CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: missyqaldina

rakaman paranormal activiti di opis..

[Copy link]
Post time 29-6-2013 07:50 PM | Show all posts
irwansuhadi posted on 29-6-2013 02:28 PM
jin kot. selalu yang suka asyik2 bengkak sana-sini, diorang la punya keje.

rasanya la kot...dengar cerita memang terdapat perjanjian kononnya lepas pukul 7 malam sehingga 6 pagi adalah waktu untuk benda tu. Kalau kami balik lewat memang selalu dengar bunyi guli, seperti bunyi suratkhabar yang diselak malah ada rakan sepejabat yang terkejut bila nampak pintu bilik mesyuarat dibuka dan ditutup semasa beliau buat OT. kalau tidur kat stor pula, memang biasa kepala kita akan ditolak dengan kasar. Yang terbaru member yang duduk belakang saya mengadu dia pelik bila dia datang kerja waktu pagi mesti ada yang cabut wayar kabel yang disambung ke komputer beliau walhal cpu beliau diletakkan di bawah meja dan agak tersorok dek kotak yang banyak di bawah meja beliau. Entahlah...mcm mcm dah berlaku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 12:07 AM | Show all posts
gile lah...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 12:40 AM | Show all posts
mamaezah posted on 28-6-2013 10:03 AM
abu kena usaha tengok jugak!!!!!!!!!!!!

da tgk da ...berulangkali... sambil makan popcorn
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 01:14 AM | Show all posts
hurm....seramnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:39 AM | Show all posts
kalo kita tgk sesuatu benda tu...lps tu terasa seram..maknanya benda2 tu mmg real....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 07:49 PM | Show all posts
bila tengok video ni,aku teringat pengalaman aku dekat rumah sewa lama dekat senawang.masa tu pukul 2 pagi,aku baru je selesai bagi susu kat anak aku,aku nak ke tandas cuci botol susu tu.baru je aku melangkah nak turun dari katil,tiba2 kerusi dekat meja kerja laki aku bergerak keluar sendiri..mcm dekat dalam video tu lah.kerusi dalam video tu ada juga roda..kerusi kerja somi aku kerusi plastik mcm kat kedai2 makan tu.lepas je kerusi tu ditarik keluar,terus ada bunyi jeritan yang sangat lah nyaring nye..sampai sebu telinga aku masa tu..yang aku ni dah terkejut tambah takut memang beku je lah dekat situ.buntang mata aku pandang kerusi tu.lepas je menjerit tanpa aku tahu milik siapakah jeritan tu aku dengar dekat pintu luar bilik aku bunyi loceng bergolek..rumah aku mana ada loceng2 ni,hatta mainan anak aku pun x ada loceng2.mana pulak datang nye kan..aku yang dah takut gila tu,gagah kan diri juga baring tarik selimut sampai kepala.aku pun x sedar aku lelap bila.yang pasti aku lelap dalam ketakutan.esok nye bila aku tanya somi,semalama x dengar bunyi apa2 ke,dia boleh kata x ada pun.padahal bunyi jeritan tu kuat gila kot.ape lah punye laki..huhu.pengalaman ni sampai bila2 pun tak akan aku lupa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2013 09:25 AM | Show all posts
akusengal posted on 1-7-2013 07:49 PM
bila tengok video ni,aku teringat pengalaman aku dekat rumah sewa lama dekat senawang.masa tu pukul  ...

seramnya sis, ms tu lampu bilik terpasang terang ke atau malap2 sikit? syukur menda tu xkacau baby ...
dia nak menunjuk dia wujud ler tu ... masih duduk rumah yg sama ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 09:47 AM | Show all posts
aku bbrapa kali diusik dlm opis. perkara biasa kalu setakat dengar bunyik selipar berjalan, pensel bergolek atas meja, laci meja buka tutup sndiri, kelibat makhluk hitam legam bergerak2, ppuan berselendang huhuhu

tp video ni nmpak mcm dibuat2 je.... melampau sgt mcm dirancang

apa2 pun Dia aja yg maha mengetahui...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2013 12:21 PM | Show all posts
Aku pun rasa macam video ni dibuat2..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 12:43 PM | Show all posts
aku baru tgk semalam. ade ea cctv yg ade sound skali??
seram wehhhh...part pintu tu xleh blaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 09:19 AM | Show all posts
TT ni musti keje construction cmpny kan???

macam sama nasib je kite semalam ade le tender nk kne submit...buat sampai 6 pagi baru siap wrapping..pastu bos hntau ke putrjya

penat gile.... kalau ot...takde sesiapa teman ke?? TT qs?

