CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tumpanglalu74

Gadis 'Ghaib' SMS Dari Kubur

  [Copy link]
Post time 7-10-2010 09:31 AM | Show all posts
mcm tak betul jer cite nih...mmg la jin tu ada...tp budak dlm nih mcm sengal semcm je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 09:33 AM | Show all posts
Wartawan, jurugambar Berita Harian lalui pengalaman ngeri

JERTIH: Suasana sunyi tiba-tiba digemparkan dengan bunyi kuat seperti runtuhan sesuatu yang berat ke lantai, mengejutkan ahli keluarga dan tetamu yang berjaga supaya gadis mengalami gangguan misteri di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini tidak ghaib lagi pada malam kelmarin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali, bomoh serta Wartawan dan jurugambar Berita Harian yang berada di rumah Siti Balqis Mohd Nor, 22, yang melalui kejadian misteri sejak dua bulan lalu turut mendengar letupan itu. Bunyi runtuhan kira-kira jam 10.30 malam itu adalah antara kejadian pelik sepanjang semalaman di rumah gadis itu, termasuk melihat kelibat makhluk halus serta sejenis objek besi yang tiba-tiba jatuh ke ruang tamu rumah.

Sejak mengalami gangguan misteri itu, Siti Balqis, anak sulung daripada empat beradik itu sudah ghaib daripada pandangan ramai di rumahnya sebelum ditemui di pelbagai tempat dalam tempoh antara enam hingga tujuh jam kemudian di siling rumah, atas pokok manggis, tanah perkuburan, rumah tinggal dan mesin pembancuh simen.

Malam kelmarin, setengah jam selepas sesi rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional selesai pada kira-kira jam 10 malam, suasana hening digemparkan dengan bunyi letupan seperti atap runtuh di sebuah bilik. Apabila semua di rumah itu bergegas ke bilik berkenaan, didapati tiada apa yang berlaku.

Wartawan dan jurugambar, Aswadi Alias merasa seram dengan kejadian itu, tetapi mereka tetap memberanikan diri dan terus bersama ahli keluarga dan jiran menjaga Siti Balqis yang berbaring di ruang tamu rumah.
Menjelang dinihari keadaan bertambah sunyi dan kedinginan malam ditemani pula dengan pelbagai bunyi yang menyeramkan. Secara tiba-tiba kira-kira jam 2 pagi, seketul logam berukuran 12 sentimeter tiba-tiba melayang dan jatuh ke tengah ruang tamu rumah.

Bagaimanapun, mujurlah objek logam itu tidak terkena sesiapa walaupun ia jatuh tidak jauh daripada sekumpulan wanita yang turut sama berjaga tidak jauh dari gadis itu.

Malah sebelum logam itu jatuh, Aswadi mendakwa melihat sendiri objek berbalut kain putih melayang di depannya sebelum ia terjatuh di sisi sekumpulan wanita terbabit.

"Memang saya berasa seram sejuk dengan kejadian itu dan tidak lama kemudian beberapa bahagian badan terutama tangan dan kaki kebas dan badan saya seperti demam," kata Aswadi yang kini demam dan diberikan cuti rehat selepas pulang dari Besut, pagi semalam.

Bagaimanapun, usaha kami untuk mengambil gambar objek berkenaan tidak kesampaian kerana sebaik saja objek itu jatuh ke ruang tamu, seorang adik Siti Balqis segera mengambilnya dan mencampakkannya ke luar rumah.

Melihat ketakutan semua hadirin, ibu Siti Balqis, Norizan Said, 47, mengingatkan kami supaya tidak bimbang kerana baginya, bunyi pelik dan jelmaan pelbagai objek di rumah itu adalah perkara biasa sejak kejadian misteri menimpa anaknya dua bulan lalu.

Sementara itu, mengulas usaha mengubat Siti Balqis, Norizan berkata, mereka sudah mendapatkan lebih 100 bomoh dari Terengganu, Kelantan dan Pahang untuk merawat penyakit misteri anaknya tetapi setakat ini keadaan kesihatan anaknya tidak berubah.




...emmm..macam2 benda misteri ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:43 AM | Show all posts
kepada yang kata budak neh menipu sebenarnye keluar jumpa bf la apa la tu, aku dare to challenge you, go to her house and see for yourself. balqis neh sepupu aku, we called her 'kaklong' sebab dia anak sulung. jadi aku rasa agak insult la kalau nak kata dia menipu ke apa.

memang kalau takat baca berita kat paper etc, mende neh nampak macam tak logik tapi kalau dah lalui sendiri baru percaya. tengah2 jaga, kita pandang tv jah... kalih tengok dia..dia sudah takde. tempat2 yang kemudian dia dijumpai tu pulak kekadang unexplainable.

contoh dia dah hilang dari petang (right before your eyes), kemudian jumpa balik... atas siling. can u explain how she got there? nak bawak turun kena pakai tangga etc. dia naik camne? ada satu kes tu, masa dia hilang, dia claimed dia rasa dia kat tempat berlumpur. bila dia "dihantar" balik, jumpa kat tangga dapur, dia penuh dengan lumpur. yang paling sadisnya, time dia dijumpai, most of the time dia tak sedar. nak sedarkan dia pun amik masa.

yang pasal kubur tu, actually malam buta, dia ilang. dia boleh sms mak dia cakap dia kat mana, explainkan tempat tu macam mana, mak dia pergi kubur memalam buta but couldnot find her pun.  then bila lewat nye dia "dipulangkan", dia boleh cerita nampak mak dia masa mak dia pergi cari dia. cuma dia tak der suara untuk panggil.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:55 AM | Show all posts
wah.. first hand news ni..  so selepas wartawan n adun smua tu beramai2 berjaga mlm tu.. ada apa2 berlaku tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 09:57 AM | Show all posts
misteri nih...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 10:01 AM | Show all posts
Reply 83# puteri7

simpati dengan nasib sepupu puteri.............setiap penyakit ada penawarnya,....cuba dan terus berusaha..........












