Originally posted by muffins at 9-5-2009 12:05
lotus yek...???
mana yang sedap..???
muara ke lotus..???
lebih kurang je...tp kat muara tu klo org ramai mule la servis lembapppp
pinjam PB nye review
Signboard Kedai
Gerbang Restoran
Menu & Harga
Rabuminggu lepas, kakak dan abang ipar aku mengajak aku dan member makan2kat luar.. sebab abang ipar aku baru je balik outstation dari Indonesiadan sebelum bertolak ke Sofia, Bulgaria teringin nak makan siput pohpahat.. tempat pilihan kali ni adalah sekitar Pelabuhan Klang, sebabkawasan di sebelah barat Klang tersebut terdapat banyak restoran yangmenyajikan makanan laut..
Bertolakdari rumah jam 7.30pm, dan sampai ke destinasi sekitar jam 8.00pm..sejujurnya ini adalah kali ke-3 aku pergi ke restoran ni, tapi kaliterakhir aku menjamu selera di sini adalah sekitar bulan april awaltahun lalu.. parking kereta senang di perolehi sebab pihak restoranmenyediakan parking khas buat memudahkan pengunjungnya untuk menjamuselera ke sini..
Makanan lautnya juga segar, pengunjung di beripilihan untuk memilih sendiri size dan jenis makanan laut yangdikehendaki dan juga jenis masakan yang di gemari.. terdapat lebih 20jenis makanan laut boleh didapat di sini, walaupun kitorang pergi bukanwaktu hujung minggu.. pelanggan pon x ramai malam tu, mungkin jugadisebabkan pertengahan minggu dan di pertengahan bulan..
Disebabkanpelanggan x berapa ramai, dalam masa 15 minit sahaja semua menu yangditempah sudah dihidang.. disebabkan kali ni pergi ke restoran makananlaut, banyaknya jenis masakan yang di pilih adalah dari jenis kering,pedas dan berkuah pekat untuk merasai kesegaran makanan laut sebenar disini..
Jambatan Ke Restoran
Pilih Makanan Laut
Kawasan Yang Luas
Nama :- Restoran Lotus, Makanan Laut & Ikan Bakar
Lokasi :- Tanjung Harapan, 42000, Port Klang, Selangor
Cuisine :- Makanan Laut, Masakan Melayu, Masakan Ala Thai
Menu Pilihan :- 4 Orang
Harga Lauk Sahaja - RM120.50
Nasi Kukus
Menggunakanberas biasa tapi rasanya enak sebab nasinya dimasak secara kukus, untukmakan seramai 4 orang disediakan sedulang nasi yang boleh menampungseramai 6 orang makan.. memang berbaloi kan, x perlu la nak order nasiberkali2 macam sesetengah restoran.
Fried Kerapu with Spicy Thai Sauce
4 Bintang..!,memang berbaloi, huhu.. kesegaran ikan usah pertikaikan lagu, walaupundi goreng rangup tapi rasa kesegaran tu boleh terasa.. kebiasaannya akumakan ikan siakap, kali ni mencuba ikan kerapu plak.. memang kerapulebih sedap dan lemak, tapi harganya juga sedikit mahal berbandingikan2 lain.. kalau datang dengan anak2, jangan order menu spicy, tau2la masakan melayu cili apinye aje dah segenggam, haha.
Spicy Poh Pahat with Chili Padi
4 Bintang..!,para penggemar poh pahat jangan lupa order menu exotic ni.. sedikitpedas dan rasa masin, x sesuai di ratah tapi sesuai di makan dengannasi.. aku rasa lebih 30 biji cili api ada kat dalam masakan ni, huhu..tapi memang berjaya membuatkan aku kecur liur, walaupun tengok gambarni je, haha.. aku baru 3 kali makan poh pahat ni, paling sedap akupernah makan di sebuah restoran laut di Pulau Carey.
Spicy Thai Crab - 2 Ekor
5 Bintang..!,ketamlah makanan laut aku paling gemari, haha.. ketam masak pedas thai,memang mennyelerakan.. yang paling best isi ketam tu penuh, memang lapuas dapat makan ketam ni sampai ke cengkerang aku hirup, huhu..aromanya juga sedap tapi ada bau pedas, rasanya jenis masakan spicy xsesuai untuk tempahan kalau makan seisi keluarga.
Fried Prawn with Curry Leaf
3.5 Bintang..!,yummy, aroma pun sedap sebab digoreng bersama daun kari.. memang terasakesegaran udang, walaupun digoreng dengan sedikit cili api.. walaupunada cili api tapi x de le pedas sangat, boleh la order untuk dimakanseisi keluarga.. udangnya x digoreng ranggup, mungkin supaya kesegaranudang tu terpelihara.. tapi kalau compare dengan restoran lain untukmasakan udang seumpama ini, ia kalah dalam liganya.
file:///C:/Documents%20and%20Settings/EDI/Desktop/Pic%20Bulan%2011-08/IMG00234.jpgBroccoli with Mushroom in Oyster Sauce
5 Bintang..!,sedap, segar dan menyelerakan.. aku rekomen kat korang semua untukmencubanya, pasti x menyesal.. sayur brokoli dan cendawan segar dimasak dengan sos tiram dan sedikit cebisan tiram memang 1st class menu,seperti hidangan di hotel 5 bintang.
ABC Special - RM 4.00
Watermelon Juice - RM 10.00 (2 Gelas)
Orange Juice - RM 5.00
Lychee - RM 5.00
2.5 Bintang..!,
airminumannya terlalu mahal sekitar rm5 untuk segelas air pelbagai jenis..tapi rasa air buah2nya segar kalau nak di bandingkan dengan restoranlain yang pernah aku kunjungi.. tapi rasanya kurang berbaloi untukmembayar harga semahal ini untuk segelas air sahaja.
Harga :- RM 144.50
Penilaian :-
..........Makanan : 4 Bintang
..........Tempat : 4 Bintang
..........Service : 3.5 Bintang
..........Harga/Rasa : 4 Bintang
Keseluruhan : 4 Bintang |