Edited by seribulan at 15-3-2022 06:40 PM
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 15 MAC 2022 PENGGUNAAN KAPASITI KATIL COVID-19 DI HOSPITAL DAN PUSAT KUARANTIN DAN RAWATAN COVID-19 BERISIKO RENDAH (PKRC) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 14 Mac 2022, penggunaan fasiliti kesihatan khusus bagi kes COVID-19: - Katil Kes Kritikal atau Unit Rawatan Rapi (ICU): Enam (6) negeri iaitu WP Kuala Lumpur (77%), Kelantan (75%), Johor (66%), Selangor (62%), Melaka (59%), dan Pulau Pinang (51%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil Bukan ICU: 12 negeri iaitu WP Putrajaya (107%), Selangor (103%), WP Kuala Lumpur (90%), Perak (86%), Melaka (84%), Sarawak (81%), Perlis (76%), Terengganu (73%), Kelantan (71%), Johor (58%), Pulau Pinang (56%), dan Pahang (55%) menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Katil PKRC: : Tiada negeri yang menunjukkan peratusan pengisian ≥ 50% (Jadual 1);
- Pesakit COVID-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) menurun kepada 215 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator25%.
Terdapat perbezaan antara Jadual 1 dan Jadual 2 di mana data kapasiti dan penggunaan di Jadual 2 adalah juga termasuk untuk kes COVID-19 dan kes bukan COVID-19.
KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes COVID-19 ke hospital (Jadual 3) berbanding kes COVID-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari. Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti COVID-19. Pada masa yang sama, terdapat juga kes-kes COVID-19 berisiko tinggi dari kategori 1 dan 2 yang memerlukan kemasukan ke PKRC dan hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Pada 14 Mac 2022, sebanyak 1,521 kes COVID-19 dimasukkan ke hospital dengan kategori berikut (Rajah 1): - 634 kes (41.7 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 887 kes (58.3 peratus) adalah kategori 1 dan 2.
Selain itu, KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 14 Mac 2022: - Kes sembuh: 33,872 kes [3,502,760 kes kumulatif (91.1%)];
- Kes baharu: 22,030 kes (3,845,601 kes kumulatif);
- Kes import: 394 kes [369 warganegara (93.7%); 25 bukan warganegara (6.3%)];
- Kes tempatan: 21,636 kes [20,894 warganegara (96.6%); 742 bukan warganegara (3.4%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 388 kes (169 kes disahkan COVID-19; 219 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 215 kes (97 kes disahkan COVID-19; 118 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19 Daripada 22,030 kes harian yang dilaporkan pada 14 Mac 2022: - Kategori 1: 8,616 kes (39.11%);
- Kategori 2: 13,188 kes (59.86%);
- Kategori 3: 71 kes (0.32%);
- Kategori 4: 61 kes (0.28%); dan
- Kategori 5: 94 kes (0.43%).
Daripada 226 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 14 Mac 2022: - 52 kes (23.00%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 111 kes (49.12%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 63 kes (27.88%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 144 kes (63.72%) berumur 60 tahun dan ke atas dan;
- 64 kes (28.32%) mempunyai komorbid.
KLUSTER COVID-19 - Jumlah kluster: 6,883 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 2 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,506 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 377 kluster.
NILAI RT Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 14 Mac 2022 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | Sarawak | 1.21 | WP Kuala Lumpur | 1.12 | Terengganu | 1.12 | Negeri Sembilan | 1.07 | Perak | 1.04 | Pulau Pinang | 1.03 | WP Putrajaya | 1.02 | Pahang | 1.01 | Kedah | 1.01 | Selangor | 1.00 | Melaka | 1.00 | Johor | 1.00 | Kelantan | 0.97 | Perlis | 0.94 | WP Labuan | 0.82 | Sabah | 0.70 | MALAYSIA | 0.96 |
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn); Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
- Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala;
- Jalani segera ujian COVID-19 sekiranya bergejala;
- Individu positif COVID-19 Kategori 1 dan 2A dan bukan berisiko tinggi (berumur bawah 60 tahun dan tidak mempunyai komorbid), tidak perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC), sebaliknya hanya perlumelakukan pemantauan kendiri melalui HAT dalam aplikasi MySejahtera. SMS atau panggilan daripada perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) akan diterima sekiranya belum atau tidak menjalankan pemantauan kendiri setiap hari;
- Individu yang perlu hadir ke CAC terdekat (senarai penuh lokasi, nombor telefon dan waktu operasi boleh didapatkan di https://covid-19.moh.gov.my/hotline) untuk penilaian lanjut akan dimaklumkan melalui MySejahtera atau dihubungi CAC melalui SMS atau panggilan telefon;
- Individu yang positif COVID-19 Kategori 2B dan ke atas (sama ada berisiko tinggi atau tidak) atau mempunyai gejala yang semakin teruk, dikehendaki hadir ke CAC atau hospital terdekat bagi pemeriksaan lanjut tanpa menunggu panggilan telefon daripada CAC; dan
- Tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang telah lengkap vaksinasi termasuk yang telah mendapat dos penggalak (booster) adalah tujuh (7) hari, manakala tempoh isolasi bagi individu positif COVID-19 yang tidak lengkap vaksinasi atau tiada vaksinasi adalah selama 10 hari. Tempoh isolasi terkini tidak mengambil kira sama ada bergejala atau tidak bergejala.
