CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sellie003

Cerpen: HIKMAH DARIPADA TUHAN ~TamaT AkhirnyA 4/4/15

[Copy link]
 Author| Post time 2-4-2015 09:19 PM | Show all posts
Mohon maaf banyk2 sbb lama sgt x update... Nih updat terbaru...
Terima kasih sbb sudi2kn diri baca kisah tak seberapanya ini...


SEBELAS: HANYUT TANPA TEPIAN

Roddy perlahan-lahan membuka kelopak mata yang kian memberat. Tidak mampu mencerna keberadaannya setakat ini. Sudah beberapa hari dia terdampar keseorangan di sebatang pokok balak mati tanpa bantuan. Dia menampung sisa kudrat yang ada dengan hanya meminum air yang entah bersih atau tidak demi menyambung nyawa yang hampir-hampir ke sifar.

Dia benar-benar lemah dan tubuhnya bisa-bisa bagai tersimpul segala urat sarafnya.Tidak mampu digerakkan sebarang anggota badan. Sekejap-sekejap, dia membuka mata, kemudian dipejam. Otaknya menerawang, kosong. Pandangan berbalam-balam seperti orang mabuk.

Namun, terasa tubuhnya kedinginan dan menggigil kesejukan tanpa mampu dia berbuat apa-apa semetelah lagi hendak menggerakkan sebarang anggota badannya. Akibat terlalu tidak bermaya, dia terus melelapkan mata.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2015 09:22 PM | Show all posts
SEKUJUR tubuh tersadai pada batang kayu balak sebesar pemeluk. Tubuhnya beralun dibadai arus perlahan.

“Eh, sapo tu?”

Seorang lelaki mendayung penuh hati-hati mendapatkan tubuh yang tertiarap atas balak mati. Lelaki itu semakin mendekat dan mengamati sama ada sekujur tubuh itu sudah tidak bernyawa atau masih hidup. Dia memegang pergelangan tangan itu. Masih berhaba walaupun tubuh anak muda itu kesejukan.

Lelaki itu mengucap syukur dan sedaya upaya membalikkan tubuh kaku itu ke dalam sampannya. Hah, anok mudo. Lelaki itu berkerut dan tertanya-tanya gerangan anak muda yang berkulit cerah, dan memucat.

Molek anok mudo ni. Siye kek mu. Sempat memuji rupa paras anak muda itu dan meluahkan simpatinya. Lelaki itu semakin merapatkan tubuh dan menekap telinga ke dada anak muda itu. Degupan cukup perlahan kedengaran. Terselit rasa kagum untuk anak muda ini. Masih lagi bernyawa sedangkan air bah di tempatnya sangat dalam dan deras.

Pemuda ini bernasib baik kerana masih mengenakan jaket keselamatan. Mungkin antara sebab dia masih terselamat. Cuma, pengsan sahaja. Barangkali tubuhnya dibawa harus beberapa hari ini. Kasihan.

Mari mano anok mudo ni? Tergaru-garu kepala memikir kemungkinan asal-usul anak muda ini sehingga terdampar di sini. Lelaki itu asalnya sedang mengail ikan. Alhamdulillah, agak lumayan rezekinya hari ini setelah beberapa hari tidak mengail gara-gara banjir melanda.
Memandangkan langit mulai berarak awan mendung, lelaki itu segera beredar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 09:24 PM | Show all posts
BERKERUT-kerut dahinya. Terasa berat kepala dirasakan. Seluruh tubuh mula sengal-sengal setelah berupaya menggerakkan tubuh. Badan yang tidak berdaya beransur tenaga. Diurut sedikit pelipisnya. Perlahan-lahan dibuka kelopak mata. Dipejam kejap matanya tatkala bebola mata terasa pedih tatkala terbias sedikit cahaya.

Sewaktu Roddy pengsan tadi. Lelaki yang menyelamatkannya berusaha memulihkan tenaga Roddy dengan menyuap air ke dalam mulut Roddy. Ketara seulas bibir Roddy yang pecah-pecah menandakan tubuhnya kekurangan air. Sambil membacakan Yassin secara hafalan, lelaki itu mengalirkan air minuman ke mulut Roddy beransur-ansur. Alhamdulillah. Usaha kecilnya berhasil memulihkan tenaga pada tubuh anak muda itu.

“Sedar doh mu anok mudo?”
“Saya... kat mana...ni?” Terpisat-pisat Roddy melihat sekeliling dalam ruang yang sangat terhad.
“Demo kat khemoh kawe.”
“Khemah?” Roddy cuba hendak bangun. Akan tetapi, rebah semula. Lemah benar seluruh tubuhnya kala ini.
“Rehaklah dulu deh. Badei mu sakik-sakik. Abe nok gi baka ike. Bulih make samo-samo.”

