CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hulubelang

Terkena Buatan/Sihir Orang..?/latest by eastrun

[Copy link]
Post time 30-11-2006 08:18 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 29-11-2006 04:30 PM



KEBANYAKAN beb.. sebab aku dah jumpa dua orang yang tanya nama mak aku before merawat... ;)


pernah juga jumpa yang tanya nama, tapi dia guna ayat qur'an yang dia baca basic2 tu mcm fatihah 3 qul, pastu salawat...dia baca kuat2...tapi perawat yg cc jumpa sekrg ni utk sakit yg cc tanggung skrg ni tak tanya lak nama...cara masing2 agaknya kan bi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 08:19 AM | Show all posts
Originally posted by aturcara at 30-11-2006 08:13 AM


tula mungkin cara dia mengubat org tu salah..tapi niat dia betul...masa tu harum bagi apa sebagai pengeras?

pengerasnya duit AC, tempoh bertenang tu RM25.25 sehari + duit untuk kos pulut kuning dia minta RM5.25

untuk buang harum tak ingat, rasanya RM5++.25 untuk sekor, sebab harum punya 2 ekor kena X 2... seingat harum habis dekat RM2000 gak masa tu...:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:23 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 29-11-2006 12:11 PM


iqa,.. tang 4 kali tu pun.. gagah-gagahkan jugak,.. sangap puny ebanyak kali.. tapi aku tahankan jugak.. tapi la ni dah tak buat dah.. makin pemalas aku rasa dah ni.. nak kena sepak aku nih..
...


ye laa bi...smlm cc baca ayat ruqyah tu sikit punya ngantuk, tengkuk sakit gila2, ni pagi ni badan sebelah kanan aduiii tak reti nak cakap la rasa semacam...aku konpius laaa..semalam lepas baca2 cc sendawa kuat juga...cc pernah terbaca pasal sendawa ni masa proses berubat/baca ayat quran...kalau rasa mcm ni lepas dirawat, rasa sakit tu tindakbalas nak baik ke or benda tu ada lagi...? sekarang ni berdecit sikit je cc dah pikir bukan2...harap tak de apa2 la kan...:pray:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:25 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 29-11-2006 04:25 PM


All these three of above kan, actually aku rasalah semua perawat yang aku penah jumpa akan baca (mumble/humming) something yang memang kita tak paham. They'll read it fast sampai kita tak tahu  ...




:setuju:....cuma pat memula tu dengar la perawat salawat, fatihah, 3 qul kuat...pastu aku tak dgr apa...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:27 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-11-2006 08:08 AM
ni harum nak cerita pengalaman harum berubat kat kuala kedah dulu2 zaman anak dara, harum dah penah citer dalam thread bomoh, yang jelik, yang pelik kalau tak salah...

ciri2 TS yang kupia list d ...



harum...takutnya baca..siap janin2 lagi : kalau aku dah cabut dah...aku ni penakut sikit...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 08:33 AM | Show all posts
Originally posted by caricari at 30-11-2006 08:27 AM



harum...takutnya baca..siap janin2 lagi : kalau aku dah cabut dah...aku ni penakut sikit...


akupun penakut cc, tapi masa tu dah lembik... tak larat... yang tak tahannya bau busuk ya Allah....macam nak terkeluar isi perut aku dibuatnya...

macam kes ko kan cc, aku rasa disamping ko ikhtiar baca ruqyah sendiri, ada baiknya jugak jumpa perawat... aku prefer Darul Shifa'...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2006 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-11-2006 08:33 AM


akupun penakut cc, tapi masa tu dah lembik... tak larat... yang tak tahannya bau busuk ya Allah....macam nak terkeluar isi perut aku dibuatnya...

macam kes ko kan cc, aku rasa disamping ko i ...


aku jumpa dah perawat...so far ada la kesan...tapi memang dia kata manusia pendendam tu akan on and off permainkan semangat aku...maknanya, selain merawat, aku pun kena ikhtiar sendiri...mungkin la aku ni jenis 'lemah semangat' ke apa ke, so benda tu senang la nak masuk kan...

aku dulu2 laa (bukan sakit sekarang) pernah p Syifa tu..tapi tak dapat jumpa Dr Harun sendiri...dapat jumpa anak murid dia, tapi tak berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:10 AM | Show all posts
Originally posted by caricari at 28-11-2006 08:14 AM


Sukasuka..cc baru je dapat info yg sama mcm sukasuka bagi ni...ustaz kata, masa baca ayat pertama Yaaasiiin tu, pause kejap before baca ayat kedua dan dalam hati niat yg baik yg kita nak especi ...



