CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: antikorok

[Tempatan] KEMAS KINI: Faisal Halim mula berjalan, mahu balik. Faisal selamat jalani pembedahan ketiga. Faisal alami lecur tahap empat. KES: Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid.

[Copy link]
Post time 6-5-2024 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadis
Cedera tahap 4
Rasa mcm lambat lg nak pulih
Mcm susah nak main bola lg ke camne?

Dia baru je launch baju brand sendri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-5-2024 09:09 PM
Tatau pulak mr diy ada juai..
Iols beli menda lain dari sana

Sekarang chuols dah tau
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 12:56 AM | Show all posts
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...

jenayah camni cm menjadi amaran utk pemain2 bola yg lain...

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
jejaka_hensem replied at 7-5-2024 12:08 AM
Sekarang chuols dah tau

Tau pun takde manfaat.. iols bknnya nak beli asid
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Utk sinki tu better guna soda bikarbonat..sepamat sikit wlaupun kesan x kuat mcm asid ni..letak cuka sikit dan curah air panas...sinki tak rosak
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 07:57 AM | Show all posts
azimodin replied at 6-5-2024 10:22 PM
Jangan main2 wo dengan acid pencuci ni. Laki aku pon ada beli last year untuk saluran sinki yg ter ...

pekerja hardware tu la suruh beli asid ni...lps aku tuang asid tu dlm sinki mmg berasap...ada terpercik skit...panas giler...pastu mmg aku dh serik la...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2024 08:03 AM | Show all posts
mejaputih replied at 7-5-2024 06:55 AM
Utk sinki tu better guna soda bikarbonat..sepamat sikit wlaupun kesan x kuat mcm asid ni..letak cuka ...

since iols punya sinki tersumbat sampai sekarang, mohon chuols ajarkan steps yang betul iya thanks chuols
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:05 AM | Show all posts
anak vavi la sape mastermind and yang simbah nih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 08:24 AM | Show all posts
dah tahap 4 kan... kat ICU dah.. kesian nye lah.. semoga pelaku di tangkap lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2024 08:40 AM | Show all posts
Faisal alami lecur tahap empat, dirawat di ICU

Isnin, 06 Mei 2024 10:03 PM



Faisal mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada Ahad.


PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim dijangka perlu menjalani beberapa lagi siri pembedahan kerana mengalami lecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara pada Ahad.

Perkara tersebut disahkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar sambil menambah, Faisal akan menjalani pembedahan kedua akibat kecederaan yang dialami.


"Kami bertemu dengannya (Faisal) di hospital pertama selepas dia dirawat. Dia boleh bercakap dan berkomunikasi, dalam nada yang rendah.

"Kemudian kelab memindahkannya ke hospital panel dan ketika itulah diberitahu dia perlu dibedah kerana keadaan kulitnya.

"Pada tengah hari Isnin, kami diberitahu ia bukan melecur tahap dua tetapi tahap empat. Ia agak teruk. Dia tidak dapat rasa lengan kirinya.

"Akan ada pembedahan kedua atau lebih. Dia tidak dapat berkomunikasi dengan jelas selepas pembedahan (pertama) dan akan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sepuluh hari," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keadaan Faisal Halim tidak begitu baik, dalam pemerhatian doktor

Shahril menambah, pemain yang lebih dikenali sebagai Mickey itu perlu berada di hospital sekurang-kurangnya tiga hingga empat minggu.

Pada Isnin, media melaporkan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai ada kaitan dengan kes berkenaan berjaya diberkas dan kini direman selama dua hari untuk membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek dikesan berdasarkan nombor pendaftaran motosikal yang dikenal pasti semasa serangan itu.

Beliau dalam pada itu turut menggesa orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung kejadian berkenaan. -THESTAR


https://www.mstar.com.my/sukan/2 ... mpat-dirawat-di-icu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2024 08:47 AM | Show all posts

'Apa salah saya, tanya Faisal Halim'



Faisal Halim disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.
Faisal Halim disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.