Lelaki itu keluar dari khemah. Tinggal Roddy sendirian. Terkedip-kedip matanya cuba mengingati sesuatu.

Sejurus masa kejadian, seingatnya dia menolak tubuh rakan sukarelawan naik atas bot. Ketika dia cuba berpaut pada bot untuk turut naik di dalamnya, tiba-tiba kepalanya menerima hentakan kuat. Mungkin terkena pada badan bot yang terolang-aling. Selepas pada itu, terus tidak sedar diri sehinggalah dia berada dalam khemah ini.

Dah berapa lama aku hanyut?

Sakit kepala Roddy memikirkan. Dia teraba-raba pada dahi. Ada kesan luka pada dahi kirinya. Uh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 09:40 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 2-4-2015 09:46 PM

USAI makan, Roddy bersantai di luar khemah. Suasana kelihatan makin gelap sebarang cahaya. Hanya ditemani cahaya rembulan penuh dan bakaran sederhana unggun api sudah cukup buat Roddy menghayati panorama malam yang sunyi.

Teringat dia padamalam dia tersesat dalam hutan bersama abangnya di kampong dahulu. Beginilah keadaannya. Sepi dan gelap-gelita. Namun, kegelapan malam sebegini lah yangmembuatkan jiwanya sangat tenang, terasa kepuasan dalam jiwa dan tidak menyesakkan segala bebanan dibenaknya ini. Segala-galanya, seperti memberi ruanguntuknya bermuhasabah diri dan memusatkan seluruh jiwa raga sebagai seoranghamba Allah yang terlepas dari hal-hal dunia buat seketika.

“Rody, mari la maye jemaoh sekali nga abe. Nok masuk Isyak doh ni.”
“Baik bang, saya ambil wudhuk dulu.”

Roddy bangun dari duduknya yang beralaskan pangkal kayu balak yang telah mati dijadikan bangku duduk. Terdapat baldi separuh atasnya telah pecah ditakungi air tersedia buat tadahan hujan. Lalu, Roddy berhadas kecil menyempurnakan wudhuknya.

Sesudah berwudhuk, Roddy mengambil tempat makmum. Abang penyelamat Roddy menjadi imamnya. Terfikir juga dibenak Roddy, mana perginya ahli keluarga ‘abang’ ini? Berseorangan dalam khemah ini?

Saat iqamat dibacakan, putus lamunan Roddy sebentar tadi. Masing-masing membetulkan kedudukan berdiri atas sejadah. Mulai fokus mengadap kiblat dan menghayati setiap bacaan dalam solat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:02 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 6-4-2015 11:07 AM

“ABANG, mana pergi keluarga abang yang lain? Seorang je?”

Lelaki itu terdiam tatkala sedang terkebil-kebil mata diperbaringan menatap atap khemah. Dia kemudian mendengus perlahan.

“Demo tu tak dok doh atah dunio.”

Roddy tergamam lantas mengucap kalimah ‘Innalillah...’ dalam hati.

“Maafkan saya bang.”
“Tak po. Ni sumo dugae abe. Abe redho. Allah lebih saye demo tu.
“Kalau tak keberatan. Boleh saya tau sebab apa?”

Abang itu menceritakan detik cemas rumahnya yang dinaiki air. Sebelum ini, rumahnya memang tiap-tiap tahun mengalami banjir. Tetapi, hanya separas betis sahaja. Namun kali ini, air bah mendadak naik sehingga mereka tidak sempat menyelamatkan barang-barang mereka. Dalam pada keadaan genting hendak menyelamatkan diri dengan menaiki sampan. Tiba-tiba sampan mereka terbalik kerana arus terlalu deras.

Dalam waktu itu, dia, isteri dan dua anaknya, sepasang lelaki dan perempuan masing-masing cuba hendak berpaut pada bumbung rumah mereka. Apakan daya, pautan mereka terlepas dan membuatkan isteri dan anak-anaknya dibawa arus dan dia tidak sempat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan mereka.

Abang itu mengesat air mata dipipi tatkala selesai bercerita. Menggunung rasa simpati dihati Roddy. Dia juga menyapu air mata ditubir mata.

“Sabar bang. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Saya sebenarnya, sukarelawan membantu mangsa banjir. Sedang nak balik ke tempat pemindahan sementara, tiba-tiba rakan sukarelawan saya jatuh dari bot sebabkan keadaan bot ulak-alik dipukul arus bah. Saya tak fikir apa dah... terus terjun selamatkan dia. Dan... tengah naikkan rakan saya atas bot, kepala saya kena hentam dengan badan bot. Terus tak ingat apa dah.”
“Syukur la. Allah selamak mu. Dari pakaye mu..abe agok doh, mu ni sukarelawe.”
“Satu saja saya risau...”
“Risa gapo?”
“Abang saya. Dia pun turut serta jadi sukarelawan. Mesti dia tengah cari saya gila-gila punya. Mesti... tengah sedih jugak sekarang ni.”
“Saba Rody, doa biar sumo selamak. Harape jupo abe mu.”
“Insya Allah...”

