|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: OUR HAPPY PLACE, THIS IS US
[Copy link]
|
|
macam mana ukm boleh ambik |
|
|
|
|
|
|
|
padahal tak habis pun belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Laporan interim pemisahan kuasa AG, Pendakwa Raya sedang disediakan
[size=14.399999618530273px]Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran. - Foto BERNAMA
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) sedang menyediakan laporan interim berdasarkan dapatan kajian empirikal mengenai pengasingan peranan Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya. Timbalan Menteri di JPM (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran, berkata laporan disediakan selama setahun oleh Pasukan Petugas Khas Teknikal Komparatif itu dijangka dibentangkan kepada Kabinet untuk pertimbangan tahun depan. Beliau berkata, kajian empirikal dilakukan di Ottawa dan Toronto, Kanada serta Melbourne dan Canberra, Australia, masing-masing pada 6 hingga 9 Mei dan 3 hingga 6 Jun lalu. "Pasukan itu sudah memperoleh maklumat dan data komprehensif serta menyeluruh, termasuk perkara teknikal, spesifik dan generik yang memberi penekanan kepada 'big picture' pelaksanaan pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya di negara ini.
"Negara terakhir akan dikaji oleh Pasukan Petugas Khas Komparatif ialah United Kingdom (UK) yang juga penutup kepada Kajian Empirikal, akan dilaksanakan dalam masa terdekat," katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat hari ini. Ahli Parlimen Ipoh Barat itu menjawab soalan Teresa Kok (PH-Seputeh) mengenai status terkini usaha pemisahan peranan AG dan Pendakwa Raya serta garis masa untuk melaksanakan reformasi institusi berkenaan. Beliau berkata, sesi perbincangan meja bulat juga sudah diadakan ketika kajian empirikal dihadiri pakar akademik perundangan, pengamal perundangan, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Australia, Kanada serta Malaysia.
Selain itu, katanya, kajian saintifik berdasarkan perspektif sains kemasyarakatan pandangan umum ke atas pengasingan peranan AG dan Pendakwa Raya selesai dijalankan bagi tempoh enam bulan dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM). "Kajian ini membabitkan pihak berkepentingan, termasuk masyarakat umum, agensi penguatkuasaan, pakar berkaitan dan kerajaan negeri. "Ia merangkumi pengumpulan dan analisis data dan maklumat daripada pihak berkepentingan melalui pelbagai kaedah penyelidikan seperti perbincangan kumpulan fokus," katanya.
Sementara itu, Kulasegaran berkata, Pasukan Petugas Khas Komparatif juga sedang meneliti model terbaik dan sesuai bagi pemisahan peranan AG dan Pendakwa Raya, memandangkan negara lain memiliki model berbeza.
Katanya, AG di Kanada dan Australia secara am tidak boleh memberi arahan kepada Pendakwa Raya, namun beliau dalam kes tertentu seperti membabitkan keselamatan, boleh memberikan arahan am dengan syarat ia diwartakan dengan pengetahuan umum. "Di Australia, perkara menarik dikenal pasti adalah kes sivil membabitkan kerajaan dikendalikan jabatan berbeza iaitu 'Australian Government Solicitors' (AGS). Namun, agensi kerajaan tidak wajib menggunakan perkhidmatan guaman AGS, kecuali dalam kes tertentu.
