CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: moyas

★★ BORAK-BORAK WARGA HAND PHONE EDISI XDEK VOLUME ★★

 Close [Copy link]
 Author| Post time 19-4-2012 10:17 PM | Show all posts
ade...jom mkn mee bandung
chit_ana Post at 19-4-2012 22:05

nak mee udang banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 10:18 PM | Show all posts
Reply 80# chit_ana

rini sayam diet x?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:51 PM | Show all posts
jumpa lagi monorail
ketotmerah Post at 19-4-2012 16:25
malam ni ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 10:52 PM | Show all posts
ade...jom mkn mee bandung
chit_ana Post at 19-4-2012 22:05
eeeeeee....tak suka telur tu.....fishball n fishcake pun tak makan...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:11 PM | Show all posts
nak mee udang banjir
moyas Post at 19/4/2012 22:17

Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:11 PM | Show all posts
Reply  chit_ana

rini sayam diet x?
moyas Post at 19/4/2012 22:18


xpernah diet la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2012 11:12 PM | Show all posts
eeeeeee....tak suka telur tu.....fishball n fishcake pun tak makan...
monorail Post at 19/4/2012 22:52


ruginya....nikmat tu dpt mkn sedap2
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 11:14 PM | Show all posts
ruginya....nikmat tu dpt mkn sedap2
chit_ana Post at 19-4-2012 23:12
mmg tak makan.....tak rugi lah.....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2012 11:17 PM | Show all posts
xpernah diet la
chit_ana Post at 19-4-2012 23:11

iols ingat uols sdg bertungkus lumus nk kuruskan badan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2012 11:31 PM | Show all posts
chit_ana Post at 19-4-2012 23:11

mengancamnya udang tue?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 12:01 AM | Show all posts
Reply 87# chit_ana
sayam.... uols terkiok depan lappy erk?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 12:16 AM | Show all posts
pesal luk goyan2 paler? luk fenen sbb kena ujan ker dip?
moyas Post at 19-4-2012 09:48 PM



   
suke skodeng....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 01:42 AM | Show all posts
suke skodeng....
adifrs Post at 20-4-2012 00:16

cocok mata luk ngan chopstick
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 02:02 AM | Show all posts
salam 20 April 2012 / 28 Jamadil Awal 1433  semua

10 Cara Membahagiakan Ibu-Bapa




Setiap  anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan  kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada  kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti  itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian  dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih  perhatian

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah.  Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak  dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun  berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga  yang semakin meningkat.

Justeru  menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada  ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu  bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat tinggal.  Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk  didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal  yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling  baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin  keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang.  Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah  dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam  terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan  sebaik-baiknya.

Anak  yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak  soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan  dicucuri rahmat.

Firman  Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua  sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku  ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian.  Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih  dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan  menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan  kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan  amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta  disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu  bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.


Banyak  ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan  orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga  ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa  orang anak.


5.Memenuhi permintaan.  Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu  keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan  masa.

Memenuhi  permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.  Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding  melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya.

Malah  keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan  perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya  telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh  Allah?

Lalu baginda bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian  apa? tanya saya lagi. Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa.  Saya bertanya: Apa lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

moyas Post at 20-4-2012 01:42






to be continue


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2012 02:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by moyas at 20-4-2012 02:04
continue 10 Cara Membahagiakan Ibu-Bapa

6.Melakukan apa yang disukai.  Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik  pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa  bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak  derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.  Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak  terlepas di akhirat.

Sabda  Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia  ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam  hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan  ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari  kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka  sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa  hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap dengan lemah lembut.  Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan  mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan  mereka.

Firman  Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak  menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua  orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya  telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap  mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah  dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya,  anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau  bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri  daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.  Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan  keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan.  Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah  berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi  kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.


Jadi,  jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan  pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu  bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama.  Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan  masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan  menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa.  Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan  mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa  telah meninggal dunia.

Sabda  Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah  segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang  berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada  orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada  kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan  dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu  untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang  hayatnya.
moyas Post at 20-4-2012 01:42



Gunakan  kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik  mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin  suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum  terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.  


Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka.


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:01 AM | Show all posts
nk masuk meting. tue pasal x leh men2
moyas Post at 19-4-2012 21:52



    kite pon busy gak semalam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 07:02 AM | Show all posts
malam ni ada tak?
monorail Post at 19-4-2012 22:51



    malam tadi tak de..kepenatan disiang hari..tido awal
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:04 AM | Show all posts
Reply 97# ketotmerah mati sekejap lah kan............
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:04 AM | Show all posts
Reply  ketotmerah mati sekejap lah kan............
monorail Post at 20-4-2012 07:04



    a'ah..ni hidup semula..



morning monorail
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 07:05 AM | Show all posts
a'ah..ni hidup semula..



morning monorail
ketotmerah Post at 20-4-2012 07:04

assalam mualaikum n morning...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.049500 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list