CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: YgBenar

[Tempatan] Menyangkàl Menteri Pendidikan,Guru Dakwa Tertekan dan Mental Sudah ‘Mati’, Pelajar Jawab Soalan Peperiksaan Acuh Tak Acuh Sebab Tiada Hala Tuju Selepas Pemansuhan UPSR dan PT3.

[Copy link]
Post time 3-12-2024 04:32 PM | Show all posts
silibus terlalu tinggi.
sehinggakan sy sbg mak hilang motivasi nak ajar anak.
utk tusyen, mampu hantar anak yg SPM ja tusyen.

balik kepada silibus. subjek math thn 4, masa menjawab 1 jam 15 minit. ada 15 soalan. tapi dr 15 soalan tu, ada 2 soalan beranak 4 (4a, 4b, 4c, 4d). salah a, salahlah keseluruhan 4 ceraian tu.

ntahleee...

tapi sy tetap warning anak2, siapa hantar kertas jawapan kosong, mohon ready dengan denda dari mami
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2024 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Login_ID replied at 3-12-2024 04:32 PM
silibus terlalu tinggi.
sehinggakan sy sbg mak hilang motivasi nak ajar anak.
utk tusyen, mampu han ...

Ai berpendapat, bila silibus tinggi semua cikgu sepatutnya dilengkapi dgn kemudahan2 asas mengajar (pengetahuan mengajar spt: cara tarik minat murid belajar & ajar hingga murid capai kefahaman) termasuklah dgn alatan2 & bahan2 mengajar yg sama level dgn tingginya silibus2 itu.
Sbb apa Ai tekankan pasal kompetensi guru2? Sbb yg menaikkan isu murid2 tak boleh jawab soalan & hilang minat belajar adalah dari guru2 tu sendiri sementelah mcm mana anak2 murid yg diajar hari2 sampai tahap tak jawab apa2 langsung soalan bila sampai masa diberi ujian (exam)....
Ibubapa dah mainkan peranan kat rumah mengajar & hantar tuisyen (walaupun takde background as teachers) ect tp masih lg cikgu2 kecewa murid2 tak boleh jawab soalan exam.  
Maka fingerpointing menyalahkan anak2 murid manja lemah lembik & ibubapa  pula dilabel enablers adalah sgt berat sebelah.
Sori panjang pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
entahlah..iols kalau dpt tahu anak lemah dlm certain subjek
zass ku cari kelas tusyen online.
tak boleh dah nak harapkan cikgu dan pihak sekolah semata.
Kena cari jalan gak untuk anak sendiri perform
dalam pelajaran.
Mengeluh, merungut tk boleh settle kan masalah.
Anak2 kita tetap kena hadap semua ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 05:40 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 3-12-2024 09:49 AM
kasibiman replied at 3-12-2024 08:22 AM
pengamatan wak kasi yg bukan pendidik / pembuat dasar.

Syllabus - kalau terlalu advance dan perin ...

yaa sependapat, posting meols kat bawah posting wak tu jugak..

amboi khemain signature wak tu

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 05:42 PM | Show all posts
copy_paste replied at 3-12-2024 07:14 AM
tu lecturer tanya soalan form 1 kan kat budak uni,

tak pasti soklan apa tp benda basic out katanya

cemaner nak mengajo uni material.. haihhhh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2024 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 3-12-2024 06:54 AM
sejujurnya chuols suka ada upsr and pt3 ke takde? how about geng2 cegu2 kat skolah chuols?
jgn sok ...

Meols nak UPSR balik. PT3 tamau. PMR mau.

Majoriti cikgu sekeliling meols nak UPSR balik. PT3 deol tak banyak bunyi sangat.

PBD tu kalau cikgu reti buat kerja, ok je. Meols suka je PBD.

Tapi meols merasakan we kat tanahair belum ready huntok sistem PBD ni. Tengok la tahun ni dah mula balik semula ke sistem peratus ngan gred huntok pelaporan exam akhir tahun (seblom ni, guna TP).

Tunggu la in 5 years or less than that, meols predict UPSR akan kembali tapi nama baru la, bukan UPSR dah. Silibus pun tak lama lagik bakal dirombak semula ni. Hoho.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2024 08:54 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-12-2024 11:19 AM
Meols nak UPSR balik. PT3 tamau. PMR mau.

