BERBISA...Abdul Manaf Mamat (kanan) meraikan jaringan kedua Terengganu.
DUA jaringan berharga Abdul Manaf Mamat pada separuh masa pertama memastikan Terengganu selangkah ke pentas final Piala Malaysia 2011 sekali gus hampir memadam “Misi 33”yang membara di kalangan pemain Selangor.
Kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi memberikan kelebihan selesa kepada skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim bagi menghadapi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Sabtu ini.
Kealpaan dan kelalaian pemain Selangor yang diketuai pemain pertahanan kiri, P Gunalan dalam merantai gerakan lawan jelas menghukum tuan rumah sehingga membolehkan pelawat menguasai sebahagian besar permainan.
Malah semangat membara Selangor yang mendapat sokongan 25,000 penyokong tersentak ketika perlawanan hampir memasuki minit pertama apabila penyerang sensasi Terengganu, Abdul Manaf membuka jaringan buat juara Piala FA itu.
Belum sempat barisan pemain Selangor mengemaskan permainan, Abdul Manaf sekali lagi menghukum anak-anak buah P Maniam menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-32 untuk mengecewakan penjaga gol Selangor, G Jeevananthan buat kali kedua.
Dua jaringan itu menceriakan kira-kira 5,000 penyokong Terengganu dan jelas mengganggu perancangan awal Maniam yang menggunakan pemain tengah, Azidan Sarudin sebagai penyerang sehingga terpaksa memasukkan Rudie Ramli pada minit ke-36 untuk menguatkan jentera serangan.
Ketiadaan kapten berpengaruh, Mohd Amri Yahyah yang mengalami kecederaan jelas mengganggu rentak Selangor apabila gerakan mereka sering kali berjaya dipatahkan barisan pertahanan lawan sehingga menyaksikan penjaga gol Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli jarang diuji.
Malah gandingan beberapa pemain tengah berpengalaman diketuai Mohd Safiq Rahim gagal merencanakan serangan berbahaya Selangor ke kubu lawan sebaliknya lawan tenang menguasai permainan.
Walaupun cuba meningkatkan rentak permainan, Selangor masih gagal mencari sebarang gol sebagai bekalan untuk dibawa ke Kuala Terengganu sekali gus menyaksikan mereka terpaksa mencari tiga gol tanpa bolos sekiranya mahu menempah tiket ke final.
Kemenangan itu membolehkan naib juara Liga Super yang menyingkirkan juara bertahan, Kelantan pada suku akhir minggu lalu semakin hampir untuk menjulang Piala Malaysia yang kali terakhir dijulang mereka pada 2001.
memang cantik gol pertama manaf...
gol kedua tak kurang hebatnya...
jebat_ensem Post at 19-10-2011 09:25
Tahniah penyu....kekalkan prestasi cemerlang agar dapat ke final dan seterusnya menjulang Piala Malaysia utk kali ke2, walaupun rata2 penganalisis menyebut team lain (bukan Ganu) akan menang (rujuk kepada Sathia, Coach Kelantan, etc). T-team lebih diberi kepercayaan untuk menang berbanding abangnya. I wonder why?
Tahniah penyu....kekalkan prestasi cemerlang agar dapat ke final dan seterusnya menjulang ...
Teh_90 Post at 19-10-2011 11:00
Tahniah Ganu masuk final Piala Malaysia. Tak menang malam tadi kerana tidak bernasib baik. Mungkin kerana tekanan, rata2 orang kata Ganu boleh menang...Harapkan kesemua kesebelasan pemain dikekalkan pada musim depan...insyAllah ganu akan dapat bolot semua piala yang dipertandingkan. Tahun ni prestasi ganu terbaik, walaupun majoriti pemain muda -Juara Piala FA, Naib juara Piala Mlaysia dan Nasib juara Liga......Tahniah dan lipatgandakan usaha......bangga dengan perkembangan sukan Terengganu