|
[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari
[Copy link]
|
|
are_u2905 replied at 12-10-2017 04:20 PM
Kes JonBenet Ramsey, ratu cantik kanak-kanak pun misteri jgk
Sampai sekarang masih tak selesai..
...
https://www.google.com/amp/s/www.wanista.com/2017/120539/kompilasi-pembunuhan-misteri-yang-tidak-dapat-diselesaikan-hingga-kini/amp/
Pasal si ratu cantik ni..kemungkinan abg dia yg bunuh |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki replied at 14-10-2017 11:59 PM
Yep..disyaki pesakit bipolar..tulaa y misterinye..tangki berkunci kat luar pulak tu.. ikut logic a ...
Itu la..kn best klo ada cctv kt area tangki air tu |
|
|
|
|
|
|
|
ada yg kata bideo lift yg kita tengok tu sekerat2, selebihnya dlm simpanan polis masih dlm siasatan. tp mustahil la kan sbb dah bertahun dah nih... satu apa update psl kes elisa tu pon takda. yg menambahkan misteri lg, background hotel tempat dia mati tu pon boleh tahan angker.
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 15-10-2017 01:00 AM
ada yg kata bideo lift yg kita tengok tu sekerat2, selebihnya dlm simpanan polis masih dlm siasata ...
Yesss..that's right..tampered video..n hotel tu mmg puaka jgk..tu y bt kes ni tersangat misteri. |
|
|
|
|
|
|
|
cctv pun dekat lift ja kan yg elisa lam tu? dekat lorong2 bilik hotel tu xada pun or dlm simpanan. .tp, mmg scaryyyy weh pintu lift tu terbuka ja xttup lgsung. .sdgkan iols ni pun hampir tersepit dek lift sbb lambat masuk. .kah kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
i penah baca Fred rosemary ni,.,gila saiko,,uishh ngeri kalu btembung ngan orang gini
|
|
|
|
|
|
|
|
are_u2905 replied at 12-10-2017 04:20 PM
Kes JonBenet Ramsey, ratu cantik kanak-kanak pun misteri jgk
Sampai sekarang masih tak selesai..
...
Ni ai percaya habam dia yang bunoh. Parents dia pun seswatuh sangat macam tahu sapa bunuh tapi tamau reveal karna anak sundri. |
|
|
|
|
|
|
|
MENGAPA ADIK BERADIK PAPIN MEMBUNUH MAJIKAN MEREKA?
Kiri ke kanan; Lea dan Christine Papin
Bandar Le Mans terletak di barat laut Perancis terkenal dgn pertandingan lumba kereta ’24 Hours of Le Mans”. Namun selain itu, bandar tersebut juga melahirkan berpuluh2 aristokrat, paderi dan ahli muzik ternama – dlm senarai nama anak2 watan kelahiran Le Mans yg terkenal, terselit nama Christine dan Léa Papin. Sumbangan adik beradik ini yg menaikkan nama bandar Le Mans adalah melalui kejahatan. Mereka dikenali seluruh negara Perancis kerana membunuh majikan mereka dan anaknya pd 1933.
Keluarga Papin
Adik beradik Papin datang drpd keluarga yg bermasalah – Ibu mereka bernama Clémence Derré dan ayah, Gustave Papin. Walaupun khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa Clémence hamil hasil hubungan dgn majikannya, Gustave tetap mencintai gadis itu dan mengahwininya pd Okt. 1901. Emilia Papin dilahirkan pd Februari 1902. Walau bagaimanapun, Gustave menyimpan syak wasangka terhadap Clémence yg mungkin masih meneruskan hubungan sulitnya. Oleh itu, ketika anak mereka Emilia berusia 2thn dia memutuskan utk mencari kerja di bandar lain dan membawa Clémence bersama, jauh dari Le Mans.