Majoriti cikgu sekeliling meols nak UPSR balik. P ...
Meols nak UPSR balik. PT3 tamau. PMR mau
ada beza ke cegu? mana satu lg banyak kerja tp nan hado?
then chuols setuju ke markah pass 20? if tak setuju, berapa markah sepatot utk pass? tak silap time kita dulu 40 kan?

kome set2 cegu takde buat petition ke mintak teruskan upsr sama pmr masa MOE announce nak hapuskan itu ari?




Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 12:38 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 3-12-2024 04:30 PM
Rendah dan menengah uols.

oraite oraite
thanks sharing
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2024 03:06 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 5-12-2024 03:17 PM
plywood replied at 2-12-2024 01:47 PM
uols punya hujah ni tak boleh pakai dalam konteks ini... sebab ianya berbentuk exam vs tak ada exa ...

Kalau kita nak buat keputusan berdasarkan data, kita perlu tengok data secara keseluruhan. Kita tak boleh ambil sebahagian data sahaja.

Data 1: Data peperiksaan sebelum UPSR dan PMR / PT3 dimansuhkan. Ketika menggunakan silibus KBSR dan KBSM.

Contohnya, data UPSR dan PMR ketika tahun 1990an dan awal 2000an.

Atau, jika SBP / MRSM masih menyimpan data peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan percubaan SBP.

Jika pelajar sudah mencatatkan prestasi yang tidak memberangsangkan seawal tahun 1990an dan 2000an, apa kaitan prestasi lemah pelajar pada hari ini dengan pemansuhan UPSR dan PMR / PT3?

Saya difahamkan oleh guru SBP bahawa prestasi pelajar adalah stagnant. Dulu, prestasi pelajar adalah rendah. Sekarang pun prestasi pelajar adalah rendah.

Bukannya dulu prestasi pelajar adalah cemerlang. Tetapi sekarang prestasi pelajar adalah rendah.

+ + +

Data 2: Data peperiksaan sebelum UPSR dan PMR / PT3 dimansuhkan. Ketika menggunakan silibus KSSR dan KSSM.

Kita nak tengok sejauh mana prestasi pelajar dipengaruhi oleh perubahan silibus.

Saya difahamkan oleh pelajar cemerlang yang mengikuti KSSR dan KSSM bahawa hanya pelajar yang lemah dalam konsep dan lemah berfikir saja menjadi pelajar lemah dalam silibus baru.

Pelajar yang menguasai konsep dan kemahiran berfikir tidak mempunyai masalah untuk cemerlang dalam silibus baru. Mereka juga tidak mempunyai masalah untuk cemerlang dalam peperiksaan.

+ + +

Data 3: Data pentaksiran yang relevan selepas UPSR dan PMR / PT3 dimansuhkan. Ketika menggunakan silibus KSSR dan KSSM.

Mungkin kita boleh guna data peperiksaan akhir tahun. Boleh bandingkan prestasi peperiksaan tahun sebelum dan selepas dihapuskan UPSR dan PMR / PT3.

Nak analyze data, kita perlukan sesuatu yang bersifat objektif. Contohnya, markah peperiksaan.

Bukannya sekadar berdasarkan tulisan guru dan ibu-bapa di ruangan digital.

+ + +

Data 4: Data daripada ujian antarabangsa seperti PISA dan TIMMS.

Kita boleh analyze data PISA dan TIMMS daripada sumber Kementerian Pendidikan.

Dari tahun-tahun terawal Malaysia menyertai peperiksaan PISA dan TIMMS, data Malaysia untuk kedua-dua ujian antarabangsa ini membimbangkan. Perkara ini sudah dikenal-pasti kira-kira 15 – 20 tahun yang lalu.

Disebabkan prestasi membimbangkan dalam ujian PISA dan TIMMS, Kerajaan Malaysia (bukan sekadar Kementerian Pendidikan tetapi ia turut disokong oleh Perdana Menteri) bersetuju untuk merombak silibus pendidikan di Malaysia secara besar-besaran.

Lalu kita tukar daripada KBSR dan KBSM, kepada KSSR dan KSSM.

Untuk pihak-pihak yang mahu menilai data, kenapa tidak mengkaji data-data antarabangsa seperti PISA dan TIMMS?

Ini adalah data yang telus dan mudah didapati oleh orang awam. Kita boleh lihat sendiri masalah pendidikan Malaysia sejak 20 tahun dulu.

+ + +

Data 5: Data berkaitan sumber seperti kemahiran guru dan urban-rural divide

Pentaksiran adalah proses akhir dalam pembelajaran. Setelah kita belajar, baru proses pembelajaran itu boleh dinilai. Contohnya, menggunakan peperiksaan.

