CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
aturcara This user has been deleted
Post time 28-11-2006 11:33 PM | Show all posts
up kan kejap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 02:18 AM | Show all posts
ASM.
moga anda semua sihat!
ada yg tanya maksud "dilesen" kan untuk guna amalan tu apa? aku cubalah nak jawab kat sini, tapi tentu ramai yang dah tau. Moga Allah bantu kita...
Pada tahu aku, urusan yang melibatkan makhluk halus ni ada dua bahagian. Satu sebagai pertahanan diri dan satu lagi sebagai senjata serangan. Kita kena pilih antara dua ni, nak pakai yang mana. Kalau tak, amalan tu jadi "confuse" sikit, maklumlah arahan tak berapa nak tepat. Kalau kita nak buat pertahanan diri, kena buat dengan kaedah yang betul kalau kita nak buat sebagai senjata serangan, part ini kena buat baik-baik.
DI"lesen" maksudnya kita mengambil amalan tersebut daripada guru yang muktabar. COntohnya bacaan fatihah. Biasa di amal oleh semua orang sebagai amalan umum. Tetapi sebenarnya, kalau kita nak buat amalan khusus, sebaik-baiknya kita ambil bacaan tu dari guru. Kita ambil secara talaqi, guru akan semak bacaan kita, confirmkan bacaan tu betul tajwid, makhraj huruf semua, dan guru akan perturunkan bacaan itu kepada kita melalui apa yang ada orang kata "baia'h". Kita terima bacaan itu dengan sistem teratur dan kita punyai "lesen" untuk mengamal. Aku harap itu paling simple lah aku boleh cerita dan moga aku tak salah. Contohnya dahulu, masa Rasulullah terima bacaan Al-Quran,Jibril akan semak bacaannya. Kemudian adalah silsilah bacaan turun kepada sahabat, turun pada sianu dan akhirnya guru kita dan akhirnya kita. Kalau orang tanya dimana engkau ambil bacaan ni, kita boleh jawab dengan yakin, silsilah bacaan dan khaifiat bacaannya sekali tanpa ragu-ragu.
Sebab itulah bacaan Fatihah orang di Darulshifa contohnya, kesannya berbeza dengan bacaan fatihah orang yang sakit. Sebab kaedah bacaan itu diterima adalah berbeza. Itu contohlah.
MAcam yang Kupia kata, kalau aku tak silap Imam Malik kirim terompah saja untuk buat ubat. Itu memang 100 peratus betul. KAlau kita fikir secara logik memang tak dapat jawab. Tetapi jawabnya memang sah ada dan boleh dijelaskan.
Di Malaysia sekarang sebenarnya ramai orang yang berkebolehan begini. Kadang tu tok guru atau orang-orang begini pun sibuk dengan urusan dunia jugak. Maklumlah, kita semua manusia biasa. So kena lah kirim kan benda lain sebagai wakil. Ada yang kirim pen saja, hantu hanti semua lari!
Kalau boleh aku sarankan, kut-kut boleh berguna, amalan tu jangan terlalu banyak tetapi berterusan. Ingat saja teras paling penting, makhluk halus tewas pada orang Ikhlas dan Nur yang terpancar dari kita atau bacaan yang kita baca. Memanglah dia akan melawan tapi kalau dah terbakar, nak melawan apa beb...

WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 08:31 AM | Show all posts
Originally posted by batricia at 28-11-2006 09:55 PM
alamak..kupia...

saya selalu mimpiberada di tempat najis, memang selalu, lepas tu  kadang2 dlm mimpi jumpa anjing hitam, mimpi jumpa orang / lembaga yang hodoh sangat muka dia...kalau mimpi oran ...



