Bermula 1 Mei, pelitup muka di luar bangunan, kawasan terbuka tidak lagi wajib - KhairyFirdaus Azil
April 27, 2022 16:15 MYT
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia memutuskan pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor), tidak lagi diwajibkan bermula 1 Mei ini.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, pemakaian pelitup muka di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi amat digalakkan kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.