CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: obelisk

[Tempatan] (Bideo) Mat Sabu Umum Parti Politik Baru

[Copy link]
Post time 14-7-2015 09:37 AM | Show all posts
kecimpret replied at 14-7-2015 09:34 AM
majoriti org Islam nak hudud..tp kat m'sia ni nak buat hudud kena ada kuasa..kena bijak berpolitik ...

Abis tu.. takkan nak joint dgn DAPig utk laksana hudud ni?? Sah2 DAPig tolak mentah2... belum apa2 pon dh nampak dah topeng komunis legasi kalipah LGE tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 09:38 AM | Show all posts
rashiman replied at 14-7-2015 09:09 AM
jika Pakatan Baru ditubuhkan yg terdiri daripada DAP, PKR & Harapan Baru.
Exco2 PAS di Selangor k ...

tapi exco2 PAS Selangor boleh cakap...kami masih bekerjsama dgn PKR selaras dgn keputusan Majlis Syura Ulamak PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:40 AM | Show all posts
namirulmukminin replied at 14-7-2015 09:37 AM
Abis tu.. takkan nak joint dgn DAPig utk laksana hudud ni?? Sah2 DAPig tolak mentah2... belum ap ...

mmg dari dulu dap tolak hudud..takkan baru tau...yg dulu gi join PR nape?....bila dah kuar PR ni hudud terlaksana ke?..hudud kemana undi kemana..takpe laa janji Allah redha yerr
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:40 AM | Show all posts
namirulmukminin replied at 14-7-2015 09:14 AM
Are u sure? Kalu cam tu, alamatnya BN bakal tumbang abis la next PRU.. Bagus AN.. bagus... aku ...

memang saya sure...sebab tu Najib tidak rasa tergugat.

BN bakal tumbang?....kehkehkehkehkeh...sama2 kita tengok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:42 AM | Show all posts
kecimpret replied at 14-7-2015 09:34 AM
majoriti org Islam nak hudud..tp kat m'sia ni nak buat hudud kena ada kuasa..kena bijak berpolitik ...

udah nmpk pas x cerdik kat situ..tp dap nak ka hudud??dgn kes terang2 lg dr karpal singh smpi LGE sume xnk hudud so cmne?dap bole tarik cina,india jd ahli.knp smpi skang xleh tarik melayu jd ahli??cer pkir??dap nk wat harapan baru la sgt
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:43 AM | Show all posts
namirulmukminin replied at 14-7-2015 09:37 AM
Abis tu.. takkan nak joint dgn DAPig utk laksana hudud ni?? Sah2 DAPig tolak mentah2... belum ap ...

kami dlm UMNO lama dah nampak apa yg ko sekarang nampak..

cemolot lagi lah ngan DAP parti anti isle tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2015 09:43 AM | Show all posts
lkick2113 replied at 14-7-2015 09:26 AM
kalau ostad mat 'slameyleykom mah' sabu ni jadi pemimpinnya hudud mudud dah tak diperjuangkan maid ...

Lkick jangan ingat Isle progresif tak ada Hudud Mudud Lkick. Sebenernya depa pon ada. Cumanya Hudud Mudud depa ni progesif sikit bersesuaian dengan peredaran zaman.

Sebagai contoh Hudud Mudud PAS lama tidak menerima rakaman video sebagai bukti zina. Depa mahukan 4 saksi yang layak yang nampak dengan jelas zakar masuk kedalam faraj sehingga tahap "hasyafah" zakar itu. Tapi dalam Hudud Mudud versi PAS Progesif pula, rakaman video boleh diterima dengan syarat ada rakaman video dari empat (4) cctv yang musti dibeli dari kadei orang Islam....

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:56 AM | Show all posts
Pas minta ahli tidak terlibat Gerakan Harapan Baru
14 Julai 2015 1:08 AM


TUAN IBRAHIM TUAN MAN (duduk, empat dari kanan) bersama wakil media massa sempena majlis mahabbah berbuka puasa bersama media di Hotel Plaza Kuala Lumpur, malam tadi. UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
KUALA LUMPUR 13 Julai – Pas akan melucutkan keahlian mana-mana pemimpin dan ahlinya yang menyertai parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh Gerakan Harapan Baru.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu tidak dibenarkan dalam Perlembagaan Pas.
Menurut beliau, setiap ahli Pas tidak dibenarkan mempromosi parti baharu atau menggerakkan usaha menarik ahli-ahli yang lain keluar daripada parti.
“Kita minta ahli-ahli parti supaya tidak terlibat. Jika terlibat, kita akan bawa ke Jawatankuasa Disiplin Pas.
“Sebagai ahli Pas, mereka masih terikat dengan peraturan dan disiplin parti,” katanya dalam sidang akhbar majlis berbuka puasa Pas bersama media di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan; Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Salleh.
Hari ini, Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti politik Islam yang baharu dalam kerangka pakatan pembangkang.
Tuan Ibrahim menambah, parti politik baharu yang bakal ditubuhkan itu dikhuatiri akan menjejaskan parti.
“Parti yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru itu tidak memberi sebarang nilai tambah kepada usaha memperkukuhkan pakatan pembangkang,” ujarnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.UIoDNzyQ.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 09:59 AM | Show all posts
roy3 replied at 14-7-2015 09:42 AM
udah nmpk pas x cerdik kat situ..tp dap nak ka hudud??dgn kes terang2 lg dr karpal singh smpi LGE  ...