officemate cc tpt lama dulu selalu mimpi anjing itam...sekor je...menyalak2...dia p check2, rupanya saka...tak tau la betul ke dak..minah tu nak buang, tapi syarat yg ditetapkan perawatnya (tak tau perawat kategori mana - ustaz ke or dukun penangkal ilmu teluh ke...hehehe...gelaran tu aku sesaja je bagi...maksud aku dukun2 bukan guna ayat qur'an...yg tu aku tak pasti...yg pasti minah ni mencari janda berhias, kerana dukun tu suruh dia beri air kelapa yg dijampi tu kepada janda berhias tu...then janda berhias tu kena masukkan air kelapa tu kat mulut dia dan sembur sama itu minah...diberitakan saka dia ni menyebabkan di kala2 tertentu, muka mak dia akan jadi lebam separuh...isy!! seliseh....!!! serem je kitorang dengo citer dia...aku rasa kalau ada la janda berhias kat situ, mau diorang tak mo ngaku!!! takut seh....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 08:32 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 28-11-2006 11:32 PM


betul kata Kupia tu..pergila kat Darulsyifa' atau darussalam..kita yakin kat dua tempat ni je skrg ni...sebab perawat lain banyak yang guna pedamping..


rasanya tajuk ni boleh merge ngan ta ...



sori ye aturcara...cc tak sempat belek... sebab eager nak tanya...:love:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 28-11-2006 04:28 PM
harum... lama tak nampak.. ko dah ok ke?


hai fawabi, sori tak perasan ko tegur, alhamdulillah, beransur baik cuma suhu badan tak stabil, kejap demam kejap ok, ari senin baru ni dr ada ambik xray coz takut jangkitan paru2, demam lama sangat, tapi tak leh detect apa2.. paru2 ok.....  tapi keadaan aku much more better than before, alhamdulillah...

fawabi, ko pun pernah kena pengasih kan...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 11:19 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 28-11-2006 09:22


SS, kira ko hebat dari aku le, aku lepas 4 kali dah padam,.. time tu le mata berat nak tidur aje.. bacaan pun dah tak betul.. :geram:




ko pun kira hebat fawabi.....aku bacaan kali kedua jerk aku dah kelam kelibut......tajwid ntah kemana...mata plak dah setat ngantuk...bila naik atas katil ok plak mata ni....tensen jerk.......(ngada2 mata aku ni)


skrg ni aku dah start risau baliklah....dah bape malam aku xleh tido....pala aku plak dah setat pening yg melampau....(akibat x cukup tido kot)......klu aku tido pun sekejap jerk...pastu mesti mimpi yg bukan2.....ntahlah.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2006 12:06 PM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 29-11-2006 10:44 AM
hai fawabi, sori tak perasan ko tegur, alhamdulillah, beransur baik cuma suhu badan tak stabil, kejap demam kejap ok, ari senin baru ni dr ada ambik xray coz takut jangkitan paru2, demam lama sangat, tapi tak leh detect apa2.. paru2 ok.....  tapi keadaan aku much more better than before, alhamdulillah...

fawabi, ko pun pernah kena pengasih kan...



harap ko sihat la ye haruim... benda tu nak kacau sistem saraf ko pulak ke? ke sebab weather sekang tak berapa nak sihat kot harum,....

pat pengasih ni,.. ada yang kata ada, ada yang kata tak de.. kalau refer kat tanda-tanda yang kupia dah list down ada kena kat aku lah,.. tapi aku selalu nak cuba bersangka baik lah... tak kot?.. xbf aku takkan buat lah, org lain pun takkan buat.. :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 12:11 PM | Show all posts
Originally posted by raiqah at 29-11-2006 11:19 AM
ko pun kira hebat fawabi.....aku bacaan kali kedua jerk aku dah kelam kelibut......tajwid ntah kemana...mata plak dah setat ngantuk...bila naik atas katil ok plak mata ni....tensen jerk.......(ngada2 mata aku ni)


skrg ni aku dah start risau baliklah....dah bape malam aku xleh tido....pala aku plak dah setat pening yg melampau....(akibat x cukup tido kot)......klu aku tido pun sekejap jerk...pastu mesti mimpi yg bukan2.....ntahlah.....


iqa,.. tang 4 kali tu pun.. gagah-gagahkan jugak,.. sangap puny ebanyak kali.. tapi aku tahankan jugak.. tapi la ni dah tak buat dah.. makin pemalas aku rasa dah ni.. nak kena sepak aku nih..

ko dah start kena mimpi ngeri ke iqa?... ish.. dasat "menda" tu sekang ye.. dah main masuk dalam mimpi plak dah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2006 12:48 PM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 29-11-2006 12:06 PM



harap ko sihat la ye haruim... benda tu nak kacau sistem saraf ko pulak ke? ke sebab weather sekang tak berapa nak sihat kot harum,....

