CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: enchikfitz

Mohon Maaf Atau Saman! - Faye. Nak Saman JAIS Sbb Serbu Rumah #132

[Copy link]
Post time 1-4-2016 08:18 AM | Show all posts
iols rasa si hatta ni punya la hauk... berebut-rebut plak pompuan nak... mesti pandai ayat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 08:35 AM | Show all posts
aku tak tau lak elly ada bg statement pasal kes cerai dia...kat statement mana ye?setau aku elly takmo komen pun punca kes dia cerai...tetiba je faye ni bunyi butthurt lak...tak salah watpe nak terasa?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 08:40 AM | Show all posts
MH37O replied at 31-3-2016 03:03 PM
yg penting aku tak kenal dia nih....gred E bukan? ko cakap jelah ko nak saman sbb nak up kan diri, n ...

gred Z u...hauk sgt lakonan beliau...kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 08:52 AM | Show all posts
bila google baru lah kenal siapa si feya ni....kalau x haram aku xkenal, hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 10:52 AM | Show all posts
ELI MAZLEIN DH CERAI...asal x tau..jd eli cerai xderlah femes mana..si fai  jer asik duk canang sana sini..kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:00 AM | Show all posts
elly pun rampas ke eh ?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2016 11:27 AM | Show all posts
tak kenal ler pelakon nama Faye ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Beria minah ni nanges dalam Melodi ari tu.. Sendu ya amat sampai ramai yg x kenal!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 11:34 AM | Show all posts
watachiwa replied at 1-4-2016 08:10 AM
faye ni ade berlakon lg ke? sejak bile bertudung?
selalu tgk dia ni men badminton dgn ummi aida jek ...

azmi hatta apentah nama nya. laku sebab director drama

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 11:50 AM | Show all posts
haruslah replied at 31-3-2016 01:34 PM
camne nak sebut name faye ni????

btw, elle ade petik name dia ke?

aku dengar kat melodi, macam dia bahasakan nama dia Fi, kalau aku, aku sebut fayi hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 31-3-2016 01:34 PM
camne nak sebut name faye ni????

btw, elle ade petik name dia ke?

Fai
I dgr masa interview melodi haritu
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:29 PM | Show all posts
merah_arjuna replied at 1-4-2016 12:40 AM
gred Z u...hauk sgt lakonan beliau...kihkih

den realistik...takde istilah gred Z dalam kamus oxford...grading cuma A sampai E je...kalau gred Z tu, den consider as gred E-
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 02:34 PM | Show all posts
dia ni sape
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:22 PM | Show all posts
MH37O replied at 1-4-2016 02:29 PM
den realistik...takde istilah gred Z dalam kamus oxford...grading cuma A sampai E je...kalau  ...

kalo boleh tambahkan lg -- tu...kalo A++ ada, takkan E-- takde...ye dok?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:24 PM | Show all posts
lotionmilo replied at 1-4-2016 12:19 PM
Fai
I dgr masa interview melodi haritu

susah beno nak pronounce nama dia...nape tak letak fai je trus...ni nak eja faye faye bagai...separuh thread je dah confius sebutan nama dia...kihkih
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:31 PM | Show all posts
Edited by encelegit88 at 1-4-2016 03:39 PM

yang ni ke?

Elly x der mentioned sapa dan apa punca perceraian.

MENGULAS tentang kebenaran dakwaan yang membabitkan Faye sebagai orang ketiga, Elly ketika dihubungi dilihat lebih senang mengambil pendekatan berdiam diri.

Ini kerana menurut Elly, dia enggan terjerat dengan kata-kata sendiri sekiranya berterusan menguar-uarkan punca keretakan rumah tangganya dengan Azmi.

Cukuplah penderitaan yang dirasai selama ini. Jalan terbaik adalah berdiam diri kerana bimbang kata-katanya itu bakal melukakan hati pihak lain.

“Banyak hati yang perlu dijaga. Oleh sebab itu, saya kekal dengan pendirian untuk terus menjaga aib bekas suami.

“Biarlah yang berlaku menjadi kenangan dalam hidup saya. Saya reda dan bersyukur kerana menerima dugaan seiring dengan nikmat kebahagiaan selepas kelahiran Putri Zara Sefhia Azmi.

“Kini saya lebih tenang dengan adanya Sefhia dalam hidup saya. Harta tidak ternilai selepas abah (Syed Hanafi Syed Abdullah).

“Rencana Allah lebih indah daripada yang kita ingin dan rancangkan,” kata Elly.

Punca Faye?

DALAM pada itu, Azmi turut meluahkan rasa kesal dengan dakwaan mengatakan perceraiannya berpunca daripada Faye Kusairi.

Pelakon baharu itu dikatakan menjadi orang ketiga dan memporak-perandakan keharmonian rumah tangga Azmi dan Elly sebelum ini.

Tegas Azmi, Faye adalah orang luar yang langsung tidak tahu menahu tentang permasalahan rumah tangganya dengan Elly.

Tertanya-tanya punca yang mencetuskan khabar angin berkenaan, Azmi juga berharap agar fitnah tersebut dihentikan serta merta.

“Rupa-rupanya dalam diam-diam ada ‘orang industri’ yang terlebih dulu maklum tentang permasalahan saya dan Elly hingga tercetus khabar angin sebegini.

