Show all posts
Originally posted by thessailly at 9-10-2008 11:16 PM


sangat sama dengan aku (bab curious tu) tapi aku da penat curious2 ni.huhu...kl boleh nak tengok dengan mata kepala sendiri. (bukti)



aku pun...tp mmg susah sgt nk dapat bukti2 kukuh pasal kebanyakan mende nie
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 12:17 AM | Show all posts

Balas #86 alexacarlos\ catat

rasa-rasanya, kena cari info sebanyak mungkin, pastu g cari sendiri. macam ni paling memuaskan hati. kl da buat semua tp x jumpa, maka ia bukan untuk kita lah kan ? simple je.

dan jangan lupa berdoa. tu equipment paling best.

[ Last edited by  thessailly at 10-10-2008 12:18 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 01:15 AM | Show all posts
Haha.. ada jugak org2 yg curious mcm aku rupanya..    
Ya, mmg betul..  cara terbaik utk dptkan bukti ialah dgn dptkan info sebnyk mgkn, compare, pastu pegi ke sumber klu ada rezeki..
Klu x jumpa juga setelah berusaha + doa + tawakal, maka mmg ditakdirkan bukan utk kita...
Aku setuju bangat...      

Buku Minda Muslim Super ditulis oleh Dr. Danial Zainal Abidin.
Aku penah terserempak buku ni kat MPH rasanya, tapi x beli la plak.
I'm more on e-books.  
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 02:26 AM | Show all posts
(iklan je..)

dulu... ex aku..

disuatu masa..
ex    : i nak blaja hacking..
aku : belajar aa dulu buat resume.. accounts.. pakai openoffice/msoffice - very2 important.

dimasa yg lain..
ex    : i nak blaja hacking.. u kedekut ilmu..
aku : hacking nie.. (aku ceritakan sejarah hacking.. dan serba sedikit modus operandi nya)

dimasa yg lain..
ex    : i nak belajar hacking.. kedekut!
aku : kena programming. years n years to understand. we can start with c n asm. kena paham apa yg computer paham..
ex    : bosan aaa... i x nak belajar nie... i nak belajar hackingggg!!!!
aku :

dimasa yg lain..
ex    : i nak blajar hacking gak! kalau tak, u hack kan pc "xxx" utk i
aku : connected?
ex    : ntah!
aku : lan? wlan?
ex    : tatau..
aku : os?
ex    : x pernah tengok
aku : usb port ada x?
ex    : u nie... mana la i tau... kalau i tau x yah aa nak hack pc dia! u mmg kedekut ilmu!
aku : thats y kena belajar yg basic. at least sampai port programming..
ex    : i nak hack pc tu sekarang!!!! benda2 lain i x nak belajar!
aku :

time raya hari tu pun...
ex    : i nak belajar hackinggg!!!
aku :
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2008 11:32 AM | Show all posts
Originally posted by demonagirl6 at 3-10-2008 09:08 PM


aku baca tadih kat article engko bagi tuh..
angel tuh electromagnetic force yg dpt dimanipulate oleh manusia guna technology..
tapi...klu cam tuh...dpt ka manusia manipulate electromagnetic ...



i tak paham   , maksudnya adakah orang2 macam uri gellar, yg psikik boleh bengkokkan sudu segala, itu pun boleh memanipulasikan force of nature?
adakah bermaksud org bukan islam pun boleh memanipulasikan force of nature?.  jjika malaikat itu sendiri adalah force of nature maka , my brain hurt so much kerana, i betul2 tak paham konsep. and it crack my formula.

sebabnya,  kuasa elektormagne, kuasa nuklear boleh dimanipulasikan untuk membawa bencana. setakat ini yg memanipulasikan kuasa tersebut adalah org2 barat. so takkanlah malaikat boleh dimanipulasikan oleh manusia, khasnya org barat sedangkan kepatuhan mereka hanya kepada yg Maha Esa?