pat pengasih ni,.. ada yang kata ada, ada yang kata  ...


hopefully it's bcoz of the weather (aku blaja bersangka baik dari ko ni...haha)

bagusla ko ni fawabi, sentiasa bersangka baik...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 03:33 PM | Show all posts
CARA CARA TUKANG SIHIR MENGHADIRKAN JIN

Umumnya berlaku kerjasama antara tukang sihir (TS) dengan syaitan.   TS kakan melakukan kerja kerja yang bersifat kemusyrikan dan kekafiran secara sembunyi atau secara terang terangan. Sebagai balas jasa syaitan akan melayani kehendak TS tersebut.  Sepakat antara TS dengan pemimpin dari kalangan jin dan syaitan maka para pemimpin ini akan memerintah bawahannya supaya melayani kehendak TS dan mentaati perintahnya dengan bermacam tugas yang diingini oleh TS. TS akan memanafaatkan jin yang ada untuk kerja kerja yang bersifat kejahatan.  Jika jin yang diperintah itu membantah tidak mahu mengikutnya, TS akan melakukan pendekatan dengan pemimpin jin itu maka pemimpin itu akan menghukumnya dan menundukan jin yang lain supaya melayan TS yang sudah jadi musyrik itu.

Kerana itu hubungan antara TS dengan jin yang berhasil ditundukkan adalah hubungan yang bersifat kebencian dan permusuhan.  Ada kalanya jjin suruhan ini  akan menyakiti TS ini tanpa diketahuinya dengan cara mengganggu keluarga dan harta bendanya.  Ada TS yang tidak mempunyai anak kerana janin dari anaknya dibunuh oleh jin ketika dalam kandungan lagi.

Untuk mendatangkan jin ada banyak cara yang dilakukan oleh TS dan umumnya dengan cara kemusyikan dan kekufuran.

1.    Bersumpah atas nama jin dan syaitan -   TS akan masuk dalam satu bilik gelap dan akan menyalakan api atau tempat bakar kemenyan. Jika tujuan untuk memisahkan dan menimbulkan permusuhan maka kemenyan yang dibakar adalah dari jeni s yang berbau busuk, kemudian TS akan membaca azimat azimat mentera yang berupa kemusyrikan yang mengandungi sumpah atas nama pemimpin  atau tokoh tokoh jin berkenaan. Setelah itu akan muncul bayang dalam bentuk anjing, ular atau lain lain atau kadang kadang hanya terdengar suara.  TS pun memerintahkan apa yang dihajatinya.  Jin sangat suka pada tempat tempat yang gelap dan dapat makanan dari bau asap yang tidak disebutkan nama Allah padanya serta suka mendekati orang orang yang bernajis.

2.   Menyembelih binatang.  TS akan menyembelih binatang yang berupa burung, ayam atau lain lain yang umumnya berwarna hitam kerana jin mengutamakan warna hitam.  Binatang yang disembelih tanpa menyebut nama Allah dan dilontarkan ke satu tempat yang biasanya jadi tempat tinggal jin. Kemudian TS sihir akan pulang kerumah membaca azimat mentera mentera musyrik dan memerintahkan jin untuk melakukan apa perkara yang dihajat.

3.   Melakukan Maksiat Pada Diri Sendiri.  TS siap menjadi pesuruh kepada para pemimpin syaitan untuk melaksanakan perintahnya dengan cara melakukan kemusyrikan dan kekufuran yang besar dan keji.  TS akan menjadikan Al-Quran sebagai alas kaki untuk masuk kedalam tandas dan di dalam itu dia membaca mentera mentera kafir kemudian keluar kebilik memerintahkan jin untuk melakukan kejahatan.  TS seperti ini disyaratkan untuk melakukan perbuatan dosa besar seperti zina, mencaci ugama dan sebagainya.

4.  Menulis ayat ayat Quran dengan menggunakan najis.   Dalam hal ini tukang sihir menulis salah satu dari ayat Al-Quran dengan menggunakan benda yang bernajis, seperti darah haid atau benda benda bernajis yang lain, selepas itu ia membaca mentera mentera musyrik sehingga jin yang dkan diperintah melakukan perkara yang diinginkan.