Sebelum melelapkan mata. Dititipkan doa agar dia diketemukan semula abangnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:05 PM | Show all posts
DUA BELAS: REDHA ILAHI

“TERIMA kasih Rash sebab... banyak bantu kami. Tak sangka pula yang...”
“Dahlah Abang Jo, jangan pandang saya setinggi itu. Sama saja kita ni di sisi Allah. Saya cukup berbesar hati dan rasa bertuah dapat sama-sama membantu mangsa-mangsa banjir.”

Masing-masing terdiam sejenak. Seperti ada sesuatu dalam hati yang tidak mampu terluah.

“Tentang adik Rash tu...” Abang Jojo terhenti hendak meneruskan kata. Menyesal pula luahkan begitu.
“Tak apalah bang. Saya redha jika adik saya... saya serahkan segala-galanya kepada Allah. Kalau nak di kira apa yang saya alami, tengok saja anak-anak kecil yang sudah kehilangan kedua ibu bapa mereka. Tak dapat saya bayangkan kehidupan mereka selepas ini. Kita kalau kehilangan salah seorang ahli keluarga... kita tau nak hidup. Bagaimana pula kalau kehilangan tempat kita bergantung hidup dan tempat bermanja... Itu lebih sengsara.”

Abang Jojo menepuk perlahan belakang bahu Rashdan. Wajah pemuda yang semakin tenang itu, mengharukan Abang Jojo. Jika dia turut kehilangan ahli keluarga terdekat, tidak mampu memikirkan perasaannya jika berada di tempat seperti Rashdan dan anak-anak kecil yatim piatu itu.

“Bang. Saya ingat, nak tubuhkan rumah untuk anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa semasa banjir. Boleh abang uruskan tempat penginapan dan tenaga kerja yang mampu uruskan rumah anak-anak yatim tersebut?”
“Bagus idea tu Rash. Nanti abang cuba usahakan.”
“Lagi satu bang. Minta kerjasama dari sukarelawan kita... untuk kumpulkan mangsa-mangsa banjir. Minta diorang kemukakan barang-barang yang diperlukan. Takut terlepas pandang jika melibatkan kepentingan mereka walaupun ia nampak kecil. Macam semalam, ada seorang makcik ni minta kain telekung. Saya dah tergamam masa tu... kebanyakkan barangan lebih kepada pakaian dan makanan sahaja. Benda mustahak macam tu kita tak terfikir pula.”
“Baik. Nanti abang mohon bantuan diorang dengan kadar segera.”
“Terima kasih bang. Saya akan hubungi ibu pejabat untuk dapatkan lebih bantuan barangan dan kemanusiaan.”
"Okey, abang pergi dulu.”
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-4-2015 10:10 PM | Show all posts
RUPANYA, dia dihanyutkan dan terdampar lebih tiga hari yang lalu selepas misi menyelamat mangsa banjir. Sudah acapkali Roddy sujud syukur dan membuat solat sunat taubat. Dia seperti ‘mati hidup semula’ sepanjang tubuhnya hanyut dibawa arus.

Langsung dia tidak sedar dirinya dibawa arus. Dia pernah juga terasa tubuhnya diawangan. Bagaikan ada sesuatu yang mengapung seluruh anggota tubuhnya. Sehinggalah dia terbaring dalam khemah ‘abang’ penyelamat itu, atau dikenali sebagai Abe Awe.

Roddy, Abe Awe dan beberapa orang penduduk berusaha mencari makanan di atas perbukitan ini. Hanya ulam-ulaman sahaja yang dijamah. Jika hujan tidak lebat, mereka turun menangkap ikan kalau rezeki berpihak kepada mereka.

Melihat akan situasi sekarang, cukup membuatkan hati Roddy bertambah-tambah rasa keinsafan dan bersyukur atas nikmat yang Allah berikan kepadanya selama ini. Sedikit sebanyak, teringat semula kisah-kisah silamnya yang cukup kelam dan banyak membuat onar sehingga mengorbankan satu-satunya sahabat yang telah kembali ke Rahmatullah. Yang pastinya, akan dikenang ke akhir hayat.

“Rody, abe nok tinja kawase. Mu nok ikut dok?”
“Nak, nak juga tau tahap paras air setakat 2 minggu kebelakangan ni.”
“Jom kito gi. Takut uje turun pulok.”

