|
[Tempatan]
Pensyarah UiTM: Dasar air percuma kerajaan negeri Selangor 'tak bijak'
[Copy link]
|
|
maskha posted on 28-8-2012 12:16 PM
tulah pasal.... syabas dah dtg check... paip x bukak tp meter jalan.... alih2 dia suh kita cari se ...
buat bypass cepat sebelum bill anda naik beratus ratus sebulan..
|
|
|
|
|
|
|
|
pazi posted on 28-8-2012 01:38 AM
takde orang selangor ke yg nak cerita betol ke air selalu tak ade kat selangor...
aku tinggal kt sg buloh selangor ada jer air.
tp ada hari yg xda air sejak2 kecoh psl syabas ni cam sabotaj jer
tiba2 xda air kt rumah tanpa notis dr 8mlm-3 pagi baru ada air masa bulan puasa plak tu. |
|
|
|
|
|
|
|
jetonkepoh posted on 27-8-2012 04:57 PM
mukanyer sungguh ingin disepak hahahahaha
kalau tetiba selangor tak de air pree...kita cari ini orang..suh dia bayarkan duit air tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
apam posted on 28-8-2012 11:38 AM
apa yg tak bijaknya? pada aku dasar air percuma ni dasar kerajaan PR bijak menipu........depa kasi a ...
Bila masa cukai pintu naik??? Kalau hang rasa air percuma tu satu penipuan, hang bayaq jeklah penuh tetiap bulan... Even free, hang pi bayaq gak... Takmo bersekongkol dgn penipuan kan? TAPI kalau hang x bayaq & still menumpang credit air free tu, sila jgn byk songeh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kaji semula air percuma
28/08/2012 - 07:03:28 AM
Oleh Lum Chee Hong Cetak Emel Kawan
Selangor kena pertimbang dasar elak defisit serius
Kuala Lumpur: Kerajaan Selangor perlu mempertimbangkan semula dasar memberi bekalan air percuma kepada rakyat bagi mengelakkan defisit serius. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin, berkata ia perlu memandangkan Kerajaan Selangor tidak mempunyai sumber pendapatan yang banyak untuk menanggung kos operasi dan penyelenggaraan loji air di negeri itu.
“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang." - Prof Amir Baharuddin, Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM)
“Mereka tidak mempunyai sumber kewangan daripada cukai pendapatan atau korporat, tetapi hanya mempunyai cukai tanah dan pintu yang sememangnya tidak dapat membiayai bekalan air percuma bagi tempoh jangka panjang.
Bersikap realistik
“Saya berharap Selangor bersikap realistik dan tidak memberi harapan kepada rakyat untuk terus menerima air percuma,” katanya kepada BH semalam.
Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER), S Piarapakaran, pula berkata Selangor sepatutnya mengenal pasti rakyat yang memerlukan bekalan air percuma dan bukan memberi kepada semua.
“Kerajaan Selangor perlu mencontohi kerajaan United Kingdom (UK) yang hanya memberi bekalan air percuma kepada rakyatnya menerusi mekanisme tertentu dan permohonan yang dikemukakan,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Manami posted on 28-8-2012 10:24 AM
Tu kena tanya kat management laaa awat jd gitu... Org lain dok condo dok apt dok rmh flat ada yg O ...
ko tau beza bulk meter dgn individual meter? tak payah la tanya kalau ko tau bezakan... |
|
|
|
|
|
|
|
Selangor: Air percuma bela rakyat
AHMAD NORMAN ABU TALIB
28 Ogos 2012
Info Air Percuma Selangor.
Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok
SHAH ALAM – Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok menyifatkan kenyataan dibuat oleh ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib kelmarin bahawa dasar Kerajaan Negeri memberi bekalan air percuma sebagai langkah tidak bijak dan tidak lestari sebagai tidak tepat.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) telah mengkaji dasar tersebut sebelum menjadikannya sebagai manifesto Pilihan Raya Umum ke-12 dan mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak 2008.
“Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah meneliti akaun Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan keseluruhannya dan mendapati langkah Kerajaan Negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) menyertai penswastaan membawa kerugian kepada rakyat.
“Kalau bukan kerana kami (PR) memerintah, maka pengguna air di Lembah Klang akan tanggung kerugian tersebut sekiranya mengikut perjanjian asal itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Suhaimi yang mengatakan dasar itu menyebabkan hasil Kerajaan Negeri terus merosot.
Suhaimi adalah Penolong Naib Canselor Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Teresa berkata, setelah PR memerintah negeri ini, pihaknya telah menangguhkan tarif air yang terus meningkat dari tahun ke tahun itu.
“Sebab itu kita (PR) nak ambil alih Syabas dan mengadakan penstrukturan semula air di negeri ini,” katanya.
Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menyifatkan pandangan Suhaimi tersasar apabila mengatakan hasil kerajaan Selangor merosot setelah dasar air percuma dilaksanakan.
Menurutnya, Suhaimi sepatutnya meneliti rekod rizab kewangan Kerajaan Negeri Selangor kini berbanding rekod kewangan sewaktu ditadbir Barisan Nasional.
"Semasa mentadbir Selangor, BN tidak memberikan air percuma, tidak ada skim khairat kematian RM2,500, tidak ada hadiah RM1,000 masuk universiti, tidak ada skim anak kelahiran Selangor, tidak ada bantuan tadika, tidak ada skim taska, tidak ada pemeriksaan kesihatan percuma, tidak ada skim pembiayaan perniagaan Mimbar, tidak ada kebajikan kepada rakyat.