So macam Peter Peterlli dan Sylar yg boleh memanipulasikan energy luar untuk membentuk kuasa telekenetik dan eletric, dan juga Hiro Nakamura yg boleh memanipulasikan masa .. kindly explain, confuse i
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:34 AM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 3-10-2008 09:10 PM



Mekasih obelisk...  
Tak sangka plak cite ni mcm ada kaitan dgn Harut & Marut.
Harut & Marut tu dua malaikat, kan? So klu ikut cite ni, yg dihukum ialah 2 malaikat, bukan 1  ...



kan dah kata kat gua di Babil, cuba you cari kat Google Earth
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 11:37 AM | Show all posts
Originally posted by aizverus at 6-10-2008 12:56 AM
malaikat = force of nature...

erm..dan korg berbalah is it makhluk or not?

makhlu ialah ciptaaNYA..maka setiap apa yang ada di sekeliling kita dan tak ada di sekeliling kita adalah makhlukN ...

ada yang kata setan/jin ni adalah electrik...
sebab tu kadang2 kalau kita tangkap gambar hantu, akan ada dust atau electromagnetic orb..tapi bagi yang melihat hantu..konpem dia lihat sekujur lembaga depan dia...that means...ia boleh di lihat dalam pelbagai bentuk dan perskpetif..bukannya manusia yang ketul tubuh camni jerk...



ni pun i confuse , jika jin/setan itu adalah elektrik, bagaimanakah dgn berzikir itu dapat menghalang jin/setan dr hampir dgn kita, sedangkan elektrik setiap masa dikeliling kita, nak basuh baju, komputer, lampu segala?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:39 AM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 7-10-2008 01:43 AM


Aku rasa perkataan berbalah tu kurang tepat. Aku lebih prefer perkataan berdiskusi.
Memang malaikat itu adalah makhluk, dan mungkin juga malaikat blh dikatakn forces of nature.
Tapi adakah  ...



tp kalau mcm tu, nanti as if  manusia itu pun force of nature jugakah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 7-10-2008 02:14 PM


Erkk... takut plak aku dengornyer...  
Laut yg luas? Dalam makna tu...  
Laut semua pun luas... tapi mungkin, laut yg paling luas kot?
Err, apa laut paling luas kat muka bumi nie ...



kat laut ke? atau kat gua babil?

aiyoo sudah contradict ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:44 AM | Show all posts
OMG, my brain hurt and damage soo much bila masuk thread ni,,


helpppppppppppppppppppp   
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 11:55 AM | Show all posts

Reply #95 alyana's post

lol take it easy dear

naper ko nk rasa tertekan ngn pendapat org

bukanlah bemaksud itulah kenyataan muktamad yg xdpt diterima ko, itu kan pendapat dia...hormat sajalah kalo xpercaya pun

bincang baik2, sume dpt ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 12:11 PM | Show all posts
entahnye...xyah la ko hamik sumer pastu gomol-gomol jadi bola sumbat dalam otak...bace secara tenang...lagipon ianya kajian.masih boleh dibahas...peace
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 02:54 PM | Show all posts
Originally posted by migdal_bavel at 10-10-2008 11:55 AM
lol take it easy dear

naper ko nk rasa tertekan ngn pendapat org

bukanlah bemaksud itulah kenyataan muktamad yg xdpt diterima ko, itu kan pendapat dia...hormat sajalah kalo xpercaya pun
...



itulaaaa, sbb i jarang pi bod yg sini, so tiba2 terbaca posting yg out of box sikit, kira2 i terkena kejutan budaya pulak..
lepas i baca posting aizverus dan highlander, lagilah i rasa cpu i overheating terus core dump and jem ...



sbbnya, i ni mcm Peter Petrelli versi wanita, maksud bila i nampak sesuatu pemikiran, i will try to digest and analyse, their concept and their logic and their reasning, then I will try to understand why the think and have that kind of opinion.

so even tentang konsep pun tak lepas . ni la first time ever in my whole life, terjumpa falsafah dan konsep mcm niew. It was like baik2 i nampak orang bertangan 2, tiba2 i nampak kebanyakan org bertangan tiga, yg bestnya, pakaian mereka elok je untuk suit dgn keadaan mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 04:13 PM | Show all posts
Originally posted by mac_taylor at 2-10-2008 07:16 PM
Hari tu aku sembang2 ngn sorang kawan. Kitorg bercerita psl bnyk perkara. Kemudian, masuk bab malaikat plak.

