|
BORAK KOSONG CHAT GOSIP ULASAN LUAHAN DAN BERSANTAI VOLUME 35
[Copy link]
|
|
Author |
Post time 19-5-2021 03:23 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
seribulan replied at 19-5-2021 01:48 PM
Konpem dah ke negatif? Habis kuarantin dah kan...
Habis lama dah, now tgh tak keje department sy tutup |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 19-5-2021 02:23 PM
Habis lama dah, now tgh tak keje department sy tutup
Mak aiiiii... |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pada 19 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,075 kes
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Kelantan : 441 kes
Perak : 220 kes
Kedah : 445 kes
Melaka : 122 kes
Pahang : 150 kes
Terengganu : 203 kes
WP Labuan : 14 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 6 kes |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 19-5-2021 02:06 PM
Xtau tp mcm keras. Bantat ke apa.. keypo mmg xreti handle coklat.. few times buat still xjadi.. di ...
Ni WFH tapi masuk opis jap...key in data huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 19-5-2021 02:08 AM
Hai sarah selamat hari raya, maaf zahir batin. Camana raya hang? Mesti meriah nih
Muahahaha.. Raya pertama ketupat palas aku buat habis.. Siap kwn cucu opah tanya..buka utk tempahan tak |
|
|
|
|
|
|
|
JJ Cari Forum
SHAH ALAM - Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba tular di laman sosial 'perang' laksa dari Kedah dan laksa dari Johor hingga ada warganet mempertikaikan jenis ikan yang digunakan dalam masakan kegemaran rakyat Malaysia itu.
'Perang' tersebut dikatakan bermula di sebuah grup masakan berkongsi ilmu kuih-muih yang mana seorang wanita dikenali Sarah Az-zahra telah berkongsi resipi laksa Johor menggunakan ikan kembung.
Namun kemudian 'peperangan' itu menjadi hangat apabila seorang suri rumah bernama Ummi Sarah Az Zahra berkongsi resepi cara membuat laksa Johor menggunakan ikan sardin di grup terbabit.
Pada mulanya, warganet memberi reaksi positif di atas perkongsian resipi itu bagaimanapun tampil pula seorang wanita dikenali Siti Rahmah Ahmad memuat naik komen menggunakan ikan tenggiri untuk membuat kuah laksa Johor kerana dakwanya ikan kembung atau selayang hanya layak untuk orang utara atau pantai timur sahaja.
Katanya, "Kalau tak ada ikan parang guna ikan tenggiri, jangan jatuhkan standard kami orang Johor dengan menggunakan ikan kembung atau selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur".
Komen berbaur kecaman telah meledakkan kemarahan penggemar laksa dari seluruh negeri.
Malah ada juga warganet yang menyokong kenyataan Siti Rahmah mengenai penggunaan ikan tengggiri dalam masakan laksa yang disifatkan lebih enak.
"Laksa Johor memang sinonim dengan guna ikan parang atau tenggiri. Saya sependapat dengan Siti Rahmah. Kuah laksa Johor sangat beza daripada kuah laksa negeri lain kerana ikan yang digunakan.
"Kalau guna ikan kembung atau ikan sardin, ikan selayang itu boleh tapi rasanya macam kuah laksa Penang atau laksa Kedah. Untuk jaga keunikan laksa Johor jenis ikan yang digunakan adalah penting. Maaf kerana saya penggemar laksa Johor yang tulen," jelas Azizah Abd Gani.
Tidak kurang itu juga, penyokong laksa Kedah juga tampil memberi hujah mereka hingga terjadilah 'perang' antara laksa Johor dan laksa Kedah.
Kata Mastika Halim pula, "Sekurangnya kami tak tukar laksa dengan spageti. Apabila laksa dekat peket laksa tu tulis laksa bukan spageti. Apa barang buat laksa letak spageti. Aku buat laksa pakai ikan kayu ke sardin ke, setakat tenggiri dengan parang tu buat ikan masin je. Orang nak buat laksa, dia pun nak buat laksa".
Sementara itu, bagi meredakan keadaan, Amnah Mat Noor tampil memberitahu, "Saya orang kayangan... tapi saya buat laksa Johor pakai kembung besar... sedap hingga menjilat jari... yang penting rajin masak dan ada ikan kurau kering, masak dengan kasih sayang, tak kira ikan apa sekali pun, jangan menghina".
Ujar Intan Yuniza pula dalam nada berseloroh, "Saya pakai ikan paus ramai boleh makan, pakailah apa pun jenis ikan tetap sedap, kalau pakai daging atau ayam tu yang pelik. Jangan gaduh-gaduh pasal masak dah kenapa buat malu ja cek oiiiii... dah berdamailah ye.. 0-0. Selamat Hari Raya maaf zahir batin".
Malah ada juga menyatakan komen-komen tersebut hanya sekadar gurauan.
