wannoorazlina posted on 15-5-2014 12:01 PM
maknanya nak tgk org tu betul2 dapat hidayah, tgk melalui jubah, tudung serkup la yea?
kalau yg d ...
MAKSUD HIDAYAT : · iaitu cahaya petunjuk daripada Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk meuju jalan yang benar dan diredhai 2. SEBAB MANUSIA PERLU MEMOHON HIDAYAH · Hidayat datangnya dari Allah dan bukan manusia yang memberi · Fitrah manusia sendiri yang ingin kepada perkara yang baik dan benar, ia bertepatan dengan konsep hidayat yang diberi oleh Allah · Hidayat mendorong sesorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dengan lebih baik dan lebih beriman kepada Allah · Hidayat Allah boleh menjauhkan sesorang dari melakukan dosa 3. CARA MENDAPATKAN HIDAYAT ALLAH · Menggunakan akal fikiran dengan mengkaji dan meneroka alam supaya dapat mengetahui rahsia dan bukti kewujudan serta keesaan Allah · Mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya · Berakhlak mulia dalam pergaulan · Membersihkan jiwa melalui amal ibadat 4. KESAN HIDAYAH ALLAH KEPADA MANUSIA · Berubah tingkah lakunya daripada kufur kepada beriman · Menikmati kemanisan iman · Mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup · Pegangan akidah dan hidupnya menepati syariat · Peningkatan ketara dalam ibadat sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah · Mengamalkan perbuatan baik dan meningglkan perbuatan mungkar · Tetap beriman sekalipun diseksa atau diberi tawaran kesenangan dunia supaya meninggalkan Islam 5. TANDA-TANDA SESEORANG ITU TELAH MENDAPAT HIDAYAT ALLAH · Jiwanya cenderung kepada akhirat · Selalu menjauhkan dirinya daripada tipu daya keduniaan · Selalu bersiap sedia menghadapi kematian 6. KEWAJIPAN UMAT ISLAM MELAKUKAN DAKWAH Islam mewajibkan umatnya supaya menyampaikan dakwah dalam apa cara sekalipun. Bincangkan. · Dakwah perlu dilakukan mengikut kemampuan masing-masing · Dakwah yang dilakukan perlu dengan cara yang baik supaya orang lain dapat berfikir tentang kebenaran Islam · Kita tidak boleh berputus asa jika usaha dakwah tidak berjaya · Kita dilarang menghukum dan menghina seseorang yang belum mendapat hidayat, sebaliknya hendaklah meneruskan usaha dakwah kerana tugas kita hanya menyampaikan dan bukan memberi hidayat. so klu dh diberi hidayah Allah tu...seseorang tu akan lebih menampakkan ciri soleh n solehah.....
|