"Justeru, aspek seperti ini perlu diteliti secara terperinci. Kajian empirikal juga diperlukan untuk meneliti aspek teknikal dalam usaha pemisahan ini, seperti implikasi kewangan kepada kerajaan dan keperluan sumber manusia," katanya menjawab soalan tambahan Teresa. Menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun), beliau berkata, pihaknya terbuka dengan cadangan pelantikan AG dibawa ke jawatankuasa di Parlimen sambil menegaskan ia perlu diperhalusi sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Beliau juga memaklumkan, pelantikan Datuk Mohd Dusuki Mokhtar sebagai AG baharu dibuat berdasarkan meritnya sebagai peguam kanan, selain muncul sebagai individu paling bijak, bagus dan berpengalaman untuk jawatan berkenaan. "Sebenarnya apabila AG mengendalikan kes, dia bukan sahaja seorang peguam tetapi ada juga peguam lain. Dalam pemilihan dibuat kerajaan, beliau adalah paling bijak dan bagus kerana itu adalah 'seniority' beliau dan berpengalaman. "Selain diketahui sebagai peguam berkebolehan, saya boleh katakan sedemikian kerana pernah berdepan dengan beliau dalam beberapa kes di mahkamah. Beliau sentiasa lebih ke hadapan dan juga ada kebebasan serta integriti," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334573/laporan-interim-pemisahan-kuasa-ag-pendakwa-raya-sedang-disediakan
|
|
|
|
|
|
|
|
Guru KAFA kontrak tak penuhi syarat 3 hari bekerja untuk serap perjawatan tetap
[size=14.399999618530273px]Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) yang masih berkhidmat secara kontrak dikenal pasti kerana tidak memenuhi syarat tiga hari bekerja membuatkan ada dalam kalangan mereka yang tidak layak untuk diserap ke perjawatan tetap. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata jika syarat itu tidak dipatuhi ia seterusnya akan menyukarkan proses kelolaan pihaknya. Dalam konteks kebajikan guru KAFA, beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa memastikan hal itu termasuk kenaikan elaun diberi perhatian menerusi perbincangan supaya hak mereka terjamin. "Untuk serap guru KAFA (kontrak ke perjawatan tetap), setakat ini keperluan yang diperlukan iaitu tiga hari bekerja tidak memenuhi hasrat terbabit.
"Jadi oleh kerana syarat itu tidak dipenuhi, di situ ada kesulitan dalam konteks untuk menyerap guru-guru KAFA ini kepada gred yang tetap. Itu yang jadi isu sebenarnya," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini. Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan oleh Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang menzahirkan kebimbangan terhadap nasib guru KAFA kerana tanggungjawab dimainkan golongan itu tiada bezanya dengan guru sekolah harian biasa.
Justeru, Mohd Isam mahu penjelasan daripada kerajaan apakah faktor yang menghalang guru KAFA dalam perkhidmatan kontrak belum dapat diserap ke perjawatan tetap.
Menjawab soalan asal dikemukakan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) mengenai tambahan kuota guru KAFA, Mohd Na'im berkata, setakat ini terdapat 35,000 orang, meningkat daripada 33,200 orang selepas kerajaan Persekutuan meluluskan sebanyak 1,800 lagi kuota guru pada 2020.
Katanya, kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku agensi bertanggungjawab terhadap pelaksanaan KAFA sentiasa meneliti dan melakukan perancangan terhadap pertambahan guru KAFA. Tegasnya, langkah itu penting bagi menampung kekurangan guru KAFA selain menambah baik sesi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran terbabit. "Pihak berkuasa agama negeri juga mengambil langkah yang proaktif untuk melantik guru KAFA baharu bagi mengisi kekosongan.
"JAKIM sentiasa mengemaskini dan membuat unjuran terhadap keperluan pertambahan perjawatan guru KAFA supaya seimbang antara nisbah bilangan guru dan premis KAFA," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334571/guru-kafa-kontrak-tak-penuhi-syarat-3-hari-bekerja-untuk-serap
|
|
|
|
|
|
|
|
469 pegawai dan anggota polis Kelantan terjejas banjir
Ayob Khan pada sidang media ketika melawat anggota mangsa banjir dari Taman Seri Bayu, Tumpat, hari ini. - Foto NIK ABDULLAH NIK OMAR
TUMPAT: Seramai 469 pegawai dan anggota polis di Kelantan membabitkan 1,500 mangsa terkesan akibat banjir gelombang pertama baru-baru ini. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata kebanyakan mereka yang terkesan adalah di Pasir Mas dan Tumpat.
"Semua pegawai dan anggota ini mengalami kerugian disebabkan tidak sempat menyelamatkan barang berharga berikutan terbabit dengan penugasan. "Mereka pun bertugas ketika banjir dan air naik dengan cepat menyebabkan tidak sempat menyelamatkan barangan di rumah.