Masalah kemahiran guru adalah masalah besar dalam sistem pendidikan Malaysia. Kenapa kita tidak mahu mengkaji data-data yang relevan berkaitan kemahiran guru?

Masalah urban-rural divide juga adalah masalah besar dalam sistem pendidikan Malaysia. Kenapa kita tidak mahu mengkaji data-data yang relevan berkaitan urban-rural divide?

Kita mempunyai masalah resource. Kita mempunyai masalah pedagogy. Kita mempunyai masalah learning experience dalam bilik darjah. Kita mempunyai masalah prasarana pendidikan.

Lain lah kalau resources kita sudah mantap seperti Singapore, Finland atau Korea. Boleh lah kita pergi kepada level yang seterusnya seperti pentaksiran.

Pelajar kita bosan dalam bilik darjah. Pelajar kita mengantuk dalam bilik darjah. Pelajar kita duduk membisu dalam bilik darjah. Pelajar kita otak terawang-awang dalam bilik darjah. Pelajar kita berangan dalam bilik darjah.

Ini adalah masalah yang sudah wujud selama puluhan tahun dalam bilik darjah di Malaysia. Sejak tahun 1990an masalah ini sudah wujud.

Tapi apa yang kita sibukkan dari dulu sampai sekarang? UPSR dan PMR / PT3.

+ + +

Data 6: Data berkaitan early child development / early brain development

Kita pun tak pasti jika Malaysia mempunyai data seperti ini. Apabila sekolah pun bermasalah, macam mana kita nak expect Malaysia mempunyai early child development / early brain development yang mantap.

Tetapi early child development / early brain development bukan sesuatu yang perlu diambil mudah.

Prestasi otak manusia bergantung kepada apa yang berlaku kepada otak ketika 5 tahun yang pertama.

+ + +

Data 7: Data daripada syarikat dan industri

Kalau kita mengkaji data daripada syarikat dan industri berkaitan graduan, data tersebut lebih banyak merujuk kepada perkara buruk daripada perkara baik.

Apa kesimpulan yang kita boleh buat?

Syarikat dan industri merumuskan bahawa sistem pendidikan Malaysia sama ada diperingkat universiti atau sekolah tidak menghasilkan produk yang menepati keperluan syarikat dan industri.

Ia adalah masalah mismatch. Ia adalah masalah kemahiran.

Majikan dan universiti bukannya mahukan gred A. Tetapi sekolah fokus kepada gred A. Tak pasti bagaimana keadaan di universiti.

Apabila priority sekolah dan universiti tidak selari dengan priority industry, bagaimana generasi muda Malaysia boleh dibentuk untuk memenuhi standard industry?

+ + +

Persoalannya sekarang: Kenapa komen guru dan ibu-bapa tentang pemansuhan UPSR dan PMR / PT3 saja yang diperdebatkan?

Kenapa segala data dalam aspek-aspek lain yang turut penting tidak diambil-kira?

Kita boleh lihat bahawa perbincangan tentang UPSR  dan PMR / PT3 bukannya suatu perbincangan yang komprehensif. Ia adalah perbincangan yang bersifat one-sided.

Kita bercakap tentang apa yang ibu-bapa dan guru mahu cakap. Perkara yang populis. Perkara yang sudah menjadi kebiasaan guru dan ibu-bapa. Perkara yang memudahkan ibu-bapa dan guru.

Sama ada itu adalah perkara yang terbaik atau tidak ... kita tolak tepi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 03:27 PM | Show all posts
plywood replied at 2-12-2024 01:47 PM
uols punya hujah ni tak boleh pakai dalam konteks ini... sebab ianya berbentuk exam vs tak ada exa ...

now... dah ada dapatan-dapatan oleh guru-guru tu, sepatutnya kpm kena respon kepada dapatan2 tersebut. .. sekiranya nak kekal kenapa, dan apa yang dia nak buat dengan masalah2 tersebut.. bukan bagi hujah-hujah pendekatan exam vs pendekatan tak ada exam.. salah besar ni

+ + +

Sepatutnya, KPM bukan sekadar response. KPM perlu tunjukkan bagaiamana masalah tersebut mahu diselesaikan.

Sebagai contoh, masalah kemahiran guru. Apa yang KPM mahu buat untuk mengatasi masalah kemahiran guru ini?

Kalau kita mahu KPM bercakap perkara yang betul, ibu-bapa dan guru perlu mendesak tentang perkara yang betul.

Sekarang, ibu-bapa dan guru mendesak tentang isu pemansuhan UPSR dan PMR / PT3. Secara logiknya, tentulah KPM perlu defend keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR / PT3.

