CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Mawi Kahwin Naik Heli [merged dexa & niy]

[Copy link]
Post time 17-10-2008 01:45 PM | Show all posts
How much do you love Ikin?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2008 10:13 PM | Show all posts
Khas untuk peminat Mawi.....dari www.manggaonline.com.my

Mawi-Ikin... tunggu 21 Oktober
2008-10-17 15:35:27
Oleh ROSLI MANAH ([email protected]




Semasa diaju soalan pasal tarikh mahu disatukan dengan buah hatinya, Ikin, Mawi mengatakan sesuatu akan dilakukan selepas Hari Raya Aidil Fitri ini. Kini sudah lebih dua minggu Syawal dilalui. Bilakah tarikh pengumuman yang dijanjikan oleh Mawi itu.
Semasa krew ManggaTV, Norman menemu bualnya semasa hadir sedondon dengan Ikin ke majlis rumah terbuka Kumpulan
Utusan pada 16 Oktober lalu, Mawi kelihatan ceria. Apatah lagi memilih persalinan berwarna merah menyala.
"Temu bual ini akan disiarkankan bila?" tanya Mawi apabila ditanya bilakah tarikh pengumumannya hari bahagianya.



Ceria saat ditemu bual oleh Norman dari Mangga TV.

"Lepas raya lama lagi kan?" kata Mawi bergurau.
Sebenarnya Mawi akan mengadakan satu malis sidang akhbar yang tidak dinyatakan apakah intisari majlis tersebut pada 21 Oktober 2008 ini, pukul 1.30 tengah hari di sebuah hotel di ibu negara. Mengikut sumber yang rapat, itulah majlis pengumuman yang Mawi janjikan sebelum ini.

Sebagaimana yang dijanjikan, Mawi tidak mahu mengumumkan kepada mana-mana pihak pasalnya kerana mahu adil kepada semua pihak. Dia ingin hebahkan secara terbuka di hadapan pihak media.





Mawi juga kelihatan semakin susuk tubuhnya. Pastilah mahu menjaga badan dan tak mahu nampak tembam di atas pelamin. Malah pakaian kahwin khabarnya sudah siap. Kalau badannya naik pastilah pereka mengamuk kerana baju yang ditempah akan sendat dan tak nampak kemas pula. Kalau dah tempah baju dan sudah sedia mengadakan sidang media pasal tarikh, pastilah majlisnya dalam masa terdekat. Apa-apapun selamat berbahagia Mangga Online ucapkan.

[ Last edited by  bee_fine at 18-10-2008 12:51 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 12:13 AM | Show all posts
pasal apa aku tgk muka kikin gomak cam muka maya matahari tu ek ..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:03 PM | Show all posts
Originally posted by bRaBus_23 at 18-10-2008 12:13 AM
pasal apa aku tgk muka kikin gomak cam muka maya matahari tu ek ..


Ya ke ?.....besarnya bag dia !!!....jenama apa tu ya ..saya ni tak kenal jenama lah pulak...  
Tak banyak duit nak beli yg berjenama pun...sebab tu tak kenal !!...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 01:56 PM | Show all posts
Originally posted by bee_fine at 18-10-2008 01:03 PM


Ya ke ?.....besarnya bag dia !!!....jenama apa tu ya ..saya ni tak kenal jenama lah pulak...  
Tak banyak duit nak beli yg berjenama pun...sebab tu tak kenal !!...


pesen ek org pakai beg besar2
tapi .....
menggeletek hatiku yg kecil molek ni nengokkan beg gedabak tu
persediaan nak bawa botol susu ke ???


kita tak payah rasa rendah dirilah bee
walaupun tak kenal beg berjenama
yg penting duit n apa yg patut
elok je tersusun dlm beg pujaan kita

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2008 02:28 PM | Show all posts
betul tu niy ..

aku pakai purse RM5 je beli kat hinode shop

kalo beg memahal tapi takde duit or beg org yang belikan buat hapa ???? (bunyik cam jeles tak ni )
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2008 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by niy at 18-10-2008 01:56 PM


pesen ek org pakai beg besar2
tapi .....
menggeletek hatiku yg kecil molek ni nengokkan beg gedabak tu
persediaan nak bawa botol susu ke ???


kita tak payah rasa rendah dirilah ...


...saya ni memang sejak dulu tak taksub dgn jenama....pada saya ...asalkan
quality satu2 product itu bagus dan harga berpatutan....sudah memadai....

[ Last edited by  bee_fine at 18-10-2008 09:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 08:47 AM | Show all posts

sape kawan mawi yg kaye raye nih?