"Untuk mereka yang terjejas, kita akan memberi bantuan dan untuk sementara waktu mereka akan ditempatkan di lokasi lain sehingga keadaan rumah mereka selesai operasi pembersihan," katanya. Beliau berkata demikian ketika melawat Perumahan Seri Bayu, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat. Mengulas mengenai lawatannya di perumahan terbabit, seramai 112 pegawai dan anggota tinggal di perumahan berkenaan yang terkesan banjir.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/12/1334569/469-pegawai-dan-anggota-polis-kelantan-terjejas-banjir
|
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga dituduh langgar mati pelajar sekolah
Chandra dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau atas tuduhan melanggar seorang pelajar sekolah sehingga mati di Jalan Bahau-Rompin, Oktober lalu. -FOTO/ NOR AINNA HAMZAH
JEMPOL – Seorang peniaga kecil-kecilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bahau, di sini, hari ini atas tuduhan melanggar seorang pelajar sekolah sehingga mati di kilometer 0.5, Jalan Bahau-Rompin, Oktober lalu.
Tertuduh, G. Chandra, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Norshazwani Ishak. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh sebagai pemandu sebuah trak jenis Mitsubishi Triton telah memandu kenderaan tersebut di atas jalan raya dengan cara yang merbahaya kepada orang awam hingga menyebabkan kematian kepada seorang pelajar sekolah lelaki berusia 17 tahun pada 27 Oktober lalu. Majistret kemudiannya menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin beserta lesen digantung sehingga kes selesai. Kes disebut semula pada 15 Januari ini bagi lantikan peguam.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/peniaga-dituduh-langgar-mati-pelajar-sekolah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Laskar Kanan APMM didakwa makan rasuah RM10,700
MUHAMMAD ADZMIN didakwa menerima rasuah RM10,700 di Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini.-Foto BAZLAN IBRAHIM
JOHOR BAHRU – Seorang Laskar Kanan Maritim Malaysia (APMM) didakwa enam pertuduhan menerima rasuah RM10,700 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Tertuduh, Muhammad Adzmin Zolkepli, 32, bagaimana mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan berasingan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Kedah dan Perlis telah menerima wang berjumlah RM10,700 antara 2 Januari 2022 hingga Oktober 2022. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Segamat, Johor dengan menerima pindahan wang daripada seorang pemilik syarikat melalui akaun orang tengah.
Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun dengan denda atau kedua-duanya. Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 bagi semua pertuduhan selain menetapkan tarikh 7 Februari depan untuk sebutan semula kes.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/laskar-kanan-apmm-didakwa-makan-rasuah-rm10700/
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Ubai bukan kaki pukul, apa punya benak tulis fitnah’
Shila Amzah menafikan dakwaan serong sebilangan pihak kononnya suaminya Ubai seorang kaki pukul.
PETALING JAYA – Penyanyi Shila Amzah menafikan telahan sebilangan pihak mengatakan kononnya suaminya, Ubai seorang kaki pukul dan panas baran. Tampil menjernihkan keadaan, Shila, 34, menegaskan perkongsiannya tentang lelaki kaki pukul adalah mengenai kisah tragis rumah tangga belas model, Zahnita Wilson yang mengejutkan ramai pihak baru-baru ini.
“Kaki pukul itu bukan mengenai Ubai ya. Apa punya benaklah tulis fitnah macam itu. “Saya simpati dgn nasib yang menimpa Zahnita. Siapa yang pernah melaluinya sahaja tahu peritnya,” katanya dalam Instagram. Dalam masa sama, pemilik nama penuh Nurshahila Amir Amzah itu menafikan dirinya berkahwin dengan lelaki bersifat sebegitu selain meminta wanita yang tersepit dalam rumah tangga toksik segera keluar mendapatkan bantuan. “Tidak, saya tidak berkahwin dengan orang begitu.
“Marilah kita doakan sesiapa yang belum dapat keluar dari masalah keganasan rumah tangga atau hubungan diberi kekuatan mental dan fizikal untuk segera lari daripada pemangsa mereka. “Kepada rakan dan keluarga, kalau tiba-tiba kawan atau anak anda hilang serta gagal dihubungi, itu adalah salah satu tandanya. Tolong jangan biarkan mereka keseorangan,” tuturnya.
