|
Edisi Selatan : Leher, perut mangsa rogol kena kelar dijumpai di tepi jalan
MUAR: Seorang gadis ditemui dalam keadaan mengerikan dengan leher dan perutnya dikelar selepas dipercayai dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di tepi Jalan Belading-Tangkak, dekat sini pagi semalam.
Mangsa yang dipercayai menjadi mangsa rogol secara berkumpulan ditemui seorang lelaki yang mahu memikat burung di kawasan itu, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
Ketika ditemui gadis berusia 21 tahun dan dari Kelantan itu dikatakan mengerang kesakitan dengan pakaiannya koyak rabak.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Daud Ahmad berkata, ketika ditemui juga terdapat kesan kelar pada perut dan leher mangsa dipercayai menggunakan senjata tajam.
揗angsa dipercayai dirogol bergilir-gilir sebelum ditinggalkan di tepi jalan itu yang sunyi dan agak terlindung, |
|
|
|
|
|
|
|
Nenek, dua cucu maut dirempuh
Oleh Rohana Mohd Nawi
MACHANG: Hasrat seorang nenek memasak nasi dagang bagi juadah pagi Aidilfitri bagi anak cucunya tidak kesampaian apabila beliau dan dua cucu lelakinya maut dirempuh kereta sebaik melintas jalan di Kilometer 47.3 Jalan Kota Bharu-Machang, di sini malam raya lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam, Esah Mohamad, 75, dan cucunya, Wan Sulaiman Wan Ramli, 3, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala Wan Ahmad Arbi, 6, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Machang (HM) selepas parah diseret kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.
Bagaimanapun, seorang lagi cucu Wan Mohd Mukhris, 5, yang turut bersamanya terselamat.
TRAGEDI: Esah Mohamad terbunuh bersama dua cucunya selepas dirempuh kereta di Kilometer 47.3 Jalan Kota Bharu-Machang, malam raya lalu.
Kejadian itu berlaku di depan mata anak perempuan Esah, Zanani Mohamad, 36, ibu kepada dua kanak-kanak terbabit, yang menunggu untuk melintas jalan sama ketika nahas berlaku.
Ketika kejadian, Esah, Zanani dan lima anaknya berjalan kaki dari rumah mereka di Kampung Jambu Lawar menyeberang jalan ke rumah anak sulong Esah, Zainun, 40-an, di Kampung Batu 30, untuk memasak nasi dagang.
Zanani ketika ditemui di rumah ibunya, berkata sebelum kejadian, beliau bersama lima anaknya ke rumah Esah di kampung sama kira-kira jam 8.15 malam.
揝elepas makan ibu mengajak saya ke rumah Zainun untuk memasak nasi dagang. Ibu berjalan bersama tiga anak saya di depan, manakala saya dengan dua lagi anak mengikut dari belakang.
揝ebaik tiba di jalan raya, saya meminta mereka bersabar kerana tiada lampu jalan.
揝elepas melihat keadaan di jalan raya tiada kereta, saya memberitahu ibu dan tiga anak saya supaya melintas dulu, |
|
|
|
|
|
|
|
sedih eh kena sengat lebah..tapi at least dia lepas semayang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 5-11-2005 08:58 AM
Edisi Selatan : Leher, perut mangsa rogol kena kelar dijumpai di tepi jalan
MUAR: Seorang gadis ditemui dalam keadaan mengerikan dengan leher dan perutnya dikelar sel ...
ni smua, kalo dapat tangkap, panggil mak dorang jadi tuan hakim kat mahkamah...
biar mak dorang sendiri yang kasi hukuman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by iansuryani at 5-11-2005 08:58 AM
Edisi Selatan : Leher, perut mangsa rogol kena kelar dijumpai di tepi jalan
MUAR: Seorang gadis ditemui dalam keadaan mengerikan dengan leher dan perutnya dikelar sel ...
kesian nyer.. :cry::cry: |
|
|
|
|
|
|
puteri81 This user has been deleted
|
Originally posted by iansuryani at 5-11-2005 08:57 AM
Edisi Nasional : Lelaki ditetak tegur remaja main mercun
KUANTAN: Seorang lelaki cedera ditetak dengan senjata tajam dipercayai parang selepas dia menegur seorang remaj ...
masya'allah samseng tul...tk bleh ditegur...;) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by puteri81 at 5-11-2005 10:58 PM
masya'allah samseng tul...tk bleh ditegur...;)
budak2 skarang smua cam gitu...
kurang ajar..., dorang ingat dorang cool , tapi gengster kampung..
Orang nak gengster, respect elders and masyarakat, baru cool..