*......teringat juga kisah misteri api yang wujud tiba2 menyusahkan seisi rumah................
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-10-2010 10:02 AM | Show all posts
Wartawan ada kat sana mesti ada gamabr ke video kata dgr bunyi mcm atap runtuh apa semua?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 10:54 AM | Show all posts
hope the BEST...insyaallah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 11:28 AM | Show all posts
Reply 83# puteri7


TQ sebab menjelaskan...terselamat forumer CI termasuk aku dari dosa free mengutuk. Aku siap nak kata, bf budak tu mesti seorang Pak Guard berumur 19 thn...pakai motor kapcai....jumpa dalam ladang kelapa sawit.

bukan apa...sekarang ni, bila mana seorang gadis hilang....biasanya kes bf ke, facebook ke...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 11:59 AM | Show all posts
semuga balqis dapat diubati...kepada keluarga balqis, jgn putus harapan dan terus berusaha. semuga Allah permudahkan dan melindungi balqis sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:05 PM | Show all posts
Reply 81# kenarikelabu

      tipu jer tuh
      suratkhabar saja nak lariskan jualan suratkhabar
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:16 PM | Show all posts
mungkinkah ade kaitan ngan ayoh pin? mintak le dia wat mesyuarat dgn jin/antu tu takyoh le kaco adik balkis ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2010 12:36 PM | Show all posts
balqis neh sepupu aku, we called her 'kaklong' sebab dia anak sulung.
puteri7 Post at 7-10-2010 09:43


Welcome..  1st of all bukn la tujuan aku buat thread ni nk mempersendakn kes ni.  Since Berita Harian buat frontpg news smlm aku pun naik heran knp xde lgi kt forum ni.  Aku post thread ni pada pkl 12.00 tghari smlm.  Which ws quite late by this forum's stds.

Aku mmg minat nk tau kes ni sbb aku pun pnah kne ganggu dgn makhluk halus.  Aku berubat kt Darul Syifa & alhamdulillah sembuh.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:46 PM | Show all posts
kepada yang kata budak neh menipu sebenarnye keluar jumpa bf la apa la tu, aku dare to challenge you ...
puteri7 Post at 7-10-2010 09:43



  Soalan:

1. Memang biasa dia kalau 'dihilangkan' ni, hilang dengan handphone2 sekali ke?
   -maksudnya, right before dia hilang, handphone tu memang dlm poket baju/seluar dia ke?

2. Pernah tak korang berjaga 24 jam, mata memerhati tanpa beralih(take turn, make sure mesti ada orang yg sentiasa memerhati), dan dia tiba tiba hilang, vanish begitu sahaja?

3. Sepupu kau ni, byk orang ubatkan dia. Dia sendiri, amalkan tak bacaan ayat2 Al Quran?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:55 PM | Show all posts
balik nak tengok cite jumper la........best2

sian dekat balqis moga ade pihak yang mampu mengubatinya.Yakinlah pada kuasa Allah..banyakkan amalan semoga sentiasa berada dalam lindunganNya
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 12:56 PM | Show all posts
wah menarik...ada sepupu balqis kat sini.....harap2 dier dapat sembuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2010 12:57 PM | Show all posts
wow ... jumper ... harap2 cik balqis dapat mendalami dan mengawal kebolehan yang diberikan ittew ...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 01:02 PM | Show all posts
cuba letakkan CCTV di setiap bilik rumah tersebut supaya kita dapat explainkan cerita adik balqis ini... kalau betul2 dia adalah seorang jumper, maka terbuktilah film hollywood itu adalah benar...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 01:54 PM | Show all posts
macam-macam cara jin mengganggu ank2 adam...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2010 01:54 PM | Show all posts
one thing je, aku tak setuju famili banyak percaya kat bomoh. ada la bawa jumpa ustaz. yang ustaz paper tak highlite lak. duk cakap jumpa bomoh je. huhuhuh.

menjawap soalan yang dikemukakan tu..

1. Memang biasa dia kalau 'dihilangkan' ni, hilang dengan handphone2 sekali ke?  
kalau time dia nak "diambil" tu, dia tengah pegang handphone. depa ilang sekali la. macam baju la. kalu time tu pakai baju hijau, dia pergi dengan baju tu la.  kalau tak pegang, takde la magik berlaku dia sempat amik handphone dia. heehehe.


2. Pernah tak korang berjaga 24 jam, mata memerhati tanpa beralih(take turn, make sure mesti ada orang yg sentiasa memerhati), dan dia tiba tiba hilang, vanish begitu sahaja?
kalau berjaga dan pandang dia 24jam, dia tak ilang lah. tapi tak boleh leka langsung. it like sekelip mata leka skit, dia dah takde even before that dia ada elok je sama dgn kita. berita tu cakap ilang setiap hari but sebenarnye takdelah setiap hari. cuma bila ilang tu kekadang lama menjangkau berjam-jam. adik laki dia selalunye berlari keliling rumah time dia ilang azankan.. sepupu kami dan pakcik pun sama. tapi penat pusing takde jugak.

3. Sepupu kau ni, byk orang ubatkan dia. Dia sendiri, amalkan tak bacaan ayat2 Al Quran?
memang ada baca quran2 tuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.062298 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list