parti baru ni pun sedar dap mmg x nak hudud..tp nak kuar dr PR dan gerak sendirian lebih x cerdik...musuh utama ialah BN bkn dap
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 09:59 AM | Show all posts
Maideen. replied at 14-7-2015 09:43 AM
Lkick jangan ingat Isle progresif tak ada Hudud Mudud Lkick. Sebenernya depa pon ada. Cumanya Hu ...

kira cctv Isle la baru diterima

Alhamdulillah akhirnya doa2 supaya umno hancur dan pecah perut dah terkena kpd parti sendiri. Takbir!!

Hancur! Hancur! Hancur Umno
Hancur! Hancur! Hancur Umno


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:01 AM | Show all posts
Maideen. replied at 14-7-2015 09:43 AM
Lkick jangan ingat Isle progresif tak ada Hudud Mudud Lkick. Sebenernya depa pon ada. Cumanya Hu ...

hahahahahahahaha...kita ambil kajian kes ye maideen...


sekiranya kita teliti rakaman bideo orang yg menyerupai bekas setiausaha agung PIS iaitu Tn. Hj. Stopa kita saat dia menstopa di hotel vistana....umum mengetahu dan perasan bahawa saiz bebird org berkenaan seakan2 micro penis omputih kata...jadi, dalam rakaman bideo berkenaan tak dapat diketahu samada zakar org berkenaan dah masuk sampai tahap hasyafah ka belum???? adakah kes ini boleh disabitkan dibawah hudud mudud PIS yang progresip ni maideen???

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:05 AM | Show all posts
Tuan Ibrahim sindir Mat Sabu isu Harapan Baru
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
13 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
9
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR - Mohamad Sabu perlu rujuk kenyataan beliau sebelum ini, demikian respons Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya mengenai penubuhan gerakan baharu oleh Mat Sabu hari ini.

Katanya, sebelum ini Mat Sabu begitu lantang bercakap mengenai perlunya ahli Pas istiqamah dalam perjuangan parti itu, selain seringkali mengingatkan ahli Pas supaya jangan khianati parti.

"Beliau sendiri (Mat Sabu) selalu ingatkan ahli  jangan khianati parti , sabotaj parti, kita kena istiqamah..

"Oleh itu saya rasa Mat Sabu perlu semak semula kenyataan beliau sebelum ini," Katanya kepada pemberita di majlis berbuka puasa Pas bersama media di Hotel Plaza hari ini.

Hari ini menyaksikan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad menubuhkan gerakan baharu yang dipanggil harapan baru.

Selain Mat Sabu yang dilantik sebagai pengerusi gerakan itu, ia juga turut menyaksikan penglibatan ahli-ahli Pas yang kalah dalam pemilihan Muktamar Pas tahun ini.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:06 AM | Show all posts
kecimpret replied at 14-7-2015 09:59 AM
parti baru ni pun sedar dap mmg x nak hudud..tp nak kuar dr PR dan gerak sendirian lebih x cerdik. ...

yang perlu skrg ni pas ngan dap jgn angkuh dan ego sgt..skang ni 2 2 pn ego.aku pn da menyampah dgn 2 2 parti nih..dgn macai pas mengata dap..macai dap xabis2 tuduh pas nk UG je..mmg bodoh la ke 2 2 nih..mmg xleh selesaikn masalah pn..yg pasti 2 2 rugi..atas pagar yg undi pr sblm nih aku xtau la mgkin xkuar mengundi..tmpt dap org pas xnk undi atau buat undi rosak..sama la ke pas pn perkara sama berlaku.akhirnya 2 2 rugi..bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:08 AM | Show all posts
Anak_Nogori replied at 14-7-2015 09:38 AM
tapi exco2 PAS Selangor boleh cakap...kami masih bekerjsama dgn PKR selaras dgn keputusan Majlis S ...

itu PAS yg kata, masih mahu bekerjasama dengan PKR...

