|
UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)
[Copy link]
|
|
gdb posted on 18-10-2012 10:59 PM
haji_one, setiap tahun agaknye berapa kuota utk org kenamaan, pegawai tabung haji dll..... rasanya r ...
Hmmmm...susah saya nak jawab soklan ni, sebab biasanya memang ramai rayuan haji yang datang dari pejabat menteri, parti politik, pejabat2 kerajaan dan walaupun mereka ni memanjangkan rayuan haji, rayuan haji yang mereka bawa tu tetap kena tapis oleh ahli jawatankuasa rayuan haji..dan kelulusan utk rayuan haji tu pun memang akan dilihat dr pelbagai faktor antaranya warga emas, kesihatan dan lain-lain..cuma bila rayuan haji tu diluluskan, yang dapat 'kredit' dan nama baik tu adalah pihak yang menghantar tu la..
kalau ada kuota pun, contohnya kuota khas utk 1MDB (imam dan JKKK terpilih) dan lain-lain kuota yang diperlukan utk tahun semasa, ianya adalah terkawal. Biasanya ada je pihak yang mengaku ada kuota, pastu ada la jemaah haji yang datang ke TH ni, dia bawak surat sokongan seseorang kenamaan tu, katanya dia nak pergi dengan kuota sipolan-sipolan, tapi bila check..mana la orang tu ada kuota apa2 pun..bila tanya balik, mcmana dia tahu orang kenamaan tu ada kuota..dia kata, ada orang buat rayuan haji pada tahun lepas dapat pergi..bila kita check balik, rupanya rayuan yang sebelum tu diluluskan atas dasar mahram dan sebagainya..
Selain itu kita kena lihat, ada waktu dan tahunnya kita dapat kuota tambahan yang cukup banyak...time tu, bila hantar rayuan, biasanya senang lulus..so, ada pihak yang ingat kelulusan rayuan tu berdasarkan pejabat tersebut tapi hakikatnya kelulusan adalah berdasarkan situasi tahun semasa..mcm tahun ni, ketat la skit..sebab kuota tambahan pun tak dapat.
Selain tu, memang ada kelulusan eksekutif, tetapi tetap perlu mencakupi alasan-alasan yang kukuh kerana setiap kelulusan tu di audit semlula nanti. Begitu juga dengan kelulusan pegawai tabung haji, setiap rayuan yang nak diluluskan tu akan melalui jawatankuasa rayuan haji juga..tanpa alasan yang kukuh, agak sukar..sebab tu, ada kalanya, yg baru daftar dan ada yang telah menunaikan ibadah fardhu haji tetap boleh pi lagi..kena tengok susur galur kes tu dulu baru kita tahu apa cerita sebenarnya.
Dari segi kawalan, insyaAllah, pemilihan haji ni semuanya terkawal. Tapi, kekadang kita lihat tempoh menunggu makin lama kerana jumlah kesedaran rakyat malaysia yang dah mula mendaftar haji (peratusan naik) tetapi kuota kita masih lagi 0.1% daripada rakyat Malaysia (kekal)..so, memang nampak la margin menunggunya tu. Last edited by haji_one on 19-10-2012 07:40 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
HUSSAINTAHIR posted on 19-10-2012 06:34 AM
Haji Perjalanan Terakhir..........
Haji..adalah satu perjalanan yang istimewa...
So sweet..itulah hakikat sebenarnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm...asyik cerita jemaah haji yang tak buat baik je kan? biar la saya cerita yang baik2 pulak.
ANTARA PANGKAT DUNIA DAN TETAMU ALLAH SWT
Kisah ni berlaku tahun lepas. Al kisahnya, selepas waktu kerja di Mekah sesi tengahari tamat (dlm jam 12.00 tgh), saya pun naik la ke bilik, letak barang..pastu saya lakukan ziarah bilik. Biasanya ziarah bilik ni, kita akan pergi la ke beberapa bilik secara random, contohnya satu hari 2-3 bilik..tujuan ziarah ni adalah utk mengeratkan silaturrahim, utk dapatkan maklumbalas dan respon bagi perkhidmatan kita, idea2 baru..dan yang penting, petugas haji ni nak tahu bagaimana keadaan semasa jemaah haji kita di dalam maktab tu.. biasanya saya pergi ziarah bilik ke bilik ni berseorangan dan kekadang dengan guru agama..
