CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: berrybooms

nampak kak poc...

[Copy link]
Post time 9-9-2012 04:24 PM | Show all posts
berrybooms posted on 3-9-2012 12:25 AM
story kes tersilap abah.

masa tu time raya. dinner ramai2 kat kampung opah. lps dah habis makan2  ...

beraninya u.. siap leh bercakap... kalau saya mau tergagap2.... tak terkeluar kata2...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2012 04:32 PM | Show all posts
berrybooms posted on 8-9-2012 12:45 PM
based on true story.happened to kawan mama, aunt julie.

aunt julie dah kawin. dia and husband bus ...

eeeee... takutnya... orang gila.... sian aunty julie tu kan... and sian arwah baby tu.. mesti nangis sbb sakit kan..... isk ngilunya...

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2012 07:42 PM | Show all posts
mak ai ngerinya ksh untie julie tu... mesti die trauma smpi skrg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 10:40 PM | Show all posts
salam. ada lg nak cerita.

masa form 5 ikut program sekolah pergi camping kat perak. apa ntah nama tempat tu. kita lupa dah. dah sampai kat situ, prepare lah khemah semua. malam tu after dah solat isyak berkumpul ramai2. after dah habis aktiviti, masuk tidur. satu khemah tidur 4 orang. tapi sebab tak cukup orang, kita tidur berdua je dengan kawan (amira). dah tidur tu, tiba2 terbangun sebab dengar zip khemah tu ada orang bukak dari luar. kita tengok ada bayang orang. tengok kawan kita, diana yang datang.

dia suruh kita teman dia pergi toilet. kita takde lah berani sangat time tu nak pergi berdua je. kita kejut lah amirah nak ajak teman, tapi dia tak bangun pun tidur mati. nak taknak kita pergi je lah berdua dengan diana. masa tgh jalan tu, kita try lah nak berborak dengan diana sebab nak hilangkan rasa seram sejuk. tapi diana ni diam je buat tak tau. kita pun diam je lah. sampai kat toilet baru dia bersuara. dia suruh kita tunggu kat luar. kita tunggu je lah. tiba2 dalam a few second mcm tu diana keluar balik, dia ckp mcm ni, 'tunggu eyh awak. kita pergi kejap je. kalau dah tau tu, diam je tauuu....' kita rasa pelik bila dia ckp mcm tu. tapi tak terdetik lah benda2 negatif sebab mmg dia manusia and kawan kita.

lepas dah teman pergi toilet, balik la dekat khemah. kita dah masuk khemah, tgh nak tutup khemah tu, kita tengok si diana ni ada lagi kat luar khemah kita. kita tanyalah dia kenapa tak balik khemah lagi, dia cakap malas lah. khemah dia jauh. then dia cakap nak tidur sekali dengan kita. kita pun bagi je la. sebab dah lambat, nak kena bangun awal. bagi je dia tidur sekali.

esok nya kita bangun pukul 6 tu, tengok diana dah takde kat sebelah. kita ingat maybe dia dah prepare untuk solat subuh. kita dengan amira pun prepare semua untuk solat subuh. after dah habis solat and berkumpul tu, pergi breakfast. tiba2 kita nampak diana. kita panggil lah dia. then kita tanya kenapa bangun subuh tak kejut? tapi masa kita tanya tu kita tengok muka dia mcm pelik tengok kita. dia cakap manade dia datang tidur dengan kita. dia tidur kat khemah dia dengan kawan lain. kita pun 'haha' kan je. kita cakap dia saja nak bergurau. yelah, sebab teman pergi toilet semua. lepas tu bersungguh dia cakap takde. dia bawak kawan dia, then kawan dia pun cakap mmg diana tidur dengan dorg.