5.  Menulis ayat Quran secara terbalik atau songsang - TS menulis ayat ayat A;-Quran secara terbalik atau songsang, iaitu dari belakang kedepan, selepas itu ia mengucapkan azimat yang mengandungi kemusyrikan sehingga jin yang diinginkan itu datang untuk menurut segala perintahnya.

6.  Menyembah Bintang - Dilakukan oleh TS dengan cara menunggu munculnya bintang bintang tertentu kemudian berkata kata kepada bintang itu dengan membaca mentera mentera sihir.  Kemudian melakukan gerakan gerakan yang berupa ibadah kepada bintang tersebut dalam keadaan tidak sedar.  Setelah ini para syaitan akan datang untuk memenuhi permintaannya.

7.  Menggunakan tapak tangan - Dilakukan oleh TS dengan cara menghadirkan seorang budak kecil yang belum baligh serta tidak dalam keadaan berwuduk, selepas itu tukang sihir kan mengambil tapak tangan kiri budak kecil tersebut dan membuat gambar segi empat di atasnya.  Dikelilling segi empat itu akan ditulis mentera mentera yang mengandungi unsur unsur kemusyrikan.

8.  Menggunakan sesuatu yang telah dipakai oleh orang - Dilakukan oleh TS dengan mengambil  sesuatu yang pernah dipakai oleh seseorang seperti sapu tangan, songkok, baju atau setiap pakaiian yang mengandungi bau peluh seseorang.  Setelah itu membacakan mentera mentera syirik untuk mendatangkan jin.

Untuk mengenal tukang tukang sihir dalam cara rawatan pengubatan ialah:

Menanyakan seseorang nama dan nama IBUnya.

Menggunakan pakaian atau benda lain yang pernah dipakai oleh seseorang.

Meminta binatang yang mempunyai sifat sifat tertentu untuk disembelih dan kadangkala menyapu darah binatang tersebut ke tubuh seseorang.

Menulis azimat azimat.

Membaca mentera mentera azimat yang tidak difahami oleh orang lain.

Memerintahkan seseorang supaya jangan berjumpa dengan orang lain pada masa tertentu dan berkurung dalam bilik yang tidak dimasuki cahaya matahari.

Meminta seseorang supaya jangan menyentuh air dalam sesuatu masa tertentu.

Memberikan pada seseorang benda benda yang mesti di tanam dalam tanah.

Memberi seseorang kertas supaya dibakar dan perasap dengan asap kertas yang dibakar.

Menulis huruf huruf yang tidak diketahui pada kertas atau atas piring putih dan menyuruh seseorang menuangkan air dan meminumnya..

Jika anda telah melihat tanda tanda yang disebut di atas maka ketahuilah bahawa orang itu adalah tukang sihir dan dengan itu janganlah memohon bantuan kepadanya.  Jika anda masih pergi dan memohon bantuan kepadanya maka anda akan termasuk golongan sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis:

"Barangsiapa yang datang kepada tukang tenung kemudian ia membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kafir kepada apa  yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw"  (HR Al-Bazar).



PS/-  Dipetik dari buku"Mencegah dan Merawat Sihir Gangguan Jin & Syaitan" oleh Sheikh Wahid Abdus Salam terbitan Darulnumantahun 2000.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:21 PM | Show all posts
Untuk mengenal tukang tukang sihir dalam cara rawatan pengubatan ialah:

Menanyakan seseorang nama dan nama IBUnya.

Kebanyakan perawat akan tanya nama ibu kita atau orang yang nak kita 'ubatkan' itu. Betul tak? Ramai jugak orang yang boleh 'scan' ni bertanya nama ibu kita..

[ Last edited by  fawabi at 29-11-2006 04:29 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:22 PM | Show all posts
Menggunakan pakaian atau benda lain yang pernah dipakai oleh seseorang.

Aku nak kongsi satu cerita ye.

Dulu mak aku ada bawak aku jumpa sorang pacik nih, mula asalnye pacik ni sembang ngn mak aku and tanya mak aku how was I doing blah bla blah,. And he said to my mom I mesti liat berjodoh and now (then) sure tgh bercinta.. "ha.. meh sini nak tolong.. rapatkan dia (akulah tu) dgn orang tu (my ex).. tak kisah le dia tu laki orang ke apa ke?" X bf aku hubby orang!!