Dia pun bercerita...




Hmm..  nape aku kongsi cite ini? Coz aku curious klu2 c ...


wahh..x sangka kisah nie ade lagi..
dulu kecik2 pernah dengar pasal kisah nie..
tak silap dengar kat masjid sbb ikut ayah pergi belajar ngan ustaz..
anak murid dia tanye kisah malaikat harut & marut nie...
tapi tak bape ingat dah...


so, just nak share cite yg kite jumpe kat web nie..
http://www.mail-archive.com/[email protected]/msg07058.html


KISAH HARUT DAN MARUT Arak Membinasakan Manusia  

Rujukan: Kuliah Subuh pada membicarakan hadith 40, Syed Ahmad Semait, PN, Jilid 1, 1986.

Di zaman Nabi Idris a.s. apabila diangkat amalan-amalan jahat anak Adam dari Bumi ke langit, maka para Malaikat berkata "Anak-anak Adam(manusia) itu, Engkau jadikan mereka makhluk pilihanMu di bumi tetapi mereka mendurhakaiMu". Allah SWT berkata "Kiranya Aku turunkan kamu ke sana dan Aku bentuk kamu seperti pembentukan mereka juga, nescaya kamu akan melakukan sebagaimana mereka lakukan juga". Para Malaikat menjawab "Maha Suci Engkau wahai Tuhan, takkan sampai kami mendurhakaiMu!".

Maka Allah SWT menyuruh para Malaikat memilih dua Malaikat yang terbaik di antara mereka untuk dikirimkan ke bumi.  Maka dua Malaikat dipilih iaitu Harut dan Marut, iaitu dua Malaikat yang paling Soleh dan banyak ibadatnya kepada Allah SWT. Sebelum diturunkan ke bumi Harut dan Marut dilengkapkan dengan syahwat dan keinginan seperti manusia. Mereka diutus ke bumi untuk mengadili perkara antara manusia dengan hak dan keadilan. Allah SWT mengingatkan mereka agar menjauhi dari Syirik, pembunuhan tanpa hak, perzinaan dan meminum arak.

Setiap hari Harut dan Marut mengadili manusia sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Demikianlah keadaannya hingga sampai sebulan lamanya, maka mereka pun mula terfitnah. Ujian Allah SWT pun datang.

Pada suatu hari datang seorang wanita jelita berketurunan Parsi, apabila Harut dan Marut berhadapan dengan wanita itu, hati mereka mula berdebar-debar. Maka seorang darinya bertanya kepada yang lain "Adakah engkau jatuh hati kepada wanita jelita tadi seperti yang berlaku ke atas diriku". Jawab rakannya "Benar". Lalu Harut dan Marut pun cuba memikat dan merayu pada wanita jelita itu tetapi wanita jelita itu menolak dan pulang ke rumahnya.

Keesokan harinya, wanita jelitaitu datang lagi dan berkata "Baiklah! Jika kamu mahukan aku, maka hendaklah kamu menyembah berhala, lalu membunuh Si Pulan itu serta minum arak!". Harut dan Marut terkejut dan menolak ajakan wanita jelita itu kerana ingat akan pesanan Allah SWT. Wanita jelita itu pun kembali semula ke rumahnya.

Pada hari ke-3, wanita jelita itu datang lagi dan dalam tangannya ada sebuyung arak, sedangakan Harut dan Marut masih inginkan wanita jelita itu juga. Wanita jelita itu masih mahu permintaannya semalam juga. Dia tidak akan menyerahkan dirinya melainkan permintaannya ditunaikan. Kedua Malaikat itu berkata kepada dirinya "Menyembah kepada selain dari Allah SWT adalah dosa besar, membunuh tanpa hak juga adalah dosa besar, yang paling ringan adalah antara ketiganya ialah minum arak".

