|
Tempat2 makan HALAL yang best2 kat Singapore?
[Copy link]
|
|
tu hari aku gi changi hospital nengok kawan aku eksiden moto
then pegi canteen dia.. canteen dia tersembunyik sikit..
Dia punye desseert smua best2 dan murah..
CHNG TNG dia is $1 tak salah...
best sey ingredients..:mll: |
|
|
|
|
|
|
|
ni forum sokkabar smalam...
Bapak Pengantin mintak maap
Forum : 18 Disember 2005
Mudah cetak | E-mel
PERIHAL RESTORAN TEPAK SIREH
KELUARGA PENGANTIN MINTA MAAF PADA TETAMU SAYA merujuk kepada surat Cik Noor Hasnah Adam bertajuk Harap Restoran Tepak Sireh utama budaya, baiki layanan (BH, 10 Disember).
Kami sekeluarga selaku tuan rumah bagi majlis perkahwinan itu berasa terpanggil untuk menjawab kekecewaan dan keprihatinan penulis dan jemputan lain semasa menghadiri majlis kami pada tarikh yang disebutkan.
Sebagai tuan rumah, kami menjalin kerjasama baik dengan pihak pengurusan Restoran Tepak Sireh agar majlis itu berjalan lancar dan ceria.
Malah pendapat saya, pihak restoran telah menjalankan tugasnya dengan penuh ikhlas dan dedikasi.
Namun pihak kami mungkin melakukan kesilapan sehingga penulis terpaksa menunggu sehingga 45 minit untuk mendapatkan hidangan.
Kami amat kesali kejadian itu.
Untuk pengetahuan penulis dan umum, kami mengadakan perbincangan dengan pihak restoran sebelum majlis itu dan menghasilkan pelbagai cara dan saranan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Namun kami insan biasa dan tidak terlepas daripada kesilapan.
Hakikatnya, kami tetap memberi sokongan kepada pengurusan Restoran Tepak Sireh yang telah banyak membantu kami dalam menjalankan majlis itu.
Pada masa sama, kami sekeluarga akur pihak restoran mungkin dapat memperbaiki apa jua kelemahan baik dari segi khidmat layanan dan perkara lain.
Segala maklum balas harus diambil secara membina dan dilaksanakan jika sesuai untuk memastikan restoran Melayu di sini terus berkembang maju dengan sokongan padu masyarakat.
Kepada Cik Noor Hasnah, kami sekeluarga memohon maaf atas kegenjotan yang berlaku semasa majlis itu dan kami hargai maklum balas beliau.
Semoga beliau dan anggota masyarakat lain tidak akan teragak-agak untuk terus melanggani Restoran Tepak Sireh atau restoran Melayu yang lain.
Haji Hashim Mukayat,
Punggol. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 18-12-2005 02:08 PM
tu hari aku gi changi hospital nengok kawan aku eksiden moto
then pegi canteen dia.. canteen dia tersembunyik sikit..
Dia punye desseert smua best2 dan murah..
CHNG TNG dia is $1 tak salah ...
aku paling suka pergi canteen Changi hospital kalau melawat orang sakit.... |
|
|
|
|
|
|
|
Forum : 18 Disember 2005
Mudah cetak | E-mel
LAGI ADUAN KHIDMAT RESTORAN TIDAK MEMUASKAN
SAYA telah membaca surat Cik Noor Hasnah Adam tentang Restoran Tepak Sireh (BH, 10 Disember).
Terlebih dahulu ingin saya katakan saya bersimpati dan memahami perasaan Cik Noor Hasnah kerana saya sendiri pernah mengalaminya.
Saya dan seluruh keluarga saya pergi ke restoran tersebut pada 25 November lalu untuk menyambut hari lahir ibu saya.
Ia menawarkan hidangan bufet pada masa itu.
Pertama, hidangannya tidak rencam atau tidak banyak pilihan, dan tiada makanan sesuai bagi kanak-kanak walaupun kanak-kanak turut dikenakan bayaran (lebih rendah berbanding orang dewasa).
Saya fikir ini tidak adil.
Selain itu, saya bersetuju dengan penampilan pelayan restoran itu, khususya pelayan lelaki, yang tidak sesuai dengan konsep restoran Melayu.
Tambahan pula, pelayan di situ terpaksa sentiasa diingatkan supaya mengisi semula makanan yang telah habis.
Pada satu ketika, bapa saya meminta sudu daripada seorang pelayan wanita tetapi mendapatnya hanya 20 minit kemudian, itu pun setelah beberapa kali mengingatkan pelayan itu.