So, saya pi la satu bilik, ni, saya pilih secara rawak je..saya ketuk pintu, bagi salam.."assalamua'alaikum, Tabung Haji" (kena sebut Tabung Haji supaya mereka tahu siapa yang datang tu..). Pastu, dengar la jawapan orang menjawab, "wa'laikumsalam wbr wbt". Bila pintu dibuka, saya tengok semua ahli bilik ada, mereka tengah berborak kot..saya tengok, dlm 6 orang ni, semuanya dah area 50an kecuali seorang tu berusia dlm lewat 30an. then, saya tengok seorang ahli bilik yang paling berusia (agaknya la kot, dah beruban banyak), bangun dan hampiri saya..disusuli dengan jemaah haji bilik lain, kami bersalamaan..pastu saya bagitau yang saya datang utk ziarah je.
Saya dipelawa masuk, pastu salah seorang daripada mereka cepat2 panaskan air dlm kettle. Pastu saya berborak la, tanya nama, tanya khabar, ada la standard soalannya..pastu, saya nampak ada salah seorang jemaah haji dlm bilik tu call somebody..saya buat taktahu je la..Tak lama lepas tu, pintu bilik tu diketuk..pastu yang jemaah haji yang muda bukak pintu..ada jemaah haji perempuan depan pintu, jemaah haji muda tu cakap.."ehh...Datin..." pastu saya dengar ucapan "terima kasih..".
Saya yang dengar perkataan datin ni, terus bertanya, ehhh..tadi tu siapa, pastu menjawab la salah seorang daripada jemaah haji tu, "tu isteri saya haji..", pastu saya terkejut la.."maafkan saya, saya tak tahu pun tuan ni seorang Dato', saya panggil tuan je..saya betul2 minta maaf dato". pastu yang Dato' tu cakap.."ehhh..jangan begitu, saya ni dah larang panggil saya Dato' atau Datin kat isteri saya, tapi si Zul (jemaah haji yang muda tu) ni takmo dengar cakap..hahahahaah..", pastu dia kata panggil saya "haji je.." sebab time tu dah lepas wukuf.
Pastu saya, tercakap.."dato asal mana...", dia jawab.."laaa..jangan la panggil saya Dato', panggil haji je..kalau nak kira pangkat, yang sebelah saya ni pun berpangkat, Prof Dato Dr lagi..yang ni pun Dato' jugak..kami sesama mendaftar..". Pastu dia menjawab, "haji...setinggi mana pun pangkat dan gelaran ni, ianya tetap sama disisi Allah, kami pun ada dosa pahala..malah kami rasa lebih kerdil sebab kekadang dengan pangkat gelaran ni buat kami jadi megah, riak dan ujub..astaqfirullah...".
Tambah sorang lagi jemaah haji tu, "buat apa kami nak berbangga dengan gelaran yang manusia bagi..sebab bila di arafah, takdak beza pun kami dengan jemaah haji lain, masing2 kena pakai ihram.."..
Pastu, jemaah haji yg ada pangkat Prof Dato' Dr tu plak hidangkan air teh dan buah yang yang datin hantar. Kami berborak panjang tetapi bila saya cuba panggil mereka dengan gelaran, cepat2 kena 'cantas' dr mereka..hehehehe..
lepas dah ziarah tu, saya cepat2 turun bawah, saya running sistem utk tengok info mereka, semuanya dgn nama sahaja, gelaran tiada..dr segi info pekerjaan, ada yang Pensyarah salah sebuah universiti terkemuka, dan selebihnya ahli perniagaan.
Ok la, lepas tu, selalu saya terserempak dengan mereka, dan mereka tetap dengan cara mereka yang very helpfull, riang dan sentiasa ceria. Selalu nampak mereka tahankan pintu lif semata2 utk bagi makcik2 tua yang pakai tongkat masuk lif dulu..