Roddy dan Abe Awe, mereka berdua sahaja yang turun dari bukit melihat keadaan di sana.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:12 PM | Show all posts
“ASTAGHFIRULLAH bang...”
“Kiro ni... banjir tahap tsunami kecik ni Rody.”

Roddy dan Abe Awe sangat terkejut melihatkan daratan kawasan perkampungan punah-ranah tempat kediaman mereka di sana-sini. Segalanya rosak binasa. Terselit juga perasaan gerun disanubari mereka. Kalau beginilah tahap tsunami kecil yang dialami. Tidak dapat dibayangkan tsunami yang lebih gah seperti yang menimpa di Acheh.

Jika tidak dilihat di hadapan mata sendiri, agak sukar hendak percaya... beginilah keadaan bah besar yang melanda kawasan perkampungan ini. Betapa hebatnya kekuasaan Allah serta hikmah yang tersembunyi.

“Eh Bang Awe, dengar tak?”
“Dengo gapo?”
“Macam, bunyi heli... helikopter.”

Masing-masing mendongak ke langit. Abang Awe menunding ke udara. Terdapat sebuah helikopter semakin menghampiri mereka. Cepat-cepat mereka melambaikan tangan tinggi-tinggi dan melaung-laung sekuat hati.

“Jom wei, kito gi denung!”

Mereka berdua berlari anak menuju ke tempat lapangan helikopter itu mendarat. Sekurang-kurangnya, bantuan telah tiba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-4-2015 10:13 PM | Show all posts
SYUKUR Alhamdulillah. Nasib baik sempat minta bantuan penyelamat helikopter. Kebetulan, helikopter tersebut dihantar untuk meninjau kawasan bencana sambil mencari mangsa-mangsa banjir yang masih ketinggalan mendapatkan bekalan dan ubat-ubatan.

Niatnya sebelum ini untuk membantu, dengan senang hati Roddy dan Abe Awe bersama-sama pasukan penyelamat dari Jabatan Pertahanan menurunkan mangsa dari lereng-lereng bukit untuk dibawa ke tempat perlindungan yang lebih selamat. Agak sukar bantuan mahu disalurkan di perbukitan memandangkan beban bekalan nak dibawa ke sana merumitkan keadaan dan memakan masa pula.

Sebilangan kecil penduduk menerima agihan barangan serta pemeriksaan kesihatan turut dilakukan ke atas mangsa-mangsa terbabit.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:16 PM | Show all posts
TIGA BELAS: TAHUN BARU YANG MENGINSAFKAN

Januari 2015.

BANJIR kian surut hari demi hari, walaupun terdapat beberapa kawasan yang kembali dinaiki air. Namun keadaan terkawal. Dalam sekejapan masa, sudah pun masuk tahun baru. Keadaan yang dialami tika ini membuatkan seluruh warga Malaysia hambar untuk meraikan tahun baru seperti yang sudah-sudah.
Boleh dikatakan, tahun 2014... adalah tahun tragedi dan penuh tangisan. Jika ada di antara mereka yang tidak terkesan dan tidak peka dengan keadaan sekeliling, amatlah malang sekali. Kerana... setiap peristiwa yang berlaku membuatkan seluruh rakyat Malaysia bagaikan berkabung tiada kesudahan, tiada penghujung. Ada sahaja tragedi yang menimpa.

Malah, dikaca-kaca televisyen, semakin kerap mengalunkan Surah Al-Fatihah. Semakin kerap diadakan usrah dan bacaan Yasin di masjid, surau dan kediaman masing-masing. Apakah tandanya itu? Adakah Dia mahu memperingatkan kita, jangan lagi terleka dan terus-terusan terbuai dan berkhayal dengan kebejatan dunia yang kian hampir saat pengakhirannya?

Namun, ada juga antara mereka yang masih leka terkinja-kinja di pentas hiburan. Sedangkan saudara-saudara kita menderita di timpa bencana dan musibah. Mana hilangnya belas ihsan kita sesama makhluk dan sesama saudara seIslam kita?

Rashdan khusyuk menunaikan solat Sunat Hajat di masjid berdekatan kediaman papa dan mama. Sudah tiga hari dia berada di Kuala Lumpur tanpa...

Di masjid ini, dia kerap membacakan Yasin buat adiknya yang menghilang entah di mana. Walaupun hatinya masih pedih mengenangkan Roddy, dia harus tabah dan meneruskan hidup demi baktinya sebagai anak lelaki sulung dan menyambung harapan legasi perniagaan keluarga. Dia tidak boleh terus-terusan meratap dan berpaling kepada dunia hanya dek hakikat yang sukar diterima atas kehilangan satu-satu adiknya tanpa jejak.