pernh jugak satu ari tu kne kacau kaw2 punya..siap ikut balik...kang free an tompang citer ye,,hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 09:36 AM | Show all posts
ader link lain x sis?
huhuh...nk tgk gak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 09:43 AM | Show all posts
ini mesti anak Jin...mengamuk sakan dgn mak pak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 09:50 AM | Show all posts
alaaa... tak dapat tgk video la...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:25 AM | Show all posts
adik aku pon ade tunjuk gak...

ni aku amik info dari P.E paranormal nyer facebook...P.E paranormal

copy dia....
For Your Discernment
During the early hours of 1st November 2012, staff monitoring CCTV at an office in Castlefield House on Liverpool Road, Manchester, witnessed a harrowing chain of events. This is the actual footage seen by staff as they flicked from camera to camera. On enquiry Manchester City Council said that the property comprises a refurbished landmark building over six floors known as Castlefield House which has over 33,000 sq ft of office accommodation. This section of Castlefield was turned into a conservation area to highlight its history as an ancient Roman Fort from AD97. Refurbishment on the House began in 2000, and was completed in 2012 being transformed into offices. Whilst every area has CCTV and Alarm security system hooked to local police, there are no security guards present at night. Castlefield is the most ancient and spookiest part of the city. Horrible deaths, witch executions and grizzly ghosts are said to abound in the area of Castlefield House and Liverpool Road as well as nearby Deansgate underground Station. Dr Gautier who wrote a book on the Cholera epidemic of 1832 records that some of the first 200 cases of Cholera occurred here. This video is reported to have come from a member of staff. Enquiries to Castlefield House Limited confirms that the office areas shown in the video are that of Castlefield House. Whether this is real paranormal activity is left for you to decide


ni terjemahan dia..


Pada awal pagi 1 November 2012, kakitangan pemantauan CCTV di sebuah pejabat di Castlefield House pada Liverpool Road, Manchester, dah menyaksikan satu rentetan peristiwa yang menakutkan. benda ni merupakan rakaman sebenar yang telah dilihat oleh kakitangan mereka ,kerana mereka membuat gerakan cepat dari kamera ke kamera. Mengenai siasatan tersebut..Majlis Bandaraya Manchester memberitahu bahawa bangunan hak milik tersebut adalah terdiri daripada sebuah bangunan mercu tanda  yang diubahsuai lebih enam tingkat yang dikenali sebagai Castlefield House yang mempunyai lebih 33,000 kaki persegi kemudahan pejabat. Bahagian di Castlefield ini  telah ditukarkan menjadi kawasan pemuliharaan untuk mengetengahkan sejarah sebagai kubu rom lama dari tahun AD97 iaitu tahun dulu-2 kot... Baikpulih Dewan bermula pada tahun 2000, dan telah siap pada tahun 2012 yang diubah menjadi pejabat. Walaupun setiap kawasan mempunyai CCTV dan sistem keselamatan penggera dihubungkan kepada polis tempatan, tidak ada pengawal keselamatan yang datang pada waktu malam. Castlefield adalah bahagian yang paling lama dan menyeramkan di bandar ini. Kematian dahsyat, hukuman sihir dan hantu kelabu dikatakan banyak terdapat di kawasan Castlefield House dan Liverpool Road serta Stesen bawah tanah Deansgate berdekatan. Dr Gautier yang menulis sebuah buku mengenai wabak Taun daripada 1832 rekod yang sebahagian daripada 200 kes pertama Taun berlaku di sini. Video ini dilaporkan telah datang dari seorang kakitangan bangunan tu. Pertanyaan kepada Castlefield House untuk mengesahkan bahawa kawasan pejabat yang ditunjukkan dalam video adalah membuktikan ia sememangnya Castlefield House. Sama ada ini adalah aktiviti paranormal sebenar adalah untuk anda membuat keputusan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 11:46 AM | Show all posts
antara posted on 3-7-2013 09:19 AM
TT ni musti keje construction cmpny kan???

macam sama nasib je kite  semalam ade le tender nk k ...

cerita laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-7-2013 11:54 AM | Show all posts
antara posted on 3-7-2013 09:19 AM
TT ni musti keje construction cmpny kan???

macam sama nasib je kite  semalam ade le tender nk k ...

yup..tau xpe...
mmg slalu wt tender tgh2 malam sbb hrga slalu dpt lambat..hehehe..
haa..cite la pengalaman seram itewww..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 12:26 PM | Show all posts
kt opis aku ni pun..dah lali dah..tapi klu stayback sorg2 seram jgk woo.. setakat ni sapa2 yg nak ot akan pakat la ramai2.. tu pun 'dia' kacau jgk.. dah la lif kt opis aku ni kul 8 malam dah di off kan.. kena lah turun naik tangga...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 03:22 PM | Show all posts
Berhubung dengan cerita kat pejabat tuhhh ermmm


Baru-baru ni aku kne over time (OT) takde lah baru sangat..sebab ade kerja urgent nk buat. Biasalah, keje company constructions memang macam ni..kalau ade tender urgent..tido opis jawapan nya..ehhhe