Saya doakan agar mereka dianugerahkan dengan haji yang mabrur, dimurahkan rezeki dan sentiasa tawadduk dengan sifat mereka semasa mereka di tanah suci..
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 07:37 AM
Hmmmm...susah saya nak jawab soklan ni, sebab biasanya memang ramai rayuan haji yang datang dari ...
bg saya..kalau Allah tanak jemput lg tu terima je la dgn lapang dada.
My hubby keje kat SUK Penang, aritu pejabat dia ada la minta surat jawapan rayuan dari TH. Ingat ada la chance kalau thru SUK ni....eemmm....tak dapat jugak.
Last edited by Mas916 on 19-10-2012 08:43 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tgk...ada ja halangannya..
120 bas bawa jemaah haji Turki ditahan Iraq
BAGHDAD 19 Okt. - Iraq semalam bertindak menghalang lebih daripada 120 buah bas yang membawa jemaah haji dari Turki daripada menyeberangi Arab Saudi kerana penumpangnya tidak mempunyai visa yang dikeluarkan oleh negara ini.
``Kerajaan memutuskan untuk menghantar balik 128 bas Turki itu kerana mereka memasuki negara ini tanpa prosedur yang ditetapkan,’’ kata penasihat kepada Perdana Menteri Nuri al-Maliki, Ali al-Mussawi.
Katanya tanpa mendedahkan jumlah penumpang kenderaan, bas itu dipercayai memasuki negara ini daripada wilayah autonomi Kurdish di utara Iraq dan akan memasuki Arab Saudi menerusi pintu sempadan Arar. - AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -Iraq#ixzz29hSl1Vrx
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 18-10-2012 02:17 PM
hehehehe..memula, maafkahlah petugas haji yang bagi info tak berapa betul tu (freshie kot). Bias ...
haji_one,
betul tuh...siapalah kita nak mempertikaikannya
senang citer
brp hari yg kita dapat kat sana adalah rezeki dan ketentuan dari Allah
DIAlah yang menentukan
cam sy g umrah bulan Jun haritu
date asal 7 Jun
tetiba tunda ke 8 Jun(dimaklumkan lebih awal kpd kami oleh TA)
ada le org lain yg pegi bersama ada bunyi2 x puas hati sbb tunda tu
tapi hikmah di sebaliknya...kami dapat stay extra 2 hari dari schedule asal kami
memang rezeki sangat2
klu tgk notis group lain yang ditampal tiba dan pulang tu
kebanyakannya 12 hari je
tapi kami dapat 14 hari...alhamdulillah
Allah bagi kami lebih 2 hari di Mekah
dan diduga awalnya dengan flight postpone sehari dari jadual asal
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 08:20 AM
Hmmm...asyik cerita jemaah haji yang tak buat baik je kan? biar la saya cerita yang baik2 pulak.
...
sebak baca kisah ni
rasanya susah nak cari orang2 seperti mereka ni sekarang
Subhanallah
10 years back sy penah kena tengking kat telefon oleh customer
sbb x panggil dia 'Dr' (tak taula Dr PhD or Dr Medical)
|
|
|
|
|
|
|
|
betul tu mas916 / ummie,
Kalau Allah swt tak izin, tak dapat pergi juga, tapi dlm pada masa yang sama..kita berusalah sebaik mungkin mudah2an berkat usaha kita, Allah swt akan menerima kita sebagai tetamuNya.
Hehehe..bab gelaran ni, dah banyak kes saya jumpak..kena sound sebab tak panggil gelaran pun ada..tapi asyik cerita yang tak best pun tak syok jugak..hehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cerita satu lagi kebesaran Allah swt dan betapa kekurangan tu bukanlah satu ‘kelemahan’..