Hidup mesti diteruskan. Tanggungjawab yang besar perlu digalas sebaiknya. Mungkin, adiknya pun mahukan dia perlu teguh berdiri demi kedua orang tua mereka yang masih ada. Dia takkan berputus asa selagi hayat masih ada.

Mungkin tidak di dunia ini, di akhirat... kita pasti bertemu adikku, Roddy.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:19 PM | Show all posts
DI Syarikat Wawasan Jitu Sdn. Bhd.

Para pekerja Syarikat Wawasan Jitu yang giat menyusun atur beberapa kotak dan peralatan bagi dihantar ke misi bantuan banjir untuk fasa kedua pula.   
Terdapat dua kumpulan dibahagikan tugas. Kumpulan pertama terdiri dari pekerja wanita sedang pack barangan keperluan dan makanan dalam kotak. Manakala kumpulan kedua, golongan pekerja lelaki sedang menyusun atur seperti penyapu, mop, tong sampah, penyodok, botol-botol cucian, sabun dll untuk tujuan pembersihan ditapak-tapak yang terlibat dengan banjir.

Rashdan mengerling jam dinding. Hampir pukul 12.00 tengahari. Dia baru sahaja selesai bermesyuarat sejak pukul 9.00 pagi lagi. Dia berhasrat untuk turun ke lobi melihat persiapan bagi misi bantuan fasa kedua ini.

Rashdan menuruni lif terus ke lobi. Panjang langkahnya menuju ke sana. Dia tidak betah membiarkan semua urusan misi bantuan banjir dikendalikan pekerja-pekerjanya tanpa dia sendiri turun padang untuk membantu dan memantau keadaannya.

“Assalamualaikum.” Rashdan memberi salam sambil tersenyum.
“Wa’alaikum salam.” Para pekerja yang tekun tadi lantas berpaling melihat gerangan yang memberi salam. Tergamam juga melihat ‘boss’ mereka terpacak di situ.
“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Rashdan membuka kot. Lupa pula nak tanggalkan kot dalam pejabat tadi. Dia letakkan kot atas kerusi lalu menyingsing lengan kemejanya. Tali leher dia rungkaikan sedikit bagi longgar.

Terpegun para pekerjanya melihat terutama pekerja wanita. Hurmm... kacaknya hai...

“Ada apa-apa yang boleh saya tolong kalau ada yang belum pack lagi...? Sekali lagi Rashdan bertanya sambil bercekak pinggang. Pertanyaannya sebelum ini langsung tiada balasan. Kemudian, pandangannya dihala ke arah beberapa buah kotak yang elok tersusun siap dengan label syarikat.

“Kenapa ada label syarikat kat kotak-kotak tu semua?” Rashdan memandang rawak para pekerja yang masih membisu. Hairan juga dengan pertanyaan sebegitu oleh ‘boss’ mereka.

“Macam ni boss. Senang nak tau yang syarikat kita bekalkan barangan ni semua.” Seorang pekerja merangkap mengetuai mereka menjelaskan.

Rashdan tersenyum. Barulah salah seorang mereka bersuara.

“Tak perlu Encik Wafi, biarlah kita membantu tanpa perlu tahu semua kotak tu dari syarikat kita. Cukuplah sekadar Allah yang tau. Kita membantu bukan nak nama, kita membantu sebagai saudara-saudara kita dan atas dasar kemanusiaan. Tak begitu semua?”

Encik Wafi tertegun. Tidak menyangka boss yang begitu susah hendak nampak muka, apatah lagi berdepan begini mengenalinya. Bukannya nasihat yang difokuskan. Terharu juga dalam hati. Oh My Boss...

“Macam ni sajalah. Biar saya yang koyakkan semua label-label tu. Anda semua bolehlah balik.”

Hah? Balik?! Sudah ada suara-suara langau saling tertanya-tanya antara satu sama lain. Encik Wafi melihat jam dipergelangan tangan. Baru pukul 1.00 p.m.

“Saya tau, anda semua bersengkang mata buat semua ni. Saya sangat-sangat hargai dan terharu atas kerjasama kalian. Kalau setakat nak buang label tu, apalah sangat jika dibandingkan usaha murni anda semua. Hanya Allah mampu membalasnya.”
“Tak apa boss, biar saya tolong sekali...”
“Tak mengapa Encik Wafi. Saya harap sangat bantuan kecil saya ni juga dipandang Allah. Anda semua boleh balik sekarang. Tak perlu khuatir. Saya dah pun maklum pada Tan Sri.”

Para pekerja mula melangkah hendak beransur walaupun agak berat meninggalkan boss muda mereka berseorangan di lobi. Rashdan menghalau mereka secara terhormat. Tinggallah Rashdan sendirian. Dia mengukir senyum lalu memulakan kerjanya mengoyak label pada kotak-kotak tersebut.

