adekah kamu seorg yg berhati mulia....smpi sanggup mengenepikan k ...
angura Post at 30-6-2011 18:05
molia tak molia hanya Allah menentukan .....
tidak menyertai demo BERSIH tak bermakna mengenepikan hak .....
hak untuk berdemo juga mempunyai syarat, baca fasal hak berdemo sampai habis jgn baca sepersepuluh, suku, setengah atau tiga suku ... tu mengaji tak abih namo eh ...
TENTERA SABIL SUNGAI MANIK SEDIA TURUN MEMERANGI BERSIH 2.0!!!
Dalam sejarah penentangan terhadap Komunis atau Bintang Tiga mahupun Bintang Satu, nama sebuah pasukan iaitu Tentera Sabil Sungai Manik tidak boleh dipisahkan, sekalipun tidak tercatat dalam buku-buku sejarah mahupun pengiktirafan yang diberikan kepada pahlawan-pahlawan Melayu Banjar seperti Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri dan Kiyai Salleh Batu Pahat.
Kewujudan Tentera Sabil dan Pasukan Parang Panjang Bengkung Merah telah mengubah senario politik negara ini. Tanpa pasukan ini, mungkin negara tidak seperti sekarang, sekalipun kewujudan mereka tidak diiktiraf. Sebagai contoh, yang membela dan menyelamatkan orang Melayu di Batu Pahat adalah Kiyai Salleh, seorang pahlawan dari suku etnik Melayu Banjar, tetapi yang mendapat nama adalah Onn Jaafar, datuk kepada Hishamuddin Hussein, Menteri KDN sekarang.
Sejarah penentangan Tentera Sabil dan Pasukan Bengkung Merah boleh anda baca DI SINI.
Ternyata BERSIH 2.0 menarik perhatian Tentera Sabil yang masih ramai di Sungai Manik. dan selain Tentera Sabil, terdapat juga JUNDULLAH yang bergerak secara senyap. Pasukan ini pernah datang ke Kampung Medan di Jalan Kelang Lama pada ketika orang Melayu dibunuh oleh orang India, manakala di Kampung Rawa, pasukan yang sama juga turut turun. Bagaimanapun, kedatangan mereka telah berjaya disekat oleh pasukan polis bagi mengelakkan lebih banyak pertumpahan darah.
Khabar dari Teluk Intan, pasukan berkenaan dikatakan sedang bersiap-siap untuk turun ke Kuala Lumpur. Sama ada dianggap sebagai pasukan pengganas atau pembela, Tentera Sabil telah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu Teluk Intan, Sungai Manik, Cenderung Balai dan kawasan sekitarnya.
Pada zaman darurat, mereka bukan sahaja ‘membersihkan’ kawasan tersebut daripada pengganas komunis bermuka Cina tetapi ramai juga tali barut komunis yang terdiri daripada bangsa Melayu yang menemui maut akibat direndam di dalam parit tali air. Bahkan ramai juga yang dipancung dan mayat mereka dicampak ke dalam parit taliair.
Mungkin para peserta BERSIH 2.0 menganggap ini hanyalah khabar-khabar angin. Namun Tentera Sabil sebenarnya memang wujud dan 9 Julai nanti, pasti ramai yang hanya mendengar cerita akan melihat sendiri apa sebenarnya yang dinamakan sebagai Tentera Sabil.
Dan perlu diingat, Tentera Sabil sangat membenci komunis dan tali barut mereka, walaupun hanya berbaju kuning bertulisan BERSIH 2.0!!!
aku sokong je..tp kuasa nak bdemo-bdemo ni..skrg ni asik bdemo kat jalan raya je(jammed panjang&beramai2).yg ni pun xtahan.dr satu tempat nak ke satu tempat 3 sekatan kena tempuhi.siap buka bonet,adik aku pakai baju kuning,ttido kena aku kejut,coz polis tu ngat kita org nak g bdemo,pulak tu dlm kete siap bwk gebo selimutkan baby yg kecik tu,nmpk mcm nak pg pjalanan jauh.tp nmpk polis pun tpksa layan je buat sekatan,ada sekatan,tp dok tepi je kat pondok,xda check2.
hangin gak pikir,org tu nak bdemo je,tp keadaanya mcm mencari pengganas yg terlepas.demo dulu tu,kalo bio je,xda lah blaku kerosakkan.siap yg mula kan dulu lakukan kerosakkan??simbah air sume??kalo org2 bn bdemo xpe..xsesak,tutup jln xkisah.nanti jgn lupa kalo ada org2 yg provoke masa phimpunan tu,sila tangkap skali.lama2 aku makin kelakar dgn bijan sorg ni.bukan aku je.abang ipar aku yg org asing,akak aku cite,gelak2 bila tgk berita psl bijan sorg ni.
Nama Sungai Manik terkenal kerana Perang Sabil atau Perang Sungai Manik yang dilakukan oleh orang Melayu semasa Zaman Darurat 1948-1960.
Ketika itu ramai anggota komunis, kebanyakannya berbangsa Cina, telah bertindak membunuh orang Melayu yang dipercayai menjadi kakitangan kerajaan Jepun di Tanah Melayu. Ramai sekali orang Cina di sepanjang Sungai Perak
. Orang Cina membuka kedai emas, kedai runcit dan kedai membeli getah
di tebing-tebing Sungai Perak. Antara kampung yang ramai orang Cina
ialah Kampung Cina di mukim Bandar , Kampung Gajah, Perak.
Tentera Jepun bertindak baik dengan orang Melayu. Tentera Jepun mengambil pemuda Melayu menjadi tentera Jepun dan ada diantaranya dihantar ke Sumatra , Indonesia.
Sebaliknya tentera Jepun telah menyiksa orang Cina dan membunuh
mereka. Dengan kekalahan Jepun, pihak komunis telah menangkap orang
Melayu yang disyakki menjadi talibarut Jepun.
Lantaran itu orang Melayu telah bertindak balas. Puncak Perang Sabil ini ialah di jambatan Sungai Tunku , Teluk Intan , Perak. Di situ sekumpulan pengganas komunis yang naik tongkang , dari Langkap dan Chui Chak
telah bertempur dengan pendekar-pendekar Melayu. Pendekar-pendekar
Melayu cuba mempertahankan diri dan menyerang mereka-meka yang disyaki
tali-barut komunis di sekitar Sungai Manik, Chui Chak, Langkap , Hilir Perak, Kampung Gajah, Bota dan merebak hingga ke Parit, Perak.
Pada ketika itu , orang Melayu yang berketurunan Banjar telah bertindak menyatukan orang Melayu dengan ilmu kebal lalu mengamuk. Amuk dikaitkan dengan kebangkitan secara mendadak orang Melayu menentang pengganas komunis menggunakan pedang atau parang lading.
Seluruh pemuda Melayu telah mengambil air penebat, kain merah ilmu
kebal dan ayat-ayat hafazan dari seorang guru yang berketurunan Banjar.
Mereka amat yakin tubuh mereka kebal dari sebarang tetakan senjata.