Baru-baru ini, Shila sekali lagi menegaskan individu yang mempunyai sikap panas baran dan kaki pukul tidak akan pernah berubah. Ujarnya, golongan wanita seharusnya tidak dibutakan dengan wajah tampan seseorang dan memaafkan tanpa memikirkan akibat yang bakal mendatang. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/ubai-bukan-kaki-pukul-apa-punya-benak-tulis-fitnah/
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes rasuah Syed Saddiq didengar Mac tahun depan
Syed Saddiq.
PUTRAJAYA – Pendengaran rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap sabitan dan hukuman berkaitan kesalahan rasuah yang dihadapinya akan didengar selama dua hari di Mahkamah Rayuan di sini pada 19 dan 20 Mac tahun depan. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mohd. Khairi Haron. “Mahkamah turut menetapkan 4 Mac 2025 sebagai tarikh akhir bagi kedua-dua pihak untuk mengemukakan hujahan bertulis masing-masing. Mahkamah turut menetapkan 15 Januari untuk pengurusan kes bagi mengetahui status lengkap rekod rayuan,” katanya. Sebelum ini, Syed Saddiq , 32, dalam satu kenyataannya memaklumkan akan memulakan proses rayuan selepas menerima penghakiman bertulis daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Sehubungan itu, Syed Saddiq berkata beliau telah mengarahkan pasukan peguamnya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik untuk segera melengkapkan rayuan tersebut.
Terdahulu, dalam penghakiman yang dikeluarkan pada 28 November lalu, Mahkamah Tinggi berpendapat, tindakan Syed Saddiq mengarahkan pengeluaran wang RM1 juta tanpa kelulusan Majlis Pimpinan Tertinggi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia,
(Bersatu) merupakan satu kesalahan pecah amanah. Selain itu, mahkamah turut berpendapat tindakan tertuduh menyimpan dan membahagikan wang tunai yang dikeluarkan, tanpa disimpan di suatu tempat yang selamat di pejabat Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) juga menimbulkan satu inferens niat jahat (bad faith). Pada 9 November tahun lalu, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta ke atas Syed Saddiq selepas beliau didapati bersalah atas empat pertuduhan tersebut.
Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, dua tahun penjara dan satu sebatan bagi pertuduhan salah guna harta manakala bagi dua kesalahan pengubahan wang haram masing-masing dipenjara dua tahun dan denda RM5 juta. Jika gagal membayar denda,Syed Saddiq boleh dipenjara empat tahun. Bagaimanapun ada 9 November 2023, Hakim Azhar membenarkan Syed Saddiq menangguhkan pelaksanaan semua hukuman manakala syarat jaminan dikekalkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/kes-rasuah-syed-saddiq-didengar-mac-tahun-depan/
|
|
|
|
|
|
|
|
Hujan lebat, cuaca lembab dijangka berterusan di seluruh negara
Gambar hiasan
PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca lembab yang berterusan di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak sehingga petang ini. Menurut MetMalaysia, keadaan cuaca hujan lebat kini berlaku di bahagian timur Semenanjung, terutamanya di negeri Pahang dan Johor. “Hujan ini turut menyebabkan limpahan hujan yang memasuki bahagian barat Semenanjung, melibatkan negeri Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, serta barat Johor yang mengalami cuaca lembab dan mendung,” katanya. Di utara Semenanjung Malaysia, keadaan mendung dilaporkan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, dan sebahagian besar negeri Perak, dengan hujan yang reda ketika ini Manakala di Kelantan pula, hujan masih berlaku di pesisir pantai berikutan adanya kelompok awan hujan yang memasuki kawasan negeri itu. MetMalaysia meramalkan bahawa keadaan cuaca lembab ini dijangka berterusan sehingga ke awal petang, dengan kawasan pedalaman serta bahagian utara dan pantai barat Semenanjung Malaysia turut terlibat. Keadaan hujan di kawasan timur dijangka masih berterusan sehingga petang. Bagi negeri Sabah dan Sarawak, cuaca yang agak mendung dan kurang hujan kini berlaku di kebanyakan kawasan. Hujan dijangka berlaku di beberapa tempat di bahagian Kapit, Sarawak, serta di Kudat, Sabah, namun cuaca dijangka akan beransur reda dalam masa terdekat.