Cam kawan aku, anak dia gengster la konon pukul2 orang, skali tu kena panggil CID, mak bapak ikut la wakakakakak
Apa nye gengster? polis panggil interview pasal kes, bawak mak bapak, sembunyik bawah ketiak parents.. Nak ketawa sey aku dengar ceta. |
|
|
|
|
|
|
|
ya.. budak2 sekarang..
semalam me pegi toa payoh central jalan2.. den tengah choose2 benda sekali tu dengar shouts tau.. very loud.. but cannot see the person.. den it continued for so long.. so being the kepo me, i juz had to see..
far away sikit la.. nampak satu budak macam sec sch pakai uniform.. tengah pekik2 kat pompan tua ni.. whom i assume is the grandma.. the grandma pulak diri sana macam batu.. takder response langsung.. wat was funny was that.. keliling dia org tu.. ader like more den 50 people.. watching the "show"..
they juz gawk and stare.. so i don care la.. continue belek2 benda2 tu.. sampai da nak dekat abis the shouts still continue.. abis tu the crowd of 50 off people is still there .. bila time da bis i saw some apek2 trying to calm the gal down madam advice2 gitu.. last2 semua disperse.. it was very lama ok..
i tink 15 mins ader pekik2 tu continue.. org org kat sebelah me yang tengah belek benda tu pun like asking "y ah , y ah " pasal the voice is very loud but from our place memangt tak nampak.. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
itu hari i baca papers...this boy main mercun.....mercun meletup jari dia gone....
it is so dangerous budak2 ni tak realise the danger.... |
|
|
|
|
|
|
|
DR MAHATHIR: S'PURA SEMAKIN BERANI
KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Singapura semakin berani mengeluarkan kenyataan, termasuk mengugut Malaysia berhubung cadangan pembinaan jambatan baru bagi menggantikan Tambak Johor.
'Singapura cukup berani. Saya tidak pernah mendengar mereka cakap macam itu dulu. Saya nampak sekarang mereka cukup berani sampai mengugut kita,' kata Dr Mahathir yang ditukil oleh akhbar Mingguan Malaysia semalam.
Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Singapura, Encik George Yeo, yang mengingatkan 'implikasi serius' jika Malaysia meneruskan rancangan membina separuh jambatan itu di bahagian negara ini tanpa persetujuan Singapura.
Encik Yeo, ketika memberitahu Parlimen Singapura, berkata negara itu hanya boleh bersetuju terhadap cadangan Malaysia untuk menggantikan tambak dengan jambatan baru jika terdapat 'manfaat yang seimbang' bagi kedua-dua pihak.
Ketika ditanya bagaimana perasaannya mengenai kenyataan berani Menteri Luar Singapura itu, Dr Mahathir berkata 'beliau kini tidak lagi mempunyai sebarang perasaan'.
Menurut Dr Mahathir, apabila beliau menjadi Perdana Menteri pada 1981, beliau pernah cuba berbaik-baik dengan Singapura tetapi ia langsung tidak mendatangkan sebarang kesan.
'Singapura hanya mementingkan diri sendiri. Saya sudah berbuat baik dengan (Menteri Pembimbing Encik) Lee Kuan Yew.
'Macam-macam saya sudah buat. Saya jumpa beliau. Saya membawa beliau ke Langkawi. Tetapi masih tidak berkesan,' kata Dr Mahathir kepada pemberita di majlis rumah terbuka sempena Aidilfitri di sini kelmarin.
Beliau juga ditanya sama ada beliau mempunyai nasihat dalam isu itu.
'Saya tidak ada sebarang nasihat, termasuk mengenai Proton,' kata Dr Mahathir.
what do you expect?.. kita main angguk aje ke :cak::cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
MANCHESTER UNITED 1 CHELSEA 0 ............... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam cerita kat new paper.. aku cari online tapi tak jumpa pulak.. kisah nyonya ada affair dgn anak lelaki dia sendiri.. hidup sebagai laki bini selama 14 tahun.. 4 kali abortions... siot punya nyonya... |
|
|
|
|
|
|
|
erk.... ni versi haruan gakz eh kak B |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
Originally posted by Browneyes at 7-11-2005 03:34 PM
semalam cerita kat new paper.. aku cari online tapi tak jumpa pulak.. kisah nyonya ada affair dgn anak lelaki dia sendiri.. hidup sebagai laki bini selama 14 tahun.. 4 kali abortions... siot punya ...
ngan mak dia pun boleh steam ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by virgomal at 7-11-2005 03:48 PM
erk.... ni versi haruan gakz eh kak B
buat malu aje.. nasib baik bukan orang kita |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 7-11-2005 03:50 PM
ngan mak dia pun boleh steam .....
ntah lah.. macam nak muntah |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Browneyes at 7-11-2005 09:16 AM
DR MAHATHIR: S'PURA SEMAKIN BERANI
KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menyifatkan Singapura semakin berani men ...
Aku suka mahathir..
Walaupun aku rasa dia bukan Melayu asli.
Tapi............... dia kasi orang melayu up sikit |
|
|
|
|
|
|
|
me too dep.. aku minat tun mahathir... dari zaman sekolah aku minat dia... hehehehee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by matz_rockz at 7-11-2005 09:43 AM
MANCHESTER UNITED 1 CHELSEA 0 ...............
Tak rugi ah aku tak tido sampai tiga pagi...
Aku sokong man utd sey smalam....
MEMANG PADAN SI CHELSEA KALAH!!!! Jose Morinhou muka boring je, tu la, cakap takabur...hah!! pegi telan bom sua. |
|
|
|
|
|
|
matz_rockz This user has been deleted
|
man utd pun weak this season....kalo banyak players yang injured...dorang goyang banyak... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|