Individu yang belum menerima vaksin dan tidak pernah dijangkiti COVID-19 adalah kumpulan paling berisiko mendapat jangkitan COVID-19. KKM menasihatkan individu ini agar segera mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19. Bagi yang telah mendaftar, KKM memohon agar anda hadir ke temu janji tersebut demi melindungi diri dan orang tersayang. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 15 Mac 2022 @ 10.00 pagi Lampiran 1 Jadual 5: Perbandingan gejala COVID-19 Kategori 2A (ringan) dan 2B (sederhana) Kategori 2A | Kategori 2B | Sakit tekak atau selesema tanpa demam atau sesak nafas | Demam berpanjangan [dua (2) hari dan lebih] atau demam semula selepas sembuh | Batuk tanpa demam atau sesak nafas | Kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnoea) | Hilang deria rasa tetapi masih mempunyai selera makan | Sakit dada | Hilang deria bau | Tidak boleh makan atau minum | Cirit-birit dua (2) kali atau kurang dalam masa 24 jam tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Kelesuan bertambah teruk terutamanya semasa melakukan aktiviti harian atau semasa baru bangun daripada tidur | Loya dan muntah tetapi kekerapan dan pengeluaran air kencing seperti biasa (normal) | Memerlukan bantuan untuk berjalan | Kelesuan tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Gejala seperti batuk, loya, muntah atau cirit-birit semakin teruk atau berterusan | Sakit otot tetapi masih boleh melakukan aktiviti harian | Perubahan status mental seperti kekeliruan / kurang tahap sedar | | Kurang pengeluaran air kencing dalam masa 24 jam |
KES BAHARU MENGIKUT MUKIM NEGERI KEDAH 15/03/2022BALING - 96
BAKAI 7
BALING 7
BONGOR 4
KUPANG 20
PULAI 25
SIONG 4
TAWAR 20
TELOI KANAN 9
BANDAR BAHARU - 39
BAGAN SAMAK 20
SELAMA 2
SERDANG 12
SUNGAI BATU 4
SUNGAI KECHIL ILIR 1
KOTA SETAR - 461
ALOR MALAI 44
ALOR MERAH 2
ANAK BUKIT 15
BUKIT LADA 2
BUKIT PINANG 7
DERANG 2
DERGA 28
GAJAH MATI 12
GUNONG 3
HUTAN KAMPONG 9
JABI 25
KANGKONG 17
KOTA SETAR 8
KUALA KEDAH 22
KUALA KEDAH 2
KUBANG ROTAN 4
LANGGAR 28
LENGKUAS 2
LEPAI 2
LESONG 3
LIMBONG 5
MERGONG 41
PADANG HANG 9
PADANG LALANG 16
PENGKALAN KUNDOR 89
PUMPONG 14
SALA KECHIK 9
SUNGAI BARU 7
TAJAR 9
TEBENGAU 6
TELAGA MAS 2
TELOK CHENGAI 2
TELOK KECHAI 9
TITI GAJAH 5
TUALANG 1
KUALA MUDA - 800
BUJANG 20
BUKIT MERIAM 5
GURUN 46
HAJI KUDONG 2
KOTA 2
MERBOK 11
PEKULA 15
PINANG TUNGGAL 52
RANTAU PANJANG 2
SEMELING 29
SIDAM KIRI 73
SIMPOR 11
SUNGAI PASIR 179
SUNGAI PETANI 340
TELOI KIRI 13
KUBANG PASU - 266
AH 9
BINJAL 6
BUKIT TINGGI 6
GELONG 11
HOSBA 3
JERAM 10
JERLUN 20
JITRA 54
KEPELU 11
MALAU 11
NAGA 40
PADANG PERAHU 5
PELUBANG 21
PERING 9
PUTAT 4
SANGLANG 5
SUNGAI LAKA 11
TEMIN 19
TUNJANG 9
WANG TEPUS 2
KULIM - 453
BAGAN SENA 4
JUNJONG 15
KARANGAN 8
KELADI 49
KULIM 117
LUNAS 48
MAHANG 5
NAGA LILIT 38
PADANG CINA 57
PADANG MEHA 20
SEDIM 5
SIDAM KANAN 32
SUNGAI SELUANG 48
SUNGAI ULAR 5
TERAP 2
LANGKAWI - 55
AYER HANGAT 6
BOHOR 4
KEDAWANG 15
KUAH 15
PADANG MATSIRAT 6
ULU MELAKA 9
PADANG TERAP - 30
BATANG TUNGGAN KANAN 1
BATANG TUNGGANG KIRI 1
BELIMBING KANAN 2
BELIMBING KIRI 3
KURONG HITAM 1
PADANG TEMAK 5
PADANG TERAP KIRI 1
PEDU 3
TEKAI KANAN 4
TEKAI KIRI 9
PENDANG - 71
AYER PUTEH 33
BUKIT RAYA 8
GUAR KEPAYANG 2
PADANG KERBAU 6
PADANG PELIANG 3
PADANG PUSING 7
RAMBAI 8
TOBIAR 4
SIK - 51
JENERI 5
SIK 17
SOK 5
TELOI 24
YAN - 69
DULANG 6
SALA BESAR 24
SINGKIR 2
SUNGAI DAUN 18
YAN 19 KUMULATIF KES - 2391
|