CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adik^manis

Enot Tabah Tanggung Sakit Kanser Usus Tahap 2

[Copy link]
Post time 12-5-2014 04:30 PM | Show all posts
setuju juga dengan pndapat forumer yang kata cara hidup/dan sumber pendaptan dia berkait rapat dengan punca penyakit dia..

mak usu saya jual air.. sekarang dia kena kencing manis sebab punca utama dia setiap kali dia jual air dia kena selalu rasa tahap kemanisan air yang dia jual, terutamanya air mata kucing... air mata kucing ni kena cara pekat dan manisnya baru kawwww...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 04:39 PM | Show all posts
bertabah laa enot..semoga cepat sembuh..btw bukan enot ni dulu ada guna produk kurus ke??ada efek apa2 ke dr produk yg dia guna tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 06:21 PM | Show all posts
tolak rawatan moden yg disyorkan oleh pakar perubatan pastu amik suplement yg ntah ape kandungan yang disyorkan oleh rakan artis?

i cannot brain this...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 06:49 PM | Show all posts
chique posted on 12-5-2014 03:57 AM
i pun baru nak tanya... bukankah produk sarimah tu dikeluarkan 'selepas' dia sembuh?
so macam ma ...

Dari apa yang saya tahu Sarimah sembuh selepas mengambil supplement dari sorang professor ni...professor ni sendiri bagitau saya masa saya kerumahnya menemani kawan yang kena breast cancer untuk beli supplement.  Kebetulan masa kami sedang berbual Sarimah telefon dan professor tu bg kami dengar perbualan dia dengan Sarimah..supplement yg prof ni jual memang mahal mencecah ribuan ringgit, dan dia tak jual gitu saja kalau kita nak beli... Kita perlu tunjukkan hasil ujian darah (full blood count) kat dia dari situ dia akan bgtau supplement mana yang perlu diambil.  Dah habis makan supplement tu kita kena ambil darah lagi untuk tengok hasilnya... tapi sekrang ni saya tak tahu samada prof ni ada di Msia atau dah migrate ..pernah cuba call tp x dpt. Dia pernah bgtau nak migrate kat Australia sebab nak sekolahkan anaknya kat sana..

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2014 07:03 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-5-2014 02:35 PM
.. saya ada anak yang CURED dari leukimia ... dan dia menjalani KIMOTERAPI ...

saya ada bebe ...

Setuju sesangat....sambil tu kita ikhtiar cara traditional.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 12:17 AM | Show all posts
peachRose posted on 12-5-2014 03:37 PM
go for chemo...and at teh same time ikhtiar jugak alternative treatment
altrnative medicine ni buka ...

Soooo true.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2014 07:28 AM | Show all posts
Enot bertahan demi anak-anak


  • Enot.
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


MUNGKIN ramai yang tidak mengetahui walaupun ibu tunggal ini sibuk dengan urusan perniagaannya, namun pelakon komedi Aliza Abdullah atau lebih dikenali dengan panggilan Enot ini sudah dua tahun menderita kanser usus tahap dua.

Menurut Enot, dia juga tidak menyedari sebelum ini dia mengalami penyakit ini sehinggalah dia mengalami pendarahan semasa membuang air besar.

“Dah setahun saya menghidap penyakit ini. Doktor cadangkan buat pembedahan memandangkan ia baharu tahap dua. Tapi bila saya mengenangkan ramai ahli keluarga saya meninggal dunia kerana rawatan kemoterapi, jadi saya mengambil keputusan menjalani rawatan pengubatan kampung saja.

“Tapi saya masih dapatkan nasihat doktor dan makan ubat hospital juga. Alhamdulillah keadaan saya sekarang bertambah baik dan saya dapat teruskan rutin macam biasa,” kata Enot.  

Menurut Enot, apa yang lebih menyedihkannya, selama setahun juga dia terbeban kerana tiada sumber pendapatan tetap dan tiada tawaran lakonan untuk membiayai perubatan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama anak-anaknya.

“Hanya baru-baru ini saja, saya diberikan tawaran lakonan untuk telemovie raya di TV3. Kehidupan saya sekarang tidak mewah. Kami anak beranak sangat berjimat cermat. Tapi Alhamdulillah, kami dapat teruskan kehidupan seperti biasa.

