CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: xanderz

[Tempatan] Ummah merentan gambar kambus kucing menang gambar terbaik! Update #82

[Copy link]
Post time 25-6-2014 11:09 AM | Show all posts
apala korang ni yg meroyan sakan..korang ni mesti manusia yg tak pernah pergi pantai kan..hahaha..kalau korang pergi pantai mesti pernah buat timbus2 pakai pasir mcm ni..best ow...xdala lemas pun...boleh bernafas juga..lagpun pasir pantai sejuk jer bila kita kena tanam...

So pada aku gambar ini sgt menarik dan creatif..harap ramai lagi yg boleh buat gambar seperti ini..tahniah adik2 ku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-6-2014 12:25 PM | Show all posts
Pekan: “Saya tidak berniat menganiaya kucing yang diberi nama ‘Oranje’ ini kerana kami sekeluarga amat menyayanginya,” kata pengusaha kedai makan, Syarifah Majid, 42, yang ditemui di rumahnya di FELDA Chini 2, semalam.

Katanya, telatah Oranje yang lincah dan manja membuatkan dia sekeluarga sentiasa terhibur dengan kucing peliharaannya itu. Menurutnya, foto yang memenangi peraduan kongsi gambar Harian Metro dengan kerjasama CELCOM pada 23 Jun lalu, dirakam hujung tahun lalu dan dimuat naik anak perempuannya, Nur Syuhaidah Mohd Nazir, 20.

Peraduan itu memilih gambar menarik yang dihantar pembaca untuk memenangi hadiah wang tunai RM50 dan hanya seorang pemenang dipilih setiap hari.



DARI kiri, Muhd Nurhakim Mohd Nazir, 17, bersama adiknya Muhd Nur Al-Amin dan Muhd Nurhaziq bersama Oranje yang memenangi peraduan kongsi gambar Harian Metro.


Bagaimanapun gambar kucing ditimbus dalam pasir yang dihantar Nur Syuhaidah menimbulkan ketidakpuasan hati pencinta haiwan, termasuk kelab pencinta kucing yang menganggap ia penderaan kepada haiwan. Berikutan itu, Harian Metro meminta maaf kerana memilih dan menyiarkan gambar berkenaan sebagai pemenang serta menarik balik hadiah dimenangi Nur Syuhaidah.

Menurut Syarifah, dia tidak menyangka gambar itu akan memenangi peraduan berkenaan dan Syuhaidah turut memuat naik gambar itu di Facebook serta mendapat pujian kenalannya. “Mereka memberitahu Syuhaidah yang gambar itu seperti berada di pantai namun sebenarnya ia cuma di depan rumah kami,” katanya.

Syarifah berkata, dia kini memelihara tujuh kucing jenis sama seperti Oranje, selain turut membela arnab. “Kami pernah memelihara monyet serta tupai dan semua anak saya amat menyayangi haiwan. Jika ke pasar dan terserempak dengan kucing, kami membawanya pulang untuk dijaga.

“Mustahil untuk kami menzalimi haiwan kerana setiap kucing yang dipelihara dijaga dengan baik dan saya turut mendidik anak saya supaya sentiasa menyayangi haiwan,” katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:21 PM | Show all posts
Kesian kucing tu....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 01:26 PM | Show all posts
METRO yang BENGONG...


kesian kucim tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:21 PM | Show all posts
x cakna betul..dah tau isu dera binatang tu sensitif..
bley plak pilih jd pemenang..hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu baru tanam....

anak aku ? Sbb sayang punye psl...sbb comey punye psl....abis dilumur lotion 1 badan...kucing diam je.....kadang biru satu badan kucing di conteng...

patut aku snap hanto kat metro kan..mana tau menang kan......