Clémence yg tidak bersetuju dgn rancangan suaminya itu mengugut dia lebih rela membunuh diri drpd meninggalkan bandar Le Mans. Perbuatan wanita tersebut sesungguhnya hanya menguatkan lg andaian Gustave mengenai hubungan rahsia Clémence dgn lelaki lain. Tidak lama kemudian mungkin sedar akan tindakannya yg bodoh si isteri pun mengalah, mereka berpindah dan mulakan hidup baru.
Hubungan suami isteri itu semakin lama semakin tegang dan ganas; bbrp laporan memberitahu Clémence tidak pernah menunjukkan dan memberikan belaian kasih sayang kpd anak2 mahupun suaminya. Dari segi mental, Clémence dikatakan kurang stabil. Gustave pula beralih arah kpd minuman2 keras. Ketika Emilia berusia 9-10thn, si ibu menghantarnya ke Rumah Anak Yatim Katolik Bon Pasteur. Bertahun kemudian, Emilia menyatakan bahawa dia pernah diperkosa oleh ayahnya. Apabila mencapai usia dewasa, Emilia Papin mengabadikan dirinya kpd gereja dan menjadi seorg biarawati.
Apapun, Clémence melahirkan 2 org lagi anak perempuan, dan kedua2nya juga dihantar ke tempat lain ketika masih kecil lg.
Adik Beradik Papin
Christine dilahirkan pd 1905 dan merupakan anak yg agak bermasalah. Sebaik saja dilahirkan dia diserahkan kpd kakak Gustave – wanita itu sgt gembira kerana dpt menjaganya. Kanak2 itu tinggal bersama ibu saudaranya selama 7thn sehingga Clémence memutuskan utk menghantarnya ke sebuah rumah anak yatim Katolik. Walaupun Christine berhasrat utk menyertai biara, ibunya tidak membenarkan dan kemudian menyuruh anak gadisnya itu mencari pekerjaan. Berbekalkan IQ tahap sederhana, dia juga mempunyai personaliti yg lebih kuat berbanding Léa. Bekas2 majikannya pernah memberitahu bahawa gadis itu adakalanya angkuh. Namun, dia digambarkan sbg seorg yg rajin dan pandai memasak.
Léa pula seorg yg pemalu. Lahir pd 1911, dia adalah anak bongsu dlm tiga beradik perempuan. Hasil penilaian pakar menunjukkan Léa mempunyai tahap IQ yg sedikit rendah berbanding kakaknya, dan dia juga seorg yg pendiam dan sgt patuh. Sejak lahir, Léa dibesarkan oleh abang Clémence sehinggalah lelaki itu meninggal dunia. Kemudian dia dihantar ke rumah anak yatim hingga usia 15thn.
Rumah Keluarga Lancelin di 6 rue Bruyere
Kini Christine dan Léa Papin mencapai umur yg sesuai utk bekerja. Pd 1926 mereka bernasib baik kerana diterima bekerja bersama2 di rumah keluarga Lancelin di bandar Le Mans; René Lancelin, bekas peguam, isterinya Léonie, dan anak mereka yg telah dewasa bernama Geneviève. Mereka mempunyai seorg lg anak perempuan yg sudah berkahwin.
Christine bertugas sbg tukang masak keluarga itu, manakala Léa membersihkan rumah.
Adik beradik Papin dikatakan gadis2 yg baik dan pembantu rumah yg cekap. Setiap Ahad mereka akan berpakaian cantik dan pergi ke gereja, dan mereka mempunyai reputasi di bandar itu sbg pekerja yg gigih dgn bersikap tertib. Dikenali dgn keengganan mereka utk bersosial, Christine dan Léa lebih suka menghabiskan masa sesama sendiri. Setiap hari, mereka diberikan masa rehat selama dua jam selepas makan tengah hari. Berbeza dgn pekerja di rumah2 lain yg akan memanfaatkan masa rehat dgn melakukan aktiviti yg menyeronokkan, adik beradik itu pula gemar memerap di dlm bilik tidur mereka di tingkat paling atas.
