|
++ Thread Borak Warga Bod Mawi 7.0 ++ - Today topic : Only for adult
[Copy link]
|
|
Reply #995 redsentra's post
wakakakak,
dia ingat dia nyanyi nasyid, dia leh jadi macam mawi ke?
tapi kan i ada satu keratan berita pasal dia nih. tungggggggggggguuuuuuuuuuuu............... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1000 icelemontea\ catat
yap betul
aku suka je tengok ulangan lawak nabil
nabil ajelah yg aku suka |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #997 sRbA's post
aku tak tengok hits 1 tu
undi pon tak pernah
so.. no komeng!
hik hik hik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1001 niy's post
tu la pasal, mawi nih kang, menci tawwwwwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1003 chekshu's post
Hah kan.. macam waiter je baju dia tu
Hampeh Jasmi tu
Baju bebudak lelaki elok je dia buat, nak pancing jadi anak ikan la tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1004 niy's post
bab raja lawak
aku phobia ngan raja lawak
sebab tertengok raja lawak 1 dulu
baru semalam <kalo tak silap>
ulang final raja lawak
tengok nabil
okkkkkkkk!
lawak sungguh
tak de tergedik2 nak jadik pondan
dan buat lawak bangang
cam pelawak2 yg ada kat malaysia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1006 dino's post
menci taw |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1003 chekshu's post
yeap pemakaian skirt itu amat lah very cheap sangat baju nya.... walhal makcik2 kat luar ni dressing lagi vass... aku rasa kalu mama rina bawa baju dia sendiri lagi bagus dari pakai baju jasmi rejab yg x kena ngan mama rina .. dah la skirt tu ketat susahkan pergerakan mama rina.. bodohnya jasmi |
|
|
|
|
|
|
|
Isnin 24 Mac 2008 | 16 Rabi'ul Awal 1429 HijrahAkademi Fantasia ke-6, Faisal akan 'berdakwah' atau 'didakwah'?
Wan Nordin Wan Yaacob
Sun | Mar 23, 08 | 10:48:27 am MYT
Semalam, buat pertama kalinya penulis menonton rancangan Akademi Fantasia setelah enam musim rancangan itu dianjurkan stesen televisyen berbayar Astro.
Bukan mahu mencuci mata, sebaliknya penulis terpanggil dengan khabar kehadiran seorang yang didakwa sebagai penyanyi nasyid yang menyertai Akademi Fantasia ke-6 (AF6) selepas beberapa tahun lalu Asmawi Ani (Mawi) memulakan langkah menyanyi lagu-lagu nasyid sebagai pertaruhan bakat dalam AF.
Malangnya kini suara nasyid Mawi kurang kedengaran, dan fenomena Mawi sudah agak hilang bisanya, apabila pencetus fenomena baru dalam dunia hiburan itu dikaitkan dengan beberap gossip panas.
Itu kisah Mawi yang kini masih lagi menjadi antara penyanyi pujaan anak muda dan juga yang tua akibat auranya satu ketika lalu.
Kini Mohammad Faisal Abdullah (21) adalah antara yang menjejaki Mawi untuk mempertaruh bakat nyayiannya dengan menggunakan lagu Nasyid untuk tatapan khalayak pengirim SMS dan pengkritik Af-6.
Semalam adalah pentas pertama Faisal menunjukkan bakat dengan membawa lagu yang pernah didendang oleh Ustaz Asri Ibrahim (Asri Rabbani) yang bertajuk 'Satu Kiblat Yang Sama'.
Dalam profilnya di laman web Akademi Fantasia tidak pun menyebut latar belakang beliau sebagai penyanyi atau anggota kumpulan nasyid tertentu.
Ada sumber yang menyatakan bahawa Faisal adalah anggota sebuah kumpulan nasyid, namun selepas penulis melayari web milik sebuah kumpulan yang dikaitkan dengan Faisal mendapati muka salah seorang anggota kumpulan itu memang sama seperti Faisal.
Penulis bagaimanapun tidak mendapat maklumat lanjut kerana gerbang web kumpulan tersebut tidak dapat diakses sepenuhnya.Cuma yang ada hanya satu mesej dalam kolum sms yang dikirim seorang peminat kumpulan nasyid tersebut yang berbunyi 'Salam, betul ker salah sorang dari anggota ...(nama kumpulan nasyid tersebut) akhi Faisal masuk AF6????".
Hingga kini tiada sebarang jawapan mengesahkan keanggotaan Faisal atau tidak dalam kumpulan nasyid tersebut.
Berbalik kepada isu nyanyian Faisal yang dikritik hebat oleh para pengkrtitik antaranya Ning Baizura, OGY Ahmad Daud dan Ajai yang lansung menolak persembahan Faisal.
Mungkin satu kejutan kepada Faisal kerana nyanyiannya dikritik hebat, namun apa rahsia disebalik penyertaannya dalam AF mungkin hanya Allah dan Faisal sahaja yang mengetahuinya.
