|
ANAKKU
anakku,
dengarlah pesan ibu
jaga tingkah laku
jaga bicaramu
jaga peribadimu
anakku,
ingatlah pesan ibu
jangan tinggal solat
jangan lewat-lewat
masuk waktu buat cepat-cepat
nanti kauyang dapat berkat
anakku,
rajin-rajinlah belajar
demi masa depan
tiada harta yang berharga
selain ilmu yang berguna
dan dikongsi bersama
anakku,
bila ibu tiada nanti
jangan kaulupa diri
jangan kaulupa asalmu
jangan kaulupa nasihat ibu
kerana tiada harta ibu tinggalkan
melainkan pesan dan nasihat
untuk kaupegang dan ingat.
sue
18/10/13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
~Dalam Hati Ada Rindu dan Sendu~
Di hati
Ada sekepal rindu
ada haruman cinta mengebu
Aku teroleng-oleng sendu
aku terbuai sayu
aku dipalu pilu
Masa jadi penentu
cintamu datang bertamu
atau aku yang dungu
menanti sesuatu yang kelabu
Aku tak tahu
apa di hatimu
segeralah katakan padaku
jelaskan pada kalbu
bicara hatimu.
CNM, 17/10/13
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA IRI
Iri.
Hati meluap-luap membenci.
Bibir ingin sahaja mencaci
mata penuh dengan panah berapi
ingin ditikam lawannya hingga sampai mati.
Iri.
tak ingin sesiapa melebihi
tak mahu diri diletak tepi
pentas utama ingin dimiliki
walau sedar bakat yang ada tidak dapat menandingi.
Dalam hati ada ...
Iri.
-LM/HN17102013- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA MPV
Berhari-hari kurenung
wajahmu di kaca yang memisahkan
dan jua di media yang menzahirkan dirimu, seluruhnya.
Berbagai-bagai warna, berbagai-bagai gaya, mempersona.
Hati ini bagai dirasuk keinginan memilikimu
namun apakan daya jodoh kita belum tiba.
Berilah aku masa dan peluang
akan kutingkatkan segala daya dan usaha
mengumpul Ringgit Malaysia.
Aku pasti suatu hari nanti
kita kan bersama.
bukan sahaja kau dalam hatiku
malah aku di dalammu.
.
Angah Arie
Seremban 21:00 171013 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA BAHAGIA
Tersimpan kemas
senyuman manismu
kata-kata manismu
dalam lipatan memori
dalam ruang mata
Tersimpan lebih kemas
dalam hati
semuanya tentang kamu
Shaheen
17102013 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA DOA
Harum semerbak
goreng pisang masakan ibu
apakan pula jika dicecah kicap bergula
mengalir liur, tak sabar menunggu ketika.
Pinggan diletak
bibir berdecap
tangan menggapai
harapan tercapai
pantas gerakan, suapan demi suapan.
Aduh!
Tangan dipukul ibu. Sudahkah di baca 'Bismillah'?
Sengih kerang. Pisang habis dikunyah, telan hingga ke perut.
Sudah. Doa dalam hati.
Dalam hati ada Doa.
-LM/HN17/10/2013- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA IMAN DAN CINTA
Di hatimu
lima huruf
tiap satu
terhias rapi
di tiap sisi dikau pagari
dengan iman dan cinta
begitu berkilau bagai lentera
yang tidak akan pernah padam
atau dipadamkan
Dari huruf-huruf itu
aku mula mengenalmu
mencintaimu
menyayangimu
pernah dulu aku berharap
menumpang teduh
di kedamaiannya
di ketenangannya
selamanya seiring jalan
jalani kehidupan
yang DIA takdirkan
Tapi kini
aku pun tak tahu
di manakah kita
Norlidar
17.10.2013
Rawang |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA RINDU TAK TERLERAI
Kupuisikan hati nan gelisah
untuk mereda rindu di kalbu
kulagukan jiwa nan resah
menjadi syair si perindu.
Tika diamuk badainya cinta
terasa resah jua gelisah
tika gundah hadir bertamu
terasa resah tak kunjung sudah.
Walau syair telah didendang
hati masih berasa walang
dalam hati ada rindu
rindu kasih yang tak terlerai.
ZIE 18/10/2013 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA SEPI
Dulu
mereka berkongsi ria
kongsi ketawa
kongsi rahsia
kongsi segala
dari tahap naif ke tahap nakal ke tahap sedar semula.
Kini
temannya hilang dari sisi
hanya tubuh kaku terdampar bisu
pergi yang tiada kembali lagi.
Luka yang ada terlalu dalam
betapa dia cuba menenangkan hati
betapa dia cuba hilangkan memori
betapa dia cuba tidak tinggelam dalam diri.
Sendiri.
Dalam hati ada sepi.