Sebelum cerita ni, saya panjatkan kesyukuran kerana perkara ini berlaku pada saya, live dan secara langsung..mungkin Allah swt berkehendakkan untuk saya berkongsi dengan para sahabat di dalam forum ni utk dijadikan iktibar..saya panjatkan juga kesyukuran dan ribuan terima kasih kepada TH kerana menempatkan saya sebagai petugas haji dibahagian maktab yang mana jawatan ini membolehkan saya bergaul dan sentiasa berada dekat dengan Jemaah haji berbanding jawatan2 lain didalam skop petugas haji.
Saya juga berdoa agar lepas ni, kalau saya bertugas haji..semoga saya dapat ditempatkan sebagai Petugas Maktab..kalau tak kerana saya seorang petugas maktab, susah saya nak alami dan dapat menghargai pengalaman-pengalaman menguruskan Jemaah haji secara direct ni..amin.
Ok, sambung cerita..yang berlaku ni ialah pada tahun 2009. Maktab 79.
Secara mukadimahnya, maktab saya pada masa tu…rasanya yang KT awal-awal la, ada sepasang suami isteri dimana suaminya Orang Kelainan Upaya (OKU) iaitu ‘buta mata’..tak boleh melihat langsung. Mereka ni datang KT awal, so lepas wukuf, mereka kena buat nafar awal dan juga kena melakukan tawaf haji secepat mungkin sebab mereka ni nak ke Jeddah utk berlepas ke Malaysia.
Masa ketibaan di Maktab dulu, si suami yang OKU ni melakukan umrah pertamanya dengan mengupah orang menolaknya menggunakan wheelchair. Wheelchair yang digunapakai plak tu adalah wheelchair waqaf maktab kami..so, selepas umrah pertama tu, saya selalu ternampak pasangan suami isteri ni pi Masjid. Syukur Alhamdulillah, isterinya tak OKU, sempurna dan sihat…cuma suaminya je la yang buta. Bila mereka ni nak pi masjid, si suami akan ikut isteri dengan memegang bahu isterinya.so, isterinya berjalan la perlahan-perlahan agar suaminya dapat mengikut pergerakan isterinya.
So, lepas wukuf, oleh kerana pasangan tu datang KT awal, mereka terpaksa la buat tawaf haji secepat mungkin sedangkan time tu suasana di masjidilharam sangatlah ramai umat manusia, tak kira waktu.
Lebih kurang 2 hari selepas kembali dr Mina..saya kat pejabat maktab dengan guru agama..duty mcm biasa, dan juga buat persediaan untuk proses keberangkatan keluar maktab. Then, saya nampak la pasangan suami isteri ni dicelah-celah Jemaah haji lain (boleh jadi dr KT yg sama) untuk pi buat tawaf haji..saya pergi ke pasangan suami isteri tu, saya jemput mereka ke pejabat maktab. Pastu saya tanya, “tuan puan nak buat tawaf haji ke?”.
Jawab si suami..”ye Ustaz..nak pergi la ni..”. Pastu saya tanya, “tuan perlukan orang utk tolak (wheelchair) tuan ke? Ye la..waktu orang sangat ramai di masjidilharam ni..memang kena berasak-asak la jawabnya..”. yang guru agama sebelah saya pun menambah, “baik pakai kerusi roda, upah tolak..senang skit..”.
Si isteri menjawab, “tu la..kalau ikut keadaan suami saya ni, memang patut kena upah tolak pun, dia bukan nampak pun..”..pastu si isteri menyambung..”tapiii…tu la..nak upah tolak, duit lagi, kami datang sini pun bukan bawak banyak duit pun, duit yang ada pun kami standby utk upah tolak masa tawaf wada’ nanti..”.
Dengar jawapan si isteri, guru agama dan saya offer utk kami bagi duit kami bagi kegunaan upah menolak..tapi si suami menolak dengan penuh hormat..jenuh kami pujuk..tapi dia tetap menolak, katanya..”segan la saya Ustaz..”. Si isteri memang dah setuju dgn pelawaan kami tapi si suami tetap berkeras..katanya tak mahu terhutang budi.
