|
79# cmf_harris
Sebagai balasannya...dapat cinta tak berbelah bahagi dari wife...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
80# pakupayung21
bole...untuk brape org punye...
ops..sms je...  |
|
|
|
|
|
|
|
78# Paradox11
uhhh..king of fruits..dapnya...balik kg aritu, kami kenduri durian 2 guni cdg weekend nie cdg nak cari durian area dkt2 sg. buah ke...kat bangi lama..situ pun ok..tringin wat bubur kacang durian n pulut durian...perrrghhh.. |
|
|
|
|
|
|
|
79# cmf_harris
memanglah haris...kasih emak sepanjang hayat...takkan ada penghujungnya..
syukur..anak-anak akak juga tak pernah lupakan akak..sejak sampai JB petang tadi dah dua kali dia call akak..
anak-anak akak rapat dengan akak harris. Akak selalu lepak2 kat bilik diaorang..borak-borak, bercerita yg lucu-lucu tentang pengalaman akak dulu-dulu..lepas tu kami sama2 gelak..kami sangat mesra. Bila dia orang dah balik terasa sangat sunyinya...
Akak pon mcm emak Harris..dah terfikir kalau anak kahwin nanti masih bolehkah akak mendapat kasih sayangnya macam sekarang..bukan tamak, cuma bimbang..
Alangkah seronoknya kalau nanti akak dapat menantu yang boleh get along dengan kami seperti zaman anak-anak masih bujang... |
|
|
|
|
|
|
|
35# cdini
pernah dengar pasal menda nih...satu lagi amalan ayat kursi tuh mmg saya amalkan..tp dah nak jadi tuh..nak wat camnakan...agaknya dalah rezeki kami yg shubak (betul ke word nih) tu..yelah terlebih sembang masa keje ker..kuikui |
|
|
|
|
|
|
|
41# alifinara
Isk shidah..seram lak saya baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Huhu tak larat nak skrol dah..sikenit ngan kakaknya dah tido..ni si abgnya takmo tido lagi...adeihla.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pdox, akak rasa awaknyer pulasan tu jantan..sebab tu buah dia gitu..
kempet kata orang jawa...senang je, cantas sampai gondol abih..
bila tumbuh tunas baru tgk cemana..kekadang ada yang boleh berubah jd betina..
ni cakap berdasarkan pengalaman lalu... |
|
|
|
|
|
|
|
Shida, akak rasa baik awak cari 'pagar' rumah..
kekadang ada 'benda2' yang tumpang kat umah, kita tak sedar..
w/pun sebelum tu tak de pape..
biasanya bunian yang suka panggil2 ni...
so, sebelum apa2 cari ustaz yang pandai2 ajak kerumah...
sekadar saranan (dari akhak yang tersayang... ) |
|
|
|
|
|
|
|
89# cguct1970 [/b
Uiisshh...pokok digondolkan untuk tukarkan jantina dia ke?...senang ye...tak banyak belanja macam orang nak tukar jantina...heheheh... |
|
|
|
|
|
|
|
90# cguct1970
Seram dengar part orang bunian yang suka panggil2 ni...heii...takut... |
|
|
|
|
|
|
|
89# cguct1970
kak ct, thanks bagi info dan tip ni, wah kena cantas sampai gondol ke. blhlah try. sebab kalau asyik mcm ni, mmg habiskan baja jek.
dulu beli bersama dgn pokok epal. tapi epal tu tipu punya. yg epal tulen dia pakai cara grafting pada sejenis pokok berduri yg daun seakan epal. last last tunas epal tu terbantut dan pokok berduri tu pula yg take over. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by alifinara at 10-7-2009 09:15
90# cguct1970
Akak tersayangku Kak Ct,
Trima kasih atas saranan itu. Kami pun baru 'pasang' pagar serta pendinding selepas dapat tahu ada orang/jin tanam daging muka dr mayat yg dibalut dengan kain kapan depan rumah, dalam bulan 3@4 hari tu. Itupun secara tak sengaja check dgn pakcik yg tahu menda2 nih, tup2 dia bgtau perkara yg unsangkarable.....menda khurafat tu dah tertanam depan rumah sejak 2006 lagi.
Benda yg kaco saya tu setahu saya dan say bye2 kat saya, last sekali sebelum dia kena kurung dia dah 'ketuk' tingkap rumah rumah. Ucap selamat tinggallah gamaknya....ha..ha...
Mungkin saya perlu kuatkan lagi pendinding dalam diri saya. Nak harap pendinding yg pakcik tu buatkan mungkin tak cukup yee... |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.utusan.com.my/utusan/ ... ri&pg=dn_08.htm
H1N1 menular di Cyberjaya
Oleh NORLIZA ABD. RAHMAN
[email protected]
PUTRAJAYA 9 Julai - Kerajaan hari ini mengumumkan tiga langkah membendung wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) berikutan penularan jangkitan tempatan secara berkelompok di Cyberjaya dan Melaka.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkembangan terbaru itu membabitkan 12 kakitangan sebuah syarikat swasta di Cyberjaya yang kerap menerima pelawat asing dan enam kes di Akademi Laut Malaysia (ALAM), Melaka.
Katanya, seramai 200 pekerja di syarikat tersebut yang berkhidmat di aras bangunan yang sama dengan pesakit telah diletakkan di bawah pengawasan di tempat kerja.