Pada thn 1933, adik beradik Papin telah berkhidmat utk keluarga Lancelin selama 6thn. Christine sekarang berumur 27thn dan Léa, 21thn. Pada 2 Februari thn yg sama, Puan Lancelin dan anaknya, Geneviève tiba di rumah pd pkl 5.30 petang, dan mereka mendapati rumah dlm keadaan gelap.Ini adalah kali kedua dlm minggu itu, seterika yg rosak diguna oleh Christine telah menyebabkan fius elektrik rumah mereka terbakar. Apa yg aneh, seterika itu baru saja dihantar balik oleh tukang baiki pd hari yg sama, sambil menjelaskan dia tidak menemui apa2 masalah padanya. Apabila Christine memberitahu Pn Lancelin bahawa seterika itu rosak sekali lg, majikannya itu naik darah dan pergaduhan di antara keduanya pun meletus.
Satu lg punca ketegangan di rumah itu adalah Pn Lancelin sgt cerewet akan hasil kerja pembantu rumahnya. Dia akan memakai sarung tangan putih utk memeriksa sebarang habuk, kerap memberikan komen sama ada baik atau buruk berkenaan masakan Christine, dan menyuruh Léa kembali dan membersihkan sekali lg tempat yg dirasakannya masih kotor.
Namun kali ini semuanya akan berubah di kediaman keluarga Lancelin.
Jenayah Pada Abad Ini
Christine tiba2 mengamuk. Dari bahagian atas tangga pd tingkat pertama, Christine meluru ke arah Geneviève dan mengorek kedua2 mata anak majikannya itu dgn jarinya. Léa dgn pantas mengikuti langkah kakaknya, dia pun menarik Pn Léonie Lancelin. Christine mengarahkannya mengorek biji mata majikan mereka itu, kemudian dia turun ke tingkat bawah utk mendptkan sebilah pisau dan tukul. Apabila dia kembali semula ke tingkat atas, Christine dan Léa membelasah dan mengelar anak beranak malang itu. Adik beradik yg tengah mengganas itu turut mengunakan jug yg diperbuat drpd pewter utk memukul kepala Pn Lancelin dan Geneviève. Pakar berpendapat insiden itu berlaku selama 30 minit. Apa yg pasti, pembantu2 rumah itu telah membunuh kedua2 wanita tersebut dgn kejam sekali.
Encik René Lancelin dan menantu lelakinya tiba di rumah di antara pkl 6.30 hingga 7 petang. Mereka mendapati pintu telah dikunci dari dalam, dan Encik Lancelin tidak membawa kunci rumahnya. Namun begitu, kedua2nya perasan akan sinaran api kecil pd tingkap di tingkat paling atas. Rasa syak akan sesuatu yg telah berlaku di rumah itu, Encik Lancelin dan menantunya pun menuju ke balai polis utk mendapatkan pertolongan.
Penyiasatan
Sebaik saja memasuki rumah itu, polis menaiki tangga dan menemui dua mayat dlm keadaan yg mengerikan. Kebanyakan kecederaan tertumpu pd muka dan kepala mangsa. Walau bagaimanapun, kedua2 belah kaki dan punggung si anak mempunyai kelaran pisau yg dalam. Kedua2 wanita sukar dikenalpasti kerana wajah mereka telah hancur sama sekali. Beberapa batang gigi bertaburan di ruang itu, salah satu biji mata Geneviéve berada di anak tangga paling atas. Para penyiasat kemudiannya menemui satu lg biji mata gadis itu di bwh mayatnya. Tersembunyi di dlm lipatan skarf leher Pn Léonie Lancelin, adalah dua biji matanya sendiri. Mayatnya terlentang dgn kedua2 kakinya terbuka luas, memakai satu kasut saja. Geneviève pula ditemui tertiarap. Di sebelah mayatnya adalah sebilah pisau dapur. Kesemua kuku mereka telah dicabut. Tempat kejadian spt disimbah dgn darah, malah penyiasat mengesan percikan darah di dinding setinggi 2meter dari mayat2 itu.