Ok..malam tu, tinggal an dengan QS aje..(juruukur bahan) name die Fiza..ermmm die ni lemah semangat sikit, sebab die ni cepat je kne rasuk..pastu cepat marah-marah @ panas baran. Disebabkn tender ni pun , die buat kerja lambat..an nk kne double check kan..tu yg stay up jugak. Malam tu an dengan die OT sampai pukul 1 lebih pagi. Pastu dah tak larat..kitorang balik..Esok pagi gigih kitorang sesubuh dah sampai opis.ehehhe



Malam tu, kat opis an tak rase pape sangat cume ternampak bayangan..ke makhluk..biarlah dia. Tapi..agak menakutkan la jugak..Macam ni..opis an ni..pintu depan die cermin gelap (an ada cerita condisi/keadaan opis aku kat cerita pejabat yang pertama dulu) pastu sebelh die ade pintu ke bahagian belakang (surau/tandas). An buat kerja leka..dalam 7.40pm an perasan yang an tak solat maghrib lagi. Cepat-cepat la gerak ke belakang nk amek air smbahyang. Buka lampu semua..an pun keluar dari toilet..mata ni gatal sangat..tertengok kat luar pintu pejabat (ade cermin yg boleh nmpak ke tangga nk naik pejabat dan depan pintu pejabat). Wahhhhh sedap je die mencangkung kat tangga. Kan tangga naik kat tingkat atas..mesti ade yang (aduh tak reti nak terangkan..buat-buat paham aje la ye) anak tangga..lepas tu belok sikit tu yang mendatar tu..haaa.



Ade perempuan kot hitam gila rambut dia.dia tengah mencangkung..kain die semua dah buruk muka dia hitam dan buruk rambut yang mengerbang dan kusut masai tengah pandang an!!! An cepat2 istighfar..masuk surau, solat..wahhh solat memang tak tenteram..an terinagt kes yang Fadhil(satu lagi budak opis)  kena ganggu waktu solat maghrib tu. Ada benda selongkar plastik sampah.Agaknya dia kot. Tapi disebabkan opis sebelah ni dia ada buat kelas muzik malam-malam. Jadi an tak dengar la kalau binatang ni membongkar plastic sampah kitorang.



Habis an solat, kitorang teruskan kerja mcm biasa. Dahla kelaparan, dari tengahri  tak makan. Gigih kitorang siapkan kerja. Pc an ni pulak asyik mati-mati..kang aku hempas..mati betul-betul kau. Aku siap sound lagi adik..tunggu la dulu akak ada kerja nk buat ni. Nanti akak dah balik, adik main la pesbuk puas-puas ( kalau siapa baca kisah pejabat yang pertama mesti paham kenapa aku cakap mcm tu). Pastu si Fiza..choiichoii mulut kau ni ehehheh..(an gelarkan benda yg selalu mengacau kat opis ni sebagai adik)



Sampai la pukul 12 malam jeng..jeng..jengok jam opis an ni antic taw. Die takde bunyi detik (jam mahal katanya) dah puas la tukar bateri berkali-kali..kejap aje jalan nya. Pastu an tengah diam-diam buat kerja, tengok jam kat pc dah 12.30am..huh dah lepas tengah malam! An saje je tengok jam dinding elok aje die berdetak 12.30 ermmm takpelah..kebetulan kot. An sambung lagi kerja. Tengok jam pc 12.40am.. an tengok jam dinding.12.40am!!! ini bermakna???? Sape boleh jawab..cepat dapat hadiah coki-coki perbagai rasa (coki..aku promote kau kejap..eheheh jgn marah) ini bermakna jam angker ni berjalan start pukul 12 malam..patutla pagi tak gerak!

Ngam pukul 1 si Fiza ajak balik. Die dah tak larat. Cehh padahal die dah membuta kat sofa..an yang masih lagi mengira. An pon setuju, kitorang balik. Ok..balik..an dah hantar dia balik rumah,  nak masuk rumah kena buka pintu pagar rumah. Dah buka, biasa lah malam kan..embun..sejuk takpela..aku tak fikir pape pon. An dahla pent..muka pon layu semacam..An angkat handbag, tutup pintu, kunci kete. An nak ke pagar semula, nak tutup pagar pulak. ELok an berdiri tegak aje kat pintu keta, an nmpak kat rumah nenek an ada perempuan serupa nenek , tengah berdiri tengah-tengah rumah, bercekak pinggang sambil menjegilkan mata kan an..