“Bagi saya, anak-anaklah kekuatan saya. Mereka sangat memahami dan sangat peduli tentang kesihatan saya. Mereka takut saya pengsan akibat terlalu letih,” katanya yang turut menjalankan perusahaan jualan biskut buatannya, Enot Cookies and Cake, menerusi online.

Ditanya mengenai kehidupannya yang kembali solo, Enot mengakui lebih mudah menguruskan keluarga.

“Dulu pun sayalah sebagai 'kepala keluarga' yang memberi nafkah dan jaga kebajikan keluarga. Kini, bila kembali solo, semua urusan jadi lebih mudah,” ujarnya.

Sebelum ini, Enot pernah berkahwin sebanyak dua kali. Hasil perkongsian hidup bersama suami pertamanya, Enot dikurniakan dua anak perempuan, Adnriana Balqis, 13 dan Ariana Qaseh Qistina, 7.

Sementara itu, Enot juga seorang daripada 50 selebriti yang bakal menyertai Mega Bazar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia 2014, yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).


Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 08:18 AM | Show all posts
dugaan hidup...........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la walaupon cerai sbb ala2 dh lepas hazab nak tggung biawak hidup.lagi mudah urusan keluarga. Semoga enot tabah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 09:59 AM | Show all posts
Patut le penah kecoh sblm ni dia suka meminta minta gift dr seller kat insta.....
Rupanye mmg dia anak beranak hidup dlm budget....
Xpe enot....kalau dah xde rezeki dlm lakonan....mungkin rezeki dlm bidang lain....
Dia pun mahir buat kuih dan kek segala kan....mungkin rezeki dia dlm bidang itu....
Tapi satu je lah iols nak nasihat enot....kalau tgh promosi dan jual kek kuih segala tu....
Manis manis kan le senyuman tu layan pembeli ye....jgn le masam mencuka je....
Org nak singgah gerai awak membeli pun terus potong stim gitu......
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 08:03 PM | Show all posts
Kenapa tak mau buat Kimo ya...
takut? or masalah kewangan?
untuk kanser tahap 2, proses penyembuhan tu insyallah sgt cerah
kalau dah masuk tahap 4...apa rawatan pun dah tak berguna tau..

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 08:47 PM | Show all posts
didie bff enot ni pon satu :/
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 08:49 PM | Show all posts
didie bff enot ni pon satu :/
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 11:13 PM | Show all posts
sayawifenikmie posted on 12-5-2014 02:35 PM
.. saya ada anak yang CURED dari leukimia ... dan dia menjalani KIMOTERAPI ...

saya ada bebe ...

thank you for sharing, harap2 ramai yang membaca info ni. setuju sangat, supplements ni semua boleh diambil selepas buat medical procedure yang perlu - surgery, chemo/radiotherapy. kalau nak harapkan supplements ni yang cure, silap2 kalau tak sesuai dengan badan, metastasis boleh berlaku lebih cepat. prof shahrin ke nama dia, i ingat2 lupa, pernah baca dulu.

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2014 11:18 PM | Show all posts
melati00 posted on 12-5-2014 06:49 PM
Dari apa yang saya tahu Sarimah sembuh selepas mengambil supplement dari sorang professor ni...pro ...

prof shahrin? dulu dia jual set b17 sampai belas2 ribu kan, tapi ada campur other supplements la. masa tu b17 belum available secara meluas di malaysia. lepas bio halal siarkan dokumentari tentang b17, barulah banyak produk b17 kat pasaran tempatan. tu pun masa mula2 tu, ada pengeluar yang letak 5mg saja per capsule dan claim boleh cure cancer. entah apa-apa...

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 12:28 AM | Show all posts
Bukan professor Shahrin professor Syed Putra.. dah lama dah 4-5 tahun lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2014 09:50 AM | Show all posts
takziah enot.. smoga kamu tabah dgn dugaan dr Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 09:51 AM | Show all posts
didie memang satu pun
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:13 AM | Show all posts
maybe masalah kewangan jadi punca kot
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2014 10:48 AM | Show all posts
hanggukhangguk posted on 12-5-2014 02:41 PM
Amalkan minyak habatus sauda, minyak zaitun, grape seed oil n pemakanan sunnah dr sekarang.

Yg ni i agreed
Utk sampingan selaen dr modern medicine
Harap enot pertimbangkan chemo sbg alternative
Sementara tgh stage 2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.253522 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list