sebelum aku nak citer, nak tanya..kalau perubatan batin tu ada kena mengena ke ngan bunian?..citernya begini..
Dulu jiran aku(di pantai timur)..isteri tak bekerja..suami keje nya hanya berubat batin ni la..org memang datang..org kaya org miskin org biasa artis..berduyun2 datang berubat..depan umah aku tu memang penuh ngan kereta org..sampai family aku kena letak signbod no parking depan umah..syarat dia mengubat org hanya la bawak kain putih semeter..kalau nak bayar ikut sedekah je la berapa..dia mengubat org didalam bilik..tak siapa dr kaum keluarga pesakit boleh masuk tgk proses berubat tu..hanya pesakit dan tukang ubat aje dalam bilik..nak dijadikan cerita..kakak aku syorkan pada ofismate dia pasal berubat batin ni..kawan kakak aku tu mengidap sakit paru2 berair dah agak teruk..dan bakal kena operate la..pastu dia ni datang la berubat..masa giliran dia..tukang ubat nisuruh pesakit baring..kemudian kain putih tu diselimut..pastu tetiba pesakit rasa mengatuk dan tido..bila sedar aje..bila tukang ubat tu kejut dengan memanggil nama dan suruh minum air yang dia bacakan ayat quran..kat sebelah dia kain putih yang diselimut tadi penuh dengan darah merah mcm baru lepas buat pembedahan..tapi kat dada pesakit tu tak de pun kesan luka ke apa..selepas 2-3 hari kakak tu macam segar sikit..seminggu lepas tu dia dtg lagi buat proses yang sama..2 kali berubat di refer kat hospital samada keadaan dia ni parah ke operate jugak ke macamana..result check up tu doktor cakap..operation postpone dulu..sebab rasanya mcm tak perlu..suka la kakak tu..2 mggu selepas tu dia pegi lagi untuk kali ke-3..berubat cara yang sama..pastu kakak ni rasa makin sihat..selepas berubat sebulan untuk kali ke-3 tu..dia kena sesak nafas macam kena asma..hingga pengsan..panggil ambulan bawak gi spital..lepas buat xray ke apa ntah..doktor nampak paru2 kakak tu calar balar macam kena toreh..dan ada pendarahan..tapi kat luar badan dia tak de kesan toreh ke apa pun..errmm misteri kan..akhir cerita selepas 8 bulan kejadian, kakak tu meninggal dunia.Kes kakak ni tak de la kakak aku n mak aku pegi citer kat jiran sebelah umah aku yg tukang ubat tu..cuma kakak aku je rasa mcm bersalah kerana promotkan kat arwah akak tu pasal perubatan batin ni..
Mak aku pernah tanya isteri tukang ubat tu mcmana suami dia mengubat org..tapi wife dia pun cakap tak tahu sbb tak pernah tanya dan tengok..dia ada jugak tolong2 tapi bila dah sudah berubat aje..kutip kain2 yang berdarah tu..nak dijadikan citer..anak lelaki dia omo 5 thn pernah masuk curi2 bilik berubat bapak dia..then dia citer kat mak aku apa yang dia tengok..anak dia ni memang kamceng ngan mak aku..mak aku apa lagi, jadi CSI la kejap..dia masuk bukan nak tgk ayah dia mngubat org tapi nak main2..budak-budak kan..bila ayah dia selubungkan org dengan kain tu, anak dia tak jadi keluar sebab dah terperanjat sbb ayah dia selubung org macam org mati..masa dia citer tu aku ada jugak..kata2 dia macam ni "ayah selimut org tu..org tu macam dah mati dah..pastu ayah ngaji..pastu ayah letak jari kat perut org mati tu..masa tu ayah ngaji2 la..ayah wat gini2(gaya mcm toreh2 perut org tu)..pastu darah kuar byk...takut adik..adik nak ngais tapi takut ayah nampak..pastu ayah lap2 org mati tu..pastu ayah ketuk2 perut org mati tu..pastu ayah ngaji lagi..pastu dengar ayah cakap sorang..(kami tanya la ayah cakap apa?tapi dia kata dia tak paham ayah cakap apa) pastu ayah kejut org mati tu bangun..orang mati tu pun sedar balik..tak jadi mati"..hehehehe...
Aku nak kategori kan apa ni..perubatan dengan bantuan bunian ke?