Eps 4: Kotoko diterima masuk ke Univesiti Tonan dan mereka sekeluarga meraikan Kotoko. Kotoko memberi hadiah atas tanda terima kasih kepada Naoki kerana membantunya belajar selama ini. Adik Naoki pelik melihat hadiah Kotoko yang memberi pengurut kepala kepada Naoki tapi rupanya macam pemukul telur. Naoki pula mengejutkan keluarganya kerana masih belum berkeputusan samada meneruskan pengajian di Universiti Tokyo atau mana2 Uni yang lain.
Kotoko membuat azimat(omamori) untuk Naoki yang akan menduduki peperiksaan awam kelayakan untuk masuk universiti. Pada malam sebelum peperiksaan Kotoko pun memberi azimat tersebut kepada Naoki . Naoki yang masih kurang yakin tentang masa depannya bertanya kenapa Kotoko dan yang lain-lain beria sangat hendak masuk university. Naoki merasakan kenapa dia perlu memasuki universiti sedangkan dia boleh belajar sendiri. Kotoko memberi pendapatnya yang mereka perlukan kelulusan dan kepintaran Naoki bukan saja boleh digunakan untuk diri sendiri tetapi untuk perkembangan negara.Naoki kagum melihat Kotoko yang sendiri tidak pasti tentang cita-citanya dantak suka belajar boleh bersemangat untuk memasuki universiti. Naoki: “ Awak hebat”,“Dia memberikan segala usaha tapi masih tak mampu melakukannya…” , dan gaya cakap Naoki tetap pedas. Dari scene nipun kita dah nampak Naoki mula mengambil kira pandangan Kotoko yang lama-kelamaan makin bertapak dihatinya.
Bermulalah hari yang kurang bernasib baik untuk Naoki pada hari peperiksaan . Pertama, Naoki yang rasa hampir demam makan ubat yang diberi Kotoko kemudian baru sedar ubat itu boleh membuat mengantuk. Kedua, dalam perjalanan ke tempat peperiksaan ,azimat Kotoko yang dilekatkan pada beg sekolahnya terlekat plak pada lif dan hampir terlewat sampai. Ketiga,disebabkan azimat tu juga Naoki jatuh dari tangga. Keempat, semua penselnya patah masa nak menjawab soalan exam dan dia hanya ada 30 minit saja nak menjawab selepas keluar dari bilik sakit.. Nasib baik Watanabe meminjamkan penselnya pada Naoki. Kelima, makanan bekal bentonya plak tak lalu dia nak makan sebab cute sangat. Keenam, ubat yang Naoki makan pagi tadi mula tunjuk kesannya. Dia dah tertidur masa nak jawab peperiksaan tapi dikejutkan oleh pengawas peperiksaan. Naoki ingatkan dia dah hilangkan azimat semasa dia jatuh tadi rupa-rupanya dah diselitkan kedalam jaketnya. Memang ada jodoh betul dia dengan azimat tu. Watanabe, kawan Naoki pun kata rasanya Naoki dan Kotoko akan bersama selalma-lamanya. Hhehe…
Walau berbagai cabaran yang dihadapi Naoki, akhirnya dia masih mendapat markah tertinggi seluruh negara. Jadi Naoki akan menduduki periksaan memasuki Universiti Tokyo pula. Kotoko yang risaukan keadaan Naoki setelah mengetahui peristiwa yang berlaku sebelumnya dari Watanabe mengikut Naoki senyap-senyap . Seperti biasa le memang tak pas Kotoko ni bab stalking ,diketahui Naoki dan dia pun tak halang Kotoko menghantarnya ke tempat peperiksaan. Kotoko tiba2 berasa sakit perut tapi dia menyembunyikan kesakitannya kerana tak mahu Naoki risau. Setelah tak tahan lagi Kotoko pengsan dan Naoki yang sudah seberang jalan kembali semula dan memangku Kotoko ke hospital. Keluarga Kotoko dan Irie mengelilingi Kotoko dan setelah sedar dia lega kerana Naoki tiada di situ dan mungkin sedang mengambil peperiksaan. Tetapi jadi haru biru semuanya bila Naoki muncul dan mengatakan dia tidak mengambil periksa. Ayah Kotoko berlutut meminta maaf pada keluarga Irie kerana peristiwa berlaku disebabkan oleh anaknya .
Kotoko yang rasa bersalah berkeputusan meninggalkan rumah Irie. Dia berjumpa plak dengan Naoki) di simpang jalan rumah. (rasanya Naoki ni ada Kotoko radar, macam tau2 je Kotoko di mana) Kotoko meminta Naoki supaya tidak menghalangnya pergi tapi kalau dah namanya pun Naoki takdenya dia nak halang Kotoko.Cuma dia nak memastikan samada Kotoko hendak pergi adakah disebabkan dia tidak pergi ke Universiti Tokyo. Naoki: “Memang betul tidak pernah sesuatu yang baik pun berlaku bila kamu ada.Awak selalu mengganggu langkahku. Orang di sekolah menyebarkan khabar angin tentang kita.Awak membuat saya membantumu belajar. Dan yang akhir sekali, awak menghancurkan saya punya periksaan kelayakan..Tetapi..ia agak menyeronokkan. Pertama kali saya merasa risau. Pertama kali dalam hidup saya , saya takut untuk melihat markah periksa. Itu suatu pengalaman yang menakjubkan” Kotoko: “Tetapi bagaimana dengan university Tokyo”
Naoki mengatakan bukan sebab Kotoko dia tidak mengambil peperiksaan. Dia punya banyak masa selepas menghantar Kotoko kehospital untuk kembali ke dewan peperiksaan. Dia teringat kata-kata Kotoko yang menyatakan ingin memasuki Universiti untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan pada masa hadapan.Dia merasa seronok bersama dengan Kotoko dan berperasaan gementar da teruja. Jadi di berkeputusan memasuki Universiti Tonan tanpa perlu menduduki peperiksaan.Naoki keliru dengan apa yang perlu dibuat jika dia meneruskan pengajian di Universiti Tokyo. Kotoko: “Maksud awak,awak memilih sekolah yang sama disebabkan saya?” Hehe malu plak si Naoki dan menidakkan kata Kotoko dan menyuruh Kotoko pergi. Kotoko yang seronok dengan kata Naoki meminta untuk tinggal lebih lama di rumah Naoki dan berjanji tidak menyusahkan Naoki lagi. Naoki: “Tak mungkin awak tidak membawa masalah.” Kotoko: “Betul tu, jadi saya berjanji memberi kehidupan yang menerujakan” Naoki: “Cepat betul awak bertukar fikiran.” Kotoko mengingatkan Naoki hari itu adalah hari Valentine.Naoki bertanya samada Kotoko ada menyediakan coklat untuknya. Kotoko: “Awak mengharapkan coklat dari saya tak?” Naoki: “Tak juga”
Omg selepas tu memang dia mencari juga kalau ada coklat dari Kotoko di dalam peti ais. Cute sangat Naoki punya expresion bila menggigit coklat Kotoko.Dan yang bestnya scene selepas itu pasangan sama-sama memandang salji yangturun dari jendela bilik masing2 sambil Naoki masih memegang coklat diberi Kotoko. Masa nilah kita rasa Naoki sebenarnya sudah jatuh cinta.
Last edited by tsukushi on 13-6-2013 05:15 PM
|