then kita terus lah terdiam je. sebab kita terfikir, memang kita ada teman dia and dia tidur sekali dengan kita. tapi since dia ckp takde, kita diam je. taknak lah cerita apa2 kat sana. tunggu dah balik baru cerita. after 1 week tu lps dah balik dari camping kita cerita lah kat cikgu kelas, time tu diana and amira pun ada. rupanya, yg lain pun ada kena kacau jugak. cikgu cerita, kat khemah budak lelaki, siap benda tu mengilai and duk cakar2 khemah. ada lagi sorang kawan kita, amir, time dia bangun, dia dah kat tempat lain. nasib pegawai kat sana jumpa. kalau tak memang sesat lah dia kat hutan tak jumpa jalan balik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 10:41 PM | Show all posts
punkerzoe posted on 3-9-2012 11:08 AM
banyak cerita TT ngan makhluk ghaib ni ye... student hotel management ye.. masih study lagi ke ?

still study lagi, now continue degree kat uitm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2012 10:58 PM | Show all posts
ni cerita kawan kita.

amira ni active kadet, and selalu lah ikut rombongan pergi camping. amira ni jenis yg tak kuat semangat. ada satu time tu, dia pergi camping. kat mana kita lupa dah, kat sungai congkak kalau tak silap. time kat sana, banyak yg kena kacau. amira tu just demam je. tp takde lah nampak apa2. cuma tak boleh tengok orang kena rasuk, nanti dengan dia sekali berjangkit kena histeria.

tibalah lah sampai time nak balik, kawan dia yg kena rasuk tu tak baik2 lg. then singgah lah jumpa ustaz. rupanya budak tu ada ambik rantai kat dalam hutan. dia terjumpa rantai tu kat satu pokok time dorg tgh lepak2. ustaz tu suruh bawak budak ni pergi balik kat tempat tu. pulangkan balik sendiri and letak kat tempat asal kat mana yang dia ambik. lps dah pulangkan tu, elok lah budak tu. masa dah sampai kat pokok tu, suddenly budak tu kena rasuk. meracau2 dia. teruk sangat. keluar suara garau. rupanya benda tu marah. dia cakap budak tu dah kacau benda dia. siap rendam rantai tu dalam air. sebagai balasan, dia nak ikut budak tu balik. tapi mana boleh. lepas ustaz tu dah argue mcm2, ustaz tu pun berjaya suruh hantu tu pergi. tapi buat deal, budak tu kena minta maaf kat dia. lepas dah minta maaf, budak tu pengsan. alhamdullilah dia dah tak kena kacau after kejadian tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-9-2012 01:01 AM | Show all posts
dulu pernah naik lrt. dr dato keramat nak ke kl sentral. time tu form 1 kot. dah pukul 11pm lebih mcm tu. time kita naik tak ramai pun. kurang dr 10 orang. takut jugak sebab time tu sorang je. tapi still be positive. time on the way tu, sampai kat ampang kita nampak ada one couple ni masuk. tapi tak pandang directly. just nampak orang lalu dr belakang. nampak lah dorang ni duduk.

tp dorang ni senyap je. masing2 pakai ala orang lama. perempuan tu pakai kebaya lama. dr cermin nampak muka pun mcm stail orang lama. then kita pun pandang lah dorang. both pandang kita then dorang senyum. time tu kita rasa mcm kenal dorang ni. mcm familiar sangat. tp tak boleh nak ingat. then kita dengar mcm dorang nyanyi lagu lama. so kita pun biar je lah. dalam hati, maybe dorang minat lagu and stail lama. tp time tu mmg kita ada rasa lain sikit. mcm sayu je and rasa meremang. dah sampai kat kl sentral, masuk kereta cerita lah dekat abah. cakap lah mcm kenal. tp tak tau siapa.