-LM/HN18102013- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hati ini
Dalam hati ini
ada rahsia yang kusimpan
ada cerita berzaman
tidak pernah sekalipun
hatta sebaris kudedahkan
zaman kecilku
seusia lima tahun
saat pengalaman hidup
menyerap bagaikan span
jiwaku telah rosak
porak peranda
haru biru
kacau bilau
benci keliru
hatiku keras seperti batu
tatkala si ayah mengulit mimpi
menganyam kasih menduakan ibu
dalam hati ini
ada dendam yang terpahat
Sepetang menggilap lambreta
berkilat dan gah di parkir
remang senja
ibuku bersuara
selesaikan dulu maghrib sebelum berlibur
sekonyong itu,
ibuku dibelasah berdarah
di depan mataku
di balik pintu semuanya kutonton
secara langsung
Percayakah?
anak kecil seperti aku
sudah mula belajar mendendami si ayah
entah dari mana semangat membuak
bertemankan syaitan maghrib
dari setor bawah rumah
aku capai minyak tanah
kulumurkan pada lambreta
kemegahan ayah
mancis kupetik dan
kucampak ke arahnya
sekilas itu terbakar meletup dan hangus
api menjulang merona halaman
puas sepuas-puasnya hatiku
lambreta jalang musnah
aku berlari sekuat hati
menumpang teduh di rumah nenda
ayah kehilangan punca
tidak percaya
longlai dan terkesima
padan muka
sampai sudah tidak tahu angkara siapa
empat puluh dua tahun berlalu
rahsia tetap rahsia
terpetri kemas untuk kubawa mati
kerana cinta ibuku derita
ayah alpa
anak kecil itu menggila
salah siapa?
CMA
9.20
181013 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA BERMACAM RASA.
Dalam hati ada bermacam rasa.
Rasa yang kadang tak bisa diungkap lewat kata.
Kata yang terpendam di kedalamannya samudera jiwa.
Jiwa hampa dipengembaraan kesamaran sang asa.
Asa melanglang terseok-seok tertiup angin ketiada pastian.
Ketiada pastian bagi sang jiwa lemah, namun pasti bagi Allah.
-Shanteeks Yakuz 18102013- |
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA MUSUH
Aku tidak mahu hanya berdiri
memerhati;
Menekan kesakitan
dalam diam penyaksian.
Aku mahu jerit
di hatiku benar-benar perit.
Sekiranya aku bertahan
sehingga terpaksa menelan penipuan;
Adakah aku berjuang
atau tercekik dalam setiap bohong?
Adakah anda boleh merasa
melalui deraian airmata?
Aku bukan musuh
yang harus kaubunuh.
-Dhamah Syifflah 18102013- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA APA?
Dalam hati ada apa?
Dalam hati ada geram
dalam geram ada marah
dalam marah ada menyampah
dalam menyampah ada suara tak sudah.
Malam ini aku dipukul oleh janji dan kata nista
paling tajam kerna datang dari seorang yang aku percaya
dalam diam, tingkahnya menikam
dalam terdiam, akuku berdendam.
Aduhai ...
Kau yang bernama kawan
usah lenyapkan senyumku
usah musnahkan harapanku
usah jadikan aku seperti dulu.
Dalam hati ada apa sebenarnya
yang terluah hanya elusan kecewa.
.
Angah Arie
Seremban 181013 22:30 . |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Hati Ada Mahu
Dalam hati ada mahu
mahu memiliki
memiliki sejahtera
anugerah Yang Esa
tak disangka-sangka
Dalam hati ada mahu
mahu membaiki
membaiki diri
mentaati perintah Ilahi
tanpa gagal
Dalam hati ada banyak mahu
tak termampu.
CNM, 18/10/13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
DALAM HATI ADA RAGU
Saat ibu memaksaku
memilih satu pria antara beribu
sebagai pilihan bakal menantu
memandangkan waktu makin berlalu
kian meningkat usiaku
bimbang nanti akan tak laku.
Andartu.
Pening kepalaku
belum terfikir hingga ke situ
apatah lagi banyak kekuranganku
masak memasak selalu diserah pada ibu
tidak memikir lain kecuali kerja yang satu.
Kerjayaku.
Sudah bersediakah aku?
Dalam hati ada ragu. Beribu.
-LM/HN18102013- |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dalam hati ada cinta.
dalam hati ada rasa
rasa suka rasa duka
rasa sedih dan hiba
rasa-rasa sampai bila?
dalam hati ada rasa
rasa sayang dalam diam
rasa rindu terbayang-bayang
siang malam terkenang-kenang
dalam hati ada rasa
rasa berputik tak di sengaja
dari suka main-main mata
lama-lama jatuh cinta
kisah cinta aku dan dia.
Sue, 19/10/13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam Hati Ada Benang!
Hais!
Mana mungkin dalam hati ada benang,
dengar dulu
jangan berkata-kata melulu
baca nukilanku sampai ke lubuk kalbu,
dalam hati ada benang rindu
inginku tenung jadikan selendang kasih
buat menghiasi ubun cintamu
tidakkah engkau mahu?
CNM, 19/10/13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hati ada cicak.
Ilham dari karya Lina Mahat: DALAM HATI ADA RAGU)
Cakcakcak ... ,
berbunyi di hati
gema sepi
di detak sunyi
berdetik sendiri.
Cakcakcak ... ,
berbunyi lagi
semakin nyeri
apa yang pasti
hanya teori.
Cakcakcak ... ,
kali ini
kubiarkan sahaja berbunyi.
Sazalee Sulaiman ... 19/10/2013
Nilai, Negeri Sembilan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hujung Minggu
Sudah tepu
esok graduasi muridku
pagi-pagi kena ke hotel itu
memfotografikan majlis ilmu
meraikan anak didik
Sudah tepu
ahad ziarah anakku
Shah Alam tempat dituju
makan-makan di situ
anakku tak balik
CNM, 19/10/13 |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hari Minggu
7 hari seminggu
aku menunggu
punggung berkematu
mulut membisu
akhirnya...hadir kepadaku
ketenangan dicari
keselesaan diimpi
namun
dilimpahi kenduri
program anak isteri
rakan taulan belum terisi...lagi
hari minggu
akhirnya...hari untuk tetamu
aku...senyum yang membeku
1823281013
A.K
Sg Petani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|