Dia tidak mahu bantuan ikhlasnya menjadi liputan media dan membuatkan usaha kecilnya menjadi isu pula.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:24 PM | Show all posts
RODDY memerah keringat dan membanting tulang bergotong-royong membantu penduduk-penduduk setempat membersihkan kawasan tapak rumah di mana rumah kediaman mereka hanya diperbuat dari papan, ranap dibawa arus deras. Ada pula yang hanya tinggal perabot.

“Rody, kita pakak bersih masjik. Lupor naik, abih kotor lata masjik.”
“Baik bang.”

Roddy mengibas dan menepuk-nepuk tapak tangan yang bersarung tangan setelah selesai kerja-kerja membersihkan kawasan bencana. Kaum lelaki khususnya bergerak pula ke masjid untuk membersihkan pula kawasan ibadah yang dipenuhi lumpur dan lecak di sana-sini.

Tergeleng-geleng dan tersayatnya hati melihatkan keadaan tempat ibadah dan susunan kitab-kitab Al-Quran dan agama hampir diselaputi lumpur.  Tanpa menunggu lama, Roddy menuju ke tempat rak-rak yang berlumpur. Baginya, kitab Al-Quran perlu didahulukan. Ia merupakan kalam suci dari langit dan wajib dimuliakan.

Cermat Roddy menyapu lumpur pada kulit kitab. Dibelek isi di dalam. Khuatir isinya akan turut terjejas. Subhanallah!

“Eh Rody, dok jejah lagi ayat Qur'e ni. Molek lagi.”
“Memang tak hairan lagi kalau janji Allah tetap ayat-ayat kalam suci ini dipelihara tak kira apa pun. Maha Suci Allah.”
“Kito kemah cepak Rody, jange biar lamo.”

Roddy, Abe Awe serta penduduk setempat gigih membersih kawasan masjid agar kembali seperti sedia kala.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:27 PM | Show all posts
RASHDAN sekali lagi mengikuti Misi Bantuan Banjir Fasa Kedua, bersama-sama para sukarelawan yang lain. Masing-masing menurunkan bekalan makanan, ubat-ubatan dan pakaian. Tidak ketinggalan juga perkakasan pembersihan bagi membersihkan kawasan kediaman mangsa-mangsa banjir.
Sejurus itu,

“Rody, ado bantue lagi sapa. Demo tu tengoh agih-agih nyapu, mop sumo... bangat! Kito gi ambik!.”
“Molek tu abe. Kita memang kekurangan peralatan tu semua tu.” Roddy tersengih sambil langkah kakinya seiringan dengan Abe Awe.


RODDY, Abe Awe dan para penduduk setempat masing-masing mendapat bantuan dan segala peralatan yang diagih-agihkan. Masing-masing bekerjasama menerima agihan secara ‘pas’ tangan ke tangan untuk dilonggokkan setempat.

Tanpa disedari, Rashdan turut bersama-sama mengagih barangan dari atas lori tak jauh dari tempat adiknya mencapai barangan agihan. Antara mereka langsung tidak tersedar akan situasi mereka tika ini. Mereka lebih sibukkan bantuan yang dihulurkan/diterima.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2015 10:30 PM | Show all posts
“OKEY Encik Rashdan. Terima kasihlah atas bantuan yang diberikan.”
“Alhamdulillah. Sumbangan saya hanya sedikit jika nak dibandingkan usaha saudara dan rakan-rakan amat saya kagumi. Sanggup berkampung di sini semata-mata misi kemanusiaan ini.”

Rashdan dan Ketua Misi Bantuan Encik Faris berjabat tangan sambil beramah mesra.

“Marilah kita minum-minum dulu.” Ajak Encik Faris.
“Terima kasih, terima kasih.” Rashdan mengekori Encik Faris dan sejenak... langkahnya bagaikan terpasak bumi.

Rashdan menoleh kiri, kanan, depan dan belakang... tiada... Rashdan meraba bahagian dada yang kuat berdenyut. Dapat dirasakan aura itu... siapa? Di mana?... Ah, mainan perasaanku sahaja... kerana terlalu rindukan dia.


RODDY menghentikan kerjanya serta-merta. Dia berpaling dan tercari-cari kelibat itu. Apa yang aku cari?

“Roddy? Kau ke tu?”

Terus melayang perasaan galaunya yang semakin menguasai jiwa. Lantas dia mengamati suara yang cukup dia kenali...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:27 AM | Show all posts
EMPAT BELAS: PEMBAWA RAHMAT SELURUH ALAM, AL JANNAH.