Makanye, mak aku pun bawak le aku pegi sana, before that dia (pacik) tu mintak RM100 kalau tak silap and kain batik yg dah dipakai oleh either my mom or my dad.. I don't  know for wht purpose lah..

My parents ask me to balik kampong to berubat dgn this pacik lah. Aku ikut aje cakap mak aku and went to see him. He used  the limau nipis dalam air to menilik lah. Entahlah,.. ada yang betul ada yang tak betul. Aku tengok jelah. And he gave me this minyak where I have to menyeru the semangat seorang puteri to mintak tolong lah. Korang mesti kata aku dah tahap mengarut kan.. tapi tht time aku kan tgh sewel jap,.. ikut aje lah kata mak aku.

Aku buat jugak sebenarnye.. for few nites,.. lepas tu aku dah start berdialog dgn diri aku sendiri, buat pe lah aku nak menyeru-nyeru bagai,.. kalau jodoh aku memang dgn ex aku tu, pastilah aku akan settle down dgn dia.. pejadahnye nak mintak kat benda lain ye tak?... lepas tu, aku terus simpan benda tu and soh mak aku buang benda tuh!.

[ Last edited by  fawabi at 29-11-2006 04:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:25 PM | Show all posts
Menulis azimat azimat.

Membaca mentera mentera azimat yang tidak difahami oleh orang lain


Menulis huruf huruf yang tidak diketahui pada kertas atau atas piring putih dan menyuruh seseorang menuangkan air dan meminumnya...


All these three of above kan, actually aku rasalah semua perawat yang aku penah jumpa akan baca (mumble/humming) something yang memang kita tak paham. They'll read it fast sampai kita tak tahu butir apa yg dibaca, agree tak?

And for sure derang bagi air buat minum atau mandi, agree?

Entahlah, aku ni selalu berprasangka!! :p

[ Last edited by  fawabi at 29-11-2006 04:32 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:26 PM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 29-11-2006 04:21 PM
Untuk mengenal tukang tukang sihir dalam cara rawatan pengubatan ialah:


Kebanyakan perawat akan tanya nama ibu kita atau orang yang nak kita ?batkan? itu. Betul tak? Ramai jugak orang yang bol ...



bi, ada yang tanya, ada yg tak tanya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:30 PM | Show all posts
Originally posted by caricari at 29-11-2006 04:26 PM



bi, ada yang tanya, ada yg tak tanya....



KEBANYAKAN beb.. sebab aku dah jumpa dua orang yang tanya nama mak aku before merawat... ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2006 04:33 PM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 29-11-2006 12:48 PM


hopefully it's bcoz of the weather (aku blaja bersangka baik dari ko ni...haha)

bagusla ko ni fawabi, sentiasa bersangka baik...



aku CUBA harum.. masih MENCUBA untuk bersangka baik ni.... aku selalu bersangka tak baik aje sebenarnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 02:21 AM | Show all posts
ASm
Maaf mencelah/menyampuk.
Tentang perawat bertanya nama kita dan nama Ibu tu tak usahlah sangsi sangat. Sebab itu adalah salah satu prosidur biasa dalam perubatan begini. Jangan pula nanti terus kita kata orang tu bela jin ka dll. Memang betul ada yang silap. Tapi tak semua orang yang bertanya soalan ni orang jahil dan tukang sihir. Aku sokong apa yang Kupia kata tu. Dia ni memang baguih.
Tentu ada sebab perawat bertanya dan tak usahla kita tanya dia pulak ngapa dia tanya gitu. Jenuh dia nak explain nanti.
YAng penting, kita jumpa orang yang kita percaya, kita taruh harapan pada dia dan dia pun usaha atas kudrat dia. Kalau Allah izin, jadi yang baiklah.
BAgi akulah, pengetahuan tentang yang ghaib dan halus ni adalah wajib dibelajar oleh semua orang agar kita terhindar dari tidak tahu dan salah anggap. Bukanlah sampai jadi expert tapi cukup sebagai pakaian kita.
WaAllahua'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:08 AM | Show all posts
ni harum nak cerita pengalaman harum berubat kat kuala kedah dulu2 zaman anak dara, harum dah penah citer dalam thread bomoh, yang jelik, yang pelik kalau tak salah...