Begitu juga apabila kami ingin mereka mengisi gelas air kami yang kosong, kami terpaksa menunggu sekitar 10 minit.
Saya agak kecewa dengan layanan yang diberi dan berharap restoran itu dapat memandang maklum balas ini secara serius dan mempertingkat mutu khidmatnya.
Farah Zehirah Ali,
Bukit Purmei Road. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 18-12-2005 02:10 PM
aku paling suka pergi canteen Changi hospital kalau melawat orang sakit....
dia tersembunyik kat belakang eh....
Tapi bagus ah....bersih sey, budak2 sekolah ramai sey sana makan2..agak murah kot. |
|
|
|
|
|
|
|
smalam kawan aku belikan aku makan, dia tapao kat Beach Road Hawker Center.
Nasik Ayam Black Pepper..
Sedap ah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 18-12-2005 02:12 PM
smalam kawan aku belikan aku makan, dia tapao kat Beach Road Hawker Center.
Nasik Ayam Black Pepper..
Sedap ah...
dep, ko cakap Beach Road... argghh tidak aku dah terasa sup tulang kat tekak... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 18-12-2005 02:17 PM
dep, ko cakap Beach Road... argghh tidak aku dah terasa sup tulang kat tekak...
seriously eh...aku tak tau kenapa orang suka makan tulang eh??
leceh kan... kalo kat rumah ok la, kalo kat luar aku tak pernah makan.
aku kadang2 nampak orang order, tapi tak tahu makan or segan nak makan betul2, so end up, dorang makan roti peranchis tu and cicah the kuah, tulang tu dorang just bite the meat kat tepi tu sikit..
eiii rugi...
Aku lak lama tak gi Boon Keng ah, sup kambing |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 18-12-2005 02:11 PM
dia tersembunyik kat belakang eh....
Tapi bagus ah....bersih sey, budak2 sekolah ramai sey sana makan2..agak murah kot.
aa'hh tersembunyi kat belakang tapi macam kau kata bersih dan jugak selesa...best |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by deaf4ever at 18-12-2005 02:26 PM
seriously eh...aku tak tau kenapa orang suka makan tulang eh??
leceh kan... kalo kat rumah ok la, kalo kat luar aku tak pernah makan.
aku kadang2 nampak orang order, tapi tak tahu makan ...
dep, sup tulang no no no, kena makan kat rumah never kat tempat hawker centre tu...
kalau makan kat rumah tak yah maintain ayu lagi dep, gasak ler aku ketuk kat pinggan sampai sum-sum tu keluar :cak: kalau tak keluar gak, kasi cucuk masuk straw lepas tu sedup slurrppp sure dia keluar punya
Diana tak suka dia punya daging sangat the sum sum yeshhh dan dia punya kuah... selalu daging tu kasi kat adik lelaki biar dia gigit kasi habis |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 18-12-2005 02:10 PM
aku paling suka pergi canteen Changi hospital kalau melawat orang sakit....
canteen Changi Hospital tak pernah pegi... tapi kat belah mana eh canteen dia tak pernah nampak pun :stp: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 18-12-2005 02:39 PM
dep, sup tulang no no no, kena makan kat rumah never kat tempat hawker centre tu...
kalau makan kat rumah tak yah maintain ayu lagi dep, gasak ler aku ketuk kat pinggan sampai sum-sum tu ke ...
ya.. tapi heran eh people suka makan kat sana...
abis paper plate lagik, abis kipas angin lagik tiup2....cam mana sey dorang nak makan..:stp:
kat rumah, meja dapur tebalik pung, takde orang kesah :cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 18-12-2005 02:40 PM
canteen Changi Hospital tak pernah pegi... tapi kat belah mana eh canteen dia tak pernah nampak pun :stp:
dia kat paling dalam, kalo masuk dari entrance A&E / specialist clinic
kalo masuk dari teksi stand nak gi wards.. ah dah masuk dalam nanti ada tempat register for day operations kan?
ah...belok kiri...kat dalam situ...tanya staff sana ah... Best wei...macam2 makanan, tempat besar, aircon sejuk, bersih, syok...dah tak cam hospital, cam Starbucks la ( sorry exagerate sikit ) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by DianaA at 18-12-2005 02:40 PM
canteen Changi Hospital tak pernah pegi... tapi kat belah mana eh canteen dia tak pernah nampak pun :stp:
bukan canteen ;ah tapi foodcourt..hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|