SS doakan CC berjaya melepasi halangannya. Memang kuat dugaannya. Ini di antara yg. Suka2 alami:-
1).Mula2  Suara akan berubah masa kita baca , rasa suara kita mcm berdouble aje... Yang ni...selepas 3x baca Yasin.
2). Akan menangis berhamburan airmata...dan meraung2 (kuat tau....) tapi teruskan baca jugak. Sebenarnya ini bukan kita yg. nangis. Rasanya setan kut....Kita memang tak boleh control.  Kita tak rasa apa2 tapi tak boleh control rasa utk. menangis cam org. gila tu...Teruskan baca lepas tu...dia akan diam sendiri.
3). Mengantuk yg. amat sangat. (Sini yg. Suka2 terkandas akhirnya tertidur atas tikar sembahyang)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by suka-suka at 30-11-2006 09:10 AM



SS doakan CC berjaya melepasi halangannya. Memang kuat dugaannya. Ini di antara yg. Suka2 alami:-
1).Mula2  Suara akan berubah masa kita baca , rasa suara kita mcm berdouble aje... Yang ni.. ...


ye ke SS...CC smlm baca ruqyah je dah ngantuk..the day before tak de la pulak mcm tu...tapi CC notis semalam tengkuk CC sakit sangat...lelebih lagi lepas balik dari tpt ngajo yg CC cakap tu...belakang pun sakit...tapi cc kuatkan semangat je...tapi cc notis la, ndah nak penghujung baca ruqyah, cc sendawa kuat sangat...ntah napa la...tak tau la kerana angin atau apa...bangun pagi ni tengkuk still sakit...bengkak also...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:52 AM | Show all posts
CC itu yg SS alami. Tak tahu nanti bila CC amalkan jadi cam mana pulak. Mungkin lain sihir lain tindak balasnya. Satu lagi badan akan jadi sejuk sangat sampai mengigil. Kalau nak buat tu...Suka2 suggest sembahyang sunat Toubat dulu , lepas sembahyang hajat yg. simple2 tu...lepas tu...baru baca yasin. Masa Suka2 baca dulu tak buat semua ni...kali Suka2 nak cuba lagi......
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by caricari at 30-11-2006 08:23 AM


ye laa bi...smlm cc baca ayat ruqyah tu sikit punya ngantuk, tengkuk sakit gila2, ni pagi ni badan sebelah kanan aduiii tak reti nak cakap la rasa semacam...aku konpius laaa..semalam lepas baca ...


:hatdown::hatdown::solute::solute:
ko baca ayat ruqyah cc?.. terel la ko,.. aku sampai la masih terabur lagi,, takat dengar aje kat cd player..

aku doakan ko cepat sembuh and lagi kuat semangat ko nak lawan setan gondol tuh.. :pray: :pray:
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 09:59 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-11-2006 08:08 AM
ni harum nak cerita pengalaman harum berubat kat kuala kedah dulu2 zaman anak dara, harum dah penah citer dalam thread bomoh, yang jelik, yang pelik kalau tak salah...

ciri2 TS yang kupia list d ...

:: aku baca citer ko,.. aku punye nganga dah luas dah.. what an experience harummmmm.....

pat janin tu aku dah seram dah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:05 AM | Show all posts
Originally posted by caricari at 30-11-2006 09:20 AM


ye ke SS...CC smlm baca ruqyah je dah ngantuk..the day before tak de la pulak mcm tu...tapi CC notis semalam tengkuk CC sakit sangat...lelebih lagi lepas balik dari tpt ngajo yg CC cakap tu...b ...


"benda" tu tgh kepanasan melecur satu badan la kot? tak pun terbakar yerus.. weh aku masih kagum pasal ko baca ayat ruqyah ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:12 AM | Show all posts
Originally posted by fawabi at 30-11-2006 09:59 AM

:: aku baca citer ko,.. aku punye nganga dah luas dah.. what an experience harummmmm.....

pat janin tu aku dah seram dah..

haha.. sejak mengidap sakit misteri ni, macam macam benda/ orang pelik2 aku temui... ada hikmah Allah nak tujukkan semua tu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:16 AM | Show all posts
Originally posted by sikomeng at 30-11-2006 02:21 AM
ASm
Maaf mencelah/menyampuk.
Tentang perawat bertanya nama kita dan nama Ibu tu tak usahlah sangsi sangat. Sebab itu adalah salah satu prosidur biasa dalam perubatan begini. Jangan pula nanti ter ...

