Berita ni kata mayat seorang wanita tapi di akhirnya kata jantina masih belum dikenalpasti.....
KUALA LUMPUR: Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel ditemui mati di dalam lubang saluran lif di Blok 11 Pangsapuri Sri Selangor, Jalan San Peng, di sini, kira-kira 7 petang tadi. Mangsa berusia bawah 20-an itu dipercayai bukan penduduk pangsapuri berkenaan, namun sering kelihatan di kawasan itu kerana pergi ke rumah teman lelakinya. Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, mangsa dan teman lelakinya tidak kelihatan sebelum mayat wanita terbabit ditemui pihak pengurusan pangsapuri yang menerima aduan daripada penduduk mengatakan terbau busuk ketika menaiki lif.
Menurutnya, jantina dan punca kematian masih belum dikenalpasti.
|