CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tengkuhaadi

[Tempatan] Penumpang Dihidang Nasi Lemak Cicak Dalam Pesawat AirAsia

[Copy link]
Post time 7-4-2016 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku penah makan nasi berlauk kat bangi. Dh sedap2 ambek lauk time nak bayar tuh, lipas lalu atas nasi aku. Depan mata cashier lak tu. Nasib la cashier tuh baik hati suruh ambek nasi lain dgn lauk. Tp mmg xla aku nk ambek kan. Aku sengih je ckp baik2 xnak makan situ dah. Tggu mmbr aku abes makan n blah je. Semenjak hari itu, tidak lah lagi aku menjejakkan kaki di kedai tersebut. Sekian. Lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 12:39 PM | Show all posts
kemaruk replied at 6-4-2016 10:23 PM
Bangkem banyak kali dah terjumpa haiwan dalam makanan nih.. kat hotel, restoran, flight..

Tapi ta ...

betoi tu bangkem...
dah la pramugara mintak nak tkar die tak  kasi...pastu nak viralkan sambil buat report polis, atas sbb keselamatan...keselamatan apa?
bukannya pramugara paksa gak dia makan cicak tu

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicak adalah binatang paling jijik dalam dunia ni

Moga cicak pupus cepat
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:47 PM | Show all posts
tengok lah biji mata cicak tersembul
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:52 PM | Show all posts
mzzenma replied at 7-4-2016 12:42 PM
Cicak adalah binatang paling jijik dalam dunia ni

Moga cicak pupus cepat

cicak ialah binatang tanpa apa apa yakni telanjang, suka tengok orang mandi

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 12:56 PM | Show all posts
krustykrab replied at 7-4-2016 12:39 PM
betoi tu bangkem...
dah la pramugara mintak nak tkar die tak  kasi...pastu nak viralkan sambil bu ...

dia viralkan tuk lu la tu...lain kali time makan jangan asik berforum tgk fon je...tengok apa lu makan sekali.

faham?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 12:56 PM | Show all posts
kemaruk replied at 6-4-2016 10:39 PM
Kalau cicak dalam air minuman memang melampau la..

Kalau lalat ke, semut ke, ulat ke.. anggap t ...

Bang kem, sejenis mcm bil fp lah,masa Balik malaysia
Bawak pergi rumah makcik yg daif,tua,rumah buruk,
Segan gak,sbb pikir org asingkan,takut tak biasa.
Makcik ni hidangkan air yg mmg penuh semut mati,
Barangkali xnampak kot,aku nak buang air tu,dia teguk Sampai habis.
Dia cakap ala fearfactor org lg Leh makan mcm2.


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:01 PM | Show all posts
afheyz replied at 7-4-2016 12:20 PM
Aku penah makan nasi berlauk kat bangi. Dh sedap2 ambek lauk time nak bayar tuh, lipas lalu atas nas ...

Ada org mmg Jenis gini.jiran aku cina Singaporean,,mmg amat teliti bab kebersihan.
Rumah dia pun tgk je dah Tahu.satu hari dia Ajak kita org satu famili makan luar,
Masa Kat Restoran ni,Dlm Ekon Tp Ada lalat,lalat ni hinggap kejap je Kat straw anak aku,
Dia panggil waiter Suruh Tukar straw,Sampai 3 kali.
Masuk kali Ke 4 dia panggil Dan Tanya sy makan Kat Sini untuk makan dgn lalat Sekali Ke??
Aku nak tergelak pun Ada.tp tak adil nak judge,sbb tiap org kan lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 01:09 PM | Show all posts
kalau termakan tu mesti rasa kenyal2 pahit
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cicak tu mcm rupa ikan bilis. Kalo tak tengok betul2, mesti dah kunyah dan telan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:27 PM | Show all posts
jari-jari halus mas
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:53 PM | Show all posts
klu kena kat kedai...bgtau pelayan...tukor menu len terus...xmo dah yg sama
kot mrk bawak masuk dapur...buang lalat..ulat ke...bg mknn sama kat kita..
eeiii...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 6-4-2016 10:23 PM
Bangkem banyak kali dah terjumpa haiwan dalam makanan nih.. kat hotel, restoran, flight..

Tapi ta ...

Bg Bengkam yg haram babi bkn cicak...lgpon nasi lemak cicak meme sarapan kegemaran bengkam...kahkahkah.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 7-4-2016 02:00 PM
Bg Bengkam yg haram babi bkn cicak...lgpon nasi lemak cicak meme sarapan kegemaran bengkam...kahka ...

