Post Last Edit by din_hbl at 29-7-2011 10:58
Atas permintaan swift, ni saya bukak kelas utk WLC Cari
Kelas WLC OGOS #1 : Pemakanan Sihat Utk Turunkan BeratKalau kita serius nak turunkan berat badan, kita kena 'strict' pada diet pemakanan kita. 'Strict' tu bukanlah kita kena berpantang, takleh amik itu takleh amik ini. Kena makan secara bijak lah. Mula2 kena ubah persepsi, makan sebenarnya untuk tenaga, bukan makan utk kenyang. Utk orang Islam, Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang". Tu dah betul sangat, tapi kita tak paham & kita kurang amal. Jadi sememangnya kita kena ubah pemikiran, bila dah nak berdiet ni, makan perlu ikut masa & ikut keperluan sahaja, bukan untuk kenyang2 sampai sendawa buurrrp.
Apa maksud makan bila lapar? Maksudnya apabila sampai waktu utk kita makan, kita perlu makan on time utk beri tenaga yg diperlukan badan. Bangun tidur, kita perlu cepat2 ambil sarapan. Contohnya bangun pukul 6, pukul 7 dah sarapan. Apa jadi kalau kita lambat sgt sarapan? Badan kita akan masuk 'mode' sgt lapar, kita akan makan banyak, memang dah tak diet namanya. Lepas sarapan, tiap 3 jam badan kita perlukan makanan untuk tenaga. Itu sebabnya, masa kita sekolah dulu kita diajar makan pada waktu berikut:
Sarapan (7am) > Minum pagi (10am) > Makan tengahari (1pm) > Minum petang (4pm) > Makan malam (7pm)
So kita ada dua pilihan; pilihan pertama makan sikit2 utk setiap 3 jam; pilihan kedua makan berat utk sarapan, tengahari & malam, minum pagi & petang tu sekadar minum air masak dah cukup. Jadi pilih stail pemakanan yg sesuai dgn gaya hidup masing2.
# Utk bulan puasa, sesiapa yg nak turunkan berat perlu makan semasa bersahur, ini utk memastikan badan mendapat tenaga yg cukup utk seharian, mengekalkan metabolisma dan juga mengelakkan daripada otot hilang akibat ditukar menjadi tenaga. Juga pastikan pengambilan air yg cukup kerana waktu puasa kita byk hilang air, target utk minum 500ml ke 1 liter air semasa bersahur. Sama juga dgn lepas berbuka, untuk memastikan metabolisma badan tinggi, makan 3 jam selepas berbuka; mmg cantek2 time moreh selepas terawih. Pilih makanan tinggi protein dan tinggi karbohidrat kompleks.
Next week saya akan bercerita pasal saiz makanan. |