ciri2 TS yang kupia list down tu memang penuh kat dia, 1st masa mula2 g jumpa dia, dia tanya nama harum then nama ibu, masa tu dia nak scanla, dia guna 3 lembar daun sireh, dia baca something... not very clear, so harum tak sure ayat suci ke hapa... then dia start bukak sireh tu macam bukak buku and dia baca dalam bahasa arab (my cousin yang belaja bahasa arab was with me that time) kemudian dia terjemah dalam bahasa melayu... dia bbaca sejarah hidup harum sebelum sakit dan bagaimana harum terkena sakit ni... yang kelakar tu habis satu ayat, dia minta suku (25sen)... banyak jugak 25sen yang abih masa tu...

that time harum sangsi, tapi dek sebab jahil, n yang atur semua ni maksu harum, harum ikut je... untuk tujuan rawatan, dia minta baju harum yang telah dipakai (tak akan dibagi balik)... dia kata melalui baju tu dia akan pantau 'benda' tu... harum diberi tempoh bertenang 5 ke 7 hari bagi dia memujuk jin untuk keluar, dalam masa tu tiap2 senja mandi limau, takleh makan telur, tak leh pijak tanah... then tiap2 petang maksu kena bakar kemenyan dihalaman rumah (harum tak leh buat, syaratnya orang lain buat)... dalam tempoh tu jugak harum kena bayar kat dia RM untuk sediakan pulut kuning... dia kata tu proses untuk pujuk... bila jin tu nak keluar, dia akan call... masa tu dia kata ada 2 ekor, 1 saka, 1 dihantar oleh seorang perempuan...
5 days later dia call suruh datang... suruh bawak kain 7 warna + kain ela (adik harum kata dia nak wat baju raya la tu), duri 7 batang, buluh 7 ruas (buluh cina kalau tak salah, ingat2 lupala) telur ayam kampung 3 bijik and entah apa2 lagi, tak ingat sangat... tahi besi, kapas, kain kafan dll... bila sampai umah dia, dia kata jin tu nak ayam panggang, kalau tak tak mo kuar, adik harum pun g la beli ayam panggang kat pekan alor setar nun... pastu baru leh buang

proses buang tu kat bilik air, mandi... harum pakai kain 7 kaler tula...dia mandikan, pastu dia pecahkan telur ayam dalam tempurung n letak hujung kaki harum (harum berlunjur masa dimandikan)... then dia pukul belakang harum denagn kuat (sakit tau)... pastu harum jadi macam lembik... dia ambik tempurung berisi telur kat hujung kaki harum dan tujuk kat harum... tau tak, harum terkejut bangat tengok janin kembar kat dalam tempurung tu... busuk yang amat... dia kata janin tu yang dipuja untuk musnahkan hidup harum... dia kafankan janin tu, letak buluh, tahi besi, duri dll bersama janin tu dan suruh hubby sepupu harum hanyutkan kat kuala kedah nun la... dia ada citer Sh. Aini buang susuk ngan dia...

lepas tu harum rasa ok sikit, ringan sikit badan, then harum kawin, sampaila masa peknen gangguan tu datang balik...sekian semoga ambil iktibar, jangan jumpa ngan bomoh cenggini
Reply

Use magic Report

aturcara This user has been deleted
Post time 30-11-2006 08:13 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-11-2006 08:08 AM
ni harum nak cerita pengalaman harum berubat kat kuala kedah dulu2 zaman anak dara, harum dah penah citer dalam thread bomoh, yang jelik, yang pelik kalau tak salah...

ciri2 TS yang kupia list d ...


tula mungkin cara dia mengubat org tu salah..tapi niat dia betul...masa tu harum bagi apa sebagai pengeras?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:14 AM | Show all posts
sebenarnya kos rawatan kat situ agak banyak, tapi sebab nak baik, harum tak kisah...
tapi sekarang harum dah serik... biar lambat baik, tapi cara berubat tu betul... sakit yang datang ada hikmahnya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.563046 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list