Maka, Harut dan Marut pun memutuskan untuk meminum arak. Apabila telah mabuk, mereka menangkap wanita jelita itu lalu melakukan zina. Secara kebetulan,kelakuan mereka dilihat oleh seorang yang berada di situ, lalu untuk menyelamatkan rahsia mereka dari terbongkar, mereka membunuh orang itu. Ada riwayat yang menyambung cerita itu mengatakan, dalam keadaan mabuk itu Harut dan Marut menyembah berhala yang ditunjukan wanita jelita tersebut.

Itulah suatu kisah sebagai renungan buat kita semua, semoga ianya menjadi pengajaran kepada kita semua dalam melalui liku-liku kehidupan
yang semakin mencabar. Kadang-kadang ada orang Islam yang tanpa segan silu minum arak di khalayak ramai malah mereka merasa bangga dengan perbuatan mereka. Begitulah kuatnya pengaruh arak sehinggakan Malaikat yang soleh dan dibeklakan syahwat dan kehendak seperti manusia juga akhirnya tumpas. Apakah manusia tidak mahu insaf dari meminum arak?

Walaupun tahu arak itu memudaratkan, mengapa masih meminumnya?

Wallah hu a'lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 04:20 PM | Show all posts
Originally posted by alyana at 10-10-2008 02:54 PM
so even tentang konsep pun tak lepas . ni la first time ever in my whole life, terjumpa falsafah dan konsepmcm niew. It was like baik2 i nampak orang bertangan 2, tiba2 i nampakkebanyakan org bertangan tiga, yg bestnya, pakaian mereka elok je untuksuit dgn keadaan mereka.


welcome to the club.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 04:24 PM | Show all posts
nie plak soal jawab...rasenye agak lengkap dah penerangan nie..
sori yek ayat al-quran tue takleh appear betul2...


Kisah Harut Dan Marut

Assalamu'alaikum warahmatullah Ustaz. Mintak penjelasan tentang kisah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut. Benarkah mereka telah meminum arak, melakukan maksiat dan seterusnya kufur kepada ALLAH swt ?
  
Jawapan:

Kisah Harut dan Marut yang kononnya telah meminum arak seterusnya kufur kepada ALLAH swt adalah kisah dusta. Kisah ini disebut didalam sebahagian kitab ketika menafsirkan ayat 102 dari surah al-Baqarah. Dr. Mohammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya "al-Israiliyyat wa al-Maudhu'aat fiKutub al-Tafsir" (Kisah-kisah Israiliyyat dan palsu di dalam kitab-kitab tafsir) menyenaraikan kisah tersebut sebagai salah satu daripada kisah-kisahIsrailiyyat (Dari orang-orang Yahudi) yang masuk ke dalam kitab-kitab umat Islam.

Beliau menyenaraikan beberapa ulama yang menghukum kisah tersebut sebagai palsu, antaranya al-Imam Abu al-Farj bin al-Jauzi, al-Syihabal-'Iraqi sehingga beliau mengatakan : "Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.". Demikian juga yangmenolak kisah ini ialah al-Imam al-Qadhi 'Iyadh, al-Hafidz 'Imaduddin Ibn Kathir dan lain-lain.

Didalam kisah asal cerita tersebut terdapat dailog yang menunjukkan dua malaikat tersebut membantah pengkhabaran ALLAH. Ketika ALLAH berkata kepada mereka : "Kalaulah aku uji kamu berdua denganapa yang aku uji terhadap Bani Adam, pasti kamu berdua akan bermaksiat kepadaku." Lalu riwayat tersebut menyebut kononnya dua malaikat itu menjawab : "Kalaulah kamu lakukan kepada kami(dengan ujian tersebut) wahai tuhan, kami tidak akan menderhakai Mu.”