''Kementerian Kesihatan perlu membuat persiapan proaktif berikutan terdapat petunjuk awal berlakunya penularan H1N1 dalam komuniti.
''Jika ia tidak dikawal dengan baik, ia akan menular dengan cepat dan melibatkan kes yang banyak. Jika tidak terkawal dikhuatiri akan berlaku komplikasi termasuk kematian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, H1N1 merupakan virus baru dan semua orang tiada imuniti kepada jangkitan tersebut.
Katanya, tiga prinsip pelaksanaan ke arah mitigasi kawalan wabak H1N1 ialah orang awam dan komuniti perlu bersama-sama mengambil tindakan pencegahan dan kawalan dengan mengehadkan jarak pergerakan, mengurangkan perjumpaan, etika batuk, kebersihan tangan dan pengudaraan dalam rumah yang baik.
Pemantauan kesihatan di sekolah dan institusi pendidikan pula perlu diperkukuhkan dengan melaporkan segera mereka yang menunjukkan simptom seperti batuk dan selesema ke Pejabat Kesihatan terdekat.
Ketidakhadiran ke tempat kerja yang luar biasa juga perlu dipantau kaitannya dengan jangkitan H1N1.
Menurut Tiong Lai, prinsip kedua melibatkan kes-kes yang ringan (tanpa kompilasi) akan dirawat sebagai pesakit luar dan pesakit diminta tinggal di rumah.
Pada masa sama, mereka perlu mengambil langkah kawalan jangkitan serta melaporkan sekiranya tanda-tanda penyakit bertambah teruk.
''Bagi kes-kes berisiko tinggi seperti asma, penyakit paru-paru kronik, diabetes, kegagalan organ, obesiti dan ibu mengandung, individu akan dirawat di hospital.
''Prinsip seterusnya ialah pesakit yang bersimptom perlu diasingkan daripada pesakit biasa dengan diberikan rawatan antiviral serta penggunaan alat perlindungan diri kepada pesakit dan pekerja kesihatan untuk mengurangkan kematian dan penularan penyakit," katanya.
Tiong Lai seterusnya mengumumkan pertambahan 61 kes baru H1N1 membabitkan 37 kes import dan 24 kes jangkitan tempatan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 574 kes iaitu 415 kes import dan 159 kes jangkitan tempatan.
Sebanyak 61 kes baru yang dilaporkan itu melibatkan 52 warganegara ini dan sembilan warga asing iaitu Indonesia (lima) dan masing-masing satu dari Thailand, Brunei, Singapura dan Pakistan.
''Daripada 574 jumlah pesakit yang disahkan, seramai 472 atau 82.2 peratus telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.
''Baki pesakit yang sedang dirawat di hospital berjumlah 102 orang," katanya.
Merujuk kepada situasi global, kata Tiong Lai, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan jumlah terkumpul kes H1N1 sebanyak 98,873 kes dengan 442 kematian daripada 35 negara.
Ia membabitkan pertambahan 2,249 kes dengan lima negara yang melaporkan pertambahan kes tertinggi iaitu Kanada (900), Australia (414), Uruguay (315), Peru (155) dan Jepun (148).
uwaaa......takotnya. MMU memang selalu terima visitor dr luar...... |
|
|
|
|
|
|
|
95# alifinara
nape tak citer syarikat swasta mana.
supaya pelawat dan sesiapa sajayang berurusan dgn syarikat ini lebih berwaspada.
atau lebih drastik jangan berurusan secara bersemuka. |
|
|
|
|
|
|
|
93# Paradox11
Ooo...maybe memang macam tu cara diorang buat tut harini...sebab baru2 ni pun i beli anak pokok limau purut...nursery owner pesan supaya buang kalau ada tunas daun limau yang keluar tapi bukan macam daun limau purut...cos katanya...pokok tu di tut kan kat pokok limau biasa...tak taulah limau nipis ke...kasturi ke apa...anyway...harap2 oklah pokok limau purut tu... |
|
|
|
|
|
|
|
94# alifinara
Pendinding yang terbaik ialah yang kita amalkan sendiri...zikrullah...ayat2 pendinding etc... |
|
|
|
|
|
|
|
96# sarahaisyah
Betul betul betul... |
|
|
|
|
|
|
|
shida...n betul juga apa yg diamalkan oleh arwah atuk cdini..
cikna ada buku mcm kat bwh nie....mmg ada hadis n amalan yg boleh dipraktikkan...
pagar api ( org nampak seperti api menjulang tinggi disekeliling rumahnya),
pagar laut (org akan rasa berenang sampai tak sudah/nampak laut aje)...
InsyaAllah.....
antara amalan yg biasa yg perlu diamalkan:
1) ayat kursi
2) doa pelindung diri n keluarga

"Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi juga di langit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui."
Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah saw didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan nama-Nya sama ada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"
Petua Beramal:
1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah SWT selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah SWT selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
2. Apabila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampung, hendak membuat sesuatu pekerjaan yang berisiko atau pulang ke rumah daripada melakukan sesuatu pekerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali, jika bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut.
4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.
tapi dgn syarat:
1) perlu ikhlas ketika beramal
2) yakin n serahkan hasilnya kpd Allah
3) niat kena betul utk diri, keluarga, kediaman n harta benda drpd kejahatan makhluk agar kebaikan terus kpd diri ,keluarga , kediaman n harta benda.
4) jauhkan dari maksiat ketika beramal..
..tazkirah plak today.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|