CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

Petua - Petua Orang Tua

[Copy link]
 Author| Post time 8-11-2010 09:43 AM | Show all posts
Sebut pasal melembutkan makanan, cara terbaik untuk melembutkan daging ayam kampung dan daging lembu bukannya dengan getah betik atau daun nangka tetapi dengan menggunakan panadol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2010 04:18 PM | Show all posts
Sebut pasal melembutkan makanan, cara terbaik untuk melembutkan daging ayam kampung dan daging lembu ...tetapi dengan menggunakan panadol.
rayyanrafael Post at 8-11-2010 09:43


Macam mana nak gunakan panadol pada ayam atau lembu tu? Bagi ayam tu telan panadol dulu ke? After sembelih confirm ke daging dia akan lembut?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2010 04:45 PM | Show all posts
kalau semut masuk dlm bekas gula, letak pisau dekat bekas tu, nanti semut tu lari...
ChildrenOfBodom Post at 29-10-2010 16:27



    aku dh try memang menjadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2010 05:27 PM | Show all posts
Reply 82# oyen


    Alamak.....lupa nak bagitahu. Caranya cuma masukkan 2 biji padadol kedalam periuk
semasa memasak daging tersebut. Insyaallah, jika dimasukkan panadol, kita cuma memerlukan
lebih kurang 10 - 15 minit sahaja untuk melembutkan daging tersebut berbanding kebiasanya
memerlukan sehingga 2 jam atau lebih.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 04:02 PM | Show all posts
Banyak gak petua2 berguna...nk share gak

Nk ilang kan bisul..

1. Tenyeh kt bisul tu ngan daun pokok bunga raya
2. Sapukan air yg kuar dari bawang putih...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2010 11:30 AM | Show all posts
...Untuk mengelak lenguh lenguh saraf,makan 3 butir lada hitam setiap pagi.Jangan lebih nanti kepala jadi panas.
sayapghaib Post at 16-10-2010 01:13


telan camtuh jek ker lada itam tuh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2010 05:52 PM | Show all posts
Reply 84# rayyanrafael


    klo taruk panadol soluble buleh tak?

anyway, tk pening ke kalu cmpur panadol dlm masakan? hmmmm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2010 09:17 AM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    klo taruk panadol soluble buleh tak?  

anyway, tk pening ke kalu  ...
miss_putih Post at 22-11-2010 17:52



    x de kesan sampingan pada kesihatan, cuma rasa kuah akan sedikit berlainan. (kureng sedap sikit)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 02:26 AM | Show all posts
nak lembutkan daging masukkan sebiji gula2 hach hiyam kedalam masakan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2011 12:37 PM | Show all posts
Petua Cara Menghilangkan Bau Badan

1. Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, rebus hingga mendidih, Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah setiap pagi dan petang selam seminggu.

2. Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.

3. Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi. Dibelah 2. Sebelum mandi sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biar 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.

4. Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.

5. Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuh hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.

6. Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.

7. Selepas mandi gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.

8. Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.

9. Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.

10. Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

11. Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 02:57 PM | Show all posts
telan camtuh jek ker lada itam tuh?
kilometrico Post at 22-11-2010 11:30



    ops lupa nak bagitau.kunyah.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:02 PM | Show all posts
klau nk lentikkan bulu mata,sapu bulu mata dgn isi daun lidah buaya

nenek aku dari kecik pakai be ...
shiraloveyou Post at 29-10-2010 13:24



    Juga boleh dilentikkan dengan menyapu minyak buah keras yg keluar ketika dibakar.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:09 PM | Show all posts
petua xmudah lupa....

hari2 hafal 1 bende yg baru
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 03:20 PM | Show all posts
Petua untuk kuat menghafal jangan makan kepala ikan
ultrakasino Post at 7-11-2010 22:18



    Ni yang susah sikit.Kari kepala ikan GT memang ummmppp.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 06:11 PM | Show all posts
petua:

Selsema:
kalau ada anak2 kecik yang menghidap selsema, ambil kunyit hidup, asahkan kunyit tu di batu lesung kemudian, calitkan kunyit tadi di batang hidung tegak bawak ke ubun2 kanak2 sambil selawat.. insya'allah kering segera hingusnya..

Luka kecil
bagi yang selalu guna pisau tu tetiba terhiris lak jari, sila tekan ibu jari anda di langit (dalam mulut yer) sambil baca surah Tab Bat Yada.. (ayat pertama shj) pada bacaan TAB dan BAT ketab bibir sekuat2nya, setelah habes ayat pertama lekatkan ibu jari td ker luka hirisan pisau untuk menghentikan pendarahan.. insya'allah,

Hentikan pendarahan
Bagi yang mengalami luka besar, kalau ada pohon senduduk di rumah, kunyah daunnya dan tempelkan pada luka dan balut dengan kain, pastu bleh la pi klinik atau hospital...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 11:26 PM | Show all posts
Reply 94# sayapghaib


    haha. betul3 tp tak salah pun mkn kepala ikan tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2011 09:10 AM | Show all posts
petua yg sama bulih digunakan pabila terlalu byk makan mende manis, atau terlalu byk melantak, atau  ...
yamapi Post at 15-10-2010 13:28



    guna serbuk kunyit buleh ke? atau kena guna kunyit hidup?
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2011 04:45 PM | Show all posts
untuk ilang uban tu,kadang menjadi jgk..kadang mendatang bende pelik2 plak..
zues92 Post at 16-10-2010 17:06



    apa yg pelik nya?   citer sket.
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 01:21 PM | Show all posts
Reply  sayapghaib


    haha. betul3 tp tak salah pun mkn kepala ikan tu.
ultrakasino Post at 11-1-2011 23:26


He he.Nak buat macamana dah sedap dan halal.Sapu je lah.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2011 07:13 AM | Show all posts
Petua ni aku tak sure petua org dulu2, atau petua budak2 zaman aku sekolah dulu yg reka.

1) nak panggil hujan " Jerit "Baung, Baung,Baung".

sampai sekarang aku tak sure, Baung tu amende, Dewa hujan ke Jin ke Mambang ke...

2) Jangan tunjuk jari telunjuk ke pelangi, nanti putus.

3) Jangan korek pensel dua2 hujung, nanti rumah terbakar.

4) kalau pokok durian, yg durian die tak gugur, kene sebat die guna dgn daun pokok (tak igt nama apa)

5) kalau demam campak, letak daun (lagi sekali tak igt nama daun) dkt bawah tilam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.220209 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list