Babi menjijikkan
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:20 PM | Show all posts
afheyz replied at 7-4-2016 12:20 PM
Aku penah makan nasi berlauk kat bangi. Dh sedap2 ambek lauk time nak bayar tuh, lipas lalu atas nas ...

Geli aku dengar cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lipas, cicak, ulat semuanya bangkem dah rasa..

Kalau nak tau korang termakan benda tu tak, kalau rasa berangin kelat tu sama ada lipas atau kumbang atau cicac lettew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 7-4-2016 12:39 PM
betoi tu bangkem...
dah la pramugara mintak nak tkar die tak  kasi...pastu nak viralkan sambil bu ...

Supaya dia orng x blh ' suka2 lu jer',bg wa mkn cicak....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:04 PM | Show all posts
AirAsia siasat dakwaan cicak dalam nasi lemak


SHAH ALAM - Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum dan sedang menyiasat aduan mengenai penemuan cicak oleh seorang penumpang ketika menikmati nasi lemak dalam pesawat milik syarikat itu.

Bahagian Komunikasi AirAsia berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan bagi mendapatkan fakta dan punca pencemaran yang dikatakan oleh penumpang tersebut.

"Pihak kami telah berkomunikasi dengan penumpang itu bagi mendapatkan fakta sebenar, namun apa yang dikesali ialah penumpang itu tidak menyerahkan dengan kadar segera makanan itu kepada kami bagi membolehkan kami mengenal pasti punca pencemaran itu," katanya dalam satu kenyataan medianya, hari ini.

Menurut AirAsia lagi, pihaknya mengambil serius perkara itu kerana ia melibatkan kepentingan penumpangnya.

"Kami sedang mencari fakta sebenar dan menolak sebarang perbuatan khianat," katanya.

Sementara itu, katanya mengenai dakwaan keracunan makanan, pihaknya akan membantu penumpang itu bagi membiayai perbelanjaan perubatan dan masih menunggu laporan dan bil-bil perubatan penumpang tersebut.

"Pihak katerer kami diperakui oleh ISO 22000: 2005 oleh SGS United Kingdom, dan telah mendapat perakuan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Gred A, Premis Bersih oleh Majlis Daerah Kuala Selangor," katanya.

Terdahulu, seorang penumpang yang dikenali sebagai Waseem Abbas, 27, memberitahu Sinar Online bahawa dia terkejut kerana menemui seekor cicak ketika menikmati juadah nasi lemak yang disediakan oleh syarikat penerbangan tersebut.

"Dalam beberapa suapan saya rasa macam lain macam sahaja sambal itu , saya tanya isteri ini apa? Isteri kata ikan bilis, saya cakap tidak mungkin ikan bilis mempunyai kaki.

"Saya tanya mereka (penumpang lain), mereka 'confirmkan' ini cicak dan bukan ikan bilis, terus saya loya tekak," katanya.

Selepas itu katanya, dia membawa makanan itu kepada kabin krew dan meminta mereka memeriksa makanan tersebut.

Kabin krew kemudian mahu menukarkan nasi lemak itu dengan hidangan lain.

"Saya tidak mahu, selepas itu tiba sahaja saya di Lapangan terbang Antarabangsa Kuching saya membawa nasi lemak itu balai polis dan membuat laporan," katanya.

Sementara itu, katanya pihak syarikat penerbangan itu ada menawarkan penebusan bayaran balik tiket penerbangan namun katanya dia menolak permintaan itu dan berhasrat mahu membawa kes itu ke mahkamah.

“Saya tidak mahu orang lain menjadi mangsa, ini melibatkan nyawa," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 7-4-2016 12:28 AM
Ooo itu ke asal kejadian cicakman..

Bangkem pernah tengok sekali je cerita tu.. memang dah tak  ...

WOI! BKM KAU KE TUDUH AKU MACAI DULU,KAU SKITKN HATI AKU PAHTU KAU BLH PLAK KTA BAIK NI KEMARUK?AKU INGT LAGIIIIIII KAU TUDUH AKU MACAI TAPI POST AKU X MENUNJUKKAN KE ARAH TU PUN! GERAM INGAT BLIK!
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:09 PM | Show all posts
saman airasia...biar airasia saman pembekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.056308 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list