Selain anugerah utama, Menung-gu Hujan Teduh turut menggondol lima anugerah lain iaitu Skrip Terbaik (Mazelan Manan), Pelakon Lelaki Terbaik (Zaidi Omar), Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Azhan Rani), Sinematografi Terbaik (Azeli Mohammad) dan Pengarah Terbaik (Azma Aizal).
Kemenangan besar itu sekali gus membolehkan telefilem tersebut membawa pulang trofi-trofi dan wang tunai bernilai RM34,000.
Dalam kategori Pengarah Terba-ik, Azma Aiza menewaskan pesaing yang juga nama besar dalam industri filem iaitu Bade Azmi, Erma Fatima dan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Anugerah Tribute P. Ramlee turut menobatkan Fauziah Ahmad Daud sebagai Pelakon Wanita Terbaik dan Izara Aishah pula meraih trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.
Kedua-duanya memenangi keja-yaan tersebut hasil lakonan cemerlang dalam telefilem Seteguh Kasih Ibunda arahan Osman Ali.
Aktor Zakaria Yusof pula memenangi Anugerah Penampilan Khas Terbaik menerusi telefilem Mengapaku Diseksa arahan Zul Huzaimy.
Tribute P. Ramlee turut menyam-paikan Anugerah Khas Juri (Jiwa P. Ramlee) kepada produksi telefilem Mengapaku Diseksa manakala Anugerah Khas Juri (Pemikiran P. Ramlee) diraih oleh Fahmi Sarindi melalui filem Demi Waktu Mahani.
Pada malam kemuncak itu juga, seniwati seangkatan dengan legenda perfileman Melayu, Tan Sri. P. Ramlee, Mariani Ismail diberikan Anugerah Tokoh Lakon Filem Melayu.
Acara berprestij yang dianjurkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) dengan kerjasama Kumpulan Utusan dan Suhan Movies & Trading Sdn.Bhd., bertujuan memperingati perjuangan Seniman Agung P. Ramlee yang pernah memartabatkan industri seni tanah air.
Majlis Anugerah Tribute P. Ramlee yang disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 itu turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.
Yang turut hadir pada acara ber-kenaan adalah Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Abu Bakar Abdul Rahim dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor.