CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mrs_salvatore

Pengalaman Seorang Pegawai Penyelamat Hutan di USA (ceduk dari reddit)

  [Copy link]
Post time 27-4-2022 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
selalu check thread tt ni..kot ada cite baru..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2022 11:00 AM | Show all posts
trexxxxxi replied at 27-4-2022 12:03 PM
Kudos buat TT kerana rajin update
Udah I tabur tacang raya yer

wow tq momod insya allah i akan cuba lagi meriahkan thread i
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2022 11:24 AM | Show all posts
Hantu Lapar

Rumah nenek aku selalu diceroboh, pernah ada kes remaja pecah rumah nenek aku dan kes paling membimbangkan yang betul-betul terjadi, ada orang tumpang duduk di bilik bawah tanah nenek aku ni tanpa pengetahuan dia.  Sebab tulah kami sekeluarga ambil keputusan nak pasang sistem penggera keselamatan kat rumah nenek aku. Kamera dipasang bukan setakat luar rumah je, dalam rumah pun kami letak sekali.  Kamera keselamatan nenek aku ni canggih sikit, kamera tu ada pengesan pergerakan jadi kamera tu akan merakam kalau ada orang je dalam rumah tu.  Ada satu kamera ni kami pasang di pintu belakang jadi kalau ada sapa-sapa masuk ikut situ kamera itu automatik akan tangkap gambar orang tu.

Pada suatu hari, nenek aku telefon aku.  Nenek aku masa tu ada kat pejabat dia apabila dia menerima mesej daripada sistem penggera tu.  Sistem tu mengesan ada orang dalam rumah tu, tapi nenek aku ni duduk seorang diri kat situ.  Nenek aku menggelabah la die ingatkan ada pencuri masuk, jadi dia pun telefonlah aku.  Aku pun rasa pelik jugak sebab kalau ada orang pecah masuk mesti loceng penggera itu akan berbunyi.  Maksudnya sesiapa pun orang asing itu mesti selama ni dia dah memang ada dalam rumah tu. Masuk secara halal la.

Aku pun godek-godeklah sistem penggera tu.  Sistem tu berjaya menangkap sekeping gambar penceroboh tu dan menghantar gambar itu ke telefon bimbit.  Aku pun tunjuklah kat nenek aku.  Terkejut beruk nenek aku sebab penceroboh itu adalah abang dia yang dah meninggal dunia!  Dalam gambar tu mendiang abang nenek aku tu tengah membuka peti sejuk tengah mencari sesuatu. Mendiang abang nenek aku tu mati bunuh diri setelah kematian anak perempuan dia pastu tak lama tu isteri dia pulak tinggalkan dia.  Mendiang agaknya kemurungan jadi mendiang pun pegi ke tasik dan menembak diri sendiri kat situ.  Nenek aku cerita dulu mendiang ni kalau setiap kali hujung minggu selalu datang rumah nenek aku ni nak ubahsuai bilik bawah tanah tu dengan bekas suami nenek aku, dah penat bekerja tu abang dia akan cari makanan dalam peti sejuk tu, sebijik macam dalam gambar tu.

Korang mesti tak percaya kan camne roh boleh muncul dalam kamera, kat bawah nilah gambar roh mendiang yang berjaya ditangkap oleh kamera tu




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2022 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Huh..scary..tapi macam mana boleh wujud macam nie ya..?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 11:57 AM | Show all posts
Makcik Penyibuk

Aku duduk di sebuah rumah pangsa 3 tingkat di tingkat 2.  Di seberang jalan dari bangunan aku ni ada sebuah hentian bas berbumbung yang membelakangi sebuah taman yang banyak pokok.  Pada satu lewat malam ni, takdelah lewat sangat dalam pukul 11 malam macam tu, aku terdengar ada suara perempuan menjerit-jerit sedang memarahi seseorang gitu.  Aku ni busybody skit orangnye jadi pun aku saja-sajalah pergi ke balkoni konon buat-buat siram air kat pokok bunga aku.  Oh rupa-rupanya ada satu pasangan ni, si teman wanita tengking-tengking si teman lelaki tu suruh tinggalkan dia bersendirian.  Dalam fikiran aku oh couple tengah gaduh ke tapi si lelaki tu berdiri tegak je takde pulak nampak dia naik tangan ke ape ke, macam redha kena marah jadi aku pun masuk balik rumah tapi pintu balkoni tu aku saja bukak, bukan sebab nak menyibuk tapi nak kasi angin masuk hehehe



Perempuan tu tak habis-habis mengherdik lelaki tu.  Tapi lama kelamaan aku dengar si lelaki tu macam balas balik apa yang perempuan tu cakap, tapi suara lelaki tu perlahan je macam berbisik pun ye.  Aku pun intai-intai dari celah langsir tingkap, kali ni aku tengok perempuan tu tengah berdiri bertentang mata dengan lelaki tu sambil menjerit-jerit, 'Pergi kau dari sini! Pergi!'.  Aku nampak mulut lelaki tu bergerak-gerak macam menyatakan sesuatu tapi suara dia tak selantang si perempuan tu.  Tapi aku tak nampak pulak masing-masing angkat tangan, jadi aku pun masuk balik rumah sambung tengok tv.

Beberapa minit kemudian, aku perasan yang suara jeritan tu dah takde.  Aku pun pegilah intai balik,  si teman wanita dah takde kat situ.  Yang tinggal cuma si teman lelaki je. Aku pun tenunglah si lelaki tu, lama kelamaan aku perasan yang lelaki itu sedikit demi sedikit menghilang dan akhirnya ghaib begitu sahaja ! Aku terus tarik langsir tu dan masuk bilik.  Aku tertanya-tanya apa benda yang aku nampak tadi? Lelaki tu sape? Perempuan tu pulak sape? Nyesal pulak aku pergi menyibuk tadi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2022 01:19 PM | Show all posts
Kebetulan Atau .... ?

Aku membesar di England tapi tempat aku membesar tu merupakan kawasan pedalaman.  Nak pergi ke sekolah menengah pun makan masa berjam-jam jugak, dan untuk ke kolej tu aku kena lalu satu jalan dalam ni yang besarnya muat-muat untuk traktor.  Jalan tu tak bertar, jenis yang ada rumput tumbuh di tengah jalan tu.  Jalan tu pun agak bengkang-bengkok dan dipagari tebing bukit yang agak rendah di kiri kanannye, atas tebing tu pulak ada pokok-pokok lama pastu korang boleh nampak akar-akar pokok tu berjuntai di dinding tebing tu.  Kalau malam-malam memang jalan tu agak menyeramkan, yang menariknya beberapa tahun sebelum tu memang ada orang pernah buat pengambaran filem seram di jalan tu.

Kejadian ni berlaku semasa aku berusia 16 tahun.  Aku tak layak lagi nak dapatkan lesen kereta jadi untuk ke sekolah aku akan menunggang skuter elektrik 50cc, kalau kat sini dipanggil moped.  Sebenarnye ada je jalan lain yang lebih cantik kalau nak ke sekolah, tapi nak kene lalu satu laluan sungai yang cetek tu.  Moped aku selalu mati sebab basah kena air kalau lalu situ, sebab tulah aku terpaksa ikut jalan traktor tu.  Jalan tu memang sangat-sangat jaranglah orang lalu kecuali kalau ada petani bawak traktor nak ke kebun diorang, tapi jalan tu bersebelahan je dengan jalan yang cantik tu.  Kadang-kadang aku boleh tau hari tu aku sorang je lalu situ sebab takde kesan tayar lain selain daripada tayar moped aku, dari pagi sampailah petang nak balik sekolah.

Pada satu lewat petang musim sejuk, aku pun balik ke rumah ikut jalan tu.  Tak disangka-sangka la pulak moped aku tiba-tiba je mati kat situ. Aku hairan jugak sebab kat situ takde lopak air pun.  Berkali-kali aku cuba hidupkan enjin tapi tak berjaya.  Aku pun tolak moped ke tepi, aku cuba godek-godek mopek tu, tapi sekali tu dengan lampu dia jugak mati. Ah sudah.  Musim sejuk memang siang akan jadi cepat gelap, dahle malam tu takde bulan dan bintang.  Cuaca dah mula berangin,  aku bersendirian di jalan tu ditemani bunyian angin yang lalu celah-celah dahan pokok.  Tempat tu pun takde signal telefon.  Telefon aku masa tu jenis telefon yang takde lampu suluh, tapi berpandukan dengan cahaya dari skrin telefon bimbit tu aku suluhlah kat moped aku.  Aku terpaksa bertinggung kejap nak check enjin aku.

Suluh punya suluh, sekali tu aku tersuluh ke tebing belah kiri aku.  Rupa-rupanya moped aku tu mati betul-betul di sebelah sebuah kubur!  Kubur tu cuma bertanda dengan sekeping plak di atas tanah.  Plak tu pulak dah agak tersorok sebab diseliputi akar dan rumput, kalau bukan dari jarak dekat macam aku masa tu memang tak perasan langsung kat situ ada kubur. Atas plak tu tertulis ayat begini , 'Disini meninggalnya A.B.C, akibat kemalangan pedati kuda, 13 Januari 1843'.  



Yang buat bulu roma aku menegak, sebab hari kejadian tu pun 13 haribulan Januari.  Terlompat aku apabila menyedari kebetulan itu.  Hatiku berdebar-debar, aku dah mula rasa seram sejuk.  Nak terkencing terberak pun ade.  Memang terfikir nak lari balik rumah je tapi aku cuba jugak kali terakhir tu nak hidupkan moped aku.  Eh tiba-tiba senang pulak moped tu kali ni nak hidup.  Aku pun cepat-cepatlah pulas minyak balik rumah sampai terlupa nak bukak lampu moped.

Keesokan harinya, aku saja singgah ke lokasi aku jumpa kubur tu, setelah aku periksa sana-sini, oh rupanya itu bukan kubur.  Takde orang mati ditanam di situ.  Cuma ada orang letak plak untuk memperingati si mati je.  Dalam hati aku ah malam tadi aku je yang fikir bukan-bukan.  Jalan ni bukannya berpuaka pun.

Tapi, beberapa minggu kemudian, giliran mak aku pulak kene kacau.  Ada satu pagi tu mak aku tengah bawak kereta, tapi mak aku ikut jalan cantik tulah.  Cuaca masa tu masih siang dengan cuaca yang elok.  Sebelum nak sampai ke lokasi plak memorial tu, mak aku kena lalu satu belok tajam ni. Elok je dia melepasi belok tajam tu, kereta mak aku tiba-tiba je mati. Macam moped aku hari tu.  Mak aku ingatkan mungkin kereta ni rosak, tapi mak aku cerita, suasana keliling dia tiba-tiba jadi gelap gelita macam diselubungi asap hitam.  Tak nampak jalan depan langsung.  Dalam sekelip mata jugak, kegelapan tu hilang.  Mak aku rasa macam dia bermimpi, tapi bila dia tunjuk kat aku lokasi tu, baru aku perasan, lokasi tu betul-betul bersebelahan dengan plak memorial kat jalan dalam tu.

Sampai sekarang, walaupun aku dah habis sekolah, aku taknak dah lalu jalan tu di waktu malam lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2022 05:25 PM | Show all posts
bestnyaaa! thank you TT. cerita menarik as always. Paling best Kem Liberty tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2022 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Seram jugak kalau entiti orang dah meninggal tapi masih wujud dalam alam nyata..
Selamat Hari Raya TT..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2022 12:54 PM | Show all posts
Kaki Kau Mana?

Bukan kisah aku, tapi cerita ni terjadi pada teman lelaki aku.

Pakwe aku ni dilahirkan di Rusia.  Semasa dia berusia 9 tahun, dia dibawa oleh datuk dia pergi backpacking dalam hutan Rusia tu bersama-sama datuknya. Datuk pakwe aku ni bekas tentera Rusia, jadi faham-fahamlah kalau dah namanya veteran tentera memang jenis tahan lasak dan bukan jenis mudah menggelabah orangnya.  Dalam hutan di Rusia ni, ada beberapa bangunan kayu dibina oleh orang dulu-dulu untuk para pengembara tidur semalam dua camtu.  Kabin-kabin ni memang takde orang jaga dan sesiapa pun bebas menggunakannya dan kabin ni memang ringkas je binaannya tapi ada dinding dan bumbung bagi menahan salji musim sejuk.


Pakwe dan datuk aku terjumpa satu kabin ni dalam perjalanan mereka tu.  Mereka pun ambil keputusan nak bermalam dalam kabin tu. Malam tu, semasa diorang tengah bersiap-siap nak tidur, mereka terdengar pintu kabin mereka diketuk.   Pakwe aku nampak atuk dia macam teragak-agak nak bukak pintu tu.  Atuk dia cuma bertanya dari dalam kabin tu

"Sape kat luar tu?"
"Pakcik tolonglah bukak pintu ni.  Sejuk sangat kat luar ni"

Atuk pakwe aku tu senyap je.  Dia cuma berdiri tegak je depan pintu tu. Sentuh tombol pun tak.  Lelaki kat luar tu merayu-rayu nak mintak masuk

"Pakcik, tak kesian ke kat saya?"
"Sejuknya kat luar ni"
"Pakcik taknak kasi saya masuk ke? Pakcik nak saya mati kesejukan ke kat luar ni?"

Pemuda tu tak putus asa merayu dan mengetuk-ngetuk pintu kabin tu tapi atuk pakwe aku buat keras je. Pakwe aku pulak yang kesian, ikutkan dia nak je jemput lelaki tu masuk tapi dia kan budak kecik lagi dia tak pandai lawan cakap orang tua. Pakwe aku pun tanyale atuk aku tu, atuk kenapa taknak kasi dia masuk?

"Kau pergi tengok bawah pintu tu". Pakwe aku pun membongkokkan diri mengintai celah bawah pintu tu. Celah bawah pintu tu memang ada renggangan sikit. Alangkah terkejutnya pakwe aku bila dia tak nampak pun ada kaki kat luar tu! Pakwe aku memang tak salah nampak sebab malam tu bulan terang.  'Pemuda' di luar tu masih bertalu-talu mengetuk pintu waktu pakwe aku intai bawah pintu tu.  Pakwe aku pun apa lagi dia pun teruslah menyorok bawah beg tidur dia.  Menurut pakwe aku, ketukan tu masih berterusan tapi kali ni dia dan atuk dia buat bodoh je.  Bila hari hampir subuh barulah ketukan tu berhenti sendiri.

Sampai ke hari ni pakwe aku pun tak pasti apa benda yang datang ke kabin dia malam tu....


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
selamat hari raya tt...terima kasih selalu update crta best2 kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2022 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu check dengan harapan akan ade cerita baru.. Memang tak menghampakan..
Selamat Hari Raya TT..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 8-5-2022 07:26 PM

Atuk Greg

Hobi aku adalah berkayak.  Beberapa tahun yang lalu, aku pernah berkayak seorang diri di sebuah paya yang terletak di kawasan rizab hidupan liar.  Aku berkayak di waktu siang masa tu, tapi sebab paya tu ada banyak laluan yang bersimpang-siur tapi akhirnya akan menghala ke tempat yang sama, jadi sepanjang hari tu memang aku tak jumpa orang lain pun berkayak kat situ.


Kecuali, seorang orang lelaki tua ni, memang tua gayut sungguhla aku rasa usianya dah melepasi had persaraan yang sedang berkayak menghala ke arah bertentangan dengan aku.  Kami berdua hanya mengangguk-angguk kepala semasa berpapasan tu, yang aku perasan lelaki tua tu ada tanda lahir di bahagian muka dia dan sedang mengayuh sebuah kanu yang berwarna merah.  

Aku teruskan mengayuh sehingga sejauh 3 batu.  Kat hujung laluan ni ada sebuah kedai orang tempatan.  Kat kedai tu ada jual peta, lembaran informasi tentang sejarah tempat tu, tshirt khas dan bermacam-macam lagi cenderamata.  Tapi aku cuma membeli snek je. Aku sempat bersembang kosong dengan juruwang di kaunter kedai tu tentang hobi berkayak aku.  Aku sempat bercerita tentang orang tua yang aku jumpa di tengah paya tadi.  

“Hebat betul orang tua tu, dah tua gayut pun masih bertenaga nak berkayak lagi.  Saya harap bila saya dah tua pun saya boleh teruskan hobi saya ni”.  
“Eh boleh tu bang.  Atuk saya umur dah 80 lebih sampai ke akhir hayat dia pun boleh dikatakan hari-hari dia berkayak kat paya ni.”
“Oh ye ke?  Atuk awak bila meninggalnya?”
“Baru 2 tahun lepas bang”.

Juruwang itu mengeluarkan telefon bimbitnya lalu dia tunjukkan gambar atuk dia kepadaku.  Terkejut aku bila aku nampak muka atuk dia sebijik macam muka orang tua yang aku jumpa masa aku berkayak lagi.  Tanda lahir di mukanya pun sama je.

“Atuk awak ni ada kembar ke?”
“Eh takde.  Atuk Greg ni istimewa, satu dalam sejuta dalam dunia ni”.  Sempat lagi dia puji atuk dia.

Aku takdelah fikir ape, aku rasa mungkin aku yang tersilap tengok kot.  Entah orang tua mana aku jumpa tadi.  Selesai membayar aku pun kembali berkayak nak balik ke jeti dan naik ke darat.  Masa tu hari dah masuk senja dah.

Dalam perjalanan balik tu, aku jumpa balik orang tua naik kanu merah tu.  Orang tua tu tengah berhenti sekejap di tepi paya tu.  Aku ambil keputusan untuk menyapa lelaki tua itu.  Kami pun bersembang-sembang kejap.  Rupa-rupanya orang tua tu adalah penduduk tempatan di situ.  Dia kata dia saja berhenti lepak-lepak sekejap sambil menikmati pemandangan matahari terbenam kat situ.  Aku akui memang lawa pemandangan masa tu, tapi aku taknaklah tunggu sebab hari pun dah senja, nanti hari dah gelap karang sesat pulak dalampaya ni.  Aku dahlah bukan orang sini.

Aku pun mintak izin nak balik dulu.  Sebelum aku berlalu pergi, orang tua tu sempat tanya nama aku.  Aku pun cakaplah nama aku apa.  “Oh, nama pakcik Greg”.  Ha?? Greg?? Meremang bulu roma aku.  Bukan ke nama Greg tu nama atuk juruwang yang dah meninggal tu? Bila dah dekat ni aku perasan muka Greg memang sebijik macam dalam gambar tadi.  Aku pun lambai gitu-gitu je dan cepat-cepat mendayung pergi meninggalkan Greg.  “Nanti kita jumpa lagi ye!”.  Greg sempat jerit pada aku, tapi aku menoleh pun tak.

