|
[Tempatan]
Hudud Boleh Hakis Hak-Hak Wanita – Sister In Islam
[Copy link]
|
|
kecimpret replied at 27-3-2015 01:18 AM
kalo org tu beragama Islam dan undang2 hudud ni jd kenyataan di kelate, mmg itulah satu2nya sistem ...
ok, saya faham di mana kekeliruannya sekarang.
jawapan bagi perkara di atas adalah tidak. hudud bukan satu-satunya cara dlm undang2 syariah. ada hudud, qisas, ta'zir.
dlm undang2 syariah msia dah jlnkan pun qisas dan ta'zir. yg belum ada hudud.
tapi adanya hudud tidak membatalkan qisas dan ta'zir yg sedia ada ataupun menghalang perlaksanaan qisas dan ta'zir atas kes2 jenayah |
|
|
|
|
|
|
|
You're welcome elman.
Dalam thread lain ada ada forumner bertanya boleh atau tidak digunakan air mani pada mangsa rogol untuk mensabitkan kesalahan rogol. Ini jawapan Maideen yang dirasakan berkaitan.
Setelah di baca Enekmen Hudud ala PAS versi Kelantan, rogol tak termasuk dalam hudud PAS. Dalam lain perkataan jika tertuduh memasukan zakarnya kedalam faraj budak itu tanpa kerelaan budak itu (yakni rogol), tertuduh mungkin tidak boleh didakwa dibawah hudud PAS versi Kelantan. Tetapi jika tertuduh memasukan zakarnya kedalam dubur mangsa (yakni meliwat), dia boleh didakwa dibawah Enekmen hudud ala PAS versi Kelantan itu.
Bagaimanakah pesalah liwat boleh disabitkan kesalahannya dan dihukum hudud?
Mari kita baca.......
Section 39(3) Enekmen itu memperuntukan:
"39(3) Semua kesalahan di bawah Kanun ini samada kesalahan hudud dan kesalahan qisas, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh atau syahadah saksi."
Observasi : Ini bermakna untuk mensabitkan kesalahan hanya ada dua cara. Samada tertuduh menaku atau saksi memberi syahadah (yakni keterangan). Itu sahaja (atau dalam bahasa inggerisnya "That is all". )
Baiklah, apa kah jenis keterangan itu atau keterangan yang macamanakah yang diperlukan? Untok jawapannya kita perlu membaca Section 42(2) Enekmen hudud ala PAS versi Kelantan itu:
"42(2) Tiap tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar benar melihat perbuatan yang didakwakan itu....."
Observasi: Ini bermakna pendakwa tak boleh nak panggil saksi hanya untuk berkata "Saya telah memeriksa dubur mangsa dan menemui sperma yang mengandungi DNA lelaki Y, bla bla bla".
Berapa pula jumlah saksi yang musti ada? Untok menjawab persoalan ini kita lihat Section 40(2) pula:
"40(2) Bilangan saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina dan liwat hendaklah tidak kurang daripada empat orang saksi dengan mengambil kira kehendak kehendak tazkiyyal -al- shuhud."
Oleh itu jelaslah kalau ada orang kata, "Tak buleh hudud kalu, kita boleh kenakan hukuman takzir dengan mengambil bukti dari video ka, dna ka dsbnya", bahawa orang itu tak tahu apa yang dia katakan!
|
|
|
|
|
|
|
|
kelantan nak guna hukum hudud? tak pasal pasal nanti mereka serang negeri lain. dah lah orang krlantan ni ramai yang ganas macam bangsa arab. bangsa ganas + extream dalam berugama = kaboommmbbb |
|
|
|
|
|
|
|
Off topik sikit.
Perkara ni mudah. Kita
- tutup aurat
- solat 5 waktu
- puasa bulan ramadhan
- umrah/haji
kalau semua di atas kita boleh dan sanggup buat, kenapa hudud tidak? Kenapa tidak pertikai perkara diatas? Bukan semua tu arahan dari Allah?
Kita kene faham satu perkara. Saat kita pertikai hukum Allah, tu dah tergelincir iman kita, dan boleh jatuh murtad atas sifat kita.
Bila kita kata, "Mana nak cari saksi yang beriman..." << tahukah anda secara langsung anda mempertikaikan Tuhan Yang Esa?
Itu pasal, bila tak tau, kita tanya yg arif. Yang belajar. Bukan keluarkan statement pum pang pum pang ini tak betul itu tak betul.
Jaga-jaga dengan lidah.