“Di Sarawak, cuaca lembab akan tertumpu di bahagian selatan, tengah, dan pedalaman menjelang petang, manakala di Sabah, ia dijangka melibatkan kawasan Kudat, Pantai Barat, dan pedalaman pada sebelah petang,” tambahnya. Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap kemungkinan banjir kilat, tanah runtuh, dan pokok tumbang berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/hujan-lebat-cuaca-lembab-dijangka-berterusan-di-seluruh-negara/
|
|
|
|
|
|
|
|
Ruhainies tak peduli orang label penunggang agama
[size=14.399999618530273px]Ruhainies bersyukur ramai individu mahu menyertai misi berzikir dan meneruskan rutin itu walaupun tempoh 40 hari sudah tamat. Foto NSTP Hazreen Mohamad
[size=14.399999618530273px]
KUALA LUMPUR: Pelakon sensasi, Ruhainies enggan mengambil pusing dengan pandangan orang luar jika ada yang melabel dirinya penunggang agama hanya disebabkan berkongsi amalan berselawat dalam media sosial. Bagaimanapun, Ruhainies atau nama sebenar, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, bersyukur kerana ramai individu mahu menyertai misi berzikir dan meneruskan rutin itu walaupun tempoh 40 hari sudah tamat.
"Kalau hendak berprasangka buruk biarkan sahaja. Saya cuma mahu kongsi amalan baik. Alhamdulillah, saya dapat banyak DM (mesej langsung) yang mahu sertai misi berselawat ini bersama dan ada baru hendak mula.
"Saya percaya apabila kita jadikan berselawat sebagai rutin, rasa hari tidak lengkap kalau tertinggal. Saya teruskan sahaja sampai sekarang sebab ibu sarankan saya buat. Ibu kata bukan sekadar dapat pahala, malah, mampu beri ketenangan. "Sebagai manusia biasa kita tidak lari daripada memikirkan perkara yang kurang elok. Tetapi dengan berselawat, saya dapat lencongkan hal negatif itu," katanya. Menurut Ruhainies, demi memastikan dirinya konsisten dalam melakukan amalan itu, dia sering membawa alat zikir digital ke mana-mana sekali gus menjadi teman akrabnya sekarang. "Alhamdulillah, banyak perkara positif yang hadir dalam hidup saya sekarang seperti kawan baharu, rezeki berterusan dan sebagainya. "Nikmat yang Allah kurniakan ini tentu saja saya syukuri kerana membuatkan saya terus beringat dalam meneruskan langkah ini," katanya. Ruhainies juga mengaku menghadiri kelas agama secara atas talian. "Saya juga sertai kelas agama tetapi secara atas talian. Bukan tidak mahu sertai majlis ilmu sebab ada kawan pelawa, tetapi, saya tidak mahu kerana lebih selesa menjaga privasi.
"Kalau boleh, tak mahu ada kamera (tidak mahu menunjuk). Biarlah urusan mengejar ilmu akhirat itu antara saya dan Allah sahaja," katanya. Terdahulu, Ruhainies menjadi antara artis paling 'panas' tahun ini berikutan kontroversi khalwat bersama pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz, Mac lalu. Berikutan insiden itu, Ruhainies terus berdepan kecaman terutama setiap kali memuat naik hantaran media sosial termasuk amalan 1,000 selawat selama 40 hari yang dilakukan.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1334587/ruhainies-tak-peduli-orang-label-penunggang-agama
|
|
|
|
|
|
|
|
Joey sengaja tak celah komen Mas Idayu elak kontroversi
[size=14.399999618530273px]joey (kiri) mendakwa apa yang disajikan malam tadi, adalah sebahagian daripada konsep persembahan yang sudah dirancang bersama Naqiu. Foto IG TV3
[size=14.399999618530273px]
[size=14.399999618530273px]
SHAH ALAM: Joey Daud menafikan berlaku insiden lupa lirik ketika beraksi di pentas konsert separuh akhir musim keempat Famili Duo (FD4) yang disiarkan secara langsung TV3, malam tadi, seperti komen didakwa dilayangkan juri tetap, Mas Idayu. Joey atau nama sebenar, Zulkifli Daud mendakwa apa yang disajikan adalah sebahagian daripada konsep persembahan yang sudah dirancang bersama gandingan, Naqiu.
