Nikah tertutup bukan sebab kontroversi
Kuala Lumpur: Pelakon Nad Zainal, 25, atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin menafikan keputusan mengadakan majlis pernikahan secara tertutup pada 18 Disember ini ada kaitan dengan kontroversi yang melanda dirinya. Tegas Nad, keputusan itu dibuat bagi menghormati keluarganya. “Tiada kaitan dengan itu. Keluarga saya bersusah payah buat persiapan dan saya tak mahu mereka rasa kurang selesa dengan kehadiran wartawan,” katanya. Menurut Nad, majlis pernikahannya hanya akan dihadiri keluarga terdekat kedua-dua pihak. Bagi majlis persandingan pula, Nad sudah mula mengedarkan kad jemputan kepada keluarga, rakan dan media. Nad bakal disatukan dengan jejaka pilihannya Muhammad Faliq Amiruddin, 27, di Bukit Jelutong manakala majlis persandingan pula akan diadakan di The Roof Garden Hotel, Bukit Jelutong. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu.
|