Tanggal 3 Januari Bersamaan 12 Rabiulawal

“DISAAT kita menerima musibah demi musibah, kita masih lagi berpeluang menyambut hari bersejarah ini. Di mana, segala pengorbanan Baginda tiada tolok bandingnya mengangkat Islam sebagai agama yang benar dan suci di seluruh dunia.
Baginda manusia termulia dan teragong di sisi Allah. Seorang yang maksum. Seorang pejuang Islam sejati. Seorang hamba Allah yang sangat zuhud dan taat kepada Yang Esa. Seorang yang sangat takutkan Allah. Seorang yang sangat mencintai Allah. Baginda juga, merupakan manusia contoh yang wajib menjadi ikutan seluruh alam ini.

Malahan, bukan dikalangan kita sahaja yang perlu mengikut segala akhlak, pekerti baginda. Alam ghaib dari keturunan jin, turut menjadikan Junjugan kita sebagai ikutan.

Sebelum kita sama-sama mengalunkan selawat ke atas Baginda Rasulullah, marilah kita menghayati Al-Jannah ini bersama-sama. Silakan saudara...”

“Rushdie.”
“Oh baik, Saudara Rushdie. Silakan.”
“Terima kasih.”

Roddy mengambil tempat di suatu sudut tempat muazin melaungkan azan. Mikrofon dihidupkan. Sedikit berdesing akan gema pada mikrofon. Sedikit tersentak Rashdan kala hampir terlelap kerana seluruh anggota badannya masih keletihan akibat mengerah tenaga membantu kerja-kerja gotong-royong siang tadi.

Al Jannatuanaim muhaasaldullimai
Usolli wayusallim..
Wayusallimu wayubaarik alaik.
Wayusallimu wayubaarik alaik…..
Allahhummasollialaa. Muhammad..
Allahhummasollialaa. Muhammad..




Kedua mata Rashdan membuntang luas. Dia cukup kenal, cukup kenal akan merdu suara itu. Perlahan-lahan, Rashdan bangkit dari saf ketiga melihat dikejauhan. Sehingga jemaah lain di sebelah Rashdan hairan dengan tingkahnya itu.

Allahuakhbar, Subhanallah, Alhamdulillah... memang dia... tak silap lagi. Aku sangat kenal suaranya. Suara itu... takkan aku pernah lupa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:33 AM | Show all posts
PERLAHAN-LAHAN matanya dibuka. Terasa basah wajahnya dan terpisat-pisat, kehairanan. Dirinya diperhatikan oleh wajah-wajah yang langsung tidak dikenali.

“Roddy! Abang kau dah sedar ni?” Nik Zafar, teman yang menegur Roddy di tempat gotong-royong tadi.

Terus Roddy datang menerjah meninjau keadaan abangnya yang pengsan di tengah-tengah saf jemaah.

“Ya Allah syukur Alhamdulillah. Abang Rash, ni Roddy ni. Abang okey tak ni?”

Rashdan bagaikan tercari-cari suara yang memanggil namanya di setiap wajah-wajah berkerumun ini. Dia masih mamai dari pengsan.
Saat itu, barulah wajah Roddy dijumpai dikalangan wajah-wajah lain itu. Ditatap dan dihayati sesungguh hati. Adakah aku bermimpi?
Roddy. Hanya gerakan bibir nama itu disebut tanpa suara.

“Ya bang. Aku ni Roddy. Aku... masih hidup lagi bang. Allah sudi... pinjamkan nyawa ini... sekali lagi.”

Dengan kepayahan Rashdan bangkit dari perbaringan sambil dibantu adiknya. Rashdan menatap sejenak wajah yang amat dirindui lalu, mengusap perlahan pipi kiri Roddy. Berkaca-kaca mata Roddy membalas tatapan sayu si abang.

“Allah...”

Rashdan merangkul pangkal leher Roddy lalu dibawa dalam dakapan saat dia masih diperbaringan. Suara esakan kecil antara mereka menjadi saksi buat jemaah-jemaah yang mengetahui kisah tragis mereka dua beradik ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-4-2015 08:40 AM | Show all posts
TAK lepas-lepas Rashdan menatap wajah Roddy daripada sudut tepi. Walaupun wajah tampan adiknya ketara cengkung, namun masih nampak segar raut wajah Roddy. Mereka berdua melepak di perkarangan masjid sambil menghayati panorama malam.

“Bagaimana kau boleh hanyut sejauh itu?”
“Kuasa Allah bang.”
Itu sahaja yang mampu dinyatakan. Masing-masing berdiam. Tiada topik serius hendak dibincangkan.
“Allah mendengar doa abang, mama dan papa... termasuk Tok Andak dan... seluruh orang kampung mendoakan kau agar selamat ditemui Roddy.”
“Syukur Alhamdulillah. Allah masih sayang aku lagi Abang Rash.”
“Yeah. Banyak lagi perkara yang belum sempat kita buat bersama.”