MUHAMMAD ZAKWAN NAZARALY
06 MAY 2024 7:44 PM


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkongsi luahan kesedihan Faisal Halim yang menjadi mangsa simbahan asid pada Ahad.

Hamidin yang melawat Faisal di hospital selepas kejadian itu berkata, pemain Selangor FC itu menangis dan tertanya-tanya kenapa dia diperlakukan sebegitu rupa.


"Saya orang pertama yang berjumpa dengan Faisal dan isterinya di bahagian kecemasan. Saya sempat berborak dengannya.

"Dia cakap 'Apa salah saya Datuk. Kenapa saya kena macam ini.' Dia menangis dengan keadaan dia pada ketika itu yang dalam kesakitan," katanya dalam temubual dengan Sukan Sinar di Wisma FAM Kelana Jaya pada Isnin.


Hamidin turut mengharapkan agar Faisal segera pulih selain mengakui kesal dengan kejadian yang menimpa pemain sayap kebangsaan itu.

Faisal disimbah asid ketika membawa keluarganya ke pusat membeli belah di Damansara sehingga menyebabkan dia mengalami kelecuran tahap dua.

Dia juga sedang mendapatkan rawatan lanjut di sebuah hospital di Shah Alam dan sudah menjalani pembedahan pertama pada Isnin.

Namun, keadaanya dilaporkan berada pada tahap kurang baik dan berada dalam pemantauan doktor.


https://www.sinarharian.com.my/a ... lim#google_vignette
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 08:51 AM | Show all posts
hyie replied at 7-5-2024 08:03 AM
since iols punya sinki tersumbat sampai sekarang, mohon chuols ajarkan steps yang betul iya :lovel ...

sinki dapur ke?
iols beli serbuk soda tu kat mr diy yg dalam kotak tu...kat kotak tu ada tulis mcm2 cara utk guna soda tu..
iols standby 1 kettle air panas menggelegak....soda dalam 3 scoop tu iols masukkan dlm lubang sinki...pastu tuang cuka dlm lubang tu...pastu tuang air panas tu sampai abis...minyak2 beku dan lemak2 yg terperangkap tu insyaAllah boleh terlerai..jadikan amalan sebulan sekali utk prevention... my husband penah guna yg asid dari kedai hardware...rosak sinki iols dah tak cantik berkilat...lps tu bgtau dia jgn guna asid lg...
iols tak try lg kat sinki toilet...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:01 AM | Show all posts
kat metro faisal halim kritikal
kesiannya wei
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:28 AM | Show all posts
ada yg expose kat x igstory psl kes ni. scary membacanya. btw bookie tu apa ye?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
teruk jgk dia kena..ingt xsempat kena sgt..jahat la..
dlu pistol..skrg asid lak..
ingt tak masa bbrp thn lps ramai kena simbah asid..masa tu tkt sgt..tkt org tersalah..mati la..xjd org..wahai manusia..jgn jht sgt blh...kalau dndm ko simbah je la air sbg ugutan....
brp la byr upah tu..jgn sesama sndiri sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 6-5-2024 10:30 PM
Sadis
Cedera tahap 4
Rasa mcm lambat lg nak pulih

i baca mcm kena bersara awl...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2024 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Simpati pada faisal halim n family..
Kesian sbb muda lg..nmpknya mcm kena rehat lama atau bersara terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:23 PM | Show all posts
ICU, kritikal dan tahap 4 melecur
Moga yg terlibat mendapat balasan setimpal
Kesian yg bakal jd kambing hitam dlm kes ni
Boleh baca igs muhammadimransureh pasal kes ni
Abang besar lg besar dr polis, istana, agong punya kerja.. hmmm Malaysia.. filem Sheriff tu mmg apa yg terjadi dalam Malaysia dan dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 7-5-2024 11:57 AM
i baca mcm kena bersara awl...

Saru kehilangan utk negara
Utk keluarga dia jug
Dah la malaysia x ramai ade bakat mcm dia
Pdhal masa kena tu nampak mcm takde ape sgt
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
slow la pulak update dekat sini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.098884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list