|
Tetamu2 kat Wedding Mawi - Update: Diana Naim Jadi Tetamu Istimewa -
[Copy link]
|
|
Reply #48 niy's post
Mana tau pipi aku gebus? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #47 delia3003's post
Kalau aku pula sedara ina
Aku usaha dia coba dapatkan kad jemputan tambahan ... aku nak pi jugak
jamu perut dan mata |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #53 ramura's post
teka je
betul ke salah ? |
|
|
|
|
|
|
|
Sori ina, mawi, ikin ...terenterprem |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #57 ramura's post
dorang tiga org tu konfom tak kisah kita OT
dah tanya abahnya... buat makluman tak kat sini ?
|
|
|
|
|
|
|
|
abahnya kata.. satu badan gebu...
...bila nak start gi gym balik?
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #60 sRbA's post
yg tu tak leh jemput
nanti mengesahkan spekulasi pulak |
|
|
|
|
|
|
|
cerita lama.. tapi nak tepek jugak
12-Dec-2008 | Oleh: Haswari Ali Mawi Tetap Undang Ina Naim, Suami
Teks & foto oleh Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 12 DIS 2008: Hari bahagia buat Mawi & Ekin semakin hampir. Kedua-dua mereka akan disatukan pada 20 Disember ini dan mereka dijadual akan bersanding 3 kali iaitu di Johor Bahru, Kulai dan Seri Kembangan.
Dalam kesibukan menghantar kad perkahwinan, Mawi dan Ekin tidak pernah lupa rakan-rakan artis. Yang sensasinya Mawi akan turut mengundang bekas tunangnya, Ina Naim (Nordiana Naim) dan suaminya, Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota kumpulan In-Team.
"Memang nama Ina dan Suhaimi ada dalam senarai jemputan kami untuk majlis di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti. Harap-harap mereka berdua akan sudi datang," kata Mawi pada wartawan ketika majlis perasmian butik terbaru Lord's Tailor di Bangsar, semalam.
Jangan Tak Lihat |
|
|
|
|
|
|
|
ina tak jadik datang kan?
abang mi tak kasi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #95 cloudnine_mm's post
serima power.. tentu dah dapat
sekali tak jadi pergilah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
dari murai.com
Ina Naim Tidak Datang Kenduri Mawi-Ekin
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 17 DIS 2008: Wanita yang pernah singgah dan bertakhta di hati Mawi satu ketika dulu, Nordiana Naim atau Ina Naim, 23, mengakui tidak akan menghadiri majlis perkahwinan bekas tunangnya itu dengan Ekin, sekalipun bakal diundang untuk majlis persandingan nanti.
"Terima kasihlah kerana bakal pengantin masih ingatkan saya. Tetapi rasanya saya tidak dapat datang. Lagipun kalau saya datang, macam-macam pula spekulasi yang timbul nanti. Sekarang ini pun, apa yang orang tak cakap pasal diri saya.
"Cukuplah dengan segala tohmahan yang saya terima selama ini. Sekarang lebih penting, saya kena jaga hati dan perasaan suami saya (Mohd Suhaimi Saad, bekas anggota In-Team). Saya juga kena hormati kedudukan dia sebagai suami dan ketua keluarga.
"Dia sendiri yang bagi nasihat kepada saya supaya usah dikaitkan lagi dengan Mawi. Sebab, kalau boleh, dia tidak mahu lagi melihat hati saya terluka lagi dengan segala tuduhan dan kata-kata yang dilemparkan orang terhadap saya," katanya Ina kepada murai.com.my ketika dihubungi.
Ina berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mawi yang mahu menjemputnya bersama Suhaimi ke majlis persandingan mereka di Hotel Palace of Golden Horses, Seri Kembangan pada 11 Januari 2009 nanti.
Bukan itu saja, Ina juga keberatan untuk mengulas apa-apa tentang perkahwinan Mawi & Ekin yang kini mendapat liputan yang begitu meluas daripada pihak media tempatan.
"Maaflah, kalau boleh saya memang tidak mahu beri apa-apa komen lagi tentang hal-hal yang berkaitan dengan Mawi. Cukup-cukuplah mengaitkan saya dengan Mawi lagi. Apa yang berlalu sudah pun berlalu.
_______________________________________
ade ke lagi org ngutuk ina.. rasanya dlm cari ni dah tak ada kan??
bagus ina ni, ikut kata suami... itulah yg sebetulnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #92 niy's post
macam tak lawa dah mawi sekarang...
dulu macam comel juga... tapi sekarang..
macam...ntah... agaknya bila dah tak suka
pasal dia nak kawin dengan ekin tu.. ada aje
nak cari pasal yang tak berapa elok tentang dia -
tak baik pula macam tu -
apa2 pun.. selamat berkahwin..
lagi 2 hari aje lagi -
*tapi kalau orang jemput kahwin - wajib pergi
(kalau majlis tu tak ada unsur maksiat and stuff) -
so tak baik ina naim tak pergi - bawa aje la suami dia -
benda2 baik camni pun nak di politik kan pula -
dia pun dah kawin ada anak semua .. kalau niat baik
ikhlas nak raikan walimatul urus tu - tak ada salahnya
pergi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 dexa's post
mmg wajib pergi
tapi kalau mmg dah tau kehadiran akan dieksploitasi oleh wartawan
serba salah juga
susah utk dorang memisahkan nama dorang dgn nama mawi
rumit juga keadaan ni sebenarnya |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #97 niy's post
bagus la tu ina..
prevention is better then cure..
ada baiknya ikut cakap asben.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|