Komen Tok AC :
Pengacara terkenal tanah air, Dato’ AC Mizal menafikan dakwaan kononnya beliau menghadapi masalah kewangan sehingga tidak membayar gaji pekerja di stesen radio secara Online miliknya, Peace Yall FM. Menurut AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, para pekerja masih lagi bekerja di stesen tersebut dan mengakui tiada masalah pembayaran gaji seperti yang didakwa. “Diorang seronok beli kereta baru, baju baru semua. Sebenarnya saya dah ada perancangan setahun untuk para pekerja seperti Anugerah Peace Yall FM dan Alhamdulillah buat masa sekarang ini saya tiada masalah tentang pembayaran gaji. Mereka masih lagi bekerja dengan saya.“Rasanya dakwaan tersebut bukannya datang dari saya kot,” jawab AC Mizal kepada Astro Gempak. Jelas AC Mizal lagi, beliau tidak terkesan dengan spekulasi tersebut kerana secara tidak langsung meningkatkan lagi nama empayar perniagaannya. “Ianya bagus kerana sekurang-kurangnya mereka bertanya. Spekulasi sebenarnya bagus dalam dunia hiburan kita kena faham. Dulu saya tak faham sangat gosip-gosip seperti ini sehingga rasa tertekan tapi sebenarnya dalam dunia hiburan ‘every good or bad gossip is good for the business’. “Bagi saya kalau spekulasi seperti itu timbul ianya lumrah kehidupan dan mereka sentiasa boleh bertanya mengenai perkara seperti pembayaran gaji. Isu ini pun tidak pernah timbul dan saya baru tahu sekarang ini,” jelas AC Mizal lagi. Dalam pada itu, Ac Mizal menjelaskan bakal melebarkan saya ke Indonesia selain bakal beroperasi 24 jam secara online selain penambahan bilangan pekerja. “Insya Allah Peace Yall FM turut akan berada di Indonesia dan akan pertambahan deejay yang baru kerana kami bakal beroperasi selama 24 jam tidak lama lagi,” ujar AC Mizal. --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Alaaa meols rasa saja je team tok AC ni create issue bagi nak up kan nama radio online heols... tp tak memasal2 si emelda tu telah 'memondan'kan wartwan tu.... tp kan dlm artikel tu pun wartawan syed tu kan ala2 macam bertanya sbb ada tanda soal and kalo baca balik artikel tu, dia pun tak percaya yg si AC ni menipu .... ... tp napa emel da meroyan lebih2...??
|