Originally posted by tomatomam2222 at 20-5-2008 02:02 PM
manyak nye tulis mila naikkan name malaysia
bangga tom tom
tp sian mila xpat sponsor baju g sane..
elok gak tak de sponsor.. kang tak mo pakai, jadik bahan kutukan pulak.. mcm LO.. apa2 pun, mila dah selamat menang.. bila mila balik sini?? final AF ada tak??
KUALA LUMPUR, 20 MEI 2008: Dia mungkin bukanlah peserta termuda di antara 15 peserta yang bertanding pada Festival Muzik Pop Antarabangsa Discovery ke-17 di Bulgaria, Ahad lalu tetapi yang pasti, Norsyarmila Jirin, 21, atau Mila adalah satu-satunya peserta Asia yang mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian yang terkenal di Eropah Timur itu.
Meskipun masih baru berbanding peserta Itali, Bulgaria, Romania, Poland, Sepanyol, Uzbekistan, Russia, Cyprus, Malta serta Lithuania, itu bukanlah penghalang kepada Mila untuk membawa pulang kejayaan manis.
Buktinya, selain meraih 2 pengiktirafan iaitu Lagu Terbaik menerusi lagu Ilham Di Matamu (Ajai & Loloq) dan Anugerah Khas Juri, Mila juga boleh berbangga apabila menjadi peserta pertama dari Asia dan Asia Tenggara sejak pertandingan itu diperkenalkan 17 tahun lalu!
Malah, Mila juga cukup bertuah apabila wajah dan profilnya kini boleh di baca di laman web rasmi festival berkenaan yang diletakkan sebaris dengan penyanyi antarabangsa yang mengambil bahagian.
Biarpun tidak berjaya meraih gelaran Penyanyi Terbaik pada pertandingan berkenaan, setidak-tidaknya pengalaman beradu suara bersama barisan penyanyi yang cukup asing dari segi bahasa, sememangnya pengalaman bermakna buat penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini.
"Mila tidak menaruh harapan tinggi untuk menang kerana Mila hanya mahu memberikan yang terbaik. Alhamdulillah, usaha Mila ini membuahkan kejayaan dan lebih membanggakan apabila lagu kita diiktiraf juri antarabangsa," katanya kepada murai.com.my.
Mila berada di Bulgaria selama 5 hari ditemani Ketua Pengurusan Arts dan Bakat, Maestro Talent & Management, Liza Illias, bagi berentap dalam 2 sesi pertandingan iaitu Penilaian Vokal dan Lagu Terbaik.
Berlangsung di Opera House, Varna, Bulgaria, festival berkenaan turut mengiktiraf penyanyi dan pencipta lagu dari Malta, Fiona, 30, dan Alberto Caccia, 24, (Itali) sebagai pemenang kedua dan ketiga bagi kategori Lagu Terbaik.
Bagi kategori utama iaitu Penyanyi Terbaik, penyertaan dari Itali buat kali ketiga berturut-turutnya telah mengungguli festival berkenaan. Kali ini ia dianugerahkan kepada Alberto Caccia, 24, diikuti tempat kedua, peserta tuan rumah Bulgaria, Petya Nikolova, 30.
Tempat ketiga dikongsi penyanyi lelaki termuda, Ionel Istrati, 18, (Moldova) bersama penyanyi serta komposer, Simona Nae, 23, (Romania).
Rakaman pertandingan itu dapat disaksikan penonton menerusi rancangan khas, Wazzup Mila Special yang akan disiarkan Astro Ria, tidak lama lagi.
Originally posted by bayieng at 20-5-2008 10:17 PM
dah smp. masih kat epot lg waktu ni. tgh lepak kt burger king ngan davom.
td ade press conference kat situ. tiba2 je byk press dtg..
hmmm...satu ari suntuk meeting....membosankan....
Oh ye ke tibe2 press ramai...hmm...cam kes ahkak ziana dulu lah..mase die pegi....media mcm wat tak tau sgt...tapi biler dah menang...penuh je kat airport....sampai ahkak ziana ingat..."agaknye dorang nak sambut menteri kot".....taw2 serang die...heheh...same goes to Mila too...heheheh....Alhamdulillah murah rejeki nye...moga kejayaan berlipat ganda lah....mesti besok headline utk hiburan section...yg sukenye mila menang kat bulgaria ditempek kat bahagian depan akhbar2....wpon cume tajuk dan isinye di dlm...bangga dan terharu aku jadi fan die...
Mila bukti bakat diiktiraf
Oleh Rudy Imran Shamsudin [email protected]
SEPANG: Juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Nursyarmilla Jirin, 20, atau Mila membuktikan bakatnya setaraf bintang muda antarabangsa lain apabila mengharumkan nama negara di pertandingan 17th International Pop Music Festival yang berlangsung di Varna, Bulgaria.
Mila menjadi peserta tunggal Asia, mempersembahkan lagu dicipta komposer Ajai dan lirik ditulis Allahyarham Rosli Khamis (Loloq), Ilham Di Matamu dengan penuh perasaan sehingga ia dipilih juri menjuarai kategori Lagu Terbaik di pertandingan yang berlangsung 16 hingga 18 Mei lalu.
Ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi, Mila yang turut disambut keluarga dan kelab peminatnya Voices Of Mila (VOM) bersyukur kerana turut memenangi tempat pertama anugerah khas juri Penyanyi Muda Berbakat.
揚ada persembahan malam pertama bagi menilai vokal peserta, saya mendendangkan lagu rancak Aku Lebih Tahu dan hari kedua untuk kategori Lagu Terbaik baru saya menyanyikan Ilham Di Matamu.
揝aya tidak sangka akan meraih kejayaan berganda memandangkan pertandingan sengit.
揃ayangkan kebanyakan daripada 12 peserta menyertai pertandingan ini, ada yang mempunyai latar belakang muzik klasikal dan mempelajari vokal sejak usia lima tahun.
揥alaupun tidak memenangi satu lagi anugerah utama iaitu Vokal Terbaik, saya cukup puas hati memandangkan peserta negara lain tidak kurang hebatnya,