so, nak dijadikan cerita, time tu tgh tgk tv dengan abah and mama. tetiba terbukak cerita seniman bujang lapok. tgh scene saloma and p ramlee. on the spot cakap kat abah, 'haa, dorang ni la yg kita nampak.' lepas je kita cakap macam tu, semua terdiam include kita. ya allah, senget betul rasanya time tu. kan ke dorang tu dah takde. tapi tu lah. kita mmg tak ingat langsung tu dorang time dlm train and in fact time tgk tv tu pun rasa mcm normal je dapat tgk dorang. semoga roh mereka tenang di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 09:53 AM | Show all posts
berrybooms posted on 10-9-2012 01:01 AM
dulu pernah naik lrt. dr dato keramat nak ke kl sentral. time tu form 1 kot. dah pukul 11pm lebih mc ...

arwah tumpang nek lrt kot..mase lalu kubur kt ampang tu...untung laa dpt jumpe dorang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2012 02:27 PM | Show all posts
berrybooms posted on 10-9-2012 01:01 AM
dulu pernah naik lrt. dr dato keramat nak ke kl sentral. time tu form 1 kot. dah pukul 11pm lebih mc ...

ek ele ini dah selalu dgr...NEXT!!!!!!!!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 02:54 PM | Show all posts
berrybooms posted on 8-9-2012 10:27 AM
kiranya mama awak tak boleh mkn benda masam la ye? terkena santau or mmg ada orang hantar? Kesian  ...

hmmm..mmg ade org antar..nenek sebelah ayah, dier x ske mak kuceng sbb adik beradek ayah yg lainsemua kawen sedara/sepupu..mak kuceng je org luar..tp alhamdulillah, mak dh ok..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2012 07:07 PM | Show all posts
berusjamban posted on 10-9-2012 02:27 PM
ek ele ini dah selalu dgr...NEXT!!!!!!!!!!!!!

awak selalu dgr takpe la. kita just share cerita, pengalaman sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2012 11:43 PM | Show all posts
berrybooms posted on 8-9-2012 12:45 PM
based on true story.happened to kawan mama, aunt julie.

aunt julie dah kawin. dia and husband bus ...

nak nangis ajer rase baca yg nih..
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 04:23 PM | Show all posts
berrybooms posted on 10-9-2012 07:07 PM
awak selalu dgr takpe la. kita just share cerita, pengalaman sendiri.

takpe berrybooms terus je kongsi citer apa2 pun kat sini....best baca citer2 dan pengalaman uols tu....bukan senang nak ada pengalaman mcm uols tu...bagi sapa2 yg belum pernah mengalami pengalaman sedemikian tu tumpang baca saja......
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:12 PM | Show all posts
berrybooms posted on 10-9-2012 01:01 AM
dulu pernah naik lrt. dr dato keramat nak ke kl sentral. time tu form 1 kot. dah pukul 11pm lebih mc ...

pernah gak dengar cerita orang jumpa arwah p ramlee ngan saloma... mungkin qarin diorang kot kan yang berry jumpa tu kan...

Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2012 05:15 PM | Show all posts
Vanilla_lette posted on 13-9-2012 04:23 PM
takpe berrybooms terus je kongsi citer apa2 pun kat sini....best baca citer2 dan pengalaman uols t ...

rasa macam bertuah je kalau leh jumpa arwah berdua tu...  maybe dah selalu arwah berdua tumpang tren tu.. cuma orang tak nampak je.. dan berry bertuah sbb terpilih untuk nampak mereka...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 12:31 AM | Show all posts
semalam kita pergi solat kat satu tempat ni. keadaan mmg suram sikit sbb lampu tak terang. tp nak ambik wudhu' kat luar. kena pergi kat toilet. sampai kat toilet, boleh la pulak lampu lorong tu kelip2. lampu hujung je yg maintain ada. time tu takde lah nak fikir negatif. tmpt ambik wudhu' kat hujung. masuk je pintu toilet, start dgn sink, stu pintu toilet, then baru tmpt ambik wudhu'. tgh2 membasuh tgn, terdengar pintu toilet bunyi. then dgr step2 orang tgh jalan, buka paip sink. tp takde lah nak toleh time tu jgk, kita just pndg depan dinding ambik wudhu'. dah habis tu, kita pusing belakang. tgk takde siapa pun. kita biar kan je. tp dlm masa yg sama rasa pelik jgk. sbb kita tak dgr pun mcm orang tu keluar balik. since dah mmg takde siapa, kita keluar jelah dr toilet. maybe kita yg tak perasan org tu keluar.