“Tetapi mengapa rizab Selangor sewaktu BN memerintah hanya berjumlah sekitar RM300 juta sedangkan apabila Pakatan Rakyat berikan berbagai kebajikan kepada rakyat Selangor termasuk air percuma, tiba-tiba rizab kewangan meningkat mencecah melebihi RM2 bilion,” katanya.
Beliau berkata, Pas Selangor menekankan bahawa matlamat kerajaan adalah bukan untuk berniaga dengan rakyat.
|
|
|
|
|
|
|
|
BidadariAnggun2 posted on 28-8-2012 02:37 PM
ko tau beza bulk meter dgn individual meter? tak payah la tanya kalau ko tau bezakan...
Tu yg haku soh pi dia pi tanya kat management.. clarify kan balik kenapa dia kena bayar.. Mungkin apt dia guna bulk meter... Alahaii... |
|
|
|
|
|
|
|
Manami posted on 28-8-2012 04:30 PM
Tu yg haku soh pi dia pi tanya kat management.. clarify kan balik kenapa dia kena bayar.. Mungkin ...
Statement aku sblm ni kan tulis free ke tak tetap kena bayo RM12 min.. ada ke aku persoalkan kenapa kena bayo? Dah sah bayo bil air kt management bkn kat syabas..
|
|
|
|
|
|
|
|
BidadariAnggun2 posted on 28-8-2012 04:35 PM
Statement aku sblm ni kan tulis free ke tak tetap kena bayo RM12 min.. ada ke aku persoalkan kenap ...
Kalau dah clarify dgn management tu & hang sendiri bayar ke management dan hang sendiri pueh-hati , tu lantak pi lah.. bukan guna duit haku pon pi tolong bayar... pedulik happa kalau gitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Manami posted on 28-8-2012 04:49 PM
Kalau dah clarify dgn management tu & hang sendiri bayar ke management dan hang sendiri pueh-hati ...
ini mcm punya org pun ader... putar belit mcm politaik.. padahal tak paham apa yg org tulis... |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ya pon. air percuma, br1m, kr1m dan segala mcm lagi gula2 politik adalah bersifat jangka pendek
kadang2 aku x paham kenapa politikus terlalu takutkan political survival depa |
|
|
|
|
|
|
|
BidadariAnggun2 posted on 28-8-2012 05:00 PM
ini mcm punya org pun ader... putar belit mcm politaik.. padahal tak paham apa yg org tulis...
Lain kali tulis tu biar sampai maksud.. Cakaplah ngko bayor ke management... Dan ko guna bulk meter... Ni menulis, tapi paham2 sendiri.. apa kes? Janji posting? |
|
|
|
|
|
|
|
rakyat Malaysia ni tukaq la apa parti politik sekalipun, mentaliti tak boleh diubah
|
|
|
|
|
|
|
|
AIR DI SWASTA KRONI KAYA RAYA, RAKYAT DERITA
20 April 1999, detik permulaan kenaikan tarif air di Johor secara berjadual. Syarikat Air Johor Sdn Bhd(SAJ) yg mendapat konsesi penswastaan air selama 30 tahun, diberikan hak sebanyak 7 kali membuat semakan tarif air.
Saham SAJ dimiliki oleh Lambang Optima Sdn Bhd sebanyak 80%; walhal pemegang utama atau 99.9% saham syarikat ini adalah Dato' Hamdan Mohamad, Presiden Ranhill Utilities Bhd. Orang Johor tau keakraban beliau dengan pimpinan Kjaan Negeri. Dulu hidupnya macamana dan bila dapat kuasai Air, kaya rayanya beliau.
Hampir semua projek SAJ spt pembinaan loji pengeluaran air, pembinaan empangan, mengganti paip lama dengan yg baru dan peningkatan loji air sedia ada diberi kpd Ranhill yg nilainya ratusan juta setahun.
Dalam jangkamasa penubuhan Ranhill Utilities pada 30 ogos 2000, sesingkat pada 27 Jun 2002 sahaja sudah disenaraikan di BSKL!
Untung berlipat ganda kerana berniaga AIR....
Unjuran tahun 2000, 34% daripada 654,393 pengguna air domestik menggunakan air antara 16-30 meter padu. Jika 25 meter padu pada tahun 2000 tarifnya RM11.50 sebulan, semakan kali ke 7 pada tahun 2026, tarif air ialah RM53.41 sebulan. Namun, realitinya baru tahun 2012; bil air begitu tinggi dan melampau. Saya pasti jika BN terus berkuasa di Johor pada tahun 2026, tarif air akan melambung ratusan ringgit pada kadar meter padu di atas.
Pemimpin BN selalu mendakwa penswastaan bekalan air memberi manfaat kepada rakyat kerana kualiti perkhidmatan jauh lebih baik. Mereka tuding Kelantan dan hentam macam2. Kononnya air kotor, bekalan air selalu terputus dll. Kualiti perkhidmatan air di Johor hebat sangatkah?
Sejujurnya orang Johor lebih maklum termasuk kawasan yg seringkali terputus bekalan air.
Kalau begitu mana lebih baik, tarif air paling tinggi di Johor; berbanding 20 meter padu air percuma di Selangor?
Pastinya, beban rakyat bertambah; hidup derita...kroni kaya raya!
|
|
|
|
|
|
|
|
strategi politik kah .. x kahhh... janji madam suka ayaq free... |
|
|
|
|
|
|
|
mana la aku x hina uitm n keluaran uitm kalau dah prof nye bodoh celaka mcm gini,......
|
|
|
|
|
|
|
| |
|