Aku punyalah panik masa tu, aku mendayung macam lipas kudung tanpa menoleh kiri kanan.  5 minit mendayung akhirnya aku sampai ke jeti. Nasib baiklah Greg tak ikut aku. Kalau tak…..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2022 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by mrs_salvatore at 9-5-2022 06:11 AM

Kenangan Di Hutan Pisgah

2-3 tahun yang lalu, aku bersama-sama 2 orang kawanku merancang untuk berkhemah di Taman Negara Pisgah di North Carolina.  Kami bertiga ni memang kaki outdoor, jadi untuk trip kali ni kami tak berkhemah di tempat yang disediakan oleh taman negara ni, sebaliknya kami masuk ke dalam hutan dan jumpa satu tempat ni yang kami lihat sesuai untuk kami dirikan khemah kami.


Sepanjang kami menikmati hobi kami sebagai kaki outdoor ni, kami tak pernah mengalami sebarang peristiwa paranormal atau menyeramkan, sehinggalah kami bermalam di Hutan Pisgah ni.  Sampai sekarang aku pun tak pasti entiti apa yang mengganggu kami malam tu, tapi sampai sekarang aku dan kawan-kawan aku tu taknak ungkit dah pasal peristiwa tu.

Hari tu macam biasa, kami dirikan khemah kami kemudian makanan-makanan basah semua kami gantung di pokok tinggi yang letaknya beberapa kami dari khemah kami.  Gantung makanan ni memang wajib kami buat untuk elakkan tapak khemah kami diserang beruang atau haiwan liar.  Tepat-tepat je kami selesai buat semua tu, hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya.  Terpaksalah kami berlindung dalam khemah masing-masing.  Aku berkongsi khemah dengan sorang kawan aku ni yang tak sempat masuk khemah dia.  Mulanya kami tunggu jugak hujan redha tapi tanpa disedari kami bertiga tertidur dengan lenanya tanpa sempat menyalakan unggun api.

Tengah malam tu, kami dikejutkan dengan bunyi dentuman guruh yang sangat kuat sampai kami terjaga dari tidur.  Rupa-rupanya hujan dah berhenti, dan keadaan masa tu memang gelap gelita..  Aku tengah terkial-kial nak tengok masa di jam tanganku apabila kami terdengar suara budak-budak berdekatan dengan kami.  Dari suara tu budak-budak tu macam menuju ke arah pokok tempat kami gantung makanan tu.

Pada mulanya aku sangkakan mungkin itu kumpulan pendaki lain, tapi apabila aku amati semula, eh kenapa cuma ada suara budak-budak je? Macam suara budak tadika lingkungan 5 ke 6 tahun tengah berceloteh.  Kenapa macam takde suara orang dewasa pun? “Wei korang jangan fikir bukan-bukan.  Aku kenal bunyi tu, tu bunyi sekumpulan landak je”,  kawan aku yang lagi sorang tu bersuara dari dalam khemahnya.   Macam tau-tau je perasaan aku masa tu.  Tapi, lepas je dia cakap macam tu, dari kumpulan tu kami terdengar suara seorang budak tengah ketawa dengan kuat. HAHAHA HIHIHI.  Memang tak syak lagi suara tu datangnya dari manusia, bukannya landak.  Tersenyap terus kitorang.

‘Budak-budak’ tu tiba-tiba jadi senyap.  Aku ingatkan mungkin ini semua imaginasi aku je, tapi bila aku suluh kawan aku di sebelah, aku nampak muka dia pucat lesi dan bibir dia sedikit menggeletar.  Dah senyap-senyap tu, kami terdengar pulak bunyi tapak kaki beramai-ramai menuju ke arah khemah kami.  Cepat-cepat aku tutup lampu suluh dan mendiamkan diri dalam khemah tu.   

Bunyi tapak kaki tu lembut je, macam budak-budak tengah jalan berjengket-jengket.  Walaupun aku anak jantan gagah perkasa, tapi sesungguhnya malam tu aku memang sangat-sangat takut sampai rasa macam nak terberak terkencing.  Paling berdebar tu apabila aku dan kawan aku tu dapat dengar bunyi daun-daun basah dipijak betul-betul tepi khemah kami tu, tanda ada sesuatu di luar sana.  Aku hanya mampu membatukan diri, pejamkan mata dan dalam hati berdoa tolonglah jangan apa-apakan kami.  