Ungkapan ini menunjukkan bahawa dua malaikat ini telah membantah perkhabaran ALLAH swt. Perkara ini berlawanan dengan ayat al-Quran yang menceritakan sifat malaikat yang tidak menderhakai ALLAH dan sentiasa mematuhi arahanNYA.


ALLAH berfirman di dalam al-Quran :
áóÇ íóÚúÕõæäó Çááøóåó ãóÇÃóãóÑóåõãú æóíó�úÚóáõæäó ãóÇ
íÄãÑæä


Maksudnya : "(Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka."

Membantah perkhabaran ALLAH adalah besar kesalahannya, ia boleh membawa kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. Kerana itu para ulama Hadith menolak dan menjelaskan bahayanya mempercayai cerita-cerita seumpama diatas.


Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya tersebut telah menyebut tafsir yang sebenarnya terhadap ayat 102 dari surah al-Baqarah yang menyebut tentang Harut dan Marut itu. Sebenarnya sebab yang membawa turunnya ayat tersebut ialah apabila Syaitan-syaitan pada ketika dahulu boleh mencuri mendengar berita dari langit. Lalu mereka sampaikannya beserta tambahan kepada pendusta-pendusta yang terdiri daripada para dukun dan bomoh Yahudi yangmenulisnya di dalam kitab-kitab mereka, lalu mereka mengajarkannya kepada manusia. Sehinggalah pada zaman Nabi Sulaiman orang menganggap ilmu tersebutadalah dari Nabi Sulaiman. Lalu pendeta-pendeta Yahudi mendakwa dengan ilmu tersebutlah Nabi sulaiman dapat menundukkan insan, jin dan angin yang mengikut perintahnya. Inilah perangai Yahudi yang sentiasa mempersendakan para Nabi as dengan pembohongan-pembohongan mereka. Kerana itu ALLAH berfirman :

æãÇ ß�Ñ ÓáíãÇä æ áßä ÇáÔíÇØíäß�ÑæÇ íÚáãæä ÇáäÇÓ
ÇáÓ�Ñ


Maksudnya : "Dan tidaklah Sulaiman itu kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir mereka mengajarkan manusia akan sihir."(al-Baqarah - 102)

Lalu sambung ayat di atas ALLAH berfirman :

æ ãÇ ÃäÒá Úáì ÇáãáßíäÈÈÇÈá åÇÑæÊ æ ãÇÑæÊ

Maksudnya : "Dan tidaklah diturunkan kepada dua Malaikat di Babil, Harut dan Marut... " (hingga akhir ayat)



Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat didalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaimanitu bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitu Harut dan Marut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut, ALLAH berfirman :

æ ãÇ
íÚáãÇä ãä Ã�� �Êì íÞæáÇÅäãÇ ä�ä �ÊäÉ �áÇ Êß�Ñ

Maksudnya : "Dan tidak mereka berdua (Harut dan Marut) mengajarkan seseorang manusiapun melainkan mereka berdua berkata : "Sesungguhnya kami ujian (atas kamu semua), maka janganlah kamu kufur."


Inilah secara ringkas yang dapat saya petik daripada bukutulisan Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah tersebut. Ia jelas tidak ada kaitan langsung dengan kisah dua Malikat yang kufur dengan ALLAH. Ia sekaligus menunjukkan betapa berbezanya penafsiran yang sebenarnya dengan cerita-cerita Israiliyyat kaum Yahudi. Semoga ALLAH menjauhkan kita dari tipu daya mereka.