Mayat Pn Lancelin dan anaknya.
Selepas menemui mayat Geneviève dan ibunya, polis meneruskan pemeriksaan di seluruh rumah. Waktu itu mereka membayangkan sekiranya si pembunuh turut melakukan perkara yg sama ke atas adik beradik Papin. Namun, apabila mereka tiba di tingkat atas, pintu bilik Christine dan Léa berkunci. Setelah tukang kunci berjaya membuka pintu tersebut, pihak polis dgn segera masuk ke dlm dan mendapati kedua2 adik beradik berada di atas katil dgn memakai jubah tidur (ada sumber mengatakan Christine dan Léa dlm keadaan bogel). Bersebelahan katil mereka, di atas kerusi adalah tukul yg berlumuran dgn darah dan beberapa helaian rambut masih melekat padanya.
Nota:
Menurut Frédéric Chauvaud, penulis buku ‘The Fearful Crime of the Sisters Papin’, pada mulanya para penyiasat menemui kedua2 mayat dgn skirt yg diselak ke atas dan seluar dalam pula ditarik ke bwh. Pada waktu itu di Perancis, mengambil gambar bahagian sulit yg terdedah, walaupun utk siasatan polis, adalah sesuatu yg tidak wajar. Oleh itu penyiasat (mungkin juga wartawan) menarik ke bwh skirt mangsa2 tersebut utk melindungi maruah mereka biarpun pihak polis belum selesai membuat siasatan di rumah Lancelin.
Perarakan semasa pengebumian mangsa2 pembunuhan Papin
Tangkapan dan Perbicaraan
Gambar sebaik saja ditangkap polis. Kiri; Léa, kanan; Christine
Ketika perbicaraan berlangsung
Pihak polis menahan kedua2 adik beradik Papin dan membawa mereka ke balai polis. Christine sgt tertekan dan berang apabila polis memisahkan mereka berdua. Akhirnya dia dan Léa dibenarkan berjumpa, dan menurut laporan, melalui perbuatan dan percakapan Christine seolah2 ada hubungan berbentuk seksual di antara kedua2nya.
Mahkamah melantik 3 org doktor utk membuat penilaian psikologi adik beradik tersebut, bg menentukan tahap kewarasan mereka. Christine mempamerkan kebenciannya terhadap org sekeliling dan dia tiada rasa ikatan dgn sesiapa kecuali Léa. Menurut laporan doktor, perasaan kasih sayang Christine terhadap adiknya adalah berbentuk kekeluargaan semata2 dan para doktor tidak dpt mengesan sebarang konteks seksual dlm hubungan adik beradik Papin itu.
Sebaliknya pula, Léa memandang tinggi akan Christine sbg seorg kakak ataupun figura seorg ibu. Keseluruhan penilaian menyatakan gadis2 itu termasuk sejarah keluarga mereka, tidak mempunyai apa2 tanda penyakit mental. Doktor mengesahkan kedua2nya waras dan memberitahu mahkamah bahawa hubungan mereka yg sgt rapat itulah yg membuatkan mereka bekerjasama melakukan pembunuhan tersebut. Maka Christine dan Léa sama2 bertanggungjawab atas kematian Léonie dan Geneviève Lancelin. Motif pembunuhan menurut pihak pendakwaraya? Pergaduhan kecil yg akhirnya jd luar kawalan.
Ketika perbicaraan, pihak juri hanya mengambil masa 40 minit utk membuat keputusan. Seperti yg dijangka, mereka mendapati Christine dan Léa Papin bersalah. Léa menerima hukuman penjara 10thn manakala Christine pula dijatuhkan hukuman mati melalui guillotine. Namun hukuman itu kemudiannya ditukar kpd penjara seumur hidup.