“Hakikatnya, Faye tidak ada kena mengena dalam cerita kami. Tidak wajar untuk mengaitkan nama dia sebagai punca keruntuhan rumah tangga kami.

“Lagipun Elly tahu perkara sebenar dan punca yang menyebabkan kami bercerai. Boleh tanya dia untuk penjelasan lanjut,” tegasnya lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2016 03:37 PM | Show all posts
BERITA tentang perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta nyata mengejutkan peminat.

Masakan tidak, dalam kebahagiaan menerima kehadiran Putri Sara Sefhia, rupa-rupanya ada cerita sedih yang terselindung. Kasihan Miss J mengenangkannya.

Pun begitu, Miss J tabik dengan Elly sebab langsung tidak mendedahkan punca yang menyebabkan rumah tangga dia dan Azmi berantakan.

Tapi dalam tempoh Elly berdiam diri itu, Miss J dikhabarkan yang sebenarnya perpisahan Elly-Azmi dikatakan berpunca daripada sikap Azmi sendiri.

Ada orang industri mengadu kepada Miss J yang sebenarnya Azmi suka bermain cinta dengan pelakon sewaktu bekerja di lokasi. Maklumlah Azmi pengarah yang berwajah kacak. Jadi mudah cairkan hati pelakon wanita. Nak-nak yang baharu nak naik.

Jadi tidak hairanlah sewaktu dalam tempoh perkahwinan dengan Elly, Azmi didakwa ada hubungan cinta dengan pelakon lain. Yang terkini, Azmi dikatakan sedang mendekati pelakon baharu yang sedang meningkat naik, Faye Kusairi yang dikenali menerusi drama Istikharah Cinta itu.

Khabarnya, skandal cinta Azmi dan Faye benar-benar membuatkan hati Elly berkecai. Katanya, Elly tak boleh lagi memaafkan Azmi atas perbuatan itu.

Hati isteri mana yang tak robek apabila dapat tahu suaminya curang. Mestilah perit. Lebih-lebih lagi melihat sikap pura-pura si suami yang berlakon macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Konon-konon nak sembunyikan skandal cintanya. Tapi wanita sekarang bukannya bodoh. Lebih-lebih dengan segala macam teknologi hari ini. Semua maklumat diperoleh dengan mudah.

Berbalik dengan cerita Faye dan Azmi, ada orang produksi menyampaikan kepada Miss J yang Faye sendiri pernah membuka mulut tentang perkahwinan Elly-Azmi sewaktu terlibat dalam satu drama sekitar Disember tahun lalu.

Faye dikatakan bercerita mendakwa Azmi dan Elly sudah bercerai kepada beberapa pekerja belakang tabir yang terlibat sama menjayakan drama yang dilakonkannya itu. Sedangkan berita perceraian Elly-Azmi hanya diketahui umum ketika Putri Sara Sefhia dilahirkan pada 9 Mac lalu.

Jadi Miss J sangat-sangat musykil. Macam mana Faye ‘terlebih’ tahu kisah rumah tangga Elly-Azmi? Pendek kata, Faye yang dikatakan mencetuskan cerita perceraian rumah tangga Elly-Azmi.

Miss J dapat tahu sewaktu Faye menyampaikan berita itu, Faye dilihat begitu yakin dengan berita perceraian itu. Langsung tak menunjukkan rasa bersalah.

Hmmm... Pelik juga kerana Faye lebih dahulu buka mulut tentang cerita perceraian Elly-Azmi? Sedangkan pengesahan perceraian dibuat Elly hanya baru-baru ini.

Kalaulah betul Faye bercerita tentang kisah cerai Azmi-Elly, bagaimana Faye boleh tahu kalau dia tidak ada hubungan yang baik dengan Azmi?

Orang tentu boleh buat spekulasi yang sebenarnya Faye dan Azmi memang berhubung rapat. Silap-silap terkait sebagaipunca rumah tangga Elly-Azmi roboh.

Miss J tak mahu buat sebarang spekulasi tentang hubungan cinta antara Faye dan Azmi. Begitu juga dengan punca perceraian Elly-Azmi. Sebab kisah cinta tiga segi antara mereka bertiga itu belum ada pengesahan lagi.

Yang pasti, Elly dan Azmi bukan orang baharu dalam industri. Mereka sudah senior dan tahu selok belok permainan dalam industri.

Kalau salah seorang buat perangai, tenatu sahaja cepat sampai ke telinga pihak yang satu lagi. Nak-nak pula kerja dalam satu bidang yang sama. Pusing-pusing itu juga.

Dan mulut-mulut dalam industri ini juga bukan semua boleh ditutup. Apatah lagi dalam kes kecurangan dalam rumah tangga.

Jadi jangan main-main!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:47 PM | Show all posts
encelegit88 replied at 1-4-2016 03:37 PM
Maklumlah Azmi pengarah yang berwajah kacak. Jadi mudah cairkan hati pelakon wanita. Nak-nak yang baharu nak naik.

kacak sgt ke ex laki elly tu?
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
X fotogenik kot.. kat luar myb hensem giler..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2016 03:52 PM | Show all posts
akuMNdia replied at 1-4-2016 03:47 PM
kacak sgt ke ex laki elly tu?

bagi meols, x der la kacak mana pun.....
tp biasanya pelakon baru ni ambik peluang rapat ngan pengarah sbb senang nak lobi utk next projek..
kot la..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053189 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list