Tengok keadaan si suami, berat kami kami nak lepaskan dia pergi buat tawaf haji dengan berjalan kaki mcm tu je..tapi akhirnya si suami kata..”takpalah Ustaz, saya amat hargai bantuan Ustaz berdua, saya doakan agar Allah swt diberikan pahala..lebih afdal Ustaz bagi duit tu utk Jemaah haji yang benar2 memerlukan, contohnya orang tua ke dan sebagainya..”. guru agama maktab saya pun bagi pesanan, “kalau rasa mcm sukar sangat nak tawaf atau sebagainya..maklumlah nanti orang tolak menolak..rasanya kalau nak berpaut kat bahu isteri tentu payah, risiko terpisah sangat tinggi..kalau sangat sukar, balik dulu ke maktab..nanti kita usahakan semula..”
Lepas tu, si isteri pun berjalan la perlahan2 menuju ke Masjidilharam (jarak 850 meter sehala tu..) dgn suaminya memegang bahu isterinya. Saya padang guru agama, guru agama pandang saya..pastu guru agama kata, “takpa la hajiwan, kita tawakkal pada Allah, kita doakan agar mereka selamat pergi dan balik dan selamat dan sempurna ketika buat ibadah tawaf tu..”. Last edited by haji_one on 19-10-2012 09:51 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilharam, dah la orang tengah sesak..pastu dengan keadaan dirinya lagi yang OKU..lagi la saya risau.
Saya dan Ustaz (guru agama) mengambil keputusan utk tunggu suami isteri tu balik dr masjidilharam. Dlm tempoh 1 jam lebih, saya tengok..jemaah haji tu balik semula ke Maktab, saya tengok si isteri dan si suami menangis. Dlm hati saya terdetik, “aikk…cepatnya balik, mesti tak dapat buat tawaf ni..”, guru agama mendekati mereka dan bawa mereka ke pejabat maktab. Then, guru agama bertanya, “kenapa menangis ni…?”, time tu mereka masih lagi teresak2 menangis. Saya tengok , jubbah suaminya masih lagi licin dan tak berkedut, mcm baru nak pergi tawaf tadi.. Lama kami biarkan mereka menangis..
Lepas tu, si isteri bagitau, “Alhamdulillah..kami dah siap dah tawaf dan saie haji..”. pastu tanpa disuruh, si suami plak bercerita, “masa saya ikut isteri saya tadi, memang saya dah tawakkal sangat dah, apa nak jadi jadilah..saya hanya bergantung harap pada ihsan dan rahmat Allah swt sahaja..”.
Dia sambung lagi..”masa sampai kat dataran bawah, baru je nak mula tawaf tu..ada rempuhan kuat, jadi saya terpisah dr isteri saya..” Yang isteri tu plak menyampuk, rempuhan tu sebab Jemaah haji mana ntah rempuh begitu sahaja, terus meluru ke tengah2 dataran tawaf. Lepas suami saya terpisah dr saya, hati saya sangat risau dan berkecamuk..saya tak nampak pun kat mana suami saya didalam ribuan umat manusia yg sedang tawaf tu. Tapi saya gagahkan juga sebab suami dah pesan, kalau dia terpisah, teruskan lakukan ibadah tawaf tanpa perlu memikirkan dia..
Si suami menyambung..”lepas saya terpisah tu, saya dah risau sangat, dari perasaan takut, saya jadi pasrah dlm tolak menolak tu..bayangkanlah Ustaz, saya ni dah la buta..mmg mcm bola yang ditendang ke kiri dan kekanan..last2 apa yang saya mampu sebut ialah..Ya Allah, aku ni buta..aku ni buta ya Allah, bantulah aku Ya Allah..Kau Kasihanilah aku..janganlah Kau jadikan kekurangan aku ni sebagai kelemahan diri aku utk beribadat pada Mu..”.
Mendengar suaminya bercerita dgn penuh perasaan, air mata kami dah mengalir, terutama kat bahagian dia sebut..”Ya Allah..aku ni buta..Ya allah aku ni buta..” (waktu menaip ni pun dah rasa sebak sebab boleh ingat lagi wajah Jemaah haji tu..).