Seolah-olah macam mendengar doa aku, makhluk-makhluk tu berpatah balik ke arah kami mula-mula dengar suara mereka dan ianya terus berundur makin jauh ke dalam hutan sehingga kami dah tak dengar apa-apa lagi.

Walaupun begitu, aku dan kawan-kawan aku masing-masing tak berani nak bangun apatah lagi bersuara.  Kami berbaring je sehinggalah beberapa jam kemudian kami tertidur semula.

Esok paginya, salah seorang kawan aku kata dia nak balik, kami semua pun sebulat suara bersetuju.  Itulah kali terakhir kami pergi ke taman negara tu dan itu jugaklah kali terakhir kami bercakap tentang makhluk itu……

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 04:12 PM | Show all posts
Eh lupe pulak nak wish selamat hari raya kepada korang semua. Maaf zahir batin kalau ada tersalah kata dan tersilap ejaan.  Terima kasih for the wish. Insya Allah I akan berusaha mantapkan lagi cerita-cerita dalam ni.  Selamat Hari Raya untuk semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2022 05:10 PM | Show all posts
Ayahku Tentera Taiwan


Ayahku dulu merupakan seorang sarjan tentera Taiwan. Jadi dia ada banyak cerita seram tentang bes tempat dia bertugas.  Ramai yang tak tau, Taiwan pun pernah dijajah dan kesan dari penjajahan tu ada ramai penduduk tempatan mati dibunuh musuh dan kemudiannya ditanam beramai-ramai dalam kubur yang tak bertanda.  Dikhabarkan bes tentera ayah aku tu tapaknya berdekatan dengan salah satu kubur tu.

Kalau di bes tu, tentera pangkat rendah atau dipanggil prebet akan diberikan tugas untuk mengawal kawasan bes tentera.  Salah seorang anak buah ayah aku ni esok paginya melaporkan diri kepada ayah aku dalam keadaan pening-pening lalat. Ayah aku pun tanyalah kenapa.  Dia pun ceritalah, malam tu dia bertugas mengawal di kawasan padang sasar.  Kat padang sasar tu ada banyak patung-patung yang dibuat dari tanah liat dan kayu sebagai halangan. Ada satu patung tanah liat ni yang tengah berposing macam musuh tengah melulut pegang senjata.  Anak buah ayah aku tu bersumpah, dia nampak patung tu bergerak letak senjata, pastu patung tu siap mengeluh, 'eh penatlah aku hari-hari macam ni'.  Anak buah ayah aku punyalah terkejut dia pengsan kat situ jugak. Tau-tau hari dah siang

Kisah kedua adalah kisah ayah aku sendiri.  Setiap petang, bila latihan dah selesai, sarjan-sarjan kat sini ada masa senggang untuk diorang buat aktiviti bebas.  Macam ayah aku, dia suka tangkap ular.  Ayah aku suka tangkap ular semasa hari dah masuk senja, kata ayah aku masa ni ular-ular yang menyorok dalam lubang tu akan keluar ke permukaan sebab tak tahan panas.  Ayah aku cuma akan bawak beg, sebatang kayu khas dan lampu suluh je.  Pada petang tu, ayah aku tengah asyik menunduk-nunduk cari ular, kuis semak samun sana sini, apabila tanpa disedari ayah aku dah makin jauh dari berek dia.  Ayah aku cuma sedar bila hari dah semakin gelap.  Ayah aku mendapati di hadapan dia kini ada sebuah pondok buruk.  Selama ni ayah aku tak penah sampai situ jadi ayah aku rasa dia dah jalan jauh sangat ni.  Ayah aku cuba nak mendekati pondok buruk tu, nak tengok ni pondok ape, tapi bila dah hampir dalam beberapa ela tu ayah aku dah rasa tak sedap hati.  Ayah aku dah pasang lampu suluh dia, yang buat ayah aku tak sedap hati tu adalah apabila dia makin dekat ke pondok tu, lampu suluh dia berkelip-kelip dan akhirnya terus mati.  Ayah aku pun berpusing nak patah balik.  Aik, tiba-tiba hidup pulak lampu suluh dia terang benderang lagi tu. Ayah aku pusing belakang ke arah pondok, lampu suluh tu automatik mati.  2-3 kali jugak ayah aku berpusing depan belakang, tapi tetap jadi lagu tu. Ayah aku pun paham-paham sendiri dan dia pun teruslah balik ke berek dia.  Pondok buruk tu pondok ape sebenarnya? Ayah aku pun tak tau sebab tulah kali pertama dan terakhir dia nampak pondok tu.