Wallahua'lam.

credit to: http://al-qayyim.net/web/index.php?option=com_content&task=view&id=221&Itemid=2
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2008 04:39 PM | Show all posts
Beliau menyenaraikan beberapa ulama yang menghukumkisah tersebut sebagai palsu, antaranya al-Imam Abu al-Farj binal-Jauzi, al-Syihabal-'Iraqi sehingga beliau mengatakan : "Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berduaadalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafirterhadap ALLAH yang maha agung.". Demikian juga yangmenolak kisah ini ialah al-Imam al-Qadhi 'Iyadh, al-Hafidz 'Imaduddin Ibn Kathir dan lain-lain.


waaaa....takotnye part nie...maknenye sape yg percaya kisah nie benar maka dia boleh tergolong dalam golongan kafir ke...

Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada duamalaikat didalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melaluimereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusiadapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yangberlaku kepada Nabi Sulaiman itu bukanlah sihir akan tetapi mukjizatkenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitu Harut danMarut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut, ALLAHberfirman :

Maksudnya : "Dan tidak merekaberdua (Harut dan Marut) mengajarkan seseorang manusiapun melainkanmereka berdua berkata : "Sesungguhnya kami ujian (atas kamu semua),maka janganlah kamu kufur."


maka, 2 orang malaikat nie mmg tak bersalah laa kan..dan cerita nie mmg satu kisah yang dusta...

tapi confused plak pasal mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil mcm forummer kat depan2 tue cite...maknenye nie pun takde laa kan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2008 04:50 PM | Show all posts
Originally posted by mziskandar at 10-10-2008 02:26 AM
(iklan je..)

dulu... ex aku..

disuatu masa..
ex    : i nak blaja hacking..
aku : belajar aa dulu buat resume.. accounts.. pakai openoffice/msoffice - very2 important.

dimasa yg lain ...


Yer, aku rasa aku paham apa yg engko cuba jelaskan.
Tapi maaf klu aku katakan, kita x blh nak compare ilmu hacking dgn asas fardhu/wajib.
Perkara2 Fardhu itu mmg WAJIB. Setiap saat harus ada. Ia adalah BASIC kpd kehidupan.
Tak kira ustazah/ustaz, ulamak, org biasa, ilmu fardhu ain itu compulsory. So ia x sama dgn nak belajar ilmu hacking.
Xkanlah semua org kena jadik ulamak, baru blh berbincang tentang perkara2 sprt tajuk thread ini?
Klu mcm tu, tak perlu wujud syurga/neraka, kerana semua org sah2 akan masuk syurga.

Berpijaklah pada realiti, iaitu ada manusia yg ditakdirkan utk jadik programmer, ada manusia yg ditakdirkan utk jadik hacker/cracker, ada manusia yg ditakdirkan utk jadik normal user. X semua org ditakdirkan utk jadi hacker/pogrammer. Dan just coz ada org nak berbincang psl thread yg contentsnya out of the box, ia x bermaksud org itu sudah lari akidah, atau pegangan agamanya x kukuh sprt anda2 yg mungkin merasa diri anda terlebih baik dari org lain. Sehingga anda dgn mudah menjatuhkan hukum bahwa org2 yg membuka thread sprt ini, ialah org2 yg imannya rapuh atau imannya x sehebat iman anda. Begitukah?

Klu aku silap dlm mentafsir mesej engko, aku mintak maaf. Tapi aku cuma nak nyatakan di sini - kpd sesiapa saja yg merasa bahwa org2 mcm aku ni (yg membuka thread mcm ni) mempunyai akidah yg dah lari atau iman yg x kukuh & anda mempunyai iman yg lbh hebat dari kami, PLS SKIP THIS THREAD. Xyah masuk, xyah susah2 nak judge org lain. Judge diri anda dulu kerana di akhirat nanti, anda sendiri juga akan dihakimi oleh Allah. So what rights do u have to judge others?

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, sebab mungkin sekali mereka yang dihina itu lebih baik dari yang menghina.”   (al-Hujurat: 11)

Ayat di atas ditujukan kpd semua, tanpa merujuk kpd sesiapa in specific.
Aku tidaklah terlebih baik dari anda, tapi aku juga bukan jenis manusia yg begitu mudah menjatuhkan hukum tanpa mencuba melihat sesuatu itu dari perspektif org lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.068568 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list