Kerja dakwah bukan mudah, seorang rakan yang baru pulang dari Jordan mengikuti pengajian Syariah peringkat Sarjana (Master) di sana ada memberitahu penulis bahawa, kini kelompok pendakwah bukan hanya perlu berdakwah di masjid-masjid tetapi mensasarkan dakwah di tempat yang mana kelompok yang perlu dirawat.
Namun rakan penulis tidak pun menyebut mana-mana tempat yang dimaksudkan.Terfikir penulis bahawa adakah kemungkinan pendekatan ini yang digunakan Faisal untuk berdakwah?
Jika inilah hasrat Faisal, penulis mungkin boleh tabik dengan beliau, namun beliau perlu meletakkan kebimbangan dengan arus yang mengalir dalam AF sebagaimana yang dipertontonkan kepada khalayak dimana terdapatnya pergaulan yang agak bebas antara lelaki dan perempuan.
Itu tidak termasuk soal menutup aurat atau isu-isu lain yang mungkin terselindung di balik tirai AF yang tidak terlihat.
Atau mungkin, kelompok muda yang meneruskan irama nasyid kini seperti Faisal tidak lagi yakin dengan irama nasyid untuk dipertaruhkan untuk menjadi ladang dakwah dan tempat meneruskan bakat seni yang sedia ada.
Lihat sahaja apa yang terjadi kepada nasib Faizal Tahir (bekas anggota kumpulan nasyid Miwarna) yang digam akibat membuka baju dalam satu konsert di sebuah stesen televisyen swasta.
Faizal Tahir menyertai One In A Million pada tahun 2006 kini meniti arus 'getir' meskupun telah menempa kejayaan dalam albumnya yang pertama, namun semuanya tidak menjadi apabila Allah menurunkan ujian kepadanya mungkin kerana tersasar dari apa yang pernah dinasihatkan dalam lagu-lagu dakwah semasa bersama Miwarna.
Kini Faisal pula menyertai AF satu rancangan yang cukup mendapat kritikan daripada penceramah-penceramah bebas tentang pergaulan bebas yang tersedia dalam rancangan ini.
Mungkin ia ujian kepada Faisal(Af-6), namun seharusnya bakat nasyid yang dimiliki beliau digunakan sebaiknya untuk menjadi anak muda yang meneruskan cita-cita penasyid terdahulu yang kini masih terus berdakwah dan diminati ramai.
Antaranya, Munif Ahmad (Hijjaz), Nazrey Johaney (bekas Raihan) dan Ustaz Akhil Hayy Rawa, selain melihat bakat baru yang cukup popular seperti Inteam, Castury, Unic, Saffone dan Now See Heart.
Semua mereka ini masih menggunakan lapangan nasyid sebagai wadah untuk mengasah bakat sedia ada selain berdakwah kepada ummah.
Penulis terus berharap agar Faisal memiliki kekuatan untuk berdakwah di AF-6 namun turut bimbang apakah Faisal mampu melaksanakan misi dakwah atau sebaliknya beliau akan didakwah dengan 'doktrin huburan barat' yang kini mula membayangi artis-artis Malaysia.
Terpulang kepada kebijaksanaan dan sejauh mana keikhlasan Faisal untuk meletakkan dirinya sebagai 'entiti' yang wujud untuk terus bernasyid.
Kisah Faizal Tahir menjadi pengajaran kepada penasyid, dan ia mungkin boleh dijadikan iktibar kepada Faisal yang kini menyertai Af-6.Sama-sama renungkan |
|
|
|
|
|
|
|
korang citer pasal af6 erk?
i suka dgr suara nadia dan stanley . suka tengok dan dengar jerk la. no undi2 la, cukup mawi sudah , tu pun dulu2 la |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1013 sRbA's post
wah masih mau dikaitkan sama itu mutak muahahhahaha.... maksudnya fenomena mawi lum luput dek zaman la kan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1016 redsentra's post
dah berapa musim berlalu
masih gak kan.. nak kaitkan ngan mawi...
tu pun.. masih ada
wartawan yg kerek
dok kata aura mawi dah tak de
dah tak popular le...
kalo dok gitu... awat still kaitkan???? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by chekshu at 24-3-2008 11:00 AM
dah berapa musim berlalu
masih gak kan.. nak kaitkan ngan mawi...
tu pun.. masih ada
wartawan yg kerek
dok kata aura mawi dah tak de
dah tak popular le...
kalo dok gitu... awat still ka ...
tu la klau dah tak popular apsl nak kaitkan lg hikhik....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1018 chekshu's post
aura tu ada fenomena tu ada tapi dah kureng sebb2 yg dinyatakan penulis sendiri la gossip2 panas yg wartawan war war kan kat pembaca la huhuhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|