Ok fine..ahahahaah aku dah la penat saje je nk menyakat aku kan tengah-tengah malam buta ni..an lajukan langkah pergi tutup pagar. Bulu roma vulu hidung sume dah menegak..plus lagi ubun-ubun an berdenyut. an taw memang ade lah tu yang mengikut an balik. An cepat-cepat jalan nak masuk ke rumah. Untuk masuk ke dalam rumah, an akan lalu lagi sliding window yang an nmpk nenek berdiri tu..eheheh seremmmm!! An cepat-cepat jalan sambil tundukan kepala. Tapi mata an ni gatal sangat..an pon jelling la.DIa masih lagi posisi macam tu nenek an pakai baju tidur yang kelawar tu..bercekak pinggang..rambut kerinting die yang dah banyak uban tu dibiarkan terurai (biasa nenek siput rambut) pastu die kedepankan kepala dan jegilkan mata pada an seolah-olah tengah marah!



Cepat-cepat an masuk rumah bagi salam dan baca ayat qursi.Pulihkan balik semangat an. Ok, an pun siap2 la ke tandas..cuci muka semua, tukar baju pastu nak tidur.. Haa..ni satu lagi hal..Adik-adik aku yang budiman ni, boleh pulak diorang tidur kat ruang depan. Ruang depan ni macam ni..DIorang tidur tengah-tengah kat karpet..masuk je pintu ada bby kecik (5tahun), adik ppn (12tahun) adik laki (15tahun tapi badan kecik je). Sebelah yang lelaki tu ada meja kayu jati..pastu ada tingkap yang 4 keping tu..Tingkap ni macam ni..kayu, pastu ada kaca-kaca yang petak-petak tu. Dia jenis buka keluar. So, memang tak tutup rapat. Pintu pulak, adik an yang budiman umo 20tahun tu (laki) tumbuk cermin nya, pecah. Pintu pun jenis kayu tapi atas die ada cermin hitam yang tebal dan gelap tu. Ada 4 helai daun pintu. Satu jela yang takde cermin. Dan dengan jayanya..aku tido betul-betul sebelah pintu



An dah penat jam dah pukul 2. An dah malas nak pikir pape. Letak kepala, baca apa yang patut, tido. An ni jenis suka tido tutup muke dalam selimut..berselubung. Jadi malam tu, disebabkan stress yang amat, an tido selubung (sebenarnya masih teringat-ingat nenek tadi tu ). Dah sedap an nak terlena, tiba-tiba ada benda dibaling pada an! Ehhh ini sudah melampau. Nak bergurau senda pulak deme yer..an cepat-cepat buka selubung selimut tu dan tengok..takde orang..tengok bawah pintu tak nmpak bayang. Kan ada lampu jalan kan..mesti Nampak kalau ada bayang-bayang. Takde pon??? Ni kerja setan lah ni . An pun selubung lagi. Tapi kali ni an  buka mata dan intai dari selimut (selimut kat bahagian renda dia kan jarang). Tiba-tiba..ada tangan runcing yang teramat lah pucat kuku panjang dan warna hitam..keluar dari pintu yang takde cermin tu dan baling sesuatu. Seusai itu, terdengar la bunyi benda jatuh ke lantai lepas terkena badan an. Haaa...korang Nampak tak??die nak bergurau dengan an la tu!!! An dah penat malas nak layan.. kau baling la puas-puas..jangan sampai kau baling aku dengan tong gas sudah la.. An terus tido degan jayanya!!!



Esok subuh-subuh an dah bersiap tuk hantar adik-adik ke sekolah pastu terus gerak ke opis. Dalam perjalanan nk ke sekolah tu, adik laki aku yang 15 tahun tu stori. mek ngah..(panggilan aku) semalam balik kul bapa? Kul 2.30 iman terbangun..terkejut gila waktu buka mata, ada perempuan itam tengah mencangkung atas meja kayu tu kata adik aku sambil usap-usap tangan dia yang dah naik bulu roma haaaa betul tak an cakap ada yang ikut an balik..an just cakap kat adik..kau mamai kot..takde apa lah..ahahahah padahal an dah tau dah..benda kat opis tu ikut balik


heheh sori TT..terpanjang pulak...tapi kalau macam kita ni..keje tak hengat dunia...nak tak nak memang terpaksa buat sampai siap kn..huhuhu


Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2013 05:32 PM | Show all posts
ocho posted on 2-7-2013 09:25 AM
seramnya sis, ms tu lampu bilik terpasang terang ke atau malap2 sikit? syukur menda tu xkacau baby ...

masa tu hanya buka lampu tidur je..tapi cukup terang lah juga.alhamdulilah,nasib baik baby x de apa2.itu rumah sewa sis ocho,sekarang dah pindah.encik somi dah beli rumah dekat seremban.tapi rumah ni pun skeri juga..pernah je menunjuk kan diri dekat rumah yang baru ni.yang pelik encik somi x kena pulak tu.anak dengan sy je lah yang penah nampak kat rumah sekarang ni.tapi alhamdulilah x mengganggu cuma menunjuk kan diri je..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057328 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list