PKR kena jelaskan pendirian, sama ada masih mahu bekerjasama dengan PAS.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:08 AM | Show all posts
Pikir replied at 14-7-2015 09:59 AM
kira cctv Isle la baru diterima

Alhamdulillah akhirnya doa2 supaya umno hancur dan p ...

Tu lah Pikir......main main lagi dengan doa para ulamak.....

Takbirrrrrrrrrrrr......
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:08 AM | Show all posts
Tu dia aaaaiii..

Pas Selangor pecat ahli sertai Harapan Baru
13 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
3
Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengumumkan penamaan keanggotaan beberapa ahli parti itu kerana didapati terlibat dalam sebuah pergerakan dikenali sebagai Gerakan Harapan Baharu (Harapan Baru).

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata penamatan keanggotaan mereka adalah mengikut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas.

"Pas Selangor mengambil maklum tentang penubuhan parti politik baharu ini yang mana sebahagian besar daripada jawatankuasa mereka adalah bekas ahli kita di Selangor.

Kita hormati keputusan mereka dan ini sekali gus menamatkan keahlian mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Khairuddin berkata kesemua jawatan yang dipegang bekas ahli berkenaan akan dipangku serta-merta oleh kepimpinan yang lain mengikut kaedah perlembagaan parti.

Antara yang dikatakan hadir pada majlis pelancaran pergerakan itu hari ini adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud dan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2015 10:11 AM | Show all posts
roy3 replied at 14-7-2015 10:06 AM
yang perlu skrg ni pas ngan dap jgn angkuh dan ego sgt..skang ni 2 2 pn ego.aku pn da menyampah dg ...

takkan PAS nak gugurkan perlaksanaan hukum tuhan tu plak..semata2 krn politik..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:12 AM | Show all posts
rashiman replied at 14-7-2015 10:08 AM
itu PAS yg kata, masih mahu bekerjasama dengan PKR...

PKR kena jelaskan pendirian, sama ada mas ...

tulah..yg pening tentulah PKR...bagus gak...kasi mereka rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:14 AM | Show all posts
kecimpret replied at 14-7-2015 09:40 AM
mmg dari dulu dap tolak hudud..takkan baru tau...yg dulu gi join PR nape?....bila dah kuar PR ni h ...

Ye.. janji Allah redha... Itu yg penting...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2015 10:15 AM | Show all posts
pulak dah...bercanggah pulak ngan PAS Selangor.

Tiada tindakan ahli Pas sertai Harapan Baru
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
13 Julai 2015
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
3
Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan
KUALA LUMPUR- Ahli Pas yang menyertai Gerakan Harapan Baru tidak akan diambil tindakan sehingga gerakan itu  di daftarkan menjadi parti politik di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS)," kata Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan Tantawi.

Ujarnya, oleh itu setakat ini sebarang tindakan tidak boleh diambil kerana Gerakan Harapan Baru bukanlah sebuah parti.

“Gerakan Harapan Baru belum daftarkan gerakan itu sebagai sebuah parti di bawah ROS, jadi masih belum boleh diambil tindakan.

“Pas juga masih belum dapat aduan daripada ahli Pas berkenaan gerakan itu jadi jawatankuasa disiplin juga tidak boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa parti itu Plaza Hotel Kuala Lumpur.

Nasruddin berkata demikian selepas ditanya adakah Pas akan mengambil tindakan terhadap kumpulan ahli Pas yang mengumumkan penubuhan sebuah kumpulan  dinamakan "Gerakan Harapan Baru" hari ini.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mana-mana ahli Pas yang bertindak mempromosi pembentukan parti lain atau berusaha untuk menarik ahli Pas lain untuk keluar dari parti akan digugurkan keahliannya secara automatik.

“Peraturan kita (perlembagaan parti) tidak membenarkan mana-mana ahli parti terlibat dengan mana-mana parti lain sama ada mempromosikan, parti baru atau mengeratkan  satu usaha ke arah ahli Pas keluar daripada parti.

“Ini bercanggah dengan perlembagaan parti, dan bagi Pas, kita minta ahli supaya tidak terlibat, dengan sebarang gerakan untuk melemahkan parti. Kita ada jawatankuasa disiplin yang bertindak jadi dalam hal ini kita harap semua pihak akur dengan keputusan muktamar,” katanya.

Manakala ketika menyentuh mengenai pembentukan Gerakan Harapan Baru, Tuan Ibrahim berkata gerakan itu tidak memberi apa-apa nilai tambah kepada muafakat pembangkang.

"Kumpulan ini tergolong dalam Pas. Jadi, tiada apa pun nilai tambah yang boleh diberi kepada pakatan pembangkang.

" Lagi pun gerakan ini berbeza dengan penubuhan PKR oleh Anwar Ibrahim dan Semangat 46 oleh Tengku Razaleigh Hamzah," Katanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.344874 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list