Kerana, keputusan untuk memansuhkan UPSR dan PMR / PT3 ini diserang bertubi-tubi oleh UMNO, Parti Amanah, ibu-bapa, dan guru.

+ + +

Selepas ini, cuba ibu-bapa dan guru mendesak KPM tentang isu kemahiran guru seperti pedagogy, learning experience, exploration, etc. Dan ibu-bapa dan guru juga mendesak KPM tentang isu urban-rural divide.

Maka KPM berada dalam hot fire. Mereka akan respon terhadap perkara ini.

+ + +

Konsep yang sama macam rakyat mendesak tentang isu FashionValet. MACC perlu ambil tindakan.

Sekarang kita tengok rakyat diam saja isu pedagogy dan sekolah luar bandar. Jadi KPM tidak berasa terdesak untuk menjawab tentang isu pedagogy dan urban-rural divide.

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 03:57 PM | Show all posts
Edited by Nfir at 5-12-2024 04:01 PM
plywood replied at 2-12-2024 01:47 PM
uols punya hujah ni tak boleh pakai dalam konteks ini... sebab ianya berbentuk exam vs tak ada exa ...

Sambungan tentang masalah guru.

Ini adalah komen terbaru daripada Menteri Pendidikan:

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.

+ + +

Fokusnya adalah kepada inquiry, exploration, experience-based learning.

Ini semua adalah konsep pembelajaran yang betul.

Persoalannya di sini: Adakah guru-guru di Malaysia tahu mewujudkan sistem pembelajaran di bilik darjah atau luar bilik darjah yang menekankan kepada inquiry, exploration and experience?

Selama puluhan tahun, guru di Malaysia sudah dibiasakan mengajar ikut silibus, mengajar kejar silibus, mengajar untuk peperiksaan, mengajar untuk gred A.

+ + +

Jika guru Malaysia tahu untuk mewujudkan sistem pembelajaran berasaskan inquiry, exploration and experience ... adakah mereka melaksanakan sistem pembelajaran seperti ini di bilik darjah dan sekolah?

Jika guru buat, adakah mereka buat dengan efektif? Apa kesan terhadap pelajar dan prestasi pelajar?

Jika guru tidak buat, kenapa mereka tidak buat? Apakah halangan yang menyebabkan mereka tidak buat?

Managing Director Leap Ed (sebuah organisasi berkaitan Khazanah) ada mengatakan bahawa guru tidak mempraktikkan apa yang guru belajar di kolej pendidikan tentang sistem pengajaran cara baru.

Tetapi Managing Director Lead Ed tidak memperincikan kenapa guru tidak mempraktikkan apa yang dipelajari di kolej pendidikan.

+ + +

Kalau guru ada masalah murid ramai, tak kan pelajar Darjah 5, Darjah 6, dan sekolah menengah masih ada masalah tak tahu duduk diam dalam kelas?

Kalau Darjah 1 atau Darjah 2 ... mungkin logik untuk guru sukar mengawal keadaan kelas. Kerana mereka masih kanak-kanak dan guru perlu menguruskan 40 kanak-kanak serentak.

Even di kalangan pelajar Darjah 1 dan Darjah 2, kenapa guru suruh mereka duduk diam dalam kelas? Mereka kanak-kanak. Tentulah mereka sukar duduk diam dalam kelas.

Kenapa guru tidak suruh kanak-kanak belajar secara menyanyi, belajar secara bermain game, belajar secara bercerita, belajar secara chorus speaking atau performance. Kenapa guru tidak menyediakan aktiviti pembelajaran yang disukai oleh kanak-kanak?

Maksudnya, belajar Bahasa Melayu, belajar English, belajar Matematik, belajar Sains dengan cara yang menarik. Dengan cara yang boleh menaikkan minat dan semangat pelajar. Dengan cara yang menyebabkan pelajar bertenaga dan gembira. Bulat mata pelajar!

+ + +

Bukannya Kementerian Pendidikan suruh Darjah 1 dan Darjah 2 ambil exam pun. Peperiksaan pertama yang disuruh oleh Kementerian Pendidikan adalah Peperiksaan UASA sewaktu Darjah 4.

Kenapa pembelajaran di bilik darjah ini perlu rigid? Guru duduk di hadapan. Duduk di white board / black board. Dan guru bercakap dari awal sampai akhir. Kejar silibus.

Sama ada apa yang guru cakapkan sepanjang kelas ... masuk atau tidak dalam otak pelajar, ini tidak penting. Ini bukan priority guru.