Penjara Le Mans
Guillotine
Mengapa Adik Beradik Itu Membunuh Majikan Mereka?
Kes pembunuhan itu telah menaikkan kemarahan penduduk Le Mans dan menggemparkan seluruh Perancis. Waktu itu belum pernah lg mereka melalui kes yg sgt kejam dan ganas sebegitu rupa. Ramai tertanya2 kenapa 2 org gadis, yg dikatakan tertib dan dilayan dgn baik oleh keluarga yg mengupah mereka, mempunyai kebencian yg sgt mendalam hingga sanggup melakukan jenayah yg terkutuk itu. Sesungguhnya membunuh itu sendiri adalah perbuatan yg sgt keji, tetapi mengorek biji mata mangsa dgn jari adalah perlakuan ganas yg tidak ubah spt haiwan liar.
Para pakar terapi, pemikir falsafah, penulis dsb cuba menghasilkan teori masing2. Sebahagian golongan intelektual bersimpati dgn gadis2 itu dan kesukaran hidup Christine dan Léa sbg golongan kelas bawahan. Mereka melihat jenayah itu berpunca drpd prejudis, perbezaan darjat dan suasana pekerjaan yg menyedihkan. Walau bagaimanapun sesetengah org lagi sgt yakin bahawa adik beradik itu bekerja dlm keadaan normal di bwh keluarga yg baik2, makan makanan yg sama spt yg dimakan oleh keluarga Lancelin, menerima gaji yg lumayan; jadi Christine dan Léa tidak mempunyai motif yg logik utk membunuh Pn Lancelin dan anaknya.
Adakah perbuatan jahat adik beradik Papin berakar umbi dari zaman kanak2 mereka? Ada sumber menyatakan gadis2 itu kekurangan belaian kasih sayang. Namun, adakah ia benar? Walaupun berjauhan drpd ibu bapa, kedua2nya sempat dijaga dan membesar dgn ahli keluarga yg menyayangi mereka. Tambahan pula ketika berada di rumah anak yatim Katolik, tiada bukti menunjukkan bahawa Christine dan Léa didera mahupun diabaikan.
Identiti Ketiga
Sewaktu perbicaraan, doktor yg keempat memberi keterangan – Gadis2 itu tidak normal. Dia beranggapan bahawa hubungan Christine dan Léa adalah penyatuan personaliti dan Léa kehilangan identitinya kpd personaliti Christine yg lebih dominan. Secara dasarnya, tiada “Christine”, dan tiada “Léa”. Si pembunuh adalah hasil gabungan personaliti kedua2nya dan menjadi identiti Ke-3. Pakar terapi psikologi seluruh dunia mula mengkaji hubungan aneh mereka itu.
“Adik beradik tersebut kelihatan spt mengalami penyakit perkongsian paranoid. Keadaan ini selalunya berlaku dlm kumpulan kecil ataupun pasangan, yg menyisihkan diri mereka drpd org sekeliling. Mereka menjalani kehidupan bersendirian dan mempunyai pandangan yg penuh paranoid terhadap dunia luar. Satu perkara tipikal dlm perkongsian paranoid adalah salah seorg akan menjadi lebih dominan berbanding dgn yg lain, dan adik beradik Papin adalah contoh paling tepat.”
Apapun, satu lg teori yg lebih sensasi muncul. Adakah Pn Lancelin mendpt tahu bahawa gadis2 itu mempunyai hubungan sumbang mahram dan homoseksual? Adakah dia melihat sesuatu yg tidak sepatutnya, dan dgn itu gadis2 tersebut bertindak mengorek biji matanya?
Apa Yang Terjadi Pada Dua Beradik Itu?
