CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JerukPauh

Cikgu Yang Kejam...

  [Copy link]
Post time 3-4-2011 06:11 PM | Show all posts
Al fatihah utk arwah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2011 06:15 PM | Show all posts
innalillah....ya allah...kejamnya manusia....

moga cikgu tu di hukum gantung sampai mati..sebelum tu belasah cukup2...


...sedihnya hari ni baca cerita macam ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:21 PM | Show all posts

Murid Dipukul Meninggal, Penyelia Ditahan - Update PAS Perlis Mohon Maaf#528

Post Last Edit by Magika at 5-4-2011 19:51

Murid yang dikatakan dipukul oleh seorang guru di asrama sebuah Sekolah Agama Rakyat di Jejawi, Perlis sehingga koma Khamis lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star hari ini.

Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.50 pagi tadi sejak dimasukkan ke hospital berkenaan Jumaat lepas.

Mayatnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Tok Paduka, Kangar petang ini.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada pukul 7 malam pada hari kejadian apabila seorang guru lelaki yang berumur 26 tahun dikatakan telah memukul kanak-kanak tersebut selama hampir dua jam sehingga dia pengsan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Nashir Ya berkata suspek yang juga penyelia asrama sekolah berkenaan telah ditahan pada pukul 10 malam tadi.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat dan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Ibu angkat mangsa, Hazirah Chin, 38, berkata sebelum dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, anak angkatnya yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada pukul 1.40 pagi Jumaat.

"Saya dapat panggilan dari seorang ustaz. Dia tanya sama ada Saiful ada penyakit tarik (sawan). Saya kata tak ada. Lepas tu dia kata dia nak datang ambil saya ke hospital sebab Saiful masuk hospital dan kena pindah ke hospital di Alor Setar," katanya di rumah mayat Hospital Sultanah Bahiyah.

Hazirah berkata dia dapat melihat kesan melecet pada pergelangan tangan mangsa selain kesan lebam di bahagian matanya.

"Saya diberitahu Saiful alami pendarahan di bahagian kepala. Pada mulanya doktor kata dia stabil tapi semalam (Sabtu) doktor beritahu dia sudah tak ada harapan untuk hidup," katanya.

"Ketika mula-mula masuk asrama, arwah gembira sangat-sangat. Dia kerap balik sebab sekolah tak sampai satu kilometer dari rumah kami," tambahnya.

Bapa kandung mangsa, Saiful Sopfidee Marzuki, 34, berkata anaknya dipelihara oleh keluarga angkat selepas isterinya meninggal dunia ketika Saiful Syazani baru berusia tiga tahun.

"Kali terakhir saya bertemu anak saya setahun lalu, sebab saya tinggal di Langkawi dan baru berpindah ke Jitra sebulan lalu," katanya.

Saiful Sopfidee berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya pada pukul 8 pagi pada hari Jumaat bahawa Saiful Syazani dimasukkan ke hospital kerana dipukul orang.

Selepas melihat keadaan anaknya akibat dipukul, Saiful Sopfidee telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah pada petang Jumaat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:22 PM | Show all posts
...sakit hati......
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:23 PM | Show all posts
aduhhhh..... down aku baca berita ni, tadi dia dalam keadaan koma, skang dah meninggal dunia,

Al-fatihah


apa2 pun cikgu ni perlu diambil tindakan dan didakwa menyebabkan kematian ataupun melakukan pembunuhan iaitu boleh di hukum gantung sampai mati
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:25 PM | Show all posts
harap2 pembangkang jangan cuba backing pembunuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2011 06:26 PM | Show all posts
cikgu mangkuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:27 PM | Show all posts
harap2 pembangkang jangan cuba backing pembunuh
honam Post at 3-4-2011 18:25


takpe pembunuh kali ni Melayu jadi pembangkang takde kuasa nak back up.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2011 06:28 PM | Show all posts
cikgu taik :@

budak 7 thn bukan lawan ko lah
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:28 PM | Show all posts
kenapa cikgu babi tu pukul?
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:29 PM | Show all posts
alahai sedihnya kisah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:29 PM | Show all posts
harap2 pembangkang jangan cuba backing pembunuh
honam Post at 3-4-2011 18:25


oh lupa lak disana pembangkangnya adalah UMNO...
sedekah ajer surah al-ikhlas biarlah Tuhan beri petunjuk sekalian alam termasuk hambaNya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:32 PM | Show all posts
al fatihah kepada arwah....

7 tahun tuh.....xleh nak imagine budak kecik besar tu di pukul
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:33 PM | Show all posts
innalillah..elok laa budak tu jumpa emaknya nun disana...kesian
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:37 PM | Show all posts
oh lupa lak disana pembangkangnya adalah UMNO...
sedekah ajer surah al-ikhlas biarlah Tuhan ber ...
mrsakit Post at 3-4-2011 18:29



    perlis..amno pembangkang??..sejak bila pulak PR form govt nih??
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:37 PM | Show all posts
Sedih

Takziah kepada keluarga mangsa. Tunggulah pembalasannya buat cikgu kejam tuh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2011 06:39 PM | Show all posts
al-fatihah..mudah2an cikgu tu mendpt balasan yg setimpal dgn apa yg dia buat kat arwah bdk tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:39 PM | Show all posts
perlis..amno pembangkang??..sejak bila pulak PR form govt nih??
lvsg8 Post at 3-4-2011 18:37


kes kat perlis..meninggal di kedah...
tunggu dan lihat je ler...rules of law atau law of the jungle
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:40 PM | Show all posts
al-fatihah..bdk tu dah meninggal dunia....
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2011 06:40 PM | Show all posts
perlis..amno pembangkang??..sejak bila pulak PR form govt nih??
lvsg8 Post at 3-4-2011 18:37


opps..ko janganlah straight to the point sgt nanti terserlah kebodohan dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.058915 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list