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2014 02:27 PM | Show all posts
kesiannya kucing tu
apa salah dia wat sampai korang tanam dia..nampak kepala jer..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:29 PM | Show all posts
gnote_2 posted on 24-6-2014 10:42 PM
ape kena mgena bayi dengan kuceng plak ne.. chill la broo

maksud aku, kalau sanggup buat pada kucing, sanggup tak buat pada bayi sendiri?
rasanya ramai tak sanggup...
jangan sebab kucing tu tak ada akal, kita pun buat perkara tak berakal...
kucing dan bayi..dua-dua ada perasaan.
kucing tak melawan bukan sebab dia redha ditanam, tapi sebab dia lemah dari manusia.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 02:30 PM | Show all posts
BeeHaa posted on 25-6-2014 02:23 PM
Tu baru tanam....

anak aku ? Sbb sayang punye psl...sbb comey punye psl....abis dilumur lotion 1  ...

lotion????
kucing hang kucing kg atau baka lawa punya???
kucing ni suka jilat bulu dia..
macam bahaya pula..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 posted on 25-6-2014 02:30 PM
lotion????
kucing hang kucing kg atau baka lawa punya???
kucing ni suka jilat bulu dia..

Kucing kg ada kucing baka ada.

Sihat walafiat je..berpuloh ekor kucing kena sapu lotion..kena conteng marker pen biru..projek anak2 aku lah tu.. so far xde kematian kucing dilaporkan setakat ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
~boolean posted on 25-6-2014 02:29 PM
maksud aku, kalau sanggup buat pada kucing, sanggup tak buat pada bayi sendiri?
rasanya ramai tak ...

Fyi kucing yg manja ngan tuan..tuan dia buat ape pun selagi x nyakitkan kucing tu la (cth pukul ke sepak ke) kucing tu buat dono je..serius la wei..umah aku berpuluh ekor kucing.. anak2 aku buat projek mewarna kucing la...mewangikan kucing lah..(sapu lotion) kucing2 tu pasrah je.....  

pastu jd 1 keje plak aku nk bersihkan kucing2 berkenaan..

biasalah budak2 lelaki terlebey kreatif sama je mcm anak2 aku
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 03:00 PM | Show all posts
chop "merentan" tu apa maksud?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 03:02 PM | Show all posts
BeeHaa posted on 25-6-2014 02:56 PM
Fyi kucing yg manja ngan tuan..tuan dia buat ape pun selagi x nyakitkan kucing tu la (cth pukul ke ...

aku pun ada kucing..habis sofa rumah aku dijahanamkan kucing2 ni...

tapi aku takkan sampai bodoh nak kambus kucing dalam pasir...agak2 masa nak kambus tu kucing tu meronta-ronta tak? kalau meronta, aku takkan buat...

jahat-jahat kucing aku sekalipun (rosakkan sofa, pecahkan pasu, masuk dalam tong sampah...), aku takkan buat sesuatu yang aku rasa dia tak suka. kita yang manusia ni pun tak suka bila dipaksa buat sesuatu, jadi janganlah buat pada binatang pula...
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 03:15 PM | Show all posts
kesian kat kucing tu...
setiap gambar yg dikongsikan punya nilai dan moralnya...
perlu lebih cermat dalam melakukan sesuatu... mungkin pada pelaku ianya sekadar gurauan/ suka-suka, tapi pada yg diperlakukan seperti kucing tu, entah bagaimana rasanya kan....
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:05 PM | Show all posts
muka kucing tu very the meluat dgn 3 org budak yang tanam dia
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
sueism posted on 25-6-2014 03:00 PM
chop "merentan" tu apa maksud?

Dlm lirik lagu samson ada perkataan rentan ni.

"AKU YG RENTAN KARENA CINTA YG TELAH HILANG DARI MU BLA BLA BLA"

Jd ko agak2 apa maksud dia? Hihihik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2014 04:35 PM | Show all posts
Kahla posted on 25-6-2014 04:07 PM
Dlm lirik lagu samson ada perkataan rentan ni.

"AKU YG RENTAN KARENA CINTA YG TELAH HILANG DARI ...

alamak lagu samson pun tak pernah dgr you

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:48 PM | Show all posts
kesian suhadah kena tarik balik RM50.
Metro lak buruk siku
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk bergurau ad batasnya..sdgkan sesama manusia pun kena jge batas gurauan.ni kan lak ngan haiwan...hhmm..no wonder bdk skang semakin kejam..benda cmni diaggp gurauan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 04:57 PM | Show all posts
BeeHaa posted on 25-6-2014 02:56 PM
Fyi kucing yg manja ngan tuan..tuan dia buat ape pun selagi x nyakitkan kucing tu la (cth pukul ke ...

itu wana xnafikan..
cuma kucing ni suka bermanja dengan orang dia sayang..
mula la gesel2 kat kaki kalo kena masa dia..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.644688 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list