Selain itu, Murni Che Mat menyatakan dalam masakan kuah laksa, boleh menggunakan pelbagai jenis ikan sekalipun mengikut cita rasa masing-masing dan tidak perlu diperbesarkan isu yang kecil.
Rata-rata warganet juga bersetuju dengan kata-kata positif daripada Murni Che Mat dan berharap perkara itu tidak berlarutan dan menyarankan orang ramai menggunakan bahasa yang lebih sopan kerana bahasa mencerminkan budaya bangsa.
"Budi bahasa budaya kita... jaga pertuturan. Komen dan penulisan kita mencerminkan siapa diri kita. Wanita tak seharusnya nampak tak sopan sis...," kata Lyana Kmarudin.
Sehingga Rabu, posting resipi laksa itu meraih lebih 4,700 komen dan 4,500 perkongsian dari warganet.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 19-5-2021 01:21 AM
hebat sungguh mesia ni
UK besar, sebuk dan without lockdown anymore ni pon 1000-2000+ je
mesia d ...
Terus 6,000++...
Pada 19 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,075 kes
Pecahan setiap negeri:
Selangor : 2,251 kes
Sabah : 160 kes
Johor : 699 kes
WP KL : 660 kes
Sarawak : 323 kes
Pulau Pinang : 183 kes
Negeri Sembilan : 189 kes
Kelantan : 441 kes
Perak : 220 kes
Kedah : 445 kes
Melaka : 122 kes
Pahang : 150 kes
Terengganu : 203 kes
WP Labuan : 14 kes
WP Putrajaya : 9 kes
Perlis : 6 kes |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 19-5-2021 11:46 AM
hi sche, i feel so angry today sbb ada manusia yang still x faham covid ni. Depa pegi beraya lepas ...
Sabar mod, bwk brtendang, eh, bertenang. Den dah at loss for words dah tgk figures hr ni. Selangor tu ya ampun. Nk mintak transfer keje balik kpg den je la klu camni. Sana byk gak tp xler seteruk selangor ni |
|
|
|
|
|
|
|
adila39 replied at 19-5-2021 11:49 AM
tu la i gi buat milo pastu gi makan roti.
lepas subuh terlelapp pastu incoming call terkejut b ...
Ni dah balik lom ni? Ke masih kat station? |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-5-2021 01:49 PM
Pe cite hari ni?
Hr ni busy berurusan dgn opis psl wfh + cuti den. Lemau aih. Lmbt respon. Ni masih pending their action ni ha. |
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-5-2021 01:58 PM
Bekpes lunch pe?
Ni tadi bekpes hash brown, burger sosej & kopi...
Lunch pula nasi lemak...:love ...
Wah, bekpes omputeh gittew Lunch balik jd melayu Den bekpes kek horlick 3 potong kecik with coffee milk. Lunch-cum-tea den sat td nasik grg usa. Dap. |
|
|
|
|
|
|
|
Hallo, yang ni baru balik opis...key in data...WFH sebenarnya...
|
|
|
|
|
|
|
|
keypochino replied at 19-5-2021 03:06 PM
Xtau tp mcm keras. Bantat ke apa.. keypo mmg xreti handle coklat.. few times buat still xjadi.. di ...
Klu mendap kt tgh, mgkn kurang tepung, atau oven terlalu pns mod. Klu bantat plak, mgkn terlebih pukul batter tu |
|
|
|
|
|
|
|
Amandaminaj96 replied at 19-5-2021 03:23 PM
Habis lama dah, now tgh tak keje department sy tutup
Hai manda selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin
Dept manda tutup baper lama? Ni kira cuti la kan while waiting for it to be operating again? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni krup krap kerepek peria katak...niece order...
Td singgah mart dpn rumah, borong sate daging Ramly, baby crab, terubok, cencaru, tahu bergedil, lobak putih & terung pjg mini...nak.posa, ABC lak...huhu.
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-5-2021 03:53 PM
. . . .
Perak lak consider nk lockdown, Selangor ni mcmana? Xkn still nak watlek watpis je? |
|
|
|
|
|
|
|
sarah82 replied at 19-5-2021 03:55 PM
Muahahaha.. Raya pertama ketupat palas aku buat habis.. Siap kwn cucu opah tanya..buka utk tempaha ...
Wowwie, mesti sedap ketupat hang nih. Ok apa klu hang amik tempahan, side income tu |
|
|
|
|
|
|
|
Tahu xpe...Dato Harussani pun dah Covid...Kedah dah 400++ cam Kelantan...Johor pun mencanak
|
|
|
|
|
|
|
|
seribulan replied at 19-5-2021 04:18 PM
Hallo, yang ni baru balik opis...key in data...WFH sebenarnya...
xleh key-in kt rmh ke data tu? Ke sbb confidential file? |
|
|
|
|
|
|
| |
|