siapa yg nk setelkan? mereka ni dah merayu minta tolong gomen settlekan masalah tapi tak ada yg endahkan...tu yg terpaksa berarak tu...
Teksi kena byr premit..yg tak ada premit terpaksa byr sewa teksi dgn company..1 hari dlm rm50 lebih bergantung kpd jenis teksi. Rosak tanggung sendiri. Pakai teksi proton sekejap rosak itu, rosak ini....duit yg dapat habis ke situ je. Setengah2 company cuti langsung tak de. Setiap hari kena byr sewa teksi. Sakit ke apa ke tetap kena byr sewa teksi. Kalau nk selamat dapat lebih pendptan kena rajinlah bwk pagi smpai tgh malam. Bukan semua pemandu teksi yg tak jujur. Ramai lagilah yg jujur kat luar sana. Ada waktu2 tertentu kena bwk ke Puspakom. Saya taulah sebab sedara saya bwk teksi juga.
Sedangkan uber ni tak perlu ada premit. Driver uber pun tak de lesen memandu kenderaan awam. Tak perlu check Puspakom.
Cuba baca komen ni..
Kalau ikutkan perundangan di Malaysia, cara Uber berfungsi adalah seolah-olah “kereta sapu”. You may google apakah terma yg saya gunakan. Anda kena faham, apakah itu Lesen Memandu Vokasional (VDL) yg dimiliki oleh pemandu teksi. Uber sebaliknya menggunakan pemandu yg hanya mempunyai lesen memandu kompeten (CDL), juga, kenderaan yg digunakan adalah kenderaan jenis persendirian. Kalau basic thing tentang lesen CDL dan VDL pun tak tahu, maka anda perlu sekali lagi mengambil kelas memandu. Saya faham harga Uber jauh lebih murah utk membantu rakyat marhaen mendapatkan perkhidmatan pengangkutan yg bagus, tapi matlamat tidak menghalalkan cara Uber yg melanggar undang-undang. Jika Uber;
-Menggunakan kenderaan perdagangan yg telah didaftarkan,
-Pemandu mempunyai lesen jenis VDL, sudah pasti harga yg ditawarkan pasti sama dengan teksi yg sedia ada. Saya bukan lah pengerusi pemandu-pemandu teksi, namun selama saya menggunakan perkhidmatan teksi, saya faham bagaimana dan apa yg dilalui mereka dengan pelbagai karenah birokrasi. Kasihanilah pemandu teksi yg jadi mangsa ditengah-tengah antara birokrasi kerajaan dan tawaran murah yg illegal dari pesaing lain.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahukah anda? Begitu ramai veteran dari perkhidmatan awam seperti veteran tentera dan polis yg menjadi pemandu teksi? Di negara luar, veteran dari bidang pertahanan akan disanjung tinggi kerana perkhidmatan mereka, namun di Malaysia mereka sekadar menjadi “ayam pencen”, dan ada yg terpaksa mencari sumber lain seperti menjadi pemandu teksi. Jadi,jika anda generalized semua pemandu adalah sama adalah seolah-olah menghina mereka. Btw, jika adalah salah seorang penumpang yg dilayan secara tidak adil,berlaku penipuan terhadap servis yg anda terima anda sebenarnya boleh terus telefon talian SPAD. Dan utk pengetahuan anda, nombor SPAD ada di kedua-dua belah cermin kira dan kanan penumpang belakang.
|