Christine dipindahkan ke institusi sakit jiwa
Tanpa adiknya, Christine amat sukar menjalani kehidupan di penjara. Semakin hari dia semakin hilang kewarasan dan tertekan. Wanita itu juga lebih banyak membisu dan seterusnya enggan makan. Pihak penjara memindahkannya ke institusi sakit jiwa, tetapi dia tetap degil tidak mahu menjamah makanan sehingga saat kematiannya pd bulan Mei 1937. Dikatakan semasa berada di institusi tersebut, Christine tiba2 hilang pertimbangan dan cuba mengorek matanya sendiri, tetapi sempat diselamatkan oleh pekerja2 di situ.
Léa Papin pula merupakan banduan contoh yg mempamerkan sikap baik, dan dia cuma menjalani 8 thn drpd hukuman penjara 10thn nya. Pada 1941 dia pun dibebaskan. Léa tinggal bersama ibunya di Nantes, Perancis atas nama dan identiti baru, dan bekerja di bahagian pengemasan hotel. Ada yg mengatakan wanita itu meninggal dunia pd 1982. Namun pd thn 2000 ketika pembikinan filem ‘In Search of the Papin Sisters’, Claude Ventura mendakwa dia telah menemui Léa di pusat hospice utk org2 tua di Perancis. Wanita tersebut mengalami strok dan lumpuh separuh badannya serta tidak dpt bercakap. Dia meninggal dunia pd thn 2001.
Léa Papin pd thn 1943
Wanita tua yg dipercayai Léa pd thn 1999
WIKIPEDIA
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nice one. Tq TT.
|
|
|
|
|
|
|
|
tq for update TT |
|
|
|
|
|
|
|
i baru tgk kat utube kisah ni tapi lama dlm 20 minit terus i malas nak tgk sampai abis. thanks u boleh i baca
|
|
|
|
|
|
|
|
i ols selalu gak baca ;last meal utk inmate..kesian..mkanan terakhir..kebanyakan suka coklat..maybe utk tenangkan diri
|
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 20-10-2017 12:20 AM
MENGAPA ADIK BERADIK PAPIN MEMBUNUH MAJIKAN MEREKA?
Nice one. Rasa sesuatu sgt tenung gambar Christine sgn Lea lepas kena tangkap tu. Christine nampak bengis, muka mcm lelaki and nampak psychotic renungan matanya tu Lea terikut2 dgn personaliti kakak yg dominant. Korek mata tu ganas gila ya |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks new story dani. Papin sisters ni misteri nya motif dan ekstrim sangat cara pembunuhan korek2 mata sampai hancur muka. Tapi sampai tahap christine tu pun hampir korek mata dia sendiri mungkin sejarah silam zaman kecil banyak mempengaruhi minda dan tindakan dia masa dewasa. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang sadis dua beradik bunuh majikan dia. Mungkin juga dorang ni kurang kasih sayang dri mak bapak sendiri. Jadi, pertalian adik beradik tu jadi rapat. Whatever they do, mesti together. Cuma motif diorang bunuh majikan tu macam tak kukuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya theory yg ada personaliti ke tiga tu masuk akal...sbb diorang mcm duk berdua je..
papin ni kalu buat movie best gak..ke dah ada? |
|
|
|
|
|
|
|
TT nnt nak request yg kes Azaria Chamberlain tu. Antara kes paling famous kat Australia. Mula2 tau pasal kes baby kena bunuh dgn dingo tu masa sekolah dulu tgk TV ada film "A Cry In The Dark". Rupanya based on true story. Lps 30++ tahun, in 2012 baru diorang declare yg baby Azaria mmg mati sbb kena attacked dgn dingo and bkn mak dia bunuh. Nak tau ape jadi dgn adik dia yg lahir masa mak dia dlm penjara. Kes ni mmg menarik sgt |
|
|
|
|
|
|
|
baru jah check... Tiga filem - Murderous Maids, Sister My Sister dan In Search of the Papin Sisters.
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the suggestion, moonbug
filem lakonan meryl streep kan? samalah, ai pun masih sekolah masa mula2 tengok filem tuh. first time juga dpt tahu psl hewan dingo.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|