Joey yang tampak kecewa gagal mara ke peringkat akhir FD4 memberitahu, dia memilih untuk tidak mencelah atau menjelaskan mengenai persembahan ketika Mas Idayu sedang memberi komen kerana dikhuatiri bakal mencetuskan kontroversi. "Sudah tentu ini suatu kejutan buat kami. Saya bertanya kepada diri sendiri dan Naqiu, apakah begitu teruk persembahan kami? Kalau teruk, kami mohon maaf kerana sudah kecewakan ramai pihak. "Tetapi, jika tidak teruk, ambillah itu sebagai hiburan yang kekal dalam jiwa. Sebagaimana komen juri yang kata saya banyak lupa lirik, itu sebenarnya sebahagian daripada konsep persembahan kami.
"Bahagian saya, semuanya sudah dilontarkan ketika persembahan. Saya tidak lupa lirik ketika buat persembahan. Pada bahagian mana saya lupa lirik? Saya tidak jawab atau jelaskan sebab nanti jadi kontroversi," katanya ditemui usai konsert separuh akhir FD4 di Studio TV3, Glenmarie di sini, malam tadi. Joey yang sebelum ini dirahsiakan sebagai gandingan Naqiu dalam FD4 berkata, dia menghormati pandangan masing-masing dan reda takdir untuk mereka. Sementara itu, Joey yang pernah bergelar juara program Mega Spontan, tahun lalu, kecewa apabila Mas Idayu didakwa melontarkan komen dia belum pernah meraih gelaran juara sepanjang terbabit dalam industri hiburan.
"Saya perlu lihat kembali persembahan kami supaya tahu di mana silapnya. Di atas pentas, kami tidak tahu bagaimana sudut pandang penonton dan juri. "Untuk FD4, saya dan Naqiu gabungkan kelebihan yang kami ada dengan mengikut DNA program iaitu untuk menghiburkan. "Saya bersetuju sertai FD4 kerana mahu tambah pencapaian saya dengan gelaran juara. Tetapi, mungkin juri juga tidak tahu, sebelum ini saya pernah bergelar juara dalam satu program realiti. "Namun, tidak mengapa, setakat ini sahaja perjalanan kami. Apa yang penting, kami dapat hiburkan peminat. Perasaan kami bercampur baur dan sudah tentu ini suatu kejutan," katanya. Persembahan berkonsepkan muzikal komedi dengan mengetengahkan jalan cerita warga asing mahu menyertai program nyanyian tempatan yang dibawa Joey dan Naqiu yang juga pasangan sepupu, disifatkan Mas Idayu ada kekurangan untuk bersaing di peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun, seorang lagi juri, iaitu Datuk Rosyam Nor mengakui persembahan mereka cukup menghiburkan. Turut berdepan penyingkiran semalam adalah pasangan adik-beradik, Zahid dan Anne. Konsert separuh akhir FD menyaksikan hanya tiga pasangan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir. Mereka adalah pasangan sepupu, Ayie Elham dan Salma Asis, Tomok dan Sharul Kamal (sepupu), Shiha Zikir dan Ieda Zikir (adik-beradik). Konsert akhir FD4, Ahad ini, menyaksikan finalis bersaing merebut hadiah utama wang tunai berjumlah RM100,000.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/12/1334563/joey-sengaja-tak-celah-komen-mas-idayu-elak-kontroversi
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Abd. Zackery tidak boleh hampiri Zahnita’
ZAHNITA keluar daripada Mahkamah Majistret Kuantan selepas mendapat IPO di Kompleks Mahkamah Kuantan di Kuantan hari ini.