Kemudian, dia menyambung..”lepas tu ustaz, tetiba saya rasa takdak langsung orang sentuh saya..perasaan saya mcm depan saya kosong dan saya boleh jalan terus je tanpa sentuh seorang pun. Pada masa yang, kat bahu kiri saya..saya nampak cahaya putih yg terang..dan naluri saya berkata yang itu kaabah, jadi saya tawaf 7 pusingan sehingga selesai..”
Saya yang mendengar cerita dia tu, terus menjadi lemah kaki saya..tersandar dan mengeletar badan saya…yang Ustaz (guru agama) dah makin laju meleleh air mata..
Si suami menyambung, ‘dah cukup 7 pusingan, tetiba ada orang tarik tangan saya..saya Cuma dengar..Yallah Haji..Yallah Haji..masa saya ditarik tu, saya Cuma merasa tangan tu je, tapi saya tak langgar sorang pun jemaah haji lain..”. Kemudian, saya diletakkan dekat satu tiang di Masjidilharam tu..dan tak lama lepas tu, saya dengar suara isteri saya..”abanggg…abang kat sini..”.
“lepas tu, isteri bawa saya utk saie haji..bila saya cerita pada isteri saya, dia menangis dan saya juga menangis sampai la sekarang ni..”.
Pastu, guru agama bangun dan peluk dia, saya pun turut join sekaki..rasanya amat bersyukur kerana dapat berjumpa dengan manusia yang Allah swt tunjukkan kekuasaanNya secara direct..time tu kami pakat menangis la..rasa sayu, takjub, hebat semua berselang seli dlm hati dan perasaan saya. betapa besarNya kuasa Allah atas bantuan yang diberikan..lebih menakjubkan, jemaah haji yang normal, dah tengahari baru balik dr tawaf, tu pun merungut sebab ramai orang kat dataran kaabah..pastu, yg buta plak boleh balik dulu..hehehehe..siap dengan sempurna..
Mudah2an Jemaah haji tu dipermudahkan urusan mereka di Malaysia..kenapalah saya tak ambil alamat mereka..kalau tak boleh jugak calling2… Last edited by haji_one on 19-10-2012 03:19 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 09:52 AM
Tapi jujur saya katakan, hati saya memang tak senang..berdebar2 je selepas mereka pergi ke masjidilh ...
Ya Allah haji1... nangiss saya baca kisah nih (nasib baik xde org kat keliling). Saya ambil iktibar dr cerita tu bila di tanah Mekah kita mohon pergantungan sepenuhnya kepada Allah swt, insyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
balqishku posted on 19-10-2012 10:33 AM
Ya Allah haji1... nangiss saya baca kisah nih (nasib baik xde org kat keliling). Saya ambil iktiba ...
Setiap kali saya teringat kisah ni, saya akan jadi sayu dan sedih.
Semua yang berlaku tu membuatkan saya berfikir bahawa walaupun saya seorang petugas haji, dan memang menjadi cita-cita saya untuk membantu sebanyak mungkin jemaah haji kita semasa disana..tetapi hakikatnya, saya juga manusia dan ada limitasi, akhirnya kepada Allah swt juga kita bertawakkal agar dipermudahkan urusan kita..sehingga hari ini saya masih mengingati setiap baris kata2 jemaah haji tu, apa yg berlaku memberi kesan yang mendalam dlm diri saya.
Masih banyak perkara yang saya alami..nanti saya ceritakan skit demi sedikit. Actuallly, bila saya pi bertugas, saya akan bawa buku nota, setiap hari saya catatkan apa yang berlaku..kena marah, kena puji, ada orang offer nak buat menantu (yang ni kalau wife saya dengar, mau kena tidur kat luar umah ni..hihihihi..), malah peristiwa2 yang cukup membuktikan kebesaran Allah swt.
Kalau tak catat, nanti saya lupa..akhirnya barulah rasa ada manfaat kenapa saya catatkan pengalaman saya, rupanya utk dikongsikan dengan kengkawan dlm forum ni dan juga rakan2 serta sahabat handai yang saya kenali.. |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 10:50 AM
Setiap kali saya teringat kisah ni, saya akan jadi sayu dan sedih.
