Post Last Edit by ctsueraya at 31-7-2011 19:30
Nama peserta: ctsueraya
Tajuk sajak:"Aku hanya manusia biasa: Siti Nurhaliza"
![](http://i164.photobucket.com/albums/u13/ctsueraya/helloct-1.gif) Terkadang kita terleka
Di kala berada di puncak
Terkadang kita terkesima
Bila dijulang laksana di singgahsana
Terkadang kita alpa
Kerana kejayaan milik kita
![](http://www.glitter-graphics.com/images/empty.gif)
![](http://i164.photobucket.com/albums/u13/ctsueraya/sitimenang.jpg)
Namun mari bertanya kembali....
Siapakah kita?
Aku hanya manusia biasa
![](http://i164.photobucket.com/albums/u13/ctsueraya/DatukSitiNurhaliza.jpg)
Tiada kesempurnaan yang mutlak menjadi milik kita
Kecacatan itu lumrah kehidupan
Ketidaksempurnaan mewarnai hari
Namun kita harus selalu memperbaiki
Walau tidak bisa menjadi yang terbaik
Panjatkan kesyukuran kerana diberi kelebihan
Manfaatkan masa selagi kudrat masih ada
Sesungguhnya yang terbaik itu datang dari yang di atas sana
![](http://i164.photobucket.com/albums/u13/ctsueraya/siti-kekal-tudung.jpg)
Ingatlah kembali
kita hanya manusia biasa
yang perlu terus melangkah
demi sebuah kehidupan
p/s : simple jerk sajak nie...sesimple tajuk yang diberi
(guna gambar siti utk kaitkan keadaan sebab SITI NURHALIZA pun manusia biasa..hehe) |