Mawi naik helikopter ke majlis perkahwinan

Oleh Khadijah Ibrahim


KULAIJAYA 26 Dis.

Penyanyi Mawi atau Asmawi Ani, 27, dan isteri, Ekin, 29, akan diterbangkan dengan helikopter ke kampungnya di Felda Taib Andak di sini untuk majlis persandingan mereka Ahad ini.
Menurut Mawi, sebelum bersanding, beliau dan Ekin akan diterbangkan dengan helikopter tajaan rakannya, Mohd. Salleh Mohd. dari Hotel Sofitel, Senai.

"Kami akan naik helikopter dari hotel dan turun di padang sebelum bersanding pada pukul 3 petang. Kawan saya kata, itu adalah hadiahnya untuk saya.
"Selain helikopter, dia turut menaja kereta mewah yang digunakan sewaktu pernikahan Sabtu lalu dan persandingan pada Ahad ini," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.
Mawi berkata, beliau berpuas hati dengan persiapan majlis perkahwinannya yang akan diadakan di Felda Taib Andak itu dan berharap majlis yang bakal disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Prima (105) itu akan berjalan lancar.
Mawi yang mengenakan kemeja T putih sedondon dengan Ekin atau Nora'Ashikin Rahmat sempat meluangkan masa dengan jiran tetangga yang menyiapkan bunga telur sebagai cenderamata.
Jelasnya, majlis yang akan diadakan di sebuah padang berhampiran rumahnya adalah untuk meraikan seluruh penduduk kampung dan para peminat.

"Memang niat saya untuk meraikan hari bersejarah ini dengan penduduk kampung dan sebab itulah saya buat di padang. Penduduk Felda ini sahaja kira-kira 8,000 orang.
"Biarlah orang nak kata apa tentang majlis perkahwinan saya ini, yang penting ia berjalan seperti yang dijadualkan," katanya.

Hari ini, Mawi dan Ekin turut meninjau persiapan pelamin yang disediakan oleh Zulfazli Suhadi di Dewan Felda Taib Andak.
Di atas pelamin itu kelak, pasangan pengantin tersebut akan mengenakan kostum Jawa kontemporari beserta aksesori yang dianggar berharga RM25,000 sepasang.

Malam esok, majlis resepsi juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu akan turut dimeriahkan dengan persembahan konsert oleh bintang-bintang AF pada pukul 8 malam.


[ Last edited by  niy at 27-12-2008 08:50 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2008 08:49 AM | Show all posts
persoalan:
sejak bila mawi ada kawan yg kaya nih?
kenal sebelum AF?
M. Salleh ni bisnes apa?


<sokmo bizibodi >
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 09:09 AM | Show all posts

hebat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 09:26 AM | Show all posts
ala2..ashraf sinclair dengan BCL la plak...ada org taja2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 09:37 AM | Show all posts
Berita yg sama berserta gambar (Utusan Malaysia)



Ni pula dari Harian Metro


[ Last edited by  heartnsoul at 27-12-2008 09:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 09:53 AM | Show all posts
sofitel ni client company aku... mohd salleh ni aku kenal... itu die tak silap aku bukan elikopter die.tak tau la kalau die bebetul ade elikoptrer sebab gaya die pun macam orang tak de elikopter...sofitel owner cine...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 10:02 AM | Show all posts
dia sewakan utk mawi pkai kot..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 10:11 AM | Show all posts
Originally posted by cewekbopot at 27-12-2008 10:02 AM
dia sewakan utk mawi pkai kot..



ye lah kot..
mungkin kawan dia sewakan untuk majlis mawi ni......
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by niy at 27-12-2008 08:49 AM
persoalan:
sejak bila mawi ada kawan yg kaya nih?
kenal sebelum AF?
M. Salleh ni bisnes apa?





emmm akakpun heran tau niy.....
ingatkan makcik2 felda macam akak je yang sokong Mawi....
tak logikkan orang kaya minat mawi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2008 10:31 AM | Show all posts
tp klu mawi ni btol2 kaye nape dia x beli gak helikopter.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 11:01 AM | Show all posts

Balas #10 hantu_jepun\ catat

nanti di kata pulak lupa diri....
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 11:11 AM | Show all posts

Reply #6 sayang_mulut's post

mybe bkn dia punya heli.... sewakn utk mawi
sesambil taja leh kasi publisiti utk hotel sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 11:13 AM | Show all posts

Reply #11 cloudnine_mm's post

pastu jd isu lagi laa......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.069797 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list