Mereka berdua saling berbalas senyuman. Dan kembali menikmati kecantikan cahaya bulan dan gemerlapan berjuta bintang menghias dada angkasa raya.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 08:48 AM | Show all posts
LIMA BELAS: HIKMAH DI SISI TUHAN

Genap 12 Februari bersamaan 22 Rabiulakhir.

Kita digemparkan dengan kembalinya Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Rahmatullah. Di mana, satu lagi berita mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Belum pun habis kita diselubungi musibah banjir besar. Kini, antaranya kemuncak kepada satu lagi peristiwa sedih buat semua rakyat keseluruhannya, terutama di Pantai Timur.

Semoga Almarhum di tempatkan di sisi Allah. Sepanjang Almarhum masih hidup, Almarhum banyak menyumbang tenaga, usaha dan menyebar dakwah kepada masyarakat. Usaha Almarhum bukanlah sedikit. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa-jasa Almarhum atas kegigihan beliau sehinggalah dijemput Ilahi
Untuk itu, kita yang masih hidup... teruskan hidup di bawah Keredhaan dan Keampunan Allah hendaknya. Moga-moga kita juga tergolong dalam golongan diterima segala amalan oleh Allah jua. Insya Allah.

Al-Fatihah... Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2015 09:38 AM | Show all posts
Edited by sellie003 at 4-4-2015 09:56 AM

“ABANG Rash.”
“Hmmm...”
“Jom kita cari Tuhan?”
“Cari Tuhan? Maksud kau?”

Berkerut dahi Rashdan mendengar bicara aneh Roddy.

“Kita jelajah ilmu untuk lebih mengenali Tuhan. Belajar tentang Tuhan dan... dekati Tuhan. Bagaimana?”

Rashdan tersenyum.

“Baik. Kita nak mulakan dari mana dulu?”
“Tunaikan Umrah?”
“Umrah?”
“Yup, kita mohon petunjuk Allah di sana.”
“Okey. Minggu depan kita pergi kursus umrah. Dalam tempoh tu, bantu abang dan papa kat syarikat sebelum kita bertolak. Biar kita clear kan dulu urusan dunia sebelum menuju ke jalan akhirat.”
“Betul jugak tu.”Roddy mengangguk. Mula berfikir. Selepas ini tak perlulah terlalu fikirkan masalah-masalah lain hingga mengganggu perjalanan mereka mendalami ilmu ketuhanan.

“Kalau boleh, kita ajak mama dan papa pergi sekali.”
“Nak ajak mama dan papa pergi umrah?”
“Ingat Roddy. Kita masih ada ibu bapa. Restu orang tua lebih utama. Kalau tidak, sia-sia perjalanan kita. Beginilah cara nak pujuk mereka dan kita slow talk tujuan kita.”
“Allahuakhbar, lupa aku bang.”
“Abang faham niat tu suci. Tapi, kita nak berjihad walaupun ke jalan Allah... tetap kena minta izin orang tua kita Roddy. Allah takkan redha jika ibu bapa kita sendiri tak redha. Faham tak?”

Rashdan menggosok-gosok mesra bahu Roddy.

Roddy menunduk dan mengangguk perlahan. Benar apa yang dikatakan Rashdan. Niat suci, murni sekalipun, hati ibu bapa perlu dijaga. Mereka lebih berhak menentukan arah tuju mereka berdua selaku anak.

“Besar harapan aku bang kalau mama dan papa setuju. Lepas kita capai apa yang kita nak... kitaterus balik.”
“Idea kau nak kita kerjakan umrah tu memang tepat. Sambil tu, kita doa-doakan di sana agar mama dan papa lembut hati lepaskan kita pergi.”

Tersenyum mekar wajah Roddy mendengar ungkapan Rashdan. Abangnya lebih matang dalam membuat keputusan. Itu sebab dia perlukan Rashdan mengikut misinya ini. Malah, mereka pernah berjanji untuk berkongsi apa sahaja jika melibatkan hal-hal seperti ini.

“Terima kasih abang . Be my best elder brother for me. Kenapa selama ini... kita terasing antara satu sama lain?”
“Abang pun menyesal Roddy. Menyesal sebab tak jaga adik abang ni baik-baik sebelum ini. Itu sebab... apa saja kau nak buat... I’ll be there for you. Abang takkan biarkan kau keseorangan lagi.”

Mereka berjabat tangan erat. Kemudian saling memaut bahu antara satu sama lain. Sesambil merenung jauh keindahan Pantai Cahaya Bulan saujana lautan dan angin berpuput menyapa tubuh mereka yang leka berdiri atas batu-batuan.








Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah!!! Hebatnya anugerah Allah...  Tahniah sis...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.084496 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list