lepas tu, terus je kita pergi kat surau. masuk je surau, kita nampak ada sorg akak ni tgh solat. dalam hati, mungkin akak ni lah kot td. then kita solat. dlm tgh solat tu kita perasan. time kita tgh rakaat ke dua duduk tahiyat awal tu, dgr dia dah bg salam. tp dia tak bangun2 pun sampai lah kita habis solat. kita perasan sbb kita solat belakang dia. lps dah solat tu, kita prepare lah nak keluar. baru je sampai pintu nak keluar, dia tanya. awak nak pergi mana? meh la teman sy borak2. td dalam toilet tak tegur pun.

dgr dia tanya camtu, kita dah pelik. tp mmg tak terfikir benda negatif. kita pun toleh je pandang akak tu. tp akak tu still pandang dpn. kita jawab lah yg kita nak balik. sorry tak perasan dlm toilet. disebabkan akak tu berperangai pelik, ckp ngn kita tp pndg depan, so kita terdetik lah jugak perasaan yg tak sedap hati. kita pun ckp je kat akak tu, kita balik dulu. tp dia ckp lg. cpt nya awak nak balik. awak takut eyh? hehe. alamak. akak ni boleh pulak bergurau mcm tu. boleh la pulak dia gelak mcm perli kita. tp because of suara dia and gaya dia ckp mmg mcm manusia, kita pun toleh la balik. kita ckp bkn takut. just nak kena balik cpt.

suddenly, dia pun toleh and ckp, takut tak? waaaaaaa!!!!!!!!!!!! tak nampak muka pun. kita dah rasa mcm ais kat situ. meremang and berpeluh terus.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2012 12:38 AM | Show all posts
berrybooms posted on 14-9-2012 12:31 AM
semalam kita pergi solat kat satu tempat ni. keadaan mmg suram sikit sbb lampu tak terang. tp nak am ...

continue..

bila dia dah toleh tu, kaki kita ni rasa mcm keras sgt. tp paksa la bergerak jgk. dgn pantas lah kita bukak pintu nak keluar. tp sebelum kita keluar sepenuh nya, time tgh bukak pintu tu, kita dgr dia ckp lg. dia ckp, tu lah. td taknak tegur sy. mmg lah awak tak nampak. ni awak dah tegur, tu yg nampak sy. hehehehehe.

terus je lah kita keluar and jalan laju2. sambil tu duk kumat kamit mulut baca ayat kursi. seram sesangat. mlm tu, balik rumah terus solat isyak. tp dah prepare air, baca 3qul and ayat kursi, minum sikit air and sikit lg sapu muka. alhamdullilah okay. terus dah tak ingat mcm mana rupa benda tu pandang. cuma yg kita ingat mmg dia takde muka lah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 12:43 AM | Show all posts
ada lg nak cerita. tp dah nak kena tidur. nnt kita sambung lg. about perempuan yg cantik, tp rupanya dia 'seseorang'.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-9-2012 12:45 AM | Show all posts
jefrilza posted on 13-9-2012 05:15 PM
rasa macam bertuah je kalau leh jumpa arwah berdua tu...  maybe dah selalu arwah berdua tumpang tr ...

mungkin rezeki terjumpa. tp muka dorg bersih je time kita nampak tu. mcm happy je each other.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2012 11:02 AM | Show all posts
berrybooms posted on 14-9-2012 12:31 AM
semalam kita pergi solat kat satu tempat ni. keadaan mmg suram sikit sbb lampu tak terang. tp nak am ...

fuhhh... seram seram... dalam surau pun ade yang nak mengacau kan...
awak ni kire kuat semangat jugak la sebab tak pensan time die pandang tu...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.060750 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list