Semua yang berlaku tu membua ...
mmg elok kalau segala penglaman haji1 tu dicatit dalam buku harian. boleh share dgn sume kwn2 di sini. malah saya sendiri pun mana2 ilmu yg ada kat benang nih saya copy dan masukkan dlm file sebagai panduan utk diri sendiri.
sekali lagi tkasih haji1. moga Allah merahmati tuan haji1 dan keluarga.
|
|
|
|
|
|
|
|
balqishku posted on 19-10-2012 11:04 AM
mmg elok kalau segala penglaman haji1 tu dicatit dalam buku harian. boleh share dgn sume kwn2 di s ...
Tu la...nanti (insyaAllah) saya akan teruskan amalan saya mencatat aktiviti dan pengalaman harian saya bila bertugas nanti..rupanya ada tempat untuk saya kongsikan balik, saya memang dah mengetahui bebenang ni, tapi dulu rasa segan nak masuk sebab ramai yang otai-otai dlm bebenang ni..cuma semenjak dua menjak ni, ada isu berkaitan pengurusan haji..tu yang saya reply, dan tak sangka plak akan terus 'lekat' di thread ni.
Terima kasih atas doa Balqishku tu pada saya dan keluarga, moga Allah swt juga merahmati Balqishku dan keluarga. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 11:09 AM
Tu la...nanti (insyaAllah) saya akan teruskan amalan saya mencatat aktiviti dan pengalaman harian ...
Amin, amin Ya Rabbal a'lamin. Saya mmg lama 'melekat' kat benang, esp. masa nak tunaikan umrah pd thn lepas. Skrg nih tunggu giliran nk tunaikan haji pulak. Minggu lepas saya minta suami semak ngan TH bila giliran kami utk tunaikan haji. Sekali tu bila semak petugas kaunter ckp insyaAllah boleh pergi thn depan ataupun 2014, sbb sy daftar haji thn 2007. Oleh kerana dah lama sgt mendaftar sampaikan sy terlupa sy daftar thn 2007. Yang saya ingat sy daftar pd thn 2009, yg mana tentulah giliran saya lama lg. Sbb tu skrg. nih tgh gigih kumpul ilmu sebyk mungkin.
|
|
|
|
|
|
|
|
hajiwan... dari tadi duk cari butang LIKE... tp tak jumpa lak... |
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 08:20 AM
Hmmm...asyik cerita jemaah haji yang tak buat baik je kan? biar la saya cerita yang baik2 pulak.
...
penah gak jumpe org yg bertitle ni bberapa kali ms haji/umrah ... rsnye xde sorang pon meow panggey ngan title ... tau dorang ade title sbb petugas panggey camtu ... ade yg sorang tu, soh panggey dia makcik ... title2 x yahlah dia kata. kalo jumpe yg pompuan yg lbh kurang sama umo ... guna nama ja ...
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 11:09 AM
Tu la...nanti (insyaAllah) saya akan teruskan amalan saya mencatat aktiviti dan pengalaman harian ...
leh lah wat buku tn haji ... share pengalaman .... pegi haji ni sume pon akui pjalan istimewa ... walopon dah pegi bkali2 ... setiap kali itu x sama pengalamannya ....
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 09:49 AM
Nak cerita satu lagi kebesaran Allah swt dan betapa kekurangan tu bukanlah satu ‘kelemahan’..
...
Haji One, kisah ni lah.
Cerita lah lagi pengalaman Haji One mungkin banyak kisahnya kami sedia membaca. Bukan senang nak dapat cerita dari orang yang dekat dengan jemaah semua.
Last edited by aily on 19-10-2012 01:53 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
haji_one posted on 19-10-2012 10:50 AM
Setiap kali saya teringat kisah ni, saya akan jadi sayu dan sedih.
Semua yang berlaku tu membua ...
hj one, cemana nk jd PAM?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|