+ + +

Untuk pelajar yang lebih besar ... lagi banyak perkara menarik yang guru boleh buat. Hinggakan, kalau pelajar sekolah menengah ... guru boleh bawa mereka berada di lapangan. Guru boleh menggunakan film, muzik dan alat kesenian sebagai alat untuk berfikir, membina perspektif dan menambah pengetahuan.

Guru boleh suruh pelajar buat projek-projek menarik. Guru boleh suruh pelajar belajar dalam kumpulan. Guru boleh mewujudkan debat dalam kelas.

Guru boleh memanggil golongan professional atau pelajar universiti untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar tentang sesuatu topik. Guru boleh minta ibu-bapa berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar.

+ + +

Tapi apa yang guru viralkan? Pelajar tak jawab soalan peperiksaan.

Apabila guru sendiri meng-viral-kan cerita negatif seperti ini, apa lagi yang tinggal pada semangat pelajar itu untuk belajar dan memajukan dirinya sendiri? Apa lagi yang tinggal pada impian dan cita-cita pelajar itu untuk membina kehidupan dan masa depan yang lebih baik?

Baik pelajar itu ponteng terus, kan? Kalau datang sekolah pun ... sekadar tidur dalam kelas. ZzzZzzZzz...

Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 2-12-2024 11:33 AM
"Teringat kita dulu. Nampak la markah tu A ke B ke C ke.Kedudukan dlm kelas, kedudukan dlm darjah." ...

Padat dan tepat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hoshhi replied at 2-12-2024 12:12 AM
Budak2 ni nti akan nervous lain mcm bila exam bsr sbb x prnh ada pengalaman utk mghadapi exam bsr. S ...

Tak payah tunggu exam...sekarang pun dah ramai. Sekarang ni bukan xde exam..pertengahan tahun dan akhir tahun ada. Belum lagi ada sekolah yg buat ujian sebelum periksa tgh tahun dan akhir tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 05:57 PM | Show all posts
Nfir replied at 5-12-2024 03:27 PM
now... dah ada dapatan-dapatan oleh guru-guru tu, sepatutnya kpm kena respon kepada dapatan2 terse ...

keywordnya empirikal, klu uols faham pasal ni pasti tau tulisan aku tu...

sepatutnya response kpm pertama adalah dalam konteks itu.. bukan bagi jawapan dlm konteks pp vs non pp


Now uols bawa masalah guru dengan segala jenis teknik mengajar... first pertanyaan, ini masalah ker? siapa kata? siapa confrimrkan? kpm kata ini punca masalah sebab itu berlaku dapatan2 tersebut?... kalau tidak maka isu uols bawa ini tak ada asas yang kuat .. tertolak dengan sendirinya...

aku boleh bagi pandanga aku disini tetapi disebabkan ianya tak relevan, malaslah aku tulis

yg ketiga, pasal desakan. desakan in normal, keputusannya pada kpm. dia ada kuasa. lagi besar maslaah yang kpm buat, lebih besar tekanan.. kpm ubah pendekatan dari pp kepada non pp kerana ibubapa tertekan. nampak tekanan kpd ibubapa dijadikan salah satu punca buat dasar pendidikan suatu negara? .... baru2 kpm kata laksanakan pendekatan non pp kerana pelajar tertekan... nampak kpm bingung? kenpaa kpm tak ambil pendekatan kaunseling, silibus baru, panduan ibubapa dahulu selain dari tukar dasar? .. ni bila dah tukar dasar, sebabkan masalah, baru nak kata tekanan kpd pelajar, nampak sangat hanya berhujah..


Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2024 06:04 PM | Show all posts
Nfir replied at 5-12-2024 03:27 PM
now... dah ada dapatan-dapatan oleh guru-guru tu, sepatutnya kpm kena respon kepada dapatan2 terse ...

uols tulis semua ni... tetapi lupa tentang gred lulus peperiksaan ni berubah setiap tahun, itu pun perlu diambilkira, siapa dan kenapa ada orang dibelakang yang bertanggungjawab pasal peratus lulus semua...  tetapi uols bawa isu ini pun tak menjawab dapatan2 tersebut.. keputusan peperiksaan ada orang control, masalah ibubapa kepada perangai pelajar akibat dari perubahan dasar siapa yang kontrol?


aku malas dah nak tulis pasal ni... aku nak tunggu respons kpm terlebih dahulu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:04 AM GMT+8 , Processed in 0.054148 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list