:setuju::setuju: dengan sikomeng, ko pun bagus gak, tak lokek ilmu.. nak tanya ko pernah berhadapan dgn kes sihir/saka urself tak? perhaps boleh kongsi cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:17 AM | Show all posts
Originally posted by harumanisz at 30-11-2006 10:12 AM

haha.. sejak mengidap sakit misteri ni, macam macam benda/ orang pelik2 aku temui... ada hikmah Allah nak tujukkan semua tu kan...


tapi kiranya ko masih kuat semangat harum,.. aku ni kena sergah pun dah melatah mencarut bagai... nak TERjumpa benda tu? mau aku demam sebulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2006 10:20 AM | Show all posts
Originally posted by suka-suka at 30-11-2006 09:10 AM
SS doakan CC berjaya melepasi halangannya. Memang kuat dugaannya. Ini di antara yg. Suka2 alami:-
1).Mula2  Suara akan berubah masa kita baca , rasa suara kita mcm berdouble aje... Yang ni...selepas 3x baca Yasin.
2). Akan menangis berhamburan airmata...dan meraung2 (kuat tau....) tapi teruskan baca jugak. Sebenarnya ini bukan kita yg. nangis. Rasanya setan kut....Kita memang tak boleh control.  Kita tak rasa apa2 tapi tak boleh control rasa utk. menangis cam org. gila tu...Teruskan baca lepas tu...dia akan diam sendiri.
3). Mengantuk yg. amat sangat. (Sini yg. Suka2 terkandas akhirnya tertidur atas tikar sembahyang)



pat ni aku penah alami,.. tak semena-mena time tgh baca yasin, hati rasa sayu, hiba, sebak.. terus aku meraung.. sediiiiiiiiiiiiiiiiiiiih sangat tapi tak tau kenapa.. time tu banyak plak memori enter-frame.. dan-dan teringat kisah-kisah lama.. buat aku tak bleh concentrate nak teruskan bacaan...

ada one time, aku dah sampai bersujud mintak tolong kat Allah, jangan lagi uji aku dgn tangisan/kesedihan nih,.. tersedu-sedu aku... isk isk isk
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:34 AM | Show all posts
ni serba sedikit info tentang sihir yang harum dapat di internet.. hope dapat kongsi sama2

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU
  
Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
Polong : Bagi menghisap darah mangsa.        
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

JENIS-JENIS SIHIR

PATUNG
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh badan mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian diikat pada patung. Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum. Pada masa yang sama jampi mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut dan dipercayai mangsa akan berasa sakit dan boleh membawa maut.

SANTAU
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca ayat-ayat tertentu oleh tukang sihir

TELUR LAYANG
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke dalam telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa akan berasa sakit serta boleh membawa maut.

TANGKAL dan AZIMAT
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta dakwat merah yang dicampur dengan bedak za'faran dan air ros. Dakwat merah tersebut ialah darah seseorang yang telah mati dibunuh dengan kejam atau darah ayam jantan. Kemudian tangkal atau azimat tadi diperasap dengan kemenyan yang dilakukan pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan kepada mangsanya.

SIHIR PEMBENCI dan KASIH SAYANG
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:37 AM | Show all posts
ada lagi ni sambung

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR
Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembur sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
1.) Surah Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286

ada lagi info... nanti senang harum post... ada keja sikit ni
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2006 10:41 AM | Show all posts
hmm... sempat sikit lagi ni...
Cara-cara untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir

Untuk menjadi Tukang atau Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok Bomoh oleh Masyarakat Melayu, adalah melalui berbagai cara dan jalannya. Iaitu :-

Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.

Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.

Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.

Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.

Melalui pertapaan - tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.

Meniru tanpa berguru; samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.

Peralatan Pemujaan oleh Tukang atau Ahli Sihir

        Peralatan yang sering digunakan untuk pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah seperti berikut :-

Pemujaan Kubur
Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.

Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.

Keris, Lembing dan Limau
Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.

Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.

Ancak
Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.

Sanggu
Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemian dan di baca mentera atau jampi tertentu.

Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.

Sangkak
Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemian dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.

Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.

Pemujaan Tanduk Kerbau
Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.

Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.

Kesimpulannya pemujaan-pemujaan seperti berikut adalah amat bertentangan dengan agama Islam. Ia adalah semata-mata perbuatan Khurafat yang mesti kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat. Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan oleh Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa pemujaan dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi sebab kepada keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.

PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!..... subhanallah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047665 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list