Kisah ketiga memang menggemparkan satu bes.  Ada laporan orang seorang tentera hilang.  Sebab dia hilang semasa latihan idi dalam bes berkemungkinan dia ditinggalkan atau ditimpa kecelakaan jadi beramai-ramai la satu bes tu buat misi pencarian orang hilang.  Bes ayah aku ni dikelilingi hutan dan gunung-ganang.  Seharian la jugak diorang mencari tapi tak jumpa, dan akhirnya kawasan pencarian diperluaskan sampai ke kawasan hutan dan gunung-ganang tu. Tapi elok je diorang kat sempadan bes dan hutan tu, hujan turun lebat-selebat-lebatnya dan pencarian ditangguhkan sampai hujan redha.  Malangnya hujan hanya berhenti pada esok paginya, dan pencarian pun disambung kembali.  Tentera itu berjaya ditemui di sebuah gua kecil, tapi ayah aku cakap, tentera tu ditemui dalam keadaan yang sangat ketakutan sampai dia tak boleh nak bercakap.  Nak keluar dari gua tu pun terpaksa nak kene ada orang tarik.  Tiada siapa pun apa yang terjadi pada tentera itu, sebab selepas je askar tu dirawat di wad dan disahkan sembuh, tentera tu terus dipindahkan entah tak tau pegi mana.

Kisah terakhir. Bes ayah aku dilanda taufan.  Ribut taufan ni fenomena biasa je kat Taiwan terutamanya di musim panas, tapi taufan kali ni amat dahsyat sampai pecah rekod.  Sampai semua orang tak boleh keluar bangunan dan terpaksa bersembunyi dalam bunker atau kubu dalam bes tu.  Berhari-hari jugaklah taufan tu mengganas, dan setelah taufan tu berhenti barulah semua orang boleh keluar melihat dunia.  Di satu sudut di bes ayah aku ni ada sebatang pokok besar yang dah berusia beratus-ratus tahun, di pangkal pokok tu ditegakkan patung Buddha yang dibalut sutera merah.  Pokok tu sendiri dah terbelah dan tumbang akibat taufan tu, tapi patung Buddha tu masih kekal tak berganjak walaupun pokok yang memayungi ia tumpas. Sutera merahnye pun elok je tak terbang ke mana-mana  Patung Buddha itu dijadikan simbolik kecekalan hati seorang tentera : walaupun dilanda onak dan badai, kekallah kamu di situ.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2022 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
mrs_salvatore replied at 10-5-2022 05:10 PM
Ayahku Tentera Taiwan



dulu arwah ayh i sllu tgk crta perang psl revolution china..xsangka taiwan tu sebahagian dr china...
dan sampai skrg pn masih berebut kuasa china-taiwan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2022 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sehari x bkk thread ni x lengkap rasa. Selalu tunggu tt update. Thanks tt…best!! Nah munge
@>—-
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 11:32 AM | Show all posts
TQ TT... selalu tunggu update dari TT
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2022 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya TT
balik raya mana je TT?
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2022 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyy ade cerita baru.. Semoga TT sentiasa diberikan kesempatan untuk update lagi.. Million thanks TT
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.591650 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list