KUANTAN- Bekas model dan pelakon, Zahnita Dorothy Hussein Wilson tidak dapat menahan sebak sebaik keluar daripada Mahkmah Majistret di sini selepas mahkamah membenarkan permohonannya untuk mendapat perintah perlindungan interim (IPO). Keputusan itu diputuskan Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang diadakan di Mahkamah Majistret Kuantan di sini hari ini. IPO merupakan peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya. Pada 5 Disember lalu, suami Zahnita, Abd. Zackery Ghouse Abd. Ghani, 46, didakwa di Mahkamah Majistret Kuantan di sini atas pertuduhan mencederakan bekas pelakon tersebut. Perintah mahkamah itu bagi menghentikan suami Zahnita daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa. Zahnita ketika ditemui sebak di atas keputusan yang diputuskan Mahkamah Majistret tersebut. “Ia merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak,” katanya yang mempunyai empat anak berusia 12, lapan, tujuh, dan empat tahun. Prosiding berkenaan turut dihadiri Abd. Zackery Ghouse yang diwakili peguam Muhammad Amirull Afiqq Mohamad Lokman. Peguam Zahnita, Datuk Zaharman Zainal Abidin berkata, pihaknya memohon IPO daripada mahkamah di bawah Seksyen 5, 6, dan 7 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Jelasnya, IPO itu bagi melindungi Zahnita daripada terus menjadi mangsa keganasan rumah tangga. “Menerusi IPO ini, suami Zahnita yang sudah pun didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 323/326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 tidak boleh menghampiri mangsa dalam tempoh ditetapkan,” katanya. Terdahulu, Zahnita, membuat pendedahan di media sosial tentang dirinya yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Pelakon berkenaan menerusi perkongsian foto di Instagram miliknya juga memaparkan bukti bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam selepas mendakwa berlaku pergaduhan antaranya dengan Abdul Zackery selepas dia membangkitkan persoalan sama ada suaminya itu mempunyai hubungan dengan wanita lain. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/abd-zackery-tidak-boleh-hampiri-zahnita/
|
|
|
|
|
|
|
|
Bapa, anak perempuan didakwa buat maksiat bersama pasangan
Nurul Hadhari (kiri) didenda RM4,000 atas kesalahan berkhalwat manakala bapanya, Mat Husin pula didenda RM4,500 atas kesalahan melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu hari ini.
KUALA TERENGGANU – Dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini atas pertuduhan berasingan melakukan persediaan persetubuhan haram dan berkhalwat bersama pasangan masing-masing. Mat Husin Sulaiman, 53, yang merupakan tukang urut dan pasangannya, Aslina Razali, 37, didenda RM4,500 atas kesalahan
melakukan persediaan persetubuhan luar nikah oleh Hakim Syarie Mohd. Nazri Sulaiman. Anak perempuannya, Nurul Hadhari, 20, pula dan pasangannya, Che Mohammad Aidil Hakim Rozali, 20, didenda masing-masing RM3,000 dan RM4,000 oleh Hakim Syarie Hamidi Syafie atas kesalahan berkhalwat buat kali kedua. Berdasarkan pertuduhan, Mat Husin dan Aslina didakwa melakukan persediaan persetubuhan luar nikah di sebuah rumah di Kampung Surau Haji Daud di sini pada pukul 5.25 petang, 19 Mei lalu. Sementara itu di mahkamah berasingan, Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil Hakim pula didakwa berkhalwat buat kali kedua di sebuah rumah pangsapuri di Jalan Batas Baru di sini pada pukul 4.14 pagi, 18 Mac lalu. Mereka yang kini sudah bergelar suami isteri sejak Julai lalu didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 (Pindaan 2022). Sebelum ini, Nurul Hadhari dan Che Mohammad Aidil ditangkap berkhalwat buat kali pertama di lokasi sama pada 1 Febuari lalu. Mereka yang masih bergelar pelajar kolej masing-masing didenda RM1,900 dan RM2,000 bagi kesalahan tersebut di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 21 Oktober lalu. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/12/09/bapa-anak-perempuan-didakwa-buat-maksiat-bersama-pasangan/
|
|
|
|
|
|
|
|
segelas air masaak
dlm 2 sudu besar je chia seed
sebelah limau
sesudu madu
|
|
|
|
|
|
|
|
hai nona.
pe cite gv semlm?
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|