< ikhlas dari setazah pilihan.. >
|
|
|
|
|
|
|
|
aku nak gelak kat puak yang pakar2 cam doktor engineer accountant yang perasan pandai dan professional pertikaikan hudud.
satgi kalau mufti2 komen bab bangunan, bab perubatan, bab accounting pandai plak dorang marah sbb mufti2 bukan ahli. pi ngajar ugamalah depa kata.... |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 27-3-2015 03:48 AM
kena rogol
nak cari saksi, cuma ada acong, spidey, taikor dan noor2
acong, spidey dan taikor takle ...
macam mana agaknya kalo kes budak 5 tahun yg kena rogol masa beli ais tu
budak tu je pun saksinya selain mak sedara dia yg nmpk kain n kemaluan dia yg berdarah tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nampaknya, kalau Hudud PAS versi Kelantan ni diluluskan,
kaum wanitalah mangsanya. Contoh: budak pompuan 5 tahun
yang kena rogol tu, kena bawak saksi, 4 orang lelaki yang beriman
macam pak lobai dalam benang ni untuk membuat tuduhan.
Otherwise, matilah dia kena sebat 80 kali dengan rotan.
Dahlah berdarah kena rogol jantan binatang, kena sebat lagi!...
Setahu aku, Allah itu maha adil dan penyayang. Kanun HUDUD
Pas Kelantan ni, langsung tak menggambarkan sifat-sifat ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
kita melihat situasi sekarang saja. mengapa tak pikir bila hudud dilaksanakan hidup lebih aman sebab perogol, perompak dll takut nak buat perkara jahat yang boleh menyebabkan dia dihukum?
|
|
|
|
|
|
|
|
elmen replied at 27-3-2015 07:52 AM
ok, paham.. makne nye bukan hudud je yg ade dlm sistem kehakiman islam.. ade ta'zir dan lain2 utk ...
Exactly, tu aku slalu ckp penekanan pas terhadap hudud memberikan salahtanggapan org awam yg Hanya Hudud Undang2 Islam... |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-3-2015 10:07 AM
macam mana agaknya kalo kes budak 5 tahun yg kena rogol masa beli ais tu
budak tu je pun saksinya ...
Baca komen no 37 aku |
|
|
|
|
|
|
|
Bro, kita ada hukuman mati utk pengedar dadah tapi masalah dadah masih ditahap serius di negara ini.
Malah kesalahan lain yang boleh disabitkan hukuman keras seperti hukuman mati@ penjara seumur hidup/hayat seperti membunuh, rogol, culik etc masih ketara berlaku di negara ini.
Org kalau betul betul nak buat jenayah mereka dah x fikir segala hukuman yang bakal menimpa kalau berjaya ditangkap. Jadi sila jangan beranggapan jika hudud mudud ini dikuat kuasakan maka secara automatik kes jenayah akan berkurangan sebegitu sahaja.
Apapun, sila hadam dahulu artikel yang ditepek di mukasurat 1 ini. Persoalan yang diutarakan oleh SIS mengenai wanita & hudud itu amat munasabah & rasional sekali. Geng hudud mudud x bolehlah nak lepas tangan aje & suruh orang lain terima sahaja tanpa soal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang sukar nak terima. Masih seram bila terkenangkan
kes Hudud versi Pakistan, di mana gadis bisu dan buta telah
direjam dengan batu sampai mati kerana mengandung akibat
dirogol bapa saudara dan sepupu sepapatnya. Oleh kerana
tiada 4 orang saksi di kalangan orang alim, gadis itu menjadi
mangsa kekejaman. Kes in sudah jadi viral bila orang mem-
perkatakan pasal Hudud. Gambarannya, seolah-olah Islam itu
kejam............
|
|
|
|
|
|
|
|
agree..pokok pangkalnya..hudud ni tujuannya memberi teladan supaya jgn buat jahat..ce tgk kt utube hukum rejam smpai mati. if tgk depan2 tu, mmg rmai la takut nk berzina..tgk video je pun aku dh keseraman..
hukum tu mmg dh sempurna,
tp...yg ditakuti dan menjadi perdebatan skrg ni adlh cara perlaksanaannya.
terlalu rmai ilmuwan yg berlainan pendapat..bergaduh..politik pun masuk skali..
dan xdpt disangkal, rmai yg xmemahami ttg hukum ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau memang betol-betol berzina sampai beranak pinak,
memang patot direjam sampai mati. Yang aku cakap ni,
kes rogol. Pompuan itu dipersalahkan, kunun berzina
sampai mengandung. Walhal dia DIROGOL oleh bapak
saudara dan sepupu-sepupunya. Dahlah dia bisu, buta
pulak. Macam mana orang boleh tuduh dia gatal, berzina....????
Sadis betol!.................
|
|
|
|
|
|
|
|
actually aku rasa pasal hudud tu sendiri masih kabur. maksud aku di malaysia ni. maybe satu sbb kita ada kaum2 lain. aku setuju jugak kalau hudud diimplement sebetul2 hudud, banyak benda yg dapat dibanteras.
tapi tulah, maybe bila sudah di implement, baru boleh nampak impak dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
wait until kamu kena rompak/rogol dan puki atau non moslems